Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 17 : Stolen Kiss

                                                                  BAB 17


    Tepat pukul tujuh petang kami tiba di rumah opah, sungguh seronok kami berdua menikmati alam semula jadi milik Allah SWT, kiranya dalam kami bergurau senda sempat juga kami mentadabbur alam bersama.

    "Balik pun cucu menantu opah. Kamu berdua mandi sungai ke?" soal opah sebaik sahaja melihat kelibat kami berdua.

    "Ye, opah. Ira ni seronok sangat mandi, pelbagai gaya ada, kuak rentang, kuak kupu-kupu, kuak..."belum sempat dia menghabiskan kata-kata aku mencubit lengannya. Dia mengaduh kesakitan. Bila masa aku buat semua tu? Aku basah pun disebabkan dia.

    "Mana ada opah, abang ni yang simbah Ira dengan air, habis basah"rengek aku kepada Opah.

    "Ya Allah, budak ni. Kenapa buat Syafira macam tu? Kesian Syafira. Kalau demam cucu menantu Opah siap kamu" Marah Opah kepada Adam. Aku bersorak keriangan di dalam hati. Padan muka dia!

    "Yelah, Opah dah ada cucu baru, cucu lama dilupakan, habis madu sepah dibuang" rajuk Adam.

    Aku dan Opah hanya tergelak mendengar kata-katanya. Aku melemparkan senyuman bangga kepadanya dan dia hanya mengetap bibir.

    Aku bergerak ke bilik mandi setelah mengambil kain tuala, dan pakaian tidurku, dalam perjalananku ke bilik mandi aku terserempak dengannya yang juga usai membersihkan diri. Dia memakai t-shirt dan seluar panjang.

    "Ira, dekat bilik air tak ada air paip tau, ada perigi je. Ira pandai mandi guna air perigi tak? Nak abang tolong mandikan?"soalnya. Aku menjeling sambil mencebik. Mengada-ngada betul! Ingat aku ni datang dari bandar ke tak reti guna perigi ke? Aku pun orang kampung juga tau.

    "Awak bukan dah mandi ke?" soalku.

    "Eh, tak apa, demi Ira abang sanggup mandi sekali lagi" jawabnya dengan sengihan. Dia ni semakin dilayan semakin menjadi-jadi perangainya. Aku menjelingnya.

    "Tepilah, saya nak masuk pulak" aku menghalaunya dari menghalang laluanku.

    "Laa...orang bagi bantuan tak nak..."dan banyak lagi yang direpekkan namun aku memekakkan telinga setelah menutup pintu bilik mandi. Doktor yang sorang ni, air paip ada je padahal. Eh, eh, ada hati nak mengambil kesempatan. Ini engineer tau, otak engineer bukan boleh ditipu sesuka hati.

    Malam itu, aku membantu Opah menyediakan makan malam. Opah menyediakan ikan keli yang digoreng bersama cili dan juga sup sayur. Kecur air liur aku dibuatnya melihat Opah menggoreng ikan keli itu. Baunya sungguh harum dan membuatkan perutku mendendangkan pelbagai rentak lagu. Seronoknya kalau hari-hari dapat makan macam ni. Aku turut meminta tips-tips masakan dari Opah kerana masakan orang Pahang tidak sama dengan orang Kelantan seperti aku.

    "Syafira, Opah harap Syafira tetap bersama dengan Hariz biar apa pun berlaku sebab Opah tahu Hariz sangat sayangkan kamu. Tengok mata Hariz pun Opah dah tahu betapa dalamnya cinta dia kepada kamu" ujar Opah sewaktu aku sedang menghidangkan ikan keli itu ke dalam pinggan.

    "InsyaAllah Opah" jawab aku pendek.

    Aku percaya yang Adam mencintaiku cuma aku ingin tahu apa kedudukan sebenar Kak Zura di hatinya dan kenapa Kak Zura begitu penting baginya sehinggad dia sanggup melukai aku. Selagi persoalan yang tersimpan masih belum terjawab selagi itulah aku tidak dapat menerima Adam sepenuhnya biarpun hatiku sudah menjadi miliknya.

    "Hariz ada cerita tentang Kalsom, Syafira jangan risau, pasal Kalsom serahkan dekat Opah, taulah Opah nak uruskan menantu Opah tu. Jangan ambil hati dengan sikapnya. Dia dah terlalu lama inginkan cucu, itu yang dia bertindak tanpa berfikir tindakannya akan melukakan hati cucu menantu Opah ni" terang Opah kepadaku.

    Tentang apa yang pernah dilakukan Umi tempoh hari aku sudah lama memaafkan Umi, aku faham akan naluri seorang ibu yang menginginkan kebahagiaan anak-anaknya. Umi tersangatlah baik orangnya, aku juga sangat terhutang budi kepadanya kerana telah memberi makna kepada hidupku setelah aku kehilangan kedua-dua orang tuaku. Sungguh jasa Umi tidak dapat untuk aku balas.

    "Ira dah lupakan semua tu Opah, Ira tahu Umi tidak berniat untuk lukakan hati Ira. Opah jangan risau, Ira okey je" jawabku cuba menyakinkan Opah.

    "Bertuah Opah dapat cucu menantu yang baik macam Syafira" ujar Opah sambil menghulurkan senyuman. Raut tua itu kelihatan sungguh selesa ketika bersama kau. Alhamdulillah, aku lega kerana Opah menyenangi kehadiranku di rumahnya.

    "Opah dah siapkan bilik kamu berdua, malam ni kamu tidur dekat bilik utama, beg pakaian semua Opah dah minta tolong si Ayub masukkan ke dalam bilik tu. Kebetulan dia datang kasi ikan keli tadi" ujar Opah sewaktu kami sedang menikmati makan malam.

   Tersedak aku seketika. Maknanya kami akan tidur sebilik? Kali terakhir kami tidur sebilik sewaktu kami pulang ke rumah Umi tempoh hari dan dia merajuk kerana aku menguncinya di dalam bilik air. Ya, aku tahu, aku kertelaluan waktu itu tetapi dia juga yang pada mulanya mencari pasal.

    Aku terpaksa sebilik dengannya lagi, aduhai, hari ni perangai apa la pulak yang dia nak buat. Aku berpaling ke arah kanan, dia sedang memberi isyarat nakalnya bersama sengihan yang lebar, dia ni memang gatal betul. Nanti, mesti ada saja ideanya untuk mengusik aku. Okey, Syafira, kebalkan dirimu!

    Tidur di dalam bilik yang berdindingkan papan dan katil dilengkapi kelambu membuatkan aku terasa teruja, sungguh lama aku tidak merasakan suasana sebegini. Seingat aku, kali terakhir aku tidur di dalam kelambu ketika umurku kurang tujuh tahun, ketika arwah Tok masih hidup. Sunguh rindu aku akan kenangan lalu.

    "Ira okey ke tidur dalam bilik macam ni? Abang minta maaf kalau Ira tidak selesa. Tetapi bagi abang inilah yang istimewa tentang rumah Opah, sangat tradisional" ujarnya.

    "Saya suka sangat" dengan ceria aku berkata. Hampir sahaja aku melompat keriangan kerana perasaan teruja menguasai diri. Dia terdiam seketika mungkin tidak menyangka jawapan itu yang akan keluar dari bibirku.

    "You are so beyond my expectations. Never cease to astonish me" balasnya. Aku mengerutkan dahi.

    "Awak perli saya ye?"aku menyoalnya.

    "I did not. Just proud to have you as my lovely wife" jawabnya berserta senyuman. Aku memalingkan wajah ke arah lain cuba menyembunyikan senyumanku. Dia ni memang suka membuat aku dibuai perasaan bahagia.

    "Dahlah, tidur, dah lewat ni" ujar aku sambil masuk ke dalam kelambu.

    "Eh, Ira ajak abang tidur? Macam tak percaya je" balasnya dengan senyuman lebar.

    "Dahtu, tak payah tidur?" balas aku pula.

    Dia tidak membalas kata-kataku namun senyuman tetap bermain dibibirnya. Dia turut melangkah masuk ke dalam kelambu itu. Disebabkan katil itu kecil, bahu kami bersentuhan sewaktu kami berdua membaringkan diri. Tiba-tiba dia diam, langsung tiada suara, dah tidurla tu agaknya. Mataku yang semakin layu kini tertutup sepenuhnya dan mindaku mula ingin melangkah ke alam mimpi.

PANGG!

    Bunyi kilat memanah mengejutkan aku. Serta merta mataku terbuka luas, perasaan takut mula menguasai diri. Sejak kecil lagi aku takut mendengar bunyi guruh atau kilat yang memanah. Aku juga tidak tahu mengapa aku fobia dengan bunyi itu, mungkin sebab bunyinya yang terlalu kuat. Aku memalingkan wajah kepada Adam, dia sedang nyeyak tidur langsung tidak terusik dengan bunyi itu. Sekali lagi kilat memanah berserta deruan bunyi hujan yang lebat. Secara spontan tanganku memeluk erat lengannya. Minta-mintalah dia tidak perasan akan tindakan aku ini, kalau dia perasan habislah aku.

    Kilat sambung menyambung di luar rumah bagaikan tiada tanda untuk berhenti, aku memejamkan mata serapat-rapatnya agar aku mampu lena daripada ketakutan mendengar bunyi guruh dan kilat diluar sana. Lengan sasanya masih erat dalam pelukanku. Tiba-tiba, aku rasakan satu tangan menarik aku ke tubuh Adam, rupa-rupanya dia masih belum melelapkan mata. Pelukan tanganku segera aku lepaskan, malunya! Namun dia tetap menarik aku ke pelukannya yang erat. Dagunya betul-betul berada di ubun-ubunku, betapa rapatnya dia memelukku. Perasaan segan mula menguasai diri. Namun, aku tidak dapat menafikan pelukannya menenangkan aku bagai memberi aku perasaan selamat dan selesa.

    "You never told me that you afraid of thunder" katanya dengan suara yang rendah.

    "Awak tak pernah tanya" jawabku mudah. Dia kudengar mendengus lembut. Pelukannya dieratkan. Aku dapat mendengar jantungnya berdegup kencang, dia pun takut kilat ke?

    "Kenapa jantung awak berdegup sampai macam ni sekali? Awak pun takut kilat?" soalku. Dia mengeluh panjang.

    "Lebih baik sayang tak payah tahu kenapa. Tidur cepat" jawabnya. Aku mengerutkan dahi. Kenapa aku tidak boleh tahu? Pelik betul.

    "Sabar, sabar Adam" kedengaran dia menyebut dalam nada berbisik. Walaupun tidak jelas dipendegaranku namun aku masih dapat menangkap kata-kata itu.

    "Awak okey tak ni?" soalku masih dalam pelukannya.

    "Tak tidur lagi?"soalnya dengan nada yang terkejut.

    "Belum, awak kenapa?" soalku lagi, tidak berpuas hati selagi tidak mendapat jawapan yang solid.

    "Abang cakap tak payah tahu. Dah, tidur!" arahnya kepadaku.

    "Tak nak, nak tahu jugak kenapa" bantah aku. Tiada jawapan darinya. Namun , dia menarik wajahku ke wajahnya, terkesima aku dengan tindakannya.

   "Because of you" serentak itu satu kucupan hinggap di bibirku.

    Terbuntang mataku dibuatnya. My first kiss was stolen! Aku menutup kemas bibirku dengan kedua-dua belah tanganku. Bagaikan tidak percaya dengan apa yang telah berlaku.

    "Apa awak buat ni?"marah aku sambil memukul dadanya. Dia menangkap kemas tanganku.

    "Siapa suruh Ira provoke abang, abang suruh tidur tak nak, degil" katanya kepadaku. Aku cuba bangun dari katil namun dia menarik aku dan memelukku dari belakang, memaksa aku baring bersamanya. Aku cuba melepaskan diri namun tidak berjaya.

    "Lepaslah, saya nak tidur kat bawah" kataku cuba melepaskan pelukan erat tangannya ke pinggangku.

    "Abang takkan lepaskan sayang" katanya lagi. Aku meronta-ronta cuba melepaskan diri namun tidak berdaya.

    "Sayang tak takut dengan bunyi kilat ke?" soalannya membuatkan aku kembali mendengar bunyi kilat yang masih berdentum di luar rumah.

    Aku hampir terlupa dengan bunyi guruh kerana terlalu terkejut dengan tindakannya. Aku terdiam, akhirnya aku hanya merelakan pelukannya. Bibirku ku ketap geram. Rosak kesucian bibir munggilku ini, sakit hati aku dengan perangai doktor ni. Ei, kalau tidak diingatkan dia ni suami aku, dah lama kena belasah.

    "I love you with all my heart, sayang" kata-katanya yang terakhir aku dengar sebelum aku terlena dengannya. Lena dalam pelukan hangat darinya.

    Tepat pukul enam pagi, aku tersedar dari tidur yang lena. Suasana sejuk menyebabkan aku sedikit mengigil. Aku mengerling sedikit ke arah Adam, dia masih lena pelukan ditubuhku juga masih belum dilepaskan. Dia ni tak penat ke?

    Aku cuba menguraikan tangannya dari tubuhku dengan perlahan-lahan namun tidak berjaya. Aku mencuba sekali lagi pun tidak berjaya. Eh, ni tangan orang ke batu ni?

   "Sayang nak pergi mana?" soal satu suara. Aku tersentak. Dia dah sedar?

    "Solatlah, nak masuk subuh dah ni. Awak pun cepat bangun, pergi solat kat masjid" kataku namun aku tidak memandangnya, masih malu dengan peristiwa semalam. Dia segera bangun dari pembaringan dan mencapai tuala.

    "Abang mandi dulu ya, dah lewat ni" katanya dan aku hanya memberi isyarat setuju. Sebaik sahaja melihat kelibatnya hilang, aku menarik nafas lega. Nasib kau lah Syafira dapat suami yang mengada-ngada seperti Adam ni.

    Aku menunaikan solat sunat rawatib sebaik sahaja azan habis kedengaran. Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saidatina Aisyah r.a, baginda telah bersabda 'solat dua rakaat (sebelum) solat subuh itu lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya'.

    Selesai menunaikan solat subuh aku keluar dari bilik sambil melilau-lilau mencari kelibat Opah. Akhirnya aku melihatnya sedang menikmati angin pagi di luar rumah, aku kemudiannya kembali kebilik tidurku dan mengenakan tudung dan juga stokin sebelum keluar dari rumah menuju ke tempat Opah sedang beristirehat.

   "Assalamualaikum Opah, opah buat apa kat luar ni?" aku menegur Opah.

    "Syafira, mai duduk dekat Opah. Opah saja rehat-rehat sebelum masak sarapan. Syafira nak makan apa pagi ni?"soal Opah. Aku tersenyum gembira.Opah tersangatlah baik denganku.

    "Ira makan semua makanan tapi kalau boleh ada sayur, Ira suka sangat sayur" jawabku. Opah tersenyum.

    "Nanti Syafira balikla selalu ke kampung. Opah selalu ada untuk Syafira" kata Opah tiba-tiba.

     Aku menjadi sebak. Mengingatkan umur Opah yang semakin lanjut semakin aku sebak, sungguh aku jatuh sayang kepada Opah, tidak sanggup rasanya untuk berpisah dengan Opah. Aku juga tidak menyangka aku akan mudah jatuh sayang kepada Opah kerana aku jenis yang susah untuk rapat dengan orang yang baru aku kenali. Mungkin juga kerana layanan Opah yang sangat baik menyebabkan hatiku melekat di kampung ini.

     "Jom masuk, kita masak sarapan pagi ni" kata Opah. Aku bangun dari tempat dudukku dan memimpin tangan Opah ke dapur.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna