Home Novel Cinta Cinta Yakuza
Cinta Yakuza
Adeeba Eryna
9/4/2015 13:38:02
29,557
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 3(part 1) : Kelu

                                 BAB 3(PART 1)


    Perlahan-lahan Aisya Hana membuka mata, suasana sekeliling sungguh aneh. Dia berada di sebuah bilik yang amat mewah dan luas. Bagaikan di hotel lima bintang. Tapi siapa yang membawanya ke sini? Dia cuba bangun namun tidak berjaya, seluruh tubuh merasa amat sakit. Ingatannya kembali pulih, dia diculik oleh sekumpulan yakuza dan hampir sahaja dia kehilangan nyawa. Tapi apa sebenarnya telah terjadi setelah dia tidak sedarkan diri? Kenapa dia boleh berada di sini?

    Pandangan Aisya mula melorot ke arah tubuhnya, pakaiannya sudah berganti, malah tudung yang menutup litup mahkotanya juga sudah tiada. Dia segera bangun dari pembaringan walaupun terpaksa menahan sakit. Dia mula tercari-cari akan kain tudung yang dipakainya semalam namun tiada kelihatan. Tiba-tiba pintu di buka dari luar. Aisya Hana terkejut besar apabila melihat seorang lelaki yang tidak dikenali melangkah masuk. Dia segera menyelinap masuk ke dalam selimut bagi menutup auratnya yang terdedah itu.

    "Oi, onna, nani shiten no yo?(Oi, perempuan. Apa yang kau buat tu?)," tegur satu suara.

    Aisya Hana mula mengigil ketakutan, suara itu sama seperti suara lelaki yang telah mengacukan pistol ke dahinya semalam. Suara yang garau dan gemersik itu sungguh menakutkan. Aisya Hana mengesot ke tepi dinding apabila Kyou Takumi semakin mendekati.

    "Don't touch me!" jerit Aisya Hana disebalik selimut.

    Dia akhirnya berjaya mengumpul kekuatan untuk bersuara setelah dia tidak mampu mengeluarkan walau sepatah kata semalam. Kyou Takumi terkesima seketika. Dia menggaru-garu kepala, terlupa pula yang dihadapannya ini merupakan warga asing, sudah pasti dia tidak faham akan apa yang dibicarakan.

    "What is your name?" soal Kyou Takumi, dia menggunakan bahasa Inggeris dengan harapan Aisya Hana akan memahaminya.

    Aisya Hana terdiam seketika, dia segera mengeluarkan wajahnya dari sebalik selimut namun masih menjaga rapi agar rambutnya tidak kelihatan. Aneh, loghat bahasa Inggeris itu lebih ke arah british dan sungguh fasih. Sungguh jarang dia menemukan warga Jepun yang fasih berbahasa inggeris berserta loghat british yang amat pekat.

    Terpegun seketika dia melihat wajah Kyou Takumi yang berada dihadapannya itu. Amat berbeza dengan apa yang digambarkan semalam. Wajah lelaki itu sungguh kacak walau matanya sedikit sepet dan kulitnya juga cerah. Pandangan matanya sungguh redup.

    "Who...who are you?"soal Aisya Hana tergagap-gagap.

    Kini giliran Kyou Takumi pula terpegun. Pandangannya melekat kepada sepasang mata bundar milik Aisya Hana. Mata itu juga yang telah membuatkan dia tidak jadi membunuh gadis itu semalam.

    "Ta..Takumi Kyou. And you?"soal Kyou kembali.

    Aisya Hana sedikit lega apabila melihat lelaki itu tidak kelihatan ganas seperti semalam. Namun pandangan lelaki itu bagaikan ada maksud yang tersirat.

    "Ai...Aisya Ha..Hana"balas Aisya Hana dengan takut-takut.

    "Ah...Ai..."ujar Kyou Takumi tanpa sedar.

    Ai membawa maksud cinta di dalam bahasa Jepun. Aisya Hana terdiam, Ai? Kenapa dia dipanggil Ai? Tidak pernah ada seorang pun yang memanggilnya dengan nama itu.

    "Let me go. I want to go home," pinta Aisya Hana dengan berani.

    Kyou Takumi memandang Aisya Hana dengan pandangan yang tajam. Bak serigala yang menunggu mangsanya.

    "No!!! You can't! You belong to me!"jerkah Kyou Takumi.

    Bahu Aisya Hana terhenjut kerana terkejut yang amat. Wajah Kyou Takumi juga berubah amat bengis. Aisya Hana kembali menggigil ketakutan. Melihatkan wajah Aisya Hana yang bertukar pucat membuatkan Kyou Takumi merasa bersalah. Namun dia tetap bengang dengan permintaan gadis itu. Dia tidak akan membenarkan gadis itu hilang dari pandangannya. Baginya gadis itu tidak punya hak untuk melawan perintahnya. Semua yang ada di dalam rumah agam itu adalah miliknya dan tidak pernah ada seorang pun yang berani melawan perintahnya.

    "Just keep silent if you want to stay alive!" amaran keras diberikan kepada Aisya Hana sebelum dia melangkah pergi.

    Pandangan matanya yang redup berubah 360 darjah bagaikan ingin meratah Aisya Hana hidup-hidup. Amaran itu sudah cukup untuk membuatkan gadis itu bagai tidak bernafas. Salahnya kerana tidak mempercayai kewujudan yakuza, kini ketua yakuza telah berada dihadapan matanya.

    'Allah, Allah!' hanya itu yang mampu Aisya Hana sebut di dalam hati bagi menenangkan hati.

    Aisya Hana mencari-cari beg galasnyanya setelah beberapa minit Kyou Takumi menghilangkan diri. Tudungnya harus segera disarungkan kerana dia tidak mahu auratnya dilihat oleh si Kyou tu lagi. Berdosa dan bahaya! Dia tudungnya yang disangkut di tepi almari, lantas dicapai. Beg galasnya juga terletak kemas di atas meja dicapai untuk mencari telefon bimbitnya. Dia perlu menelefon polis agar bisa diselamatkan dari cengkaman yakuza-yakuza ini. Puas dia mencari namun tiada kelibat telefon bimbitnya di situ. Aisya Hana mengeluh panjang, pasti telefon bimbitnya dirampas oleh yakuza itu.

    Apa yang harus dilakukan sekarang ni? Tiba-tiba pandangannya tertacap di jendela. Pantas dia meninggalkan beg galasnya dan berlari ke arah jendela. Perlahan-lahan jendela itu dibuka. Dia hampir sahaja melompat turun namun terkesima apabila melihat biliknya berada di tingkat dua. Jarak untuk ke tanah hampir tiga meter. Tambahan pula kelibat beberapa orang lelaki jepun berpakaian gelap yang sedang mengawasi keadaan sekeliling.

    Semangat Aisya Hana bagaikan hilang begitu sahaja. Dia kembali menutup jendela dan terduduk di lantai.

    'Sudah tiada cara untuk aku melarikan dirikah? Ya Allah, berilah hamba-Mu pertolongan', rintihnya dengan sayu.

    Perlahan-lahan air matanya mula mengalir, semuanya berlaku sebegitu pantas sehingga dia tidak mampu untuk menerima takdir ini. Beberapa jam yang lalu dia seorang gadis dan juga pelajar yang bebas. Kini dia dikurung malah nasibnya juga masih belum diketahui samada bakal hidup atau bakal menjadi jenazah di bumi asing ini. Sungguh dia takut dan tidak berdaya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna