Home Novel Cinta Cinta Yakuza
Cinta Yakuza
Adeeba Eryna
9/4/2015 13:38:02
29,525
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

KyouTakumi tersedar dari tidur dengan peluh mebasahi bajunya. Kejadian yang berlaku14 tahun lalu masih menghantui malam-malamnya. Biarpun peristiwa itu telahberlalu lamanya namun ia meninggalkan kesan yang mendalam terhadapnya.Disebabkan itu jugalah dia tidak pernah rapat dengan sesiapa setelah kematianAkito, dia bimbang dia akan kehilangan mereka seperti Akito. Dia tidak mahumerasa kesakitan yang pernah dia alami dulu. Padanya, lebih baik diamenghapuskan perasaan dan emosi supaya tiada siapa dapat mendekatinya danbegitu juga sebaliknya.

            Perlahan-lahan Kyou Takumi bangundari pembaringannya, dia meraup rambutnya ke belakang, cuba melupakan segalayang muncul di dalam mimpinya sebentar tadi. Semakin dia cuba melupakan,semakin jelas wajah Akito sedang bertarung nyawa untuk hidup dimindanya. KyouTakumi memegang kemas kepalanya dengan harapan wajah itu menjauh. Setiap kalidia bermimpi akan Akito pasti dia lemah bagai hilang segala tenaganya. Dadanyajuga terasa sesak.

            Kyou Takumi pantas bangun dari katildan berjalan keluar dari biliknya. Jam di dinding menunjukkan pukul 3.30 pagi.Mungkin dia perlu menghirup udara malam untuk dia sedikit  tenang. Sewaktu dia mahu ke beranda ruangtamu, dia melintasi bilik Aisya Hana di kurung. Terlupa seketika yang AisyaHana masih di dalam kurungannya.

 

            Cuaca mentari yang menyinari segenapruang bilik Aisya Hana, matanya merasa pedih terkena sinaran sang suria itu.Jari jemari gadis itu menggosok sepasang mata bundar yang silau dek panahanmatahari sebelum perlahan-lahan membukanya. Siling dipandang dengan perasaankosong, hari ini hari ke empat dia diculik oleh kumpulan Sakura Putih, kumpulanYakuza yang menguasai kawasan Hokkaido.

            Apa yang perlu dia lakukan untukmembebaskan diri dari sini? Fikirnya sambil melepaskan keluhan. Tiba-tiba buluromanya berdiri tegak, terasa ada sesuatu sedang memerhatikannya, satupandangan yang tajam. Pantas dia menoleh ke arah kanannya.

            “Ya Allah!” terkejut beruk AisyaHana apabila melihat Kyou Takumi sedang memerhatikan gerak gerinya dan yangpaling mengejutkannya lelaki itu sedang berbaring di sebelahnya! Melompat gadisitu kebawah katil dek kerana terlalu terkejut.

            “What are you doing here?!” jerit AisyaHana kepada Kyou Takumi. Terlupa seketika dia bahawa dihadapannnya ialahseorang ketua Yakuza.

            Mata Aisya Hana pantas melorot kearah tubuhnya, bimbang kesucian dirinya mungkin telah diragut. Dia menariknafas lega apabila pakaiannya masih utuh ditubuh kecil moleknya. Nasib baik diamemakai inner tudung yang labuh sebelum dia tidur semalam bimbang mungkinkonco-konco Kyou Takumi akan menjenguk ke dalam biliknya untuk memastikan diatidak kabur. Namun kejadian yang berlaku sekarang ini tidak pernah diabayangkan.

            Kyou Takumi bangun dari pembaringansambil tangan kanannya diletakkan ke atas lututnya. Dia masih tidak berganjakdari katil itu. Matanya memandang wajah cuak Aisya Hana dari rimbunan rambuthadapannya yang dibiarkan menutup dahi. Sungguh comel reaksi gadis itu ketika diapanik. Senyuman mula tercetus dari bibirnya apabila gadis itu menjerit kearahnya. Suka pula dia dapat mendengar suara gadis yang selama ini susah untuksinggah di deria pendengarannya. Selalunya pasti suara dan reaksi gadis ituketakutan tapi kali ini berani gadis itu memarahinya. Entah mengapa dia tidakmerasa marah pula, jika ada sesiapa yang bertindak demikian sudah lunyai dikerjakan.

            “Well, this is my house I gowherever I want,” ujar Kyou Takumi dengan selamba.

            Aisya Hana terdiam seketika, betuljuga apa yang dikatakan itu.

            ‘Eh, kejap, walau macam manasekalipun, aku orang Islam, mana boleh sesuka hati tidur sekatil dengan lelakiyang bukan muhrim,’ bentak hatinya.

            Kyou Takumi turun dari katil danmelangkah mendekati Aisya Hana, gadis itu mula ketakutan. Tangan Kyou cubamenyentuh wajah Aisya Hana namun gadis itu pantas mengelak.          

            “You can’t touch me!” dengan tegasAisya Hana berkata sambil menjauhkan diri dari lelaki itu. Bulu romanyameremang dengan tingkah laku lelaki itu.

            “Why?”soal Kyou Takumi dengan tidakpuas hati.

            Geram pula dia apabila Aisya Hanamelihat dia sebagai satu objek yang menjijikkan. Dia hanya ingin menyentuhgadis itu bukannya ingin menidurinya.

            “Because I’m a Muslim, Islam forbidsany skin-touching among woman and man with no family relations or we call it non-mahram,”terang Aisya Hana.

            Dia tidak pasti samada Kyou Takumimengerti atau tidak penjelasan darinya. Kata-kata darinya menyebabkan KyouTakumi terdiam. Aisya Hana sedikit lega apabila melihat Kyou Takumi tidak lagibertindak mendekati dirinya.

            “Please let me go home, my familyand friend will be worried, I’m begging you,”

            Aisya Hana mengambil kesempatan iniuntuk merayu agar dilepaskan kerana sudah empat hari dia menghilangkan diridari kampus. Kak Safiyyah sudah pasti bimbang akan keselamatannya malah mungkinberita kehilangannya sudah sampai ke pengetahuan ibu dan adik-beradiknya yanglain.

            Kyou Takumi hanya mendiamkan diri,dia akui kata-kata Aisya Hana ada betulnya, namun hatinya tidak inginmelepaskan gadis itu, dia hanya ingin kehadiran gadis itu sentiasa di sisinya.Dia juga tidak mengerti mengapa hatinya mempunyai perasaan seperti itu. Bingungdia ketika itu. Setelah mendiamkan diri beberapa ketika, Kyou Takumi turun darikatil dan melangkah keluar dari bilik itu meninggalkan Aisya Hanaterpinga-pinga sendirian.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna