Home Novel Cinta Cinta Yakuza
Cinta Yakuza
Adeeba Eryna
9/4/2015 13:38:02
29,565
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 6 : Lolos

                                                         BAB 6


    Kyou Takumi keluar dari bilik kurungan yang menempatkan Aisya Hana dengan wajah yang memerah.

    "Aniki daijoubu desuka?(Abang tak apa-apa ke?) "soal Shinji juga merupakan ahli kumpulan Sakura Putih yang paling muda, berusia 17 tahun.

    Dia telah ditugaskan untuk mengawal bilik yang menjadi tempat kurungan Aisya Hana. Hanya dia sahaja yang memanggil Kyou Takumi sebagai aniki yang bermaksud abang kerana dia agak rapat dengan ketua kumpulannya itu.

    "Shinji, ikut aku, kita keluar sekarang," arah Kyou Takumi.

    Shinji mengangguk setuju, tugas mengawal bilik itu diserahkan kepada Yamamura.

    "Aniki, sampai bila kita nak kurung perempuan tu? Lagipun, dia warga negara asing, susah kalau kita libatkan negara lain, mungkin jadi masalah besar untuk kita. Saya kesian dekat dia, keluarga dia juga," ujar Shinji dengan panjang lebar.

    Hanya dia sahaja yang berani menyuarakan pendapat tanpa dimarahi atau dihukum kerana dia telah dianggap seperti adik oleh Kyou Takumi. Walaupun ramai yang tidak berpuas hati dengan Shinji, namun mereka tidak berani mengapa-ngapakan remaja itu kerana Kyou Takumi selalu menjadi pelindung.

    Dia berfikir sejenak, betul apa yang diucapkan Shinji, masalah besar baginya kalau negara lain masuk campur, kemungkinan untuk kegiatan kumpulannya diketahui pihak berkuasa juga amat besar. Apa yang harus dia lakukan? Adakah dia patut melepaskan Aisya Hana? Dia tahu dia tidak boleh memilih kepentingan seorang wanita berbanding ratusan ahli kumpulannya.

    Kyou Takumi menggaru kasar kepalanya yang tidak gatal itu, otaknya ligat memikirkan langkah seterusnya yang patut dilakukan. Shinji hanya memerhatikan ketuanya itu bersama senyuman. Dia perasan akan perubahan Kyou Takumi sejak kehadiran Aisya Hana dan dia tahu apa yang dirasakan lelaki itu cuma tuan empunya diri yang masih belum faham kata hati sendiri. Walaupun dia hanya berumur 17 tahun, tidak bererti dia tidak bisa mengagak isi hati seseorang.


    Kyou Takumi memandang ke kiri dan kanan kemudian ke atas dan bawah. Mundar mandir dia berjalan, lima langkah ke hadapan seterusnya lima langkah ke belakang. Segala jenis dibelek dan dibaca.

    'Memudahkan pengaliran dan memberi keselesaan'

    'Memudahkan pergerakan dan tidak bocor'

    "Nani shitenno yo? Wakaranaiyo (Apa maksudnya ni?, Tak fahamlah aku)," rungut Kyou Takumi sambil menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.

    Shinji hanya memerhatikan bersama sengihan yang melebar.

    "Shinji! Jangan nak tersengih. Cepat tolong aku!" asak Kyou Takumi.

    Shinji terkejut serta merta senyumannya mati.

    'Aku pulak? Haih...' ujarnya di dalam hati.

    "Kau faham tak apa maksudnya?" soal Kyou Takumi sambil menunjukkan plastik tuala wanita itu kepada Shinji.

    "Hmm...." Lama Shinji membaca penerangan yang ditulis di situ.

    Tidak lama kemudian dia menggeleng. Kyou Takumi mengeluh perlahan.

    "Aku ingatkan kau faham, rupanya tidak," sindirnya.

    Shinji hanya tersengih bagi menutup rasa malunya.

    Akhirnya kedua-dua jejaka itu bersama berganding bahu memilih produk tuala wanita yang ingin dibeli untuk Aisya Hana. Pening kepala mereka berdua dibuatnya.

    Aisya Hana memandang tombol pintu biliknya dengan tajam. Perlahan-lahan dia mendekati pintu itu dan memulasnya. Alangkah terkejut apabila pintu itu boleh dibuka dari dalam. Selama ini pintu itu sentiasa berkunci. Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik dan menjenggulkan kepalanya keluar bilik untuk memerhatikan keadaan. Sunyi dan sepi, tiada kelibat walaupun seorang manusia.

Previous: BAB 5 : Memori

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna