Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 11 : Masih cinta?

                                                                 BAB 11


    Seperti yang dijanjikan, Adam membawa aku ke rumah kami. Terpegun aku melihat rumah banglo dua tingkat miliknya yang tersergam indah hadapanku. Mempunyai dekorasi taman yang indah berserta kolam kecil menempatkan ikan-ikan koi yang masih kecil. Comel-comel belaka. Terdetik juga di hatiku, bagaimana agaknya rumah Adam dengan Kak Azura ya? Mesti lagi indah memandangkan cinta Adam hanyalah untuk Kak Azura. Ya Allah, benda macam ni pun hati aku sudah menyimpan perasaan benci. Oh, tidak! Aku perlukan penyucian rohani sekarang ni, agaknya selepas ini bolehlah aku teruskan balik usrah dengan budak-budak UITM Puncak Alam yang hampir sebulan tertangguh. Maafkan murabbiyah(pembawa usrah) mu ini wahai mad'u(adik usrah) ku.

    "Sayang, jom masuk" ujar satu suara sambil memegang erat tanganku dan memimpin langkahanku ke dalam mahligai kami yang aku sendiri tidak pasti berapa lama akan bertahan. Aku ingin menolak pegangan tangannya namun tidak berdaya apabila melihat reaksi ceria yang dia pamerkan. Comel sangat...

    Aku meneruskan langkahku ke bahagian dapur. Terpesona aku seketika apabila ruang dapur itu dihiasi dengan warna merah jambu lembut dan juga putih yang semestinya warna kegemaranku. Segala kelengkapan dan bahan basah juga siap disediakan. Cukup sempurna! Agaknya kerana inilah dia terlalu sibuk seminggu yang lalu.

    "Suka?"soalnya sambil bersandar di dinding. Senyuman dilemparkan kepadaku apabila melihat reaksi wajahku yang seakan-akan mengeluarkan pelbagai jenis bunga kerana terlalu gembira. Aku mengangguk sambil meyentuh dinding dan peti ais yang disediakan. Rasa macam hendak tidur dekat dapur ni. Sangat lawa!

    "Jom, tengok bilik dekat atas"ajaknya lagi. Aku hanya menurut langkahannya biarpun hati masih ingin berada lama di dapur indahku.Huhu...

    Tingkat atas menempatkan tiga bilik manakala tingkat bawah menempatkan dua bilik lagi, rumah yang besar tetapi hanya aku dan dia yang akan tinggal, kesunyian pasti terasa. Aku dibawa ke bilik utama yang amat luas dimana bilik ini menempat sebuah katil bersaiz King, sofa, dua buah rak buku kecil dan juga bilik air. Agak besar untuk kegunaan aku seorang. Chamkan(Kejap), dia tidak bermaksud untuk sebilik denganku kan? Semasa di apartmentnya di Kuala Lumpur, dia tidak pernah bermalam disana jadi aku tidak tahu bagaimana kedudukan kami di rumah ini.

    "Bilik awak dekat mana?"sengaja aku menyoalnya soalan itu agar dia memberikan kepastian kepadaku dan sememangnya aku menginginkan privasi aku kerana sudah aku katakan kepadanya perkahwinan kami mungkin bersifat sementara memandangkan dia menikahiku bukan kerana cinta malah simpati.

    "La...sinila, abang nak tidur kat mana lagi?"jawabnya dengan selamba. Telopong aku seketika. Dia sudah lupa akan janji kami? Aku hendak membantah tiada kemampuan untuk bertindak demikian kerana syurga seorang isteri terletak di tapak kaki suami. Biar apapun yang terjadi, perkahwinan kami tetap sah dan segala dosa yang aku lakukan dia yang akan menerima akibat di hari pengadilan nanti. Oleh itu, aku harus taat kepadanya biar hati sedikit gusar.

    "Jangan risau, ini bilik Ira, bilik abang dekat depan sana" tambahnya apabila melihat mukaku yang monyok bagai kucing kehilangan anak itu. Terus reaksi ceria aku pamerkan apabila mendengar kata-kata itu. Alhamdulillah...

    "Takut benar dengan abang ya. Abang tak makan orang pun la" bebelnya sambil menggelengkan kepala.

    "Kurae, anmeoggo? Eutkigo ittne(Yelah tu tak makan, lawakla sangat)" jawabku sambil mencebik.

    "Haa, mengata suami sendiri la tu, mentang-mentang abang tak pandai bahasa korea, suka hati mengutuk abang ya" marahnya kepadaku.

    "Mana ada, saya tak cakap apa pun" balasku sambil tersengih. Kalaulah dia faham apa yang aku cakapkan, mati aku!


    Keesokkan paginya, aku memandu kereta pemberian Adam setelah aku sah menjadi isterinya untuk ke rumah Umi kerana aku telah berjanji untuk makan tengahari bersama Umi dan Alya. Alya juga bersemangat untuk belajar memasak denganku, jadi kami berdua merancang untuk ke pasar bersama. Hampir setengah jam perjalanan akhirnya aku tiba di rumah Umi. Rindu untuk bertemu dengan Umi setelah lebih seminggu tidak berjumpa selepas majlis persandingan aku dan Adam.

    "Kak Ira, rindunya! Macam mana perasaan pengantin baru? Seronok?"sergah Alya di muka pintu rumah dengan suaranya yang nyaring itu. Terkejut aku dibuatnya.

    "Assalamualaikum. Amboi, bukan main mengusik akak sampai salam pun tak sempat nak kasi" sindir aku kepadanya. Dia tersengih malu.

    "Waalaikumussalam. Hehe, maaf akak, excited sangat"jawabnya. Aku hanya menggelengkan kepalaku melihat gelagatnya.

    "Umi mana?"soal aku kepadanya.

    "Tengah solat sunat Dhuha. Akak masuklah dulu, Alya pergi bersiap sekejap"jawabnya dan berlalu kebiliknya setelah aku duduk di ruang tamu.

    Aku kagum dengan Umi, biarpun sudah tua dimamah usia, Umi masih tegar meneruskan sunah-sunah Rasulullah SAW seperti solat sunat dhuha setiap pagi, solat sunat witir sebelum tidur dan puasa sunat setiap hari Isnin dan Khamis. Mungkin bagi sesetengah orang mengatakan mereka tidak punya masa untuk mengerjakan sunah-sunah nabi namun ibadat sunat inilah yang akan menampung kekurangan kita sewaktu mengerjakan ibadah wajib. Maka, InsyaAllah, ibadat yang kita lakukan pasti mendapat tempat disisi-Nya.

    Lima belas minit kemudian, Umi muncul dan memeluk aku dengan erat sambil bertanyakan khabar aku dan Adam. Alya juga turut muncul tidak berapa lama kemudian.

    "Ira, Umi harap Ira dapat bersabar dan memaafkan segala salah dan silap Adam. Umi tahu dari dulu lagi, hati Adam hanya pada Ira walaupun dia tidak pernah mengungkapkan kepada Umi" sayu kedengaran suara Umi. Aku yang mendengar juga turut sebak manakala Alya mengusap lembut bahuku memberikan semangat.

    "Ira dah redha Umi, cuma Ira harap andai suatu hari nanti jodoh Ira dengan Abang Adam tiada, Umi dan Alya jangan kecewa"kataku kepada mereka berdua. Mereka tersentak mungkin tidak menyangka yang aku mengucapkan kata-kata sebegitu.

    "Ira..."

    "Akak..."mereka serentak ingin mengungkapkan kata-kata namun aku pantas memintas.

    "Umi, Ira pergi pasar dulu. Alya jom!"gesa aku. Mereka berdua berpandangan sesama sendiri sebelum Alya dengan lemah membontoti langkahku.

    "Kita nak masak apa hari ni?"soal aku memecahkan kesunyian sewaktu aku dan Alya dalam perjalanan ke pasar.


    "Alya nak makan ayam masak lemak cili api. Akak nak makan apa?"soal Alya dengan ceria. Aku menarik lafaz lega apabila Alya kembali ceria, bimbang juga dia akan memberontak dengan kata-kataku tadi kerana hubungannya dengan Adam tersangatlah rapat memandangkan Adam merupakan teman sepermainan dan tempat Umi dan Alya bergantung setelah kematian arwah Abah.

    Kira-kira lima minit kemudian, kami tiba di pasar. Keadaan agak sesak dengan orang ramai yang sibuk membeli barang keperluan masing-masing. Aku dengan Alya segera mencari bahan-bahan masakan yang diperlukan. Kami membeli bahan mentah seperti ayam, ikan, sayur-sayuran dan juga rempah ratus. Seronok juga apabila orang muda seperti kami membeli barangan masakan bersama, pelbagai info dan cerita keluar dari mulut kami dan yang tidak logik pun ada. Setelah selesai membeli belah di pasar, kami berjalan menuju ke kereta yang aku letak sedikit jauh dari pasar tersebut. Sedang kami leka berbual, tiba-tiba kedengaran bunyi kereta memecut dengan laju dari arah belakang. Aku tersentak dan lantas berpaling ke belakang. Kereta wira berwarna hitam sedang memecut laju tepat ke arahku, aku tergamam dan tidak mampu bergerak. Ya, Allah!

    "Akak!"jerit Alya sambil merentap tanganku dengan kasar dan aku hilang imbangan lantas terjelepuk ke jalan raya. Kaki aku terseliuh namun aku tidak mempedulikannya, perhatian aku hanya pada kereta wira berwarna hitam itu. Seperti pemandu itu sengaja ingin melanggarku. Aku sempat mengimbas wajah pemandu di dalam mindaku. Pemandu itu seorang lelaki dan di sebelahnya kelihatan seorang wanita yang berselendang namun tidak menutup aurat dengan sempurna, hanya melilit selendang itu di bahagian kepala dan leher. Entah stail apa pun aku tidak tahu.

    "Akak okey tak?"soal Alya dengan wajah yang penuh kerisauan dia juga turut memapah aku bangun dari jalan raya itu.

    "Kaki akak terseliuh. Sakit"jawabku, dahiku berkerut menahan sakit yang amat. Tidak mampu berdiri dengan lama, aku kembali duduk ditepi batu berdekatan.

    "Akak tunggu sini biar Alya pergi ambil kereta"ujar Alya lalu bergegas menuju ke arah kereta milikku. Kemudian, dia memapahku ke dalam kereta dan membawa aku pulang. Sempat dia bertanyakan samada aku perlu ke klinik atau tidak namun aku hanya menggeleng. Mungkin selepas diletak minyak panas dan sedikit urutan, kakiku akan sembuh.

    Fikiranku melayang ke arah peristiwa tadi, aku merasakan sesuatu yang tidak kena, bagaikan ada seseorang cuba untuk mencederakan aku. Sejak aku balik dari Korea tiada pula aku bermusuh dengan siapa-siapa, sungguh menghairankan, perasaan takut singgah seketika di hati namun aku segera menafikan kerana aku tahu Allah Yang Maha Esa bersama denganku sentiasa dan dia akan menjaga aku lebih dari kemampuan mana-mana makhluk di dunia. InsyaAllah aku akan selamat.

    Aku merehatkan diri di ruang tamu, Alya sudah bergerak ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari buat kami bertiga memandangkan Adam sibuk menguruskan klinik barunya di Setia Avenue. Alya juga berkeras untuk menyediakan makan tengahari bersama Umi, bantuan yang ingin kuhulur ditolak mentah-mentah, katanya aku tidak mampu berjalan dengan kaki yang terseliuh sebegini. Aku sudah menyapu minyak panas ke buku laliku namun kesannya masih belum kelihatan, mungkin sebentar lagi sakitnya akan hilang. Rasa mengantuk mula menguasai diri, perlahan-lahan mataku kian layu hanya menanti untuk melangkah masuk ke alam mimpi.

    "Mana Ira?! Dia okey tak?!" mataku terbuka luas dan aku terpacak 90 darjah dari sofa. Siapa pula yang terjerit-jerit ni? Nasib baik tak tercabut jantung aku. Belum sempat aku menjelaskan pandangan mencari siapa gerangan yang menggangu tidurku, tersembul satu wajah di hadapanku. Teperanjat aku dibuatnya. Aku cuba mengamati betul-betul wajah itu. Laa...pak cik doktor rupanya. Macam mana pulak boleh muncul tiba-tiba di sini?

    "Ya Allah, Ira, abang separuh mati risaukan Ira! Alya cakap Ira hampir kena langgar kereta. Ira okey tak ni? Ada cedera kat mana-mana?"bertubi-tubi dia menyerang aku dengan soalannya, naik rimas aku dibuatnya. Seorang doktor sepatutnya tenang dalam menangani situasi sebegini, dia ni dah macam apa dah, Umi pun lagi relaks daripada dia.

    "Macam mana pula awak boleh ada dekat sini? Bukan awak sibuk uruskan klinik awak ke?"persoalannya aku balas dengan persoalan. Dia mengeluh panjang dan melabuhkan punggung di sofa dihadapanku.

    "Abang tanya Ira, Ira tanya abang balik. Cuba jawab soalan abang boleh tak? Ira okey tak ni?" marahnya kepadaku dengan raut wajah yang serius. Aku terdiam.

    "Okey. Cuma kaki yang terseliuh, tak boleh jalan"jawabku lambat-lambat. Matanya tertumpu ke arah kakiku dan dia lantas merubah tempat duduknya di sebelahku. Dia memeriksa kaki aku dengan teliti, aku terkesima seketika.

    "Biar abang urutkan ya"katanya sambil menuang sedikit minyak panas ke tapak tangan dan mula untuk mengurut kaki kananku dengan perlahan-lahan.

    "Awak pandai mengurut?"soalku bagaikan tidak percaya.

    "There're lot of things that you didn't know about me"jawabnya dengan nada yang rendah namu aku masih mampu menangkap jelas bait-bait kata yang diungkapkannya. Macam pelik je maksud dia. Walau apapun kehadiran Adam ketika ini menghilangkan kegusaran dan ketakutan yang tersembunyi di dalam hatiku. Malah, aku berasa selamat dengan kehadirannya disisiku. Urutannya di buku laliku juga sangat selesa sehingga aku terlena di sofa itu tanpa aku sedari.


    "Sayang, bangun, makan tengahari. Sekarang pun dah masuk waktu zohor ni" suara Adam kedengaran jelas. Aku membuka mata perlahan-lahan, dan bangun dari sofa. Lantas aku membetulkan rambut ikal ku yang panjang mengurai itu, malu pula apabila memikirkan rupa aku yang serabai ni maklumlah orang baru bangun tidur hendak tak hendak memang inilah rupanya.

    "Dah, tak payah malu-malu, rupa Ira macam mana pun tetap jelita pada pandangan abang" tegurnya. Aku mengetap bibir,ini yang aku tidak suka ni, dia sangat pandai membaca hati dan fikiranku.

    "Boleh bangun tak?"soalnya sambil menghulurkan tangannya. Aku tidak menyambut, cuba untuk bangun tanpa memerlukan bantuannya dan akhirnya aku berjaya. Adam hanya menggelengkan kepala, pasrah dengan kedegilanku barangkali. Baru selangkah aku berjalan aku hilang imbangan dan hampir terjelepuk ke lantai, namun tangan kasar Adam pantas merangkul pinggangku seraya menghalang aku daripada jatuh.

    "Lain kali jangan degil sangat boleh tak? Nasib baik tak jatuh"marahnya kepada aku. Aku hanya menunduk. Kena marah lagi. Huhuhu...

    "Biar abang tolong"katanya dengan lembut setelah melihat muka monyok yang aku pamerkan.

    Aku hanya mengangguk sambil menghulurkan tangan untuk dipimpinnya namun jangkaan aku salah apabila dia tiba-tiba mendukung aku dan membawa aku ke arah meja makan. Bibirku kelu untuk mengeluarkan kata-kata akibat terlalu terkejut manakala mukaku merah menahan malu. Pak cik ni selalu bertindak di luar jangkaan, tolonglah jangan selalu buat aku rasa seperti ini, aku bimbang cinta akan berputik kembali. Jika ini berterusan, aku gusar hanya kekecewaan yang bakal aku terima nanti.

Previous: Bab 10 : Rindu

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna