Home Novel Cinta Cinta Yakuza
Cinta Yakuza
Adeeba Eryna
9/4/2015 13:38:02
29,548
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 3(part 2) : Kelu

                                                               BAB 3(PART 2)


    Setelah hampir setengah jam berendam air mata, Aisya Hana sedikit tenang. Sambil dia menenangkan diri, dia menganalisa ruang bilik itu. Barulah dia perasan, bilik air juga disediakan di situ. Pantas dia ke sana untuk membersihkan diri. Terlupa pula akan solat yang telah ditinggalkan sewaktu dia tidak sedarkan diri.

    Sebaik sahaja dia melangkah masuk ke dalam bilik air itu, Aisya Hana terpesona seketika. Saiz bilik air itu sahaja melebihi saiz biliknya di kampung. Hairan juga dia mengapa mereka membina bilik air sebesar ini. Bukannya boleh dijadikan tempat tidur pun. Rekaan bilik air itu juga seperti rekaaan tradisional Jepun. Sungguh nostalgik.

    'MasyaAllah, sekarang ni bukan masa untuk menilik bilik air, aku harus segera mencari jalan keluar!'

    Aisya Hana kembali mengingatkan diri sendiri tentang keadaan dia sekarang ini. Sebagai langkah berhati-hati dia memeriksa kawasan sekeliling, mana tahu ada CCTV yang dipasang di bilik air itu.

  'Karang ada jugak yang dapat tengok free show kang', getus Aisya Hana di dalam hati.

    Setelah berpuas hati, barulah dia membersihkan diri serta mengambil wudhuk sementara yang lain diserahkan kepada Yang Maha Esa kerana dia tetap gusar jika ada pihak yang memerhatikan tindak tanduknya.

    Dia kemudiannya mencapai telekung dan sejadah yang sememangnya sentiasa dibawa dalam beg galas. Dia juga sentiasa membawa telekung dan Al-Quran kemana-mana sahaja kerana dia tahu susah untuk mendapatkan semua itu di Jepun.

    Nasib baik telekungnya tidak dirampas jika tidak sukar untuk dia menunaikan solat memandangkan bajunya juga sudah tiada. Tiba-tiba di teringatkan sesuatu. Wajahnya berubah pucat. Sewaktu dia bangun tadi, pakaiannya sudah bertukar. Siapa yang menukarkan pakaiannya? Kyou Takumi kah?

    'Tak mungkin!!! Mahkota yang aku jaga selama ini sudah dilihat lelaki ajnabi!' Jerit Aisya Hana di dalam hati sambil mengutuk Kyou Takumi sepuasnya.

    Adakah kesuciannya masih terjaga?

    'Nauzubillah, janganlah diriku diapa-apakan, aku lebih rela mati daripada kesucianku diragut oleh insan yang berhati binatang', Aisya Hana mula gundah gelana.

    Semua tindak tanduknya serba tidak kena.

   'Allah, tenangkan aku dan berikanlah aku petunjuk', doanya setelah selesai menunaikan solat. Selesai berdoa, Aisya Hana mencapai Al-Quran tafsir lalu mengalunkan surah Al-Fatihah, Al Falaq dan juga surah Nuh kerana surah-surah ini disertai dengan doa untuk meminta pertolongan.

     Tiba-tiba kedengaran pintu dibuka dari luar. Jantung Aisya Hana berdegup pantas.Wajahnya berubah pucat lesi. Dia berpaling ke arah pintu sambil Al-Quran diletakkan kemas di dada.

    "Jangan takut nak. Mak cik datang untuk hantar baju ni," ujar Obaasan dengan lembut sambil mengunjuk ke arah pakaian milik Aisya Hana yang telah dicucinya.

     Walaupun hanya memahami sedikit pertuturan wanita berumur lingkungan 50-an itu, Aisya Hana lega kerana bukan Kyou Takumi yang menjengah. Obaasan kesian melihat gadis itu yang termangu-mangu melihatnya di situ. Mungkin masih keliru. Dilihat dari segi pakaian dan alunan suara tadi, dia dapat merasakan gadis itu beragama Islam. Walaupun dia tidak berapa arif akan agama itu, namun dapat dicam daripada hijab yang dipakai gadis itu.

     "Obaasan desu. Wakarimasu ka?(Saya nenek, boleh faham)?" tambah obaasan sahaja ingin menghilangkan rasa takut Aisya Hana.

     Perlahan-lahan Aisya Hana mengangguk. Kalau bahasa Jepun ringkas sudah tentu dia faham.

     "Watashi no fuku, dare?(Baju saya, siapa?)"Aisya Hana cuba menyambung ayat-ayat asas untuk menanyakan soalan yang dari tadi menganggu fikirannya.

     Bersama senyuman Obaasan membalas.

    "Jangan risau, Obaasan yang tukar," jawapan itu melegakan Aisya Hana.

    Syukur dipanjatkan ke hadrat Illahi. Rasa bersalah pula dia mengutuk Kyou Takumi sepuas hati tadi.

    "Namae wa nan desuka?(Nama kamu siapa?)" soal Obaasan lagi.

    "Aisya Hana desu," balas Aisya Hana.

    Dia merasa semakin selesa dengan wanita tua itu.

    "Obaasan ada sediakan makanan, kamu makanlah," tambah Obaasan sambil membawa satu talam yang disertai nasi, dan satu lauk yang diyakini daging khinzir.

    Aisya Hana mengucap panjang.

    "I cannot eat pork," jelas Aisya Hana sambil menunjuk ke arah mangkuk yang dipenuhi pork stew.

    Tangannya dihayun ke kanan dan kiri menandakan dia tidak bisa menjamah makanan itu.

    'Faham ke tidak obaasan ni? susahnya kalau dua-dua tak faham bahasa Jepun dan English,' rungut Aisya Hana di dalam hati.

    "Naze?" soal Obaasan dengan hairan.

    Dia faham akan bahasa yang Aisya Hana gunakan namun dia tidak dapat membalas di dalam bahasa yang sama kerana dia tidak mahir.

    "Watashi wa Isuramu kyotodesu. Pork, wine and others non-halal, teberarenai desu(Sayaberagama Islam.Daging khinzir, arak dan makanan tidak halal yang lain, saya tak boleh makan)," jawab Aisya Hana.

    Susah dia ingin menjelaskan makanan yang tidak halal kepada Obaasan dengan bahasa percakapan mereka terbatas.

    'Bagaimanakah nasibku nanti,' Aisya Hana hanya melihat kegelapan yang menyelubungi masa depannya.

    Makanan yang tidak halal dan menjadi tahanan yakuza. Dia tidak mungkin untuk menyatap makanan yang haram. Obaasan pula keliru, kenapa gadis itu tidak boleh makan makanan yang telah dimasak? Makanan tidak halal? Apakah itu?

    "Kalau begitu, mahu makan masakan lain?" soal Obaasan lagi.

    Dia tidak boleh membiarkan Aisya Hana kelaparan kerana hampir dua hari gadis itu tidak makan. Tambahan pula, Tuan Mudanya, Kyou Takumi telah berpesan untuk melayan Aisya Hana dengan baik.

    "Daijoubudayo Obaasan(Saya tak apa-apa nenek)," balas Aisya Hana bersama senyuman biarpun perutnya berkeroncong menahan kelaparan.

    Dia bimbang ada serbuk perasa atau apa-apa yang tidak halal dimasukkan nanti kerana Obaasan masih tidak jelas akan larangan untuk tidak makan makanan tidak halal ke atas seluruh umat Islam.

    Akhirnya, dia terbaring kelaparan di katil sambil gigih memikirkan cara untuk membebaskan diri. Patutkah dia merayu minta dilepaskan? Namun dia takut akan dibunuh kerana ketua yakuza sendiri telah mengugut untuk membunuhnya jika dia mengingkar perintah.

    'Ya Allah, bantulah aku, aku buntu!', jerit Aisya Hana di dalam hati.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna