Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 14 : Misunderstand

                                                                       BAB 14


    Aku memandu kereta menuju ke rumahku, aku mengaku aku lemah dalam mengawal perasaanku sendiri dan aku telah memilih jalan mudah iaitu melarikan diri. Aku yakin, aku tidak mampu bertahan dengan lebih lama jika aku berterusan berada disitu. Jika dulu aku merasakan Adam masih menyayangiku kini segala harapan yang aku simpan hancur berkecai. Umi juga sudah tidak memerlukan aku lagi disisi. Hanya Alya yang masih setia bersamaku.

    Dengan langkah longlai aku melangkah ke ruang tamu. Ku rebahkan diri di sofa, perut yang berkeroncong tidak ku layan, pandanganku hanya terarah ke siling. Biarpun diuji bertubi-tubi, aku harus kuat. Mungkin juga aku harus membincangkan kembali hubunganku dengan Adam memandangkan hidup Adam kian lengkap dengan kehadiran bakal cahaya matanya tetapi bukan dalam masa yang terdekat. Aku masih memerlukan masa untuk menerima kejutan dan layanan mereka terhadapku. Apabila aku sudah tenang aku akan bersemuka dengan Adam.

    Aku melangkah ke dapur untuk menyediakan makanan tengahari buatku kerana aku hanya sempat menelan sesuap nasi sahaja ketika di rumah Umi. Aku memotong sayur satu persatu dan seperti itulah hatiku dihiris-hiris oleh mereka. Mereka langsung tidak fikirkan perasaan aku. Aku yang kehilangan tempat bergantung hanya punya Umi dan kini Umi juga sudah jauh dari gapaianku. Aku tewas, airmataku mengalir juga. Aku terduduk di lantai, kesedihanku hambur sepuas-puasnya. Teresak-esak aku menangis mungkin dengan cara ini hatiku sedikit tenang.

    "Ya Allah, Ira, Ira okey tak ni?" soal satu suara yang tiba-tiba muncul.

    Aku tersentak. Macam mana dia boleh berada di sini? Bukankah dia berada di rumah Umi. Dia turut duduk di sebelahku dan mengangkat wajahku. Pandangan mata kami bersatu. Aku lantas menepis tangannya.

    "Apa awak buat dekat sini?" soalku dan pandanganku di arahkan ke tempat lain.

    Dia menarik aku dan memaksa aku memandangnya. Aku cuba memprotes namun tidak berjaya. Dengan airmata yang berlinang aku memandangnya.

    "Ira isteri abang, tidak mungkin abang biarkan Ira seorang diri selepas apa yang terjadi. Abang minta maaf bagi pihak Umi, Umi terlalu gembira dengan kandungan Azura. Umi tidak sengaja buat Ira macam tu, harap Ira maafkan Umi" terang dia.

Aku hanya diam. Ya, hatiku sedikit terasa dengan sikap Umi namun yang paling membuatkan aku sedih ialah Adam sendiri. Aku tidak diperdulikan, aksi mesra mereka ketika Azura mengadu sakit kepala masih terbayang di mata. Itulah yang sangat melukakan hatiku.

    "Awak pergilah balik kepada Kak Zura" ujarku langsung tidak menjawab kata-katanya tadi.

    Pegangan tangannya di pipi aku tepis dan bersedia untuk bangun. Cuba untuk melarikan diri sekali lagi. Hatiku masih tidak mampu menerimanya. Namun dia dengan pantas menarik tanganku hingga menyebabkan aku hilang imbangan dan terjatuh ke dalam pelukannya.

    "Walau apapun yang terjadi, Abang nak Ira tahu, you are my highest priority" aku terpegun dengan kata-katanya. 'You are my highest priority'? Dia betul-betul maksudkannya atau dia sengaja berkata demikian kerana simpati terhadapku? Aku menolak perlahan pelukannya.

    "Awak, cukuplah. Saya dah penat dengan semua ni. Sekarang awak sudah mempunyai satu keluarga yang lengkap. Kak Azura dan bayi yang bakal lahir. Saya tidak diperlukan lagi dalam hidup awak" aku cuba untuk menyampaikan apa yang aku rasa dan aku juga tidak mahu Adam terbeban dengan kehadiranku lagi.

    "Apa yang Ira cuba cakap? Abang tidak mungkin lepaskan Ira. I need you in my life!"dengan tegas dia berkata.

    Aku terkedu tidak menyangka dia akan berkata sedemikian. Pusing kepalaku memikirkan sikap Adam dan aku juga tidak mampu membaca isi hatinya biarpun sedalam mana aku cuba selami. Aku juga tidak berdaya lagi untuk bertingkah dengannya. Cukuplah dengan pelbagai layanan dan kata-kata yang menyakitkan aku terima hari ini, tidak mampu lagi aku meneruskan perbincangan kami.

    "Ira pergi duduk dekat sana. Abang tengok muka Ira pucat sampai macam ni sekali. Biar abang masakkan makanan tengahari, boleh kita makan sama-sama" arahnya kepadaku

.     Aku memandangnya dengan aneh. Dia tidak makan bersama dengan Kak Azura di rumah Umi tadi ke? Dia pandai memasakkah? Namun persoalan itu tidak ku utarakan hanya reaksi wajahku kehairanan ku pamerkan.

    "Tadi abang terus follow Ira, tak sempat makan" jawabnya lalu menyingsing lengan bajunya sebelum dengan lincah tangannya memotong sayur-sayuran dan juga bahan-bahan lain. Terpegun aku seketika. Aku tidak menyangka dia sehebat ini. Hmm...mungkin betul katanya, banyak yang aku tidak tahu tentangnya.

    Hampir sejam menunggu di meja makan, Adam keluar dari dapur sambil membawa beberapa jenis lauk. Aku cuba untuk membantu namun dia menghalang. Katanya aku tidak sihat untuk melakukan kerja-kerja rumah dan aku hanya menurut. Bagus juga kalau dia nak siapkan segalanya. Bolehlah aku berehat seketika. Aku juga ingin merasa masakan pertamanya, sungguh aku teruja, tidak pernah aku membayangkan suamiku sendiri memasak untukku.

    "Ini lauk special untuk sayang" ujarnya sambil meletakkan kobis dan tomato goreng di hadapanku.

    Hati mula terasa sebak. Biarpun tidak dapat makan di rumah Umi, aku mendapat hadiah yang lagi bermakna. Melihatkan dia bersungguh-sungguh memasakkan lauk itu untukku hati yang terluka sedikit demi sedikit terubat. Dia yang memberiku luka namun dia juga yang mengubatnya. Sungguh aneh, mungkin ini yang dinamakan cinta.

    Malam itu, setelah selesai menunaikan solat Isyak, aku menunaikan solat sunat hajat dan taubat agar Allah mengirimkan aku sedikit ketenangan kerana aku keliru dan terkejut dengan apa yang berlaku. Kak Azura bakal melahirkan zuriat yang amat dinanti oleh Umi dan aku juga pasti Adam turut teruja dengan bayi itu nanti. Aku juga harus bersedia untuk dipinggirkan kerana sudah tentu perhatian mereka akan diberatkan kepada Kak Zura.

    Buat masa ini aku tidak tahu hala tuju hidupku yang sebenarnya kerana Adam tidak mahu melepaskan aku. Sudah tentu aku tidak menginginkan perpisahan kerana itu merupakan perkara yang tidak digalakkan dalam Islam. Tetapi aku takut aku akan menjadi penghalang kebahagiaan mereka. Sesekali terbit penyesalan kerana bersetuju meneruskan perkahwinan kami dulu. Jika aku tidak menerimanya, mungkin sekarang aku sedang bahagia meneruskan pekerjaanku sebagai jurutera atau juga aku mungkin sedang berada di Korea.

    Namun, semua yang terjadi merupakan takdir Allah SWT, aku tidak mungkin dapat mengundurkan masa. Memandangkan esok aku mula bertugas di syarikat Elektronik yang terdekat, mungkin aku akan berjumpa dengan kebahagiaan di sana, InsyaAllah.


    "Kita mengalu-alukan kedatangan pegawai baru, Syafira Arissa" aku diperkenalkan kepada pekerja-pekerja yang menjadi penghuni bahagian pengurusan sistem maklumat.

    Aku akan berkerja bersama pasukanku iaitu Hanim, Amira dan Syafiqah tidak lupa juga seorang pekerja dari luar negara yang akan turut menyertai pasukan kami sebagai pekerja sementara. Siapakah gerangan lelaki itu masih belum ku ketahui memandangkan dia masih belum hadir ke pejabat. Aku juga di bawa ke mejaku. Alhamdulillah, mereka semua baik dan peramah orangnya. Semoga aku dapat berkerja dengan selesa di sini nanti.

    "Puan Syafira, pekerja pertukaran tu dah sampai" ujar Farhanim. Aku melemparkan senyuman.

    "Tak payah puan bagai, panggil je Ira. Jom kita jumpa dia"ajak aku. Lalu kami berdua keluar dari bilik itu. Sebaik sahaja aku melihat kelibat orang yang dimaksudkan aku tersenyum lebar. Berjumpa juga aku dengannya.

    "Assalamualaikum, Jaehyuk!" sergah aku kepadanya. Dia memandangku sebelum membalas senyumanku.

    "Syafira, eottokhae yeogi isseo(macam mana boleh ada kat sini)?"soalnya dengan terkejut.

    "Saereoun ilbeol-ida(saya pekerja baru)" jawabku.

    Kami berbual agak panjang dan aku juga memberitahu perkahwinanku kepadanya. Dia tidak terkejut  kerana dia sudah mengetahui hal itu daripada Kim Jung Hwa, teman baikku ketika belajar di Inha University, Korea. Kami merancang ingin makan tengahari bersama-sama, bukan aku dengan dia je tau, dengan Farhanim dan Amira sekali. Kalau aku berdua je dengan dia memang cari penyakitlah tu. Tak pasal-pasal nanti mendatangkan fitnah.

    "So, how's your husband?" soal Jaehyuk ketika kami berempat menikmati makan tengahari bersama.

    "Just fine"jawab aku ringkas. Mengenangkan Adam sahaja hatiku dapat merasa kembali kesedihan yang lalu.

    "Saya tak sangka awak kahwin secepat ini. Melepas saya" katanya dengan muka yang monyok. Aku terkesima seketika.

    "Ap...apa maksud awak?" soal aku. Farhanim dan Amira hanya memerhatikan perbualan kami mungkin tidak mahu masuk campur.

    "Gurau je la.Ha ha ha..." balasnya bersama ketawa.

    Eh, dia ni, aku karate baru tahu! Terkejut aku dibuatnya kerana Jaehyuk yang aku kenali tidak pernah berbicara tentang wanita kerana dia hanya menumpukan sepenuh perhatiannya kepada hal pelajaran dan dakwah. Sebab itu aku terkejut jika dia mempunyai rasa suka kepada mana-mana wanita.

    "Korang berdua dah lama kenal ke?"soal Amira. Aku dan Jaehyuk saling berpandangan.

    "Kami ni satu universiti masa dekat Korea dulu"jawabku bersama senyuman. Jaehyuk pula melemparkan senyuman tanda mengiyakan kata-kataku.

    "Laa...patutla. Ingatkan apalah tadi"ujar Farhanim bersama senyuman.

    Kami berbual agak panjang sehingga waktu makan tengahari hampir tamat. Kami harus segera kembali ke pejabat memandangkan kami belum menunaikan solat Zohor. Farhanim dan Amira ke kaunter pembayaran untuk membayarkan harga makanan kami berempat walaupun pada mulanya aku dan Jaehyuk ingin membayar harga makanan kami. Mereka berdua tetep berdegil katanya hari ini hari pertama kami berkerja jadi mereka berdua ingin meraikan. Akhirnya aku dan Jaehyuk mengalah.


    "Ira buat apa kat sini?"soal satu suara dari arah belakang. Hatiku berdetak pantas. Lantas aku menoleh ke belakang.

    "A...awak...macam mana boleh ada dekat si...sini?"soalku tergagap-gagap kerana terlalu terkejut. Wajahnya kelihatan tegang.

    "Siapa ni?"soalan aku tidak di jawab malah pandangannya terarah ke arah Jaehyuk.

    Alamak! adakah Adam salah faham kedudukan kami sekarang? Aku dengan Jaehyuk duduk di meja berlainan, dua meja yang digabung menjadi satu. dia di hujung sana dan aku dihujung sini. Adakah kedudukan kami masih mencurigakan? Lagipun kami makan berempat bukan berdua.

    "Ni kawan saya, Kim Jaehyuk. Jaehyuk-a, nae napyeon, Adam Hariz(ni suami saya, Adam Hariz)"aku memperkenalkan mereka berdua.

    Jaehyuk bangun dari kerusi dan bergerak ke arah Adam, senyuman dan salam Jaehyuk hulurkan. Adam menyambut salam itu namun senyumannya kelihatan tawar. Hatiku mula resah.

    "Abang tak sangka Ira boleh keluar berdua dengan lelaki. Mana maruah Ira yang Ira jaga sebelum ni?" sinis kata-katanya kepadaku. Aku tersentak. Aku tidak menyangka dia boleh menuduh aku sebegini rupa.

    "Apa yang awak maksudkan?"soalku dengan sebak.

    "Ira contoh muslimah terbaik yang pernah abang jumpa. Tetapi kenapa Ira buat macam ni? Ingat status Ira sebagai isteri Abang" dengan tegas lagi dia berkata.

    Jaehyuk memandang kami dengan perasaan serba salah. Mungkin dia dapat mengagak Adam telah salah sangka akan kedudukan kami berdua namun dia juga turut keliru apa tindakan yang harus dia lakukan.

    "Adam, I think you misunderstood our condition. Actually..."belum sempat Jaehyuk menghabiskan kata-kata, Adam memintas.

   "This is our problem, don't get involve"dia memberi amaran. Jaehyuk terdiam. Aku tidak menyangka Adam boleh bertindak sebegini rupa. Sungguh aku dan Jaehyuk kehilangan kata-kata.

    "Kitaorang dah bayarkan harga makanan. Jom balik pejabat"

    Amira dan Farhanim tiba di meja kami. Kami bertiga memandang ke arah mereka berdua. Mereka berdua juga turut terdiam melihat wajahku yang merah menahan tangis, wajah tegang Adam dan reaksi serba salah Jaehyuk.

    "Ira makan dengan berempat ke? bukan berdua?"soalnya bagaikan tidak percaya. Aku hanya menunduk. Kesedihan yang melanda diri membuatkan aku malas ingin menjawab soalannya.

    "Jom kita balik" ajak aku kepada mereka bertiga.

    Sebelum aku melangkah pergi, tangan Adam kucapai dan kucium sebagai meminta izin untuk kembali menyambung pekerjaanku. Kemudian dia aku tinggalkan sendirian di restoran tersebut. Entah apa yang dia fikirkan aku juga tidak peduli. Aku membawa hati yang terluka ini bersama.

    "Handsomenya suami kau Ira! Sungguh aku terpikat!"Farhanim terjerit-jerit di dalam kereta sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke pejabat. Jaehyuk juga pulang dengan memandu keretanya sendiri.

    Eh, dia ni aku belasahkan baru tahu! Tu laki aku! Cukupla dia beristeri dua jangan nak tambah madu aku. Sorangpun sudah tak terlayan dibuatnya.

    "Bertuahnya kau Ira! Dahlah doktor pulak tu" Amira juga menambah. Amira, kau pun terpikat sekali ke? Aku hanya tergelak, dalam hati dah macam gunung berapi meletus dah aku rasa.

    "Tadi apa yang jadi sebenarnya? Dia cemburukan kau dengan Jaehyuk ke?"soal Farhanim. Aku mengeluah panjang.

    "A'ah. Dia tu memang macam tu. Kuat cemburu"jawabku.

    "Iyelah, isteri dia yang jelita ni makan dengan lelaki lain, suami mana tak cemburu" balas Amira. Aku mencebik.

    "Eh, bukan berdua tahu, berempat. Korang pun ada sekali kan. Kalau aku dengan Jaehyuk berdua memang mati hidup balik aku tak makan dengan dia"balas aku.

    "Betul juga. Biasalah tu, maknanya dia sayangkan kau. Jaehyuk tu pun kacak, macam Kim Soo Hyun dah aku nampak. Hehe..."Farhanim berkata. Aku mengelengkan kepala. Farhanim ni dah tak betul agaknya. Sekejap laki aku sekejap si Jaehyuk tu. Apalah...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna