Home Novel Cinta Cinta Yakuza
Cinta Yakuza
Adeeba Eryna
9/4/2015 13:38:02
29,556
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 11

“Bunuh dia!” ayat itu bagai halilintar yang membelah bumi. Satu arahan dari ayahnya yang tidak mungkin diingkar oleh sesiapa mahupun dirinya sendiri.


            “Na…ze?(Kena..pa?)”


            Terketar-ketar bibirnya menyanyakan soalan itu sambil matanya memandang ke arah budak lelaki yang sedang melutut dilantai dengan keadaan yang berlumuran darah. Keadaannya sungguh teruk namun Kyou Takumi masih bisa mengenali raut wajah anak lelaki itu.


            “Ayahnya sudah khianati organisasi kita dan telah lari menyembunyikan diri. Aku mau kau bunuh dia sekarang!” jelas ayahnya dengan penuh benci.


            “Ky…ou, boku o ko…rosanai…de(Ky...ou, jang...an bunuh a..ku),”rayu anak itu dengan sayu dan lemah.


            “Akito!” Kyou Takumi mahu bergegas menolong Akito namun langkahnya dihalang oleh ayahnya yang dari tadi berdiri dibelakangnya.


            “Otoosan…,” Kyou Takumi cuba merayu ayahnya sambil dia cuba melepaskan genggaman tangan ayahnya di lengan kecilnya.


            “Kyou! Kare o korose!(Kyou! Bunuh dia!)” tegas ayahnya sambil menghulurkan sebilah pedang panjang kepadanya.


            Pedang itu hampir sahaja menyamai ketinggiannya yang berusia 13 tahun itu. Ayahnya memaksa dia memegang pedangitu manakala muncungnya dihalakan tepat ke dada Akito. Air mata Kyou Takumi bergenang di hujung matanya. Mana mungkin dia mampu membunuh teman baiknya sejak dari kecil.

            Selama 13 tahun dia hidup hanya Akito yang menjadi teman sepermainan. Kesemua ahli organisasi Sakura Putih memandangnya sebagai pewaris kumpulan itu, tiada satu pun yang mahu menjalinkan perhubungan dengannya sedangkan dia hanya anak kecil yang memerlukan kasih sayang. Namun jauh disudut hati, sejak dia berumur lima tahun lagi dia sudah mengerti, kasih sayang daripada ibu bapanya sendiri pun dia tidak punya apatah lagi kasih sayang seorang sahabat atau saudara.

            Namun tanggapannya berubah setelah kehadiran Akito anak kepada orang kanan ayahnya, Genzo. Sikap Akito yang nakal dan ceria itu tidak takut mahupun gentar untuk menjalinkan persahabatan dengannya. Malah disebabkan mereka berdua rapat mereka ditempatkan disekolah yang sama dan ke mana sahaja mereka pasti berdua. Ayahnya sendiri telah mengumumkan yang Akito bakal menjadi orang kanan Kyou Takumi setelah kepimpinan Sakura Putih beralih kepadanya.

            Sejak ayahnya melihat Kyou Takumi terlalu rapat dengan Akito dia sudah mulai tidak senang hati kerana seorang ketua Yakuza harus kental, tegas dan perlu berdikari tanpa bergantung kepadaorang lain. Mengenangkan Genzo merupakan ayah kepada Akito dia berfikir mungkinAkito boleh menjadi orang kanan Kyou Takumi yang cekap seperti Genzo. Namun kini, mimpi indah Kyou Takumi berubah setelah bapa Akito berpaling tadah dengan memberi maklumat sulit organisasi Sakura Putih kepada musuh. Ayah Kyou Takumi berang dengan pembelotan itu bertindak memburu Genzo namun gagal. Jadi dia mengambil keputusan untuk mengarahkan Kyou Takumi membunuh Akito agar dendamnya terbalas.


            “Kalau kamu tak mahu bunuh dia,seluruh keluarga dia akan aku bunuh,” dengan kejam ayahnya menambah.


            Kyou Takumi dan Akito tersentak.Akito terdiam lemah, beberapa ketika kemudian dia memandang sahabat baiknya sambil mengangguk perlahan, dia tidak mahu ibu dan adik-adiknya di apa-apakan.


            “Yadayo (Tak nak),” geleng KyouTakumi apabila menyedari yang Akito mahu dia membunuhnya.


            “Ha…yaku (Ce…pat),”pinta Akito bagaikan merayu.


            Melihatkan rayuan temannya itu dia mengangkat perlahan pedang ditangannya, muncung pedang itu dihalakan ke arah Akito, air matanya merembes perlahan. Lama dia berkeadaan begitu, dia tidak mampu untuk menghunuskan pedang itu, perlahan-lahan pedang mula melurut dari tangannya.

            Namun tanpa disangka, ayahnya yang sedari tadi berada dibelakang Kyou Takumi menolak tangan Kyou Takumi ke arah dada Akito. Darah mula memercik keluar dari dada bersama erangan yang kuat sebelum Akito terkulai layu. Kyou Takumi terpaku beberapa saat sebelum meluru ke arah Akito. Pedang yang terpacak di dada Akito segera dicabut dan dicampak jauh.


            “Dame!Shinja Dame. Akito!(Jangan! Jangan mati. Akito!),”


            Kyou Takumi mula teresak-esak,kedua-dua belah tangannya berlumuran darah kerana cuba menghentikan darah yang mengalir di dada Akito. Puas dicuba namun tidak berjaya.


            “Otoosan…!”


             Kyou mendongak mencari kelibat ayahnya untuk memohon bantuan namun ayahnya sudah melangkah pergi bersama anggota Sakura Putih yang lain. Kyou Takumi hampa, dia ditinggalkan bersama Akito sendirian,tiada siapa yang tinggal untuk dia memohon bantuan.


            “Gomen, hontoni go..men (Maaf, aku betul-betul minta... maaf,” pohon KyouTakumi, dia memangku kepala Akito di pahanya.


            Akito memandang Kyou Takumi dengan sayu, rasa pedih di dada semakin lama semakin menghilangkan kesedarannya.Mungkin sudah tiba masa untuk dia meninggalkan dunia ini. Perlahan-lahan dia mengenggam tangan Kyou Takumi, satu-satunya sahabat baik yang pernah dia punya sebagai tanda dia tidak menyalahkannya di atas hal ini.

            Genggaman tangan Akito semakin lama semakin longgar, nafasnya kini kian menghilang. Tangisan Kyou Takumi tiada penghujungnya setelah menyedari Akito kini sudah tidak bernyawa.


            “Akito!!!” Bergema suara Kyou Takumi di ruang itu.


Nota kaki,

InsyaAllah novel sulung saya yang bertajuk With All My Heart bakal diterbitkan tidak lama lagi, doakan kejayaan saya ya. Anda boleh baca spoiler novel tersebut di 

http://www.portalilham.my/karya/Novel/Cinta/A2VdVfSOIPk/With-All-My-Heart

Enjoy the day dan terima kasih kerana sudi baca karya saya ini.

Previous: Bab 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna