Home Novel Cinta MRS Cinderella
MRS Cinderella
Adeeba Eryna
5/4/2019 14:14:22
418
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

PROLOG

 

            Adriana Mellisa merenung ke arah cermin yang membiaskan susuk tubuh gadis-gadisseusianya yang sedang seronok bergurau sesama sendiri. Riang sungguh mereka dengan reaksi wajah yang kelihatan sungguh ceria. Jelas dia cemburu dengan kebebasan mereka sedangkan dia kehilangan kebebasan dek kerana dipaksa berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali diusia 22 tahun. Sayu saja pandangan Adriana Melissa ke arah mereka.

            “Hei,apa pengantin muka muram je ni?” soal satu suara.

Pantas pandangan Adriana Mellissa kembali ke hadapan.Lupa pula dia sekarang ini wajah nya sedang di hias oleh MUA yang ditempah khas oleh bakal ibu mertuanya. Ibunya sendiri? Entahlah, hanya mampu mengeluh saja.

            “Er, tak ada apalah kak” balas Adriana Melissa sambal melemparkan senyuman manis.

Mukanya yang pada hari-hari biasa akan dihiasi dengan bedak kompak sahaja kini ditepek dengan pelbagai jenis produk. Cuak juga dia bimbang wajahnya kini bukan wajahnya. Ehh? Hahaha. Tergelak halus dia di dalam hati.

            “Haa tengok lawa sungguh adik ni. Mesti terbeliak biji mata pengantin lelaki tengok nanti,” puji MUA nya sambil membelek wajah Adriana Melissa berulang kali dengan senyuman kepuasan dengan hasil tangannya.

Adriana Melissa hanya tersenyum kelat. Pengantin lelaki pun dia tidak kenal malah wajah jejaka itu tidak pernah sekali pun dilihatnya. Hidupnya hanya mengikut aturan kedua-dua orang tuanya. Tiada satupun mampu diingkarinya. Sedang dia asyik melayan perasaan, telefon bimbitnya berdering lantang. Tertera satu nombor yang tidak dikenalinya. Dua kali juga dia berpikir sama ada mahu menjawabnya atau tidak. Setelah deringan itu tidak berhenti buat beberapa ketika, dia terus menjawab. Mungkin ada hal penting dari rakan-rakannya yang menggunakan nombor baru.

            “Assalamualaikum, Hello?” lembut Adriana Melissa menyapa si pendengar di sana.

            “Adriana Melissa?” soal satu suara garau yang tidak dikenali gadis itu.

            “Ya saya?” jawab Adriana Melissa.

            ‘Ish, dahla salam aku tak dijawab, non-muslim ke dia ni? Pelat macam melayu’ kutuk gadis itu di dalam hati.

            “Aku Faris Iskandar,” kedengaran nada yang dingin dari jejaka itu.

            ‘Siapa pulak Faris Iskandar ni? Tak pernah kenal pun,’ Adriana Melissa tertanya-tanya di dalam hati.

            “Er, siapa ya encik? Saya tak kenal pula,” balas Adriana Melissa takut-takut. Tambah-tambah dengan nada suara yang macam along itu.

            “Eh bakal laki sendiri pun tak kenal ke?” sindir lelaki itu dengan sinis. Terkedu Adriana Melissa seketika. ‘Laki? Bakal laki aku?!’

            “Er… ya Encik Faris Iskandar. Ada apa ya encik telefon saya?” soalnya lagi sambil cuba menyembunyikan kegugupannya.

            “Aku nak kau tahu yang aku tak setuju dengan perkahwinan ini. Jangan harap aku akan terima kau dalam hidup aku. Lepas kahwin kita bawa haluan masing-masing,” setiap patah ayat yang dilontarkan Faris Iskandar meluluhkan hati Adriana Melissa.

Diharapkan ada cahaya yang bakal menyinari hidup tapi nampaknya nasib malang tetap tidak berubah. Mungkin betul dia ni pembawa malang seperti yang selalu dicanangkan oleh kedua-dua ibu bapanya.

             “Woi kau dengar tak?!” jerkah Faris Iskandar setelah tiada jawapan dari bakal isterinya buat seketika.

            “Woi aku dengarlah. Ingat aku pekak?!” jawab Adriana Melissa kembali secara spontan dek kerana terkejut dengan jerkahan Faris Iskandar.

 Kus semangat. Sambil itu dia mengurut dadanya cuba menghilangkan nada terkejut. Kini giliran Faris Iskandar pula terdiam dijerkah Adriana Melissa.

             “Haa, err bagus lah kalau kau dengar. Hmm okay,”pantas talian dimatikan tanpa menunggu jawapan dari Adriana Melissa.

             ‘Eh, dia ni, kurang ajar betul. Apa jenis lelaki la macam ni. Ingat aku nak sangat ke kahwin dengan kau. Muka macam periuk belanga!’  kutuk Adriana Melissa dengan geram. Walaupun dia tidak pernah melihat wajah bakal suaminya namun melihatkan perangainya yang sebegitu pasti lelaki itu bukan taste nya. ‘Huh! Menyampah’

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna