Home Novel Cinta Cinta Yakuza
Cinta Yakuza
Adeeba Eryna
9/4/2015 13:38:02
29,552
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 5 : Memori

                                        BAB 5


    Aisya Hana termanggu-manggu seketika mendengar apa yang Kyou Takumi ungkapkan. Belum sempat dia menghadam bicaranya, lelaki itu terlebih dahulu menghilangkan diri. Tapi dia tetap berterima kasih kerana lelaki itu sanggup menyediakan makanan halal untuknya. Entah mengapa untuk sesaat dirasakan lelaki itu amat baik terhadapnya namun perasaan itu segera dibuang.

    'Aisya kau kena ingat, lelaki tu dah kurung kau, cuba untuk bunuh kau dan telah rampas hidup kau. Jangan lembut hati! Kau kena cari jalan keluar secepat mungkin!' mindanya membentak.


    "Duduk betul-betul! Cawan tu pegang dengan lembut!" jerkahan itu membuatkan bahu kecilnya terhenjut.

    Bersama itu satu rotan hinggap dibelakangnya, cawan kecil yang mengisi tea hijau itu terlepas dari pegangan.

    "Gomenasai otoosan (minta maaf, ayah) ," bersama suara yang menahan tangis Kyou Takumi memohon maaf.

    "Kamu adalah pewaris kumpulan sakura putih. Kamu harus cemerlang dalam semua perkara. Ingat tu Kyou!" tambah ibunya yang langsung tidak bersimpati akan dirinya yang dipukul entah kali yang ke berapa kerana sering membuat kesilapan.

    "Wakarimasu(saya faham) ," jawab Kyou Takumi dengan takut-takut.

    "Sekali lagi!"arah ibunya lagi dan dia hanya menurut dengan patuh.

    Setelah hampir sejam berlatih untuk majlis perlantikannya sebagai pewaris Sakura Putih, Kyou Takumi ditinggal di ruang bilik itu begitu sahaja. Belakangnya berbirat dipukul kerana kesalahan-kesalahan yang pasti dilakukan oleh seorang budak berumur lima tahun. Walaupun begitu, dia masih tidak menitiskan air mata kerana dia tidak mahu dianggap lemah.

    "Kyou sama," panggil satu suara penuh lembut dan kasih sayang.

    Dia berpaling ke arah suara itu. Obaasan sedang berdiri di pintu dan memandangnya dengan senyuman biarpun pandangannya jelas menunjukkan wanita itu bersimpati dengan nasibnya.

    "Obaasan!" dengan penuh ceria Kyou Takumi membalas, perlahan-lahan dia bangun dan berlari menuju ke arah wanita itu.

    Sakit dibelakang badannya tidak dihiraukan. Dia memeluk lutut nenek itu dengan erat lantas Obaasan menundukkan badan dan membawa anak kecil itu ke pelukannya.

    "Kyou sama daijoubu desuka? ( Tuan muda Kyou tak apa-apa?) ," soal Obaasan sambil mengusap lembut ubun-ubun Kyou Takumi.

    "Daijoubu desu(Tak apa-apa) ," balasnya dengan riang.

    "Jom kita makan,"

    "Emm," balas Kyou Takumi bersama senyuman.

    Obaasan memimpin tangan kecil anak itu dan membawanya ke ruang makan. Nasi putih, sup dan salmon grill tersedia di meja makan. Dia mendudukan Kyou Takumi di situ sebelum bergerak ke dapur untuk menyiapkan sedikit kerja.

    Kyou Takumi memandang sekeliling, hanya dia yang berada di meja makan itu, ibu dan ayahnya entah dimana mereka berada. Dek kerana telah melakukan banyak kesalahan dia telah dihukum tidak diberi makan tengahari nasib baik Obaasan tetap menyediakan santapan tengahari untuknya secara sembunyi, jika tidak sudah pasti dia terpaksa berlapar sepanjang hari.

    Perlahan-lahan tangan kecilnya menyuap nasi ke mulut bersama perasaan sunyi yang memenuhi hati. Sudah lama dia tidak makan bersama ibu dan ayahnya kerana mereka terlalu sibuk dengan pengurusan kumpulan mereka. Malah jarang sekali mereka dapat bertemu mata. Air matanya hampir menitis namun ditahan, dia tidak mahu sesiapapun melihatnya menangis.

    "Siapa suruh kamu makan?!" jerkah ayahnya yang sedang menuruni tangga.

    Kyou Takumi tersentak. Pantas dia turun dari kerusi dan berdiri tegap di tepi meja makan, dia menyapu nasi yang melekat dipipi dengan belakang tangan kananya sambil tangan kiri mengenggam kuat bajunya.

    "Berani kamu melawan perintah aku?!"

     Dia diam tidak berkutik dek amarah ayahnya yang kini telah berada dihadapannya.

Pang!!!


    Kyou Takumi tersedar dari tidur, peluh dingin memenuhi dahi dan pipinya. Dia pantas bangun dan meraup wajahnya berkali-kali, mimpinya tadi telah membawa kembali segala memori pahit yang telah dilaluinya sejak kecil. Dadanya berombak dan nafasnya bagaikan tersekat-sekat, sungguh dia benci akan memori itu kerana telah memenjarakan dirinya yang sebenar selama hampir 27 tahun. Sejak dia diangkat sebagai pewaris Sakura Putih, dia tidak pernah senyum dalam apa jua situasi malah pernah sahaja dia dipanggil budak yang tiada perasaan. Di sekolah juga tiada siapa yang mahu menjadi sahabatnya kerana dia tidak mesra dan juga mempunyai pandangan mata yang tajam.

    Setelah dia menjadi pewaris, ayah dan ibunya semakin tegas, dia tidak mahu ingat akan segala kenangan itu kerana terlalu menyakitkan. Di mana keberadaan ibunya sewaktu dia memerlukan pelukkan seorang ibu? Dalam tidak sedar, dia menyimpan perasaan benci terhadap ibu dan ayahnya. Malah, ketika ibu dan ayahnya meninggal dalam kemalangan jalan raya, hatinya sedikitpun tidak merasa apa-apa apatah lagi sedih.

    Tiba-tiba bayangan wajah Aisya Hana tergambar di mindanya. Sejak kehadiran gadis itu, dia sendiri bagaikan tidak percaya yang dia mampu tersenyum dengan gelagatnya yang amat comel. Memandang wajah gadis itu sahaja bisa membuatkan seribu masalah yang menganggu fikiran hilang begitu sahaja. Sungguh aneh! Dia menyangkakan semua wanita seperti ibunya namun renungan mata Aisya Hana yang lembut, wajahnya yang bersih dan tenang itu mengubah tanggapannya. Bagai ada tarikkan misteri terhadapnya.

    Nama gadis itu juga sungguh indah, Aisya Hana. Ingin sahaja dia memanggil wanita itu dengan panggilan Ai namun egonya yang tinggi menyebabkan dia hanya memanggilnya Onna yang membawa maksud perempuan. Dia juga berjanji, walau apapun yang terjadi, dia tidak akan melepaskan Aisya Hana!

    Aisya Hana tersedar dari tidur apabila dia merasa tidak selesa, tidurnya juga terganggu. Hatinya merasa tidak enak.

   'Hari ni berapa haribulan ya? Takkanlah...' dengan pantas dia berlari ke bilik air.

    Sangkaannya tepat sekali. Dia datang bulan! Apa yang harus dilakukan? Dia tidak mempunyai bekalan tuala wanita. Hendak meminta daripada Obaasan, dia dikurung di dalam bilik ini, bukannya dia boleh suka hati ke sana ke mari. Dia memegang kepalanya yang mulai berdenyut-denyut itu. Dia keluar dari bilik air lalu memandang jam dinding. Pukul sembilan pagi. Sewaktu dia bangun menunaikan solat subuh tadi tiada pula tanda-tanda yang dia bakal datang bulan.

   "Aduh! Habislah aku!"ucapnya dengan risau.

    Dia berjalan ke kiri dan kanan berulang kali sambil cuba memikirkan apa yang harus dia lakukan.

   'Obaasan tak nak datang sini ke? Habis siapa nak tolong aku ni?' kata hatinya yang sedang gundah gelana itu.

Tok! Tok!

    Kedengaran pintu diketuk dari luar. Pantas Aisya Hana berlari menuju ke pintu bilik kerana dia pasti Obaasan yang datang membawa makanan untuknya. Dia akan menggunakan peluang ini untuk meminta bantuan bekalan tuala wanita kerana sudah tiada siapa yang boleh dipohonkan bantuan selain Obaasan.

    "Obaasan, help me..."kata-katanya terhenti di situ, terperanjat dia apabila melihat Kyou Takumi yang melangkah masuk bukannya Obaasan.

    Kyou Takumi juga terkedu sebaik sahaja pintu di buka gadis itu tersembul di muka pintu. Dia membawakan sedulang sarapan pagi untuk Aisya Hana yang berisi roti dan juga segelas susu. Dia sengaja mengambil alih tugas Obaasan buat pagi ini kerana ingin melihat wajah gadis itu. Tapi kenapa dia ingin melihat wajah Aisya Hana? Satu perasaan aneh menjalar di setiap urat nadinya apabila dia melihat wajah gadis itu. Satu perasaan yang belum pernah dirasakan sebelum ini.

    "Ehem...kenapa perlukan Obaasan?" tegur Kyou Takumi dengan selamba biarpun rasa terkejutnya masih belum hilang.

    Gadis itu mendiamkan diri dan berundur ke belakang setapak demi setapak.

    "Where is she?" soal Aisya Hana kembali dengan takut-takut.

    Kyou Takumi meletakkan dulang itu di atas meja.

    "Ni sarapan pagi kau. Obaasan tak ada, dia keluar. Kalau perlukan apa-apa, bagitahu aku saja," bohong Kyou Takumi dengan nada suaranya yang biasa, garau dan tegas. Padahal Obaasan ada sahaja di dapur tengah menyiapkan sarapan untuknya.

    Saja dia berbohong agar gadis itu bergantung kepadanya bukan Obaasan. Dia memandang Aisya Hana dengan pandangan mata yang redup, dia inginkan perhatian gadis itu.

    Aisya Hana pantas menunduk. Pandangan lelaki itu sungguh aneh lain dari pandangannya ketika dia diugut beberapa hari lepas. Dulu, pandangan mata lelaki itu bagai ingin membunuhnya, kini sungguh redup dan tenang. Sambil itu, kakinya menguis-nguis lantai, tidak mungkin dia ingin meminta bantuan Kyou Takumi di dalam hal ini.

    "Okay, kalau tak ada apa-apa aku keluar dulu. Makan sarapan kau," tambah Kyou Takumi, mungkin gadis itu tidak selesa dengan kehadirannya.

    Melihat langkah Kyou Takumi yang makin menjauh membuatkan Aisya Hana panik, dia amat memerlukan benda itu sekarang dan jika tidak diminta dengan Kyou Takumi, kepada siapa lagi? Obaasan pula tiada.

    "Wait!" panggilnya sebelum Kyou Takumi menutup pintu bilik.

    "What?" soalnya dengan gayanya yang angkuh dan dingin walaupun hatinya gembira apabila gadis itu memanggilnya.

    "I...I need something," tergagap-gagap dia berkata.

    "Need what?" soal Kyou Takumi kembali.

     Aisya Hana kembali terkulat-kulat dengan soalan lelaki itu. Macam mana dia hendak bagitahu ni? Malu!

    "Er...em...er..."hendak diluah perkataan itu tapi tidak mampu.

    "What?!"jerkah Kyou Takumi.

     Penat dia menunggu perempuan itu memberitahunya. Apakah yang susah sangat?

    "Pad!"jeritnya kerana terkejut dengan sergahan lelaki itu.

    Nasib dia tidak diserang penyakit jantung kerana terkejut.

    'Haa, reti pun cakap,' getus Kyou Takumi di dalam hati.

    "What pad?"soalnya kembali dengan keliru.

    "Hmm...erm, wo...women's towel," balas Aisya Hana dengan suara yang perlahan, malu untuk mengungkapkan perkataan itu, wajahnya juga berubah merah menyala.

    Mendengarkan jawapan dan reaksi Aisya Hana dia dapat mengagak apa yang gadis itu mahukan terutama sekali wajah Aisya Hana yang merah menyala itu menarik perhatiannya. Malah wajah Kyou Takumi turut berubah merah, sudah tentu dia tahu apa yang diperlukan Aisya Hana kerana dia pernah melihat iklan-iklan sedemikian di kaca televisyen.

    "Ohh...hmm...okay," balas Kyou Takumi sebelum cepat-cepat melangkah keluar. Tidak betah untuk berada lama di dalam situasi itu.

    Aisya Hana menggaru kepalanya.

    ' Siapa yang patut malu ni? Aku ke dia? Yang muka dia merah macam cili tu kenapa? Hairan...,' fikir Aisya Hana.

Previous: BAB 4: Comel

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna