Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 1 : Takdirku

        Bab 1 yang telah diedit dan diupdate kembali. mohon terus menantikan sambungannya ^^                                                                

                                                                              BAB 1

BAM!!!

Bunyi yang kuat itu menyedarkan aku dari lena. Setiap inci tubuhku terasa sengal. Kenapa ni? Apa yang dah jadi kepada aku? Kepalaku mula terasa pusing, pandanganku berpinar-pinar. Tubuh ibu dan ayah yang terkulai layu di jalan raya mula terbayang di mata. Ibu...Ayah...?? Kenapa dengan mereka? Kenapa tubuh mereka berlumuran dengan darah? Ibu bangunlah...Kenapa Ibu masih tak sedarkan diri? Aku perlu selamatkan mereka. Mereka sakit! Mereka perlukan aku!

Pantas aku segera bangun dari pembaringanku namun langkahku dihalang oleh seseorang.

" Dik, adik tak boleh bergerak. Adik kena berehat kalau adik nak cepat sembuh" kata sesorang. Aku memandangnya.

"Siapa akak? Di mana saya berada sekarang ni?" tanyaku dengan lemah.

"Adik ada di hospital sekarang ni. Akak ditugaskan untuk mengawasi keadaan adik. Adik kena baring, tak boleh banyak bergerak ya" katanya dengan lembut.

"Ibu..Ibu dan Ayah saya mana? Saya nak Ibu dan Ayah saya! Mana mereka?" soalku bertalu-talu.

"Dik..adik rehat dulu ya" katanya tanpa menjawab soalan ku malah dia cuba membaringkan aku kembali ke katil.

"Saya tak nak rehat! Saya nak Ibu dan Ayah saya!" balasku sambil melepaskan diriku dari pegangan tangannya. Aku segera berlari keluar dari bilik itu namun sebelum sempat aku melangkah keluar aku ditarik oleh seseorang. Pegangan tangannya amat kemas. Aku tak mampu berbuat apa-apa.

"Lepaskan saya!! Saya nak selamatkan Ibu dan Ayah saya!! Mereka perlukan saya. Mereka cedera...tolong lepaskan saya.." rayuku kepadanya.

"Saudari, saya harap saudari boleh bersabar. Ibu dan Bapa saudari telah meninggal dunia di tempat kejadian. Pihak kami tak mampu lakukan apa-apa. Ini semua kehendak yang Maha Esa. Saya harap saudari tabah menghadapi semua ini" katanya.

Wajahnya yang tenang itu kupandang. Tak mungkin! Bohong! Ini tidak mungkin berlaku. Ibu dan Ayah takkan tinggalkan aku sendirian!

"Encik jangan cuba tipu saya! Ibu dan Ayah saya masih hidup! Mereka takkan tinggalkan saya sendirian! Lepaskan saya!!" jeritku sekuat hati sambil cuba melepaskan diri dari pegangan tangannya. Pegangan tangannya masih kemas. Aku tidak mampu merungkainya.

Pandanganku kembali kelam dan kepalaku terasa pusing.Aku mulai hilang keseimbangan badan namun aku masih cuba melepaskan diriku dari pemuda itu akhirnya tubuhku mula terkulai layu namun aku dapat rasakan tubuhku disambut dan dibawa di dalam pelukan seseorang. Ayah, tolong Ira...Ira sakit sangat!

'Ibu, Ibu nak pergi mana? Jangan tinggalkan Ira...Ira sayang Ibu... tolong jangan pergi...' rayuku sambil menangis teresak-esak. Namun dia hanya memandangku dengan senyuman. Ibu memakai baju serba putih dan ditemani oleh ayah yang turut berjubah putih.

'Ira...jaga diri baik-baik jangan lupa Allah. Walau dimana Ira berada kami sentiasa bersama Ira'lembut sahaja pertuturan Ibu, matanya memandang wajahku dengan sayu.

'Ibu pergi dulu ya sayang, Ira kena tabah menghadapi semua ini. Pasti ada hikmah disebalik apa yang berlaku.Kuatkan semangat Ira dan jangan putus asa. Ibu tahu anak Ibu seorang yang tabah' kata Ibu lagi. Airmataku menitis perlahan.

'Ibu, Ira sayangkan Ibu dan Ayah...Sayang sangat-sangat. Tolong jangan tinggalkan Ira' kali ini aku melutut dihadapan Ibu dan ayahku. Tangan mereka kucapai dan kucium semahunya.

'Maaf sayang,kami terpaksa pergi..Jaga diri Ira baik-baik ya' kali ini ayah mengusap kepalaku dengan penuh kasih sayang. Mereka tetep tenang. Perlahan-lahan bayang mereka mula hilang dari pandanganku.

'Ibu!!! Ayah!!! Jangan tinggalkan Ira...'lantang suara ku memangil namun hanya sia-sia, mereka pergi tanpa menoleh walaupun sekali.

Aku memandang dinding hospital dengan satu pandangan yang kosong. Pesanan dan suara Ibu dan Ayah yang lembut sentiasa bermain di mindaku. Aku tidak mampu untuk memikirkan apa yang harus aku lakukan atau apa yang harus aku tangiskan, aku hanya merasa kosong bagaikan tidak punya jiwa dan raga. Degupan jantung dan helaan nafasku bagaikan tidak lagi wujud, jasadku bagai mayat yang terbaring lesu.

"Adik, sila ikut akak ke bilik doktor, Doktor Adam hendak jumpa dengan adik" .Satu suara kedengaran di telingaku. Aku hanya menurut tanpa suara walhal aku masih tidak dapat menafsir siapa dan bila dia masuk ke bilikku. Langkahku hanya longlai walaupun telah dipimpin oleh seseorang.

"Sila duduk" kata seseorang dengan suara yang formal.

Aku hanya menurut tanpa kata dan memandang wajah doktor itu dengan pandangan yang nihil. Doktor tersebut menerangkan keadaan kesihatanku dan arwah ibu dan bapaku. Namun, apa yang dia terangkan langsung tidak aku peduli bukan kerana aku tidak mahu mendengarnya tetapi aku tidak mampu. Hatiku menangis namun fizikalku seakan mati untuk meluahkan rasa yang aku pendam.

"Kak Mah, tinggalkan kami sekejap. Saya perlu berbincang dengan saudari Syafira" kata doktor itu secara tiba-tiba.

"Baiklah doktor" akur jururawat itu. Perlahan-lahan dia melangkah keluar dari bilik Doktor Adam. Raut wajah jururawat itu kelihatan sayu, mungkin turut bersimpati akan nasibku ini.

"Cik Syafira, saya harap cik faham akan apa yang sampaikan tadi, buat masa ini tahap kesihatan cik amat memuaskan dan berkemungkinan cik akan dibenarkan keluar dalam masa yang terdekat" katanya dengan nada yang formal, namun aku sikit pun tidak mengambil pusing apa yang dia sampaikan. Hidup aku sudah hilang punca, bagai layang-layang yang terputus talinya. Bagaimanakah caranya untukku meneruskan hidupku? Lagi dua bulan keputusan SPM akan diumumkan. Janji yang dipatri oleh kedua-dua orang tuaku mula terngiang-ngiang di telingaku.

"Kalau akak dapat straight A's ayah bagi akak laptop, lepastu ayah belanja akak makan kat luar. Macam mana? Akak setuju tak?"kata Ayah dengan riang. Aku tersenyum lebar.

"Ayah je? Ibu tak ada hadiah untuk akak ke?" soalku sambil memandang Ibu yang sedang menghidangkan minum petang.

"Mestilah ada, nanti Ibu belikan baju baru untuk akak, lepas tu Ibu masak makanan kegemaran akak. Tapi, Ibu tak mahu akak terlalu berharap. Kalau akak tak dapat keputusan yang akak inginkan, jangan rasa kecewa, semua tu sudah ditentukan Allah SWT. Akak harus bersyukur dengan apa yang Allah SWT kurniakan" nasihat Ibu dengan panjang lebar sambil mengusap lembut kepalaku. Aku tersenyum gembira.

"Baiklah Ibu, akak janji"jawabku dengan riang.

"Semua yang hidup akan pergi. Ajal, maut semua ditangan Allah SWT. Kita sebagai manusia harus menerimanya dengan redha. Mungkin ada rencana dan hikmah yang akan diberikan kepada kita. Syafira kena kuatkan hati Syafira. Jangan jadi wanita lemah, tabahkan hati dan jangan lupa yang Allah SWT sentiasa berada disisi hamba-Nya" kata-kata itu membuatkan jantungku berdegup kencang.

Nada yang telus dan ikhlas itu menyedarkan aku daripada lamunan kenangan lalu. Siapa? Siapa yang menuturkan ayat itu? Lantas aku mendongak. Mataku bertembung dengan sepasang mata yang redup. Doktor itu rupanya. Kenapa aku seperti pernah mendengar ucapan itu? Baru aku teringat, kata-kata itu seperti kata-kata yang pernah diucapkan oleh Ibuku.

Aku tidak menyangka yang dia mampu menuturkan ayat yang berjaya menyedarkan aku dari kealpaan yang menghanyutkan. Ya, aku perlu kuat! Aku tidak akan melupakan segala impian Ayah dan Ibu. Aku akan menjadi seorang wanita yang berjaya di dunia dan akhirat. Andai ini takdir aku, aku perlu menerimanya dengan sepenuh hati. Aku tidak keseorangan, Allah SWT sentiasa bersama aku. Aku perlu yakin akan ketentuan-Nya, pasti ada hikmah yang menanti aku di hadapan.

"Bagaimana dengan kesihatan saya sekarang doktor?"soalku dengan lemah. Doktor Adam terkedu seketika.Mungkin dia tidak menyangka aku mampu berubah dengan sekelip mata.Alhamdulillah, ucap syukurku panjatkan ke hadrat Illahi kerana menghadirkan Doktor ini untuk memberi semangat kepadaku.

"Kesihatan saudari sudah pulih sepenuhnya, dalam masa dua hari lagi, saudari akan dibenarkan keluar dari wad" jawab Doktor itu lagi.

"Boleh saya tanya bagaimana dengan proses pengebumian ayah dan ibu saya? Saya tidak punya sesiapa selain mereka.Saya juga tiada saudara mara yang lain untuk menguruskan pengebumian mereka. Apa yang saya patut lakukan doktor?"soal aku dengan panjang lebar. Sungguh dia hampir terlupa dengan urusan pengebumian ayah dan ibunya kerana terlalu asyik melayan perasaan sedihnya.

"saudari jangan risau kerana urusan pengebumian telah saya uruskan. Sebenarnya..."belum sempat dia habis berkata-kata aku mencelah.

"Dokor yang uruskan?"

"Itulah perkara yang saya ingin bincangkan sebenarnya. Umi saya, Puan Kalsom merupakan teman baik kepada ibu dan ayah saudari. Ibu saya telah menuntut jenazah arwah dari pihak hospital untuk dikebumikan. Majlis pengebumian juga sudah pihak kami lakukan. Saya minta maaf banyak-banyak kerana tidak menunggu saudari Syafira sedar terlebih dahulu memandangkan jenazah umat Islam seelok-eloknya dikebumikan secepat yang mungkin. Saya harap saudari mengerti." terang dia dengan panjang lebar. Aku mengangguk.

Alhamdulillah, aku bersyukur kerana Allah SWT mengirimkan seorang insan yang berhati mulia untuk membantu aku yang di dalam kesusahan ini.

"Umi saya ingin datang untuk melawat saudari semalam namun memandangkan keadaan saudari masih belum stabil, saya tangguhkan dulu kerana kami ingin membincangkan satu hal yang penting dengan saudari. Mungkin esok atau lusa umi saya akan datang."ujarnya lagi. Aku tertanya-tanya perkara apa yang mereka ingin bincangkan itu.

Previous: Prolog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna