Home Novel Cinta Cinta Yakuza
Cinta Yakuza
Adeeba Eryna
9/4/2015 13:38:02
29,550
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 10

Kenichi mengenggam kemas rambut lelaki yang telah lembik dibelasah ahli-ahli kumpulannya. Dia kini menunggu ketibaan Tuan Muda Kyou Takumi untuk menentukan hukuman yang seterusnya. Lelaki yang kini nyawa-nyawa ikan itu merupakan pengintip yang dihantar dari kumpulan yakuza lain untuk mendapatkan segala maklumat sulit tentang Sakura Putih. Sememangnya Sakura Putih sudah lama menjadi pemegang di seluruh kawasan Hokkaido sejak ayah Kyou Takumi menjadi ketua. Namun, kematian mengejut Tuan dan Puan Sakura Putih menyebabkan keadaan menjadi huru-hara di dalam organisasi itu. Ramai yang ingin keluar dari kumpulan itu kerana bimbang akan diserang oleh musuh-musuh mereka setelah ketiadaan ketua. Walau bagaimanapun, kepulangan Kyou Takumi dari AmerikaSyarikat telah menghilangkan kegusaran ahli-ahli kumpulan.

             Ketegasan dan kecekapan dalam membuat sesuatu keputusan akan hal-hal berkaitan organisasi telah menyebabkan dia disanjungtinggi oleh orang-orang bawahannya. Tiada satupun keputusan yang dibuat KyouTakumi bisa dibantah sesiapa kerana mereka tahu setiap tindakkan yang dilakukan oleh bosnya itu pasti akan menguntungkan Sakura Putih.


            “Doko itanda?(mana dia?)” soal KyouTakumi sambil diiringi Yamamura.


            Pada kebiasaannya kiri dan kanannya diapit oleh Shinji dan Yamamura namun sejak kehadiran Aisya Hana, Kyou Takumi telah mengarahkan Yamamura atau Shinji untuk mengawasi gerak geri Aisya Hana.Walaupun Yamamura telah mengecewakan Kyou Takumi pagi tadi, dia telah memberi peluang untuk Yamamura buat terakhir kalinya. Itupun setalah Aisya Hana dengan beraninya masuk campur di dalam kejadian pagi tadi.

            Kenichi segera meletakkan badan lelaki yang sudah separuh nyawa dihadapan Kyou Takumi. Pandangan bengis kelihatan dari wajah Kyou Takumi sebaik sahaja melihat muka orang yang telah membelotnya itu.


            “Watashi o korosanaide kudasai(Tolong jangan bunuh saya)”rayu lelaki itu.


            “Berani kau belot pada aku? Aku tidak akan biarkan kau hidup setelah apa yang kau lakukan kepada aku. Kau patut mati!” serentak itu Kyou Takumi mengambil pedang panjang yang sentiasa disediakan oleh Yamamura untuk kegunaan dirinya.


             Hujung mata pedang itu pantas menusuk ke abdomen lelaki itu. Erangan kesakitan jelas kedengaran di malam yang sunyi namun langsung tidak diendahkan Kyou Takumi.


            “Uruskan dia,”arah Kyou Takumiseraya pedang yang berlumuran darah merah dicampakkan ke lantai.


            “Wakarimashita!”jawab Kenichi patuh.


            Pantas Yamamura mengambil dan mengelap darah yang basah dengan sehelai sapu tangan sebelum memasukkan kembali pedang itu ke dalam sarungnya. Kyou Takumi hanya berlalu pergi tanpa reaksi menuju ke arah kereta hitam mewah miliknya. Yamamura segera membontoti langkahTuan Mudanya, di dalam hati dia sendiri kecut perut melihat kejadian itu dihadapan matanya kerana Kyou Takumi sangat dingin dan kejam dalam hal-hal melibatkan musuhnya. Biarpun sikap Kyou Takumi sememangnya dingin dan sukar didekati namun belum pernah Kyou Takumi memandang anak-anak buahnya dengan pandangan bengis seperti itu. Mau berhenti jantungnya jika pandangan tajam seperti itu diarahkan kepadanya. Getus hati Yamamura.

Previous: BAB 9
Next: Bab 11

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna