Home Novel Cinta Cinta Yakuza
Cinta Yakuza
Adeeba Eryna
9/4/2015 13:38:02
29,554
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 7 : Secret

                                                        BAB 7


    Tanpa membuang masa, dia membuka langkah mencari jalan keluar dari rumah itu. Baru sahaja ingin melangkah, Aisya Hana tergamam apabila melihat suasana rumah agam yang teramat mewah itu.

    'Ni rumah ke Istana? Besar gila!'

    Selama ini dia hanya terperap di dalam bilik kurungan, dia tidak menyangka ini rupanya rumah sebenar milik ketua yakuza itu. Tingkat atas sahaja sudah sebegini mewah, tingkat bawahnya bagaimana pula ya? Seumur hidup tidak pernah dia merasa suasana rumah yang amat mewah ini.

    'Eh, aku ni nak larikan diri bukannya sightseeing! Fokus! Cepat cari jalan keluar Aisya Oii' ujarnya di dalam hati.

    Dengan berhati-hati, Aisya Hana melangkah turun ke tingkat bawah. Walaupun pelbagai benda yang menarik pandangan sepanjang perjalanan, semua itu tidak dihiraukan, yang penting sekarang dia harus mencari jalan keluar dengan segera.

    Pintu besar tersergam indah di hadapan ruang tamu, namun dia merasakan pintu itu tidak selamat. Pasti ramai konco-konco Kyou Takumi yang bertugas. Dia perlu menggunakan pintu belakang. Hatinya berdegup kencang, sempatkah dia melarikan diri dari rumah ini? Belum sempat pintu belakang ditemui, kedengaran suara-suara berkumandang di luar rumah. Wajah Aisya Hana mula berubah pucat. Dia segera mencari mana-mana tempat yang boleh menyelamatkan dia dari dijumpai oleh mereka.

    Mata Aisya Hana tertacap pada satu pintu yang berada disebelah kanannya. Dia pantas membuka pintu dan memboloskan diri ke dalam bilik itu. Hatinya tidak berhenti berdoa agar dia selamat.


    Kyou Takumi menaiki tangga sambil membawa segala pakaian dan keperluan Aisya Hana. Dia memberi isyarat kepada Yamamura untuk membuka pintu bilik kerana tangannya penuh dengan beg-beg plastik.

    Kyou Takumi terkesima apabila tidak melihat kelibat Aisya Hana. Pegangan beg-beg plastik juga terlepas dengan sendiri. Dia memanjangkan langkah ke bilik air namun kelibat gadis itu tidak juga kelihatan. Dia mulai resah, kemanakah gadis itu menghilang?

    "Yamamura!"panggil Kyou Takumi dengan jerkahan yang nyaring.

    Yamura dan Shinji terkocoh-kocoh masuk ke dalam bilik kurungan Aisya Hana.

"Doushite Kyou sama?(Kenapa Tuan Kyou?)" soal Yamamura dengan pucat.

    Dia mengigil ketakutan apabila melihat mata Kyou Takumi yang merah bak lava yang hampir meletus. Mata ketuanya itu tajam memandangnya dan Shinji, lagak mahu menelan mereka hidup-hidup.

    "Mana perempuan tu?! Aku suruh kau jaga dia, apa yang kau buat?!" jerkahnya lagi.

    Yamamura dan Shinji baru perasan akan kehilangan Aisya Hana. Peluh dingin mula merencik turun dari dahinya.

    'Mana perempuan tu pergi? Adakah perempuan itu telah melarikan diri ketika dia ke tandas sebentar tadi? Tapi bukankah pintu bilik itu berkunci?' Pelbagai soalan mula bertandang di minda Yamamura.

    "Jawablah!!!" semakin membara amarah Kyou Takumi apabila Yamamura hanya dia membisu.

    Yamamura dan Shinji masing-masing terhenjut bahu dek jerkahan Kyou Takumi.

    "Wa...wakaranai desu(sa...saya tak tahu)," jawab Yamamura tergagap-gagap.

    Mendengarkan jawapan Yamamura, Kyou Takumi pantas mengeluarkan pistol dan mengacukan kepada Yamamura. Shinji pantas bertindak sebagai pelindung manakala Yamamura terduduk ketakutan.

    "Aniki, jangan bertindak terburu-buru, sekarang ini kita perlu mencari perempuan itu," halang Shinji dengan tegas.

    Dia yakin Yamamura telah melakukan kerja dengan sebaiknya cuma nasib sahaja tidak menyebelahinya hari ini. Mendengarkan kata-kata Shinji, Kyou mulai tenang sedikit. Betul kata Shinji, yang penting Aisya Hana perlu dicari dengan segera.

    "Kau akan terima hukumannya nanti. Shinji, arahkan pengawal di luar cari perempuan tu. Korang berdua dan aku cari di kawasan rumah ni!" selesai sahaja memberi arahan, Kyou Takumi menghilangkan diri.

    Dia harus mencari Aisya Hana dengan segera!


    Aisya Hana melilau-lilau meninjau suasana bilik yang baru dicerobohinya. Suasana dan dekorasi bilik itu membuatkan dia terpegun. Dengan puluhan rak buku yang dipenuhi ratusan karya itu amat menakjubkan. Ala-ala bilik bacaan orang barat.

    'Yakuza pun baca buku ke?' soal hati Aisya Hana.

    Dia tidak bermaksud ingin menghina namun keadaan itu amat aneh, bukankah rumah yakuza seharusnya dipenuhi pedang atau senjata?

    Di tengah-tengah ruang bilik, terletak satu tempat rehat yang diletakkan sofa, meja tulis, dan pantri kecil. Pantri itu turut hiasi dengan peti sejuk, cofee maker dan microwave.

    'Agaknya inilah hidup orang kaya yang serba mewah,' fikir Aisya Hana lagi.

    Perlahan-lahan dia mendekati sofa, beberapa bingkai gambar juga ditelek satu persatu. Pandangannya tertacap pada satu gambar anak kecil yang memakai haori.

    "MasyaAllah, comelnya!", hampir melompat dia melihat gambar itu, sememangnya dia amat suka dengan kanak-kanak apatah lagi yang teramat comel seperti ini. Hilang sebentar perasaan resah dan ketakutan yang menyelubungi diri.

    Milik siapakah agaknya gambar ini? Teringin untuk dia berjumpa dengannya, pasti anak itu membesar menjadi seorang lelaki yang tampan. Setelah puas menelek gambar anak itu, dia berpaling ke belakang, satu bingkai gambar menempat sijil digantung didinding. Ternganga Aisya Hana melihat sijil itu.

    "Havard University?! Gila ah, aku nak datang sini pun punyalah separuh mati. Siapa yang bijak sangat ni?" ujarnya dengan kagum sambil mata melilau mencari nama pemilik.

                                           TAKUMI KYOU

    Sekali lagi Aisya Hana perpegun. Ketua yakuza itu lulusan Havard? Biar betul?! Memang Yakuza dekat Jepun ni kena belajar tinggi-tinggi ke?

    Pelbagai persoalan menghuni minda Aisya Hana namun tidak terjawab. Mahu ditanya empunya diri? Mati hidup balik pun dia tidak mahu. Bersebelahan bingkai sijil itu, tergantung satu gambar perkahwinan yang sudah agak usang. Sepasang suami isteri yang berpakaian tradisional Jepun sedang tersenyum manis. Siapa agaknya? Baru sahaja dia ingin menyentuh gambar itu, lengannya ditarik kasar. Terpelanting Aisya Hana ke belakang.

    "Kau memang mencabar kesabaran aku!" jerkah Kyou Takumi dalam bahasa Jepun.

    Aisya Hana mengigil ketakutan apabila diterjah secara tiba-tiba. Wajah Kyou Takumi yang merah menahan marah itu semakin membuatkan dia kecut perut. Aisya Hana kehilangan arah apabila Kyou Takumi mengengam kasar kolar bajunya yang dilitupi tudung.

    "Don't you ever try to defy me!" kali ini Kyou Takumi membisikkan kata-kata itu dengan suaranya yang menakutkan.

    Mata Aisya Hana terpejam ketakutan mendengar bisikan itu. Aisya Hana mula membayangkan hari dia dipukul dan diculik dahulu. Imej menakutkan yang hilang dari air wajah Kyou Takumi kini kembali. Dia mula mengigil ketakutan. Kakinya juga terasa kehilangan kudrat untuk berdiri. Sudahla dia sememangnya jenis yang lemah semangat, dijerkah sebegini rupa makin melemahkan semangatnya yang sedia lemah itu.

    'Ya Allah, janganlah dia diapa-apakan,' rayu Aisya Hana di dalam hati.

Previous: BAB 6 : Lolos
Next: Bab 10

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna