Home Novel Cinta Cinta Yakuza
Cinta Yakuza
Adeeba Eryna
9/4/2015 13:38:02
29,554
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 2 : Bertentang Mata

                                                                            BAB 2

    Aisya Hana membuka mata perlahan-lahan, badannya terasa nyilu dan sengal. Sewaktu dia tidak sedarkan diri sebentar tadi, memori mindanya kembali ke peristiwa sewaktu dia ke Japun. Wajah keluarganya terbayang jelas. Kini semuanya hilang.

    'Dimanakah aku berada ni?'. Dia mulai panik apabila melihat suasana sekelilingnya gelap gelita dan langsung tiada tanda-tanda kehadiran manusia lain selainnya. Aisya Hana cuba menggerakkan tubuhnya namun bagai ada sesuatu yang menghalang pergerakannya. Dia dapat merasakan tangannya diikat kemas. Dia semakin panik, jantungnya berdegup kencang, dia cuba menjerit meminta tolong namun ketakutan yang menguasai dirinya membuatkan dia kehilangan suara, bagaikan rongga tekaknya sudah tidak berfungsi. 'Allah, selamatkanlah aku', rintihnya di dalam hati.

Dang!!!

    Satu bunyi yang kuat disertai cahaya yang terang mengejutkan Aisya Hana. Dia berpaling ke arah kanannya. Kelihatan beberapa lembaga yang tinggi dan besar memasuki ruang tempat dia dikurung. Peluh dingin mula merencik dari dahinya.

    Perlahan-lahan, lembaga itu mendekati Aisya Hana, mereka mengerumuninya. Aisya Hana hanya menunduk, dia tidak berani untuk memandang ke atas. Tubuhnya menggigil hebat. Dalam hati dia tidak berhenti-henti memohon perlindungan dari Allah SWT.

    Tiba-tiba lampu dinyalakan dan salah seorang daripada mereka menarik kolar bajunya dan mengangkat Aisya Hana ke udara. Aisya Hana merasakan nyawanya bagai melayang apabila di perlakukan sebegitu. Dari sebalik hud sweaternya, dia dapat melihat samar-samar wajah lelaki yang disangkakan lembaga sebentar tadi. Nasib baik, dia masih lengkap memakai sweater yang menutup separuh wajahnya. Wajah lelaki itu sungguh bengis ditambah dengan pelbagai parut yang memenuhi pipi dan dagu lelaki itu. Dia bimbang jika mereka tahu dia adalah wanita, kemungkinan besar maruahnya juga turut di ragut.

    Lelaki itu menjerkahkan beberapa ayat kepadanya didalam bahasa jepun namun satupun tidak dapat difahaminya. Melihat Aisya Hana yang diam tanpa kata itu membuatkan lelaki itu semakin berang. Dia mencampakkan Aisya Hana ke lantai. Dengan tubuh kecil molek Aisya Hana, dia tercampak hampir satu meter dari lelaki itu. Sakitnya hanya Allah yang tahu. Lelaki itu kemudian menjeritkan beberapa lagi perkataan dan yang hanya sempat ditangkap ialah "Shabette, kuso yaro!(Cakaplah, jahanam!)".

    Aisya Hana mengesotkan diri ke tepi dinding sambil menggigil ketakutan. Dia melihat lelaki sasa itu mengangkat kerusi yang didudukinya tadi dan ingin dicampakkan kearahnya. Buntang mata Aisya Hana melihat tidak ganas lelaki itu. Dia ingin bangun melarikan diri namun sakit di tubuhnya menghalang dia dari bertindak demikian.

    'Ya Allah, andai ini penamatku, ampunkanlah segala dosaku dan peliharalah keluargaku,' rintih Aisya Hana sambil matanya dipejamkan rapat.

    "Yamette!(Hentikannya!)" jerkah satu suara garau dari belakang kumpulan lelaki itu.

    Serta merta mata Aisya Hana terbuka malah lelaki itu turut meletakkan kembali kerusi ke lantai dengan lembut. Mereka semua menunduk ke lantai.

    "Bosu(Boss)," serentak mereka berkata.

    Aisya Hana merasa sedikit lega apabila lelaki tadi tidak jadi untuk menyerangnya, namun hatinya berdegup semakin kencang, bagaikan bahaya yang lagi hebat bakal menimpa. Derapan lelaki yang dipanggil boss itu semakin menghampiri. Oleh kerana dia membelakangkan cahaya, Aisya Hana tidak dapat melihat wajah lelaki itu.

    Mereka berbicara antara satu sama lain dalam bahasa jepun sebelum pandangan mereka kembali terarah kepadanya. Aisya Hana kembali kecut perut. Apakah yang akan lelaki itu lakukan kepadanya? Langkah demi langkah berlalu dan kini, lelaki itu berada dihadapan Aisya Hana. Lelaki itu menarik kolar baju dan mengangkatnya sebelum tubuh kecil Aisya Hana ditolak kasar ke dinding. Kemudian dia mencengkam leher Aisya Hana dengan kemas. Dia mulai kehilangan oksigen. Lebih menakutkan lagi, sepucuk pistol berada tepat di dahinya.

    "Shaberu shiranai? Ahh...kisama shinitaino ka?( Kau tak nak cakap ya? Ohh, kau nak mati ya? Tak guna)," dengan nada perlahan dan menakutkan lelaki itu membisikkan kata-kata itu.

     Secara tidak sengaja, air mata Aisya Hana mengalir membasahi pipi kerana terlalu terkesima dengan situasi itu. Walaupun dia tidak pasti apa maksud lelaki itu namun, dia tahu lelaki itu ingin membunuhnya dan aura lelaki itu sangat menakutkan malah lebih kuat dari lelaki yang telah mencederakannya tadi.

    Kyou Takumi merasakan ada sesuatu yang aneh. Matanya memandang tepat ke arah satu wajah yang berada dihadapannya. Menurut konco-konconya, mereka telah menangkap pengikut Naga Hitam yang telah menganggu kawasan pemerintahannya. Malah lelaki itu talah menelefon pihak polis untuk menghalang kerja-kerja biasa yang dilakukan konco-konconya.

    Walaupun begitu dia, tetap kagum dengan lelaki itu kerana sangat berani menentang kumpulannya, Sakura Putih dalam menjalankan urusan biarpun hanya berbadan kecil. Jarang dia melihat lelaki yang fizikalnya kecil namun hatinya tetap berani untuk melawan musuh apatah lagi kumpulannya yang menguasai kebanyakkan kawasan di Hokkaido ini. Sewaktu pistol diacukan tepat ke dahi lelaki itu, matanya bagaikan terpandang sebutir cahaya jatuh dari mata lelaki itu dan yang aneh, sepasang mata itu bagaikan menyentuh hatinya.

    "Nyalakan lampu besar!"arah Kyou Takumi dengan tegas. Konco-konconya kelam kabut mencari suis lampu utama apabila melihatkan kemarahan tuan besar mereka.

    Sepasang mata bundar yang berada dihadapan Kyou Takumi membuatkan hatinya berdegup kencang. Kyou Takumi membuka hud sweater yang melindungkan hidung dan bibir pemilik mata indah yang berada dihadapannya. Hidung yang mancung dan bibir munggil yang pucat dan terketar-ketar ketakutan membuatkan Kyou Takumi terkesima. Pistol di tangan serta merta terlepas dari pegangan.

    Cengkaman tangan kasarnya ke leher gadis itu juga terungkai dengan sendirinya apabila menyedari bahawa yang berada dihadapannya ialah bukan seorang lelaki malahan seorang wanita warga asing. Dalam kekeliruan yang amat menyesakkan fikiran, tiba-tiba wanita itu rebah, namun dia sempat menahan gadis itu dari terjelepuk di lantai. Hatinya berdegup kencang.

    "Nani ga okotte iru?! Doushitte onna wa kokoni iru?!(Apa yang berlaku ni?! Kenapa ada perempuan di sini?!)" bergegar suara Kyou Takumi mengisi ruang bilik itu.

    Konco-konconya tidak berkutik walaupun sedikit. Mereka juga sama terkejut sepertinya. Mereka tidak menyangka orang yang diculik mereka ialah seorang wanita. Mereka menyangkakan itu adalah konco musuh mereka.

    "Macam mana keadaan dia?"soal Kyou Takumi kepada pembantu rumah agamnya, Obaasan.

    "Dia tak apa-apa. Tuan muda jangan risau," balas Obaasan, seorang wanita tua yang sudah berumur lingkungan lima puluh tahun dan telah lama berkhidmat di rumah agam itu.

    Dia juga merupakan satu-satunya wanita yang menghuni rumah itu kerana Kyou Takumi tidak membenarkan mana-mana wanita menjejakkan kaki ke rumah agam miliknya setelah kematian kedua-dua orang tuanya. Tugasnya ialah menyediakan segala makan dan pakaian Tuan muda rumah itu. Tetapi dia hairan, bagaimana gadis ini boleh berada di sini dan dia sangat tahu akan sikap Kyou Takumi yang sangat-sangat membenci wanita.

     Tetapi kenapa sikap anak muda itu sungguh berbeza apabila melibatkan gadis ini? Pelbagai soalan yang menghantui fikiran Obaasan namun dia hanya membiarkan, tidak mahu menambah kekusutan anak muda yang sudah dianggap bagai anak sendiri itu. Malah, Kyou Takumi juga sudah menganggap Obaasan seperti ibunya sendiri kerana wanita tua itu telah menjaganya sejak dia lahir ke dunia ini.

    Setelah selesai menjalankan tugas, Obaasan segera berlalu dari bilik itu dan meninggalkan Kyou Takumi seorang diri yang masih dalam keadaan keliru. Apabila menyedari Obaasan telah meninggalkannya sendiri, dia segera mendekati gadis asing yang sedang terbaring tidak sedarkan diri. Satu persatu raut wajah gadis itu dipandang. Sungguh jelita! Dipandang pula rambut gadis itu yang hitam pekat yang semakin menambah keayuannya. Dia hairan kenapa gadis itu menutup rambutnya yang indah disebalik kain. Tiba-tiba jantungnya berdegup kencang. Tidak pernah dia rasakan perasaan sebegini rupa. Pandangannya segera dijauhkan dari gadis itu. Sedikit demi sedikit debaran di dadanya kian hilang.

    Tok! Tok! Tok!

    Ketukan di pintu mengejutkan Kyou Takumi. Dia segera keluar dari bilik itu kerana tidak mahu gadis itu tersedar dari rehatnya.

    "Boss, kami minta maaf, kami betul-betul tak tahu yang dia wanita. Lagipun cara dia berpakaian sama seperti lelaki,"ucap Kenichi, pembantunya.

    Kyou Takumi hanya diam tanpa kata. Konco-konco yang berada dihadapannya mula resah melihat ketuanya yang senyap membisu.

    "Boss?" tegur Ryu, pembantu kanan Kenichi.

    Kyou Takumi tersentak dari lamunan apabila ditegur Ryu. Dia cuba membetulkan reaksi wajah yang terkejut.

    "Apa yang harus kita lakukan sekarang boss?"soal Kenichi lagi.

    Sekali lagi Kyou Takumi terdiam. Apa yang patut dia lakukan? Anak-anak buahnya telah melibatkan nyawa seorang gadis yang tidak bersalah di dalam pertarungan mereka. Dia juga buntu akan apa yang patut dilakukan sekarang ini. Jika dibebaskan, dia pasti kumpulan naga hitam pula yang akan memburu gadis itu kerana telah mengetahui di mana tempat persembunyian dan jalan masuk ke rumah agamnya. Tidak pernah seorang lagi yang hidup setelah dibawa ke mari kerana mereka pasti dibunuh untuk mengelakkan sebarang rahsia terbongkar.

    "Apa kata kita bunuh saja?" satu idea dilemparkan dari salah seorang pengikutnya.

    "Bagus juga cadangan tu," sokong yang lain.

    "Jangan!!!" jerkah Kyou Takumi tiba-tiba.

    Terhenjut bahu anak-anak buahnya. Mereka semua berubah pucat. Biarpun dia masih tidak pasti apa yang harus dilakukan, Kyou Takumi merasakan dia harus membiarkan gadis itu terus berada di sini. Jika dibebaskan, pasti hidup gadis itu akan musnah jua.

    "Jangan sentuh perempuan tu. Dia milik aku!"dengan tegas Kyou Takumi menambah.

    Pengikutnya berpandangan sesama sendiri dengan hairan namun tidak berani mempersoalkannya. Mereka pasti ada rancangan yang telah dirancang oleh Tuan Muda mereka untuk menghilangkan masalah yang telah timbul ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna