Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 12 : Rajuk

                                                                        BAB 12


    "Kaki sayang dah okey? Boleh ke mandi sorang-sorang? Abang boleh temankan takut sayang jatuh dalam bilik air tu nanti" dia berkata dengan wajah yang penuh kerisauan sewaktu aku ingin melangkah masuk ke dalam bilik air.

    Kami bergerak ke arah bilik usai makan malam bersama Umi dan Alya memandangkan hari ini kami bercadang ingin bermalam di rumah Umi. Terbuntang mata aku dibuatnya kerana terlalu terkejut dengan reaksi dan kata-katanya. Memang taklah aku nak mandi dengan pak cik ni. Senang-senang bagi pertunjukkan percuma dekat dia? No way!

    "Jangan nak mengada! Saya dah boleh jalanlah"tegas aku membalas.

    "Ala, tak apa. Abang tutup mata kat dalam bilik air tu. Comfirm tak nampak punya" bersungguh-sungguh dia berkata.

    Aku dah agak dia ni memang mengada-ngada kononnya hendak menjaga aku tapi sebenarnya ada niat lain. Menyampah betul! Aku ingatkan dah hilang perangai gila dia ni rupanya ada lagi. Baru sahaja beberapa hari ini aku merasa ketenangan yang sangat indah kini semuanya hancur! Jaga dia!

    "Yalah, Abang masuk bilik air dulu, Ira nak ambil berus gigi dalam almari sekejap"aku mengalah. Terkesima dia apabila mendengar kata-kataku.

    "Eh, bi...biar..be...betul" tergagap-gagap dia membalas ujaranku. Tadi bukan main seronok dia mengacau aku sekarang dia pula yang terkejut besar apabila aku bersetuju.

    "Nak ke tak?"jawab aku sedikit bengang.

    "Eh, nak, nak, siapa yang tak nak. Pucuk di cita ulam mendatang ni. Rezeki jangan ditolak. Abang tunggu dekat dalam ya" dengan langkahan yang gembira dia berjalan masuk ke dalam bilik air.

    Aku mengekori langkahnya dengan ekor mataku. Sebaik sahaja kelibatnya hilang ke dalam bilik air itu, seribu langkah aku berlari ke arah pintu tandas dan menutupnya dengan pantas. Kaki yang terseliuh ni tiba-tiba pula hilang sakitnya. Aku segera menguncinya dari luar. Hahaha...rasakan!

    "Eh, Ira, buat apa ni? Kenapa kunci abang dalam bilik air ni?" dia mengetuk pintu bilik air berkali-kali dan cuba membuka pintu itu dari dalam namun semestinya dia tidak akan berjaya. Aku sudah tergolek-golek di lantai menahan gelak. Padan muka dia!

    "Awak tunggu saya habis mandi kat bilik sebelah baru saya buka ya, sayang. Hahaha..."ujarku bersama ketawa yang sangat riang. Seronok dapat mengenakan dia, asyik dia yang kenakan aku, kali ini biar dia yang kena pula.

    "Ira! Buka pintu ni"pintanya namun aku tidak memperdulikannya, langkahanku di atur menuju ke pintu bilik dan melangkah keluar tanpa rasa bersalah. Ala, sekejap lagi aku buka, sabo je la.

    Lima belas minit kemudian, aku kembali ke dalam bilik aku dan Adam usai aku mandi dan berpakaian. Aku segera membuka kembali pintu yang aku kunci itu. Sebaik sahaja pintu dibuka, Adam keluar dengan wajah yang tegang dan langsung tidak memandang wajahku. Aku mula kecut perut, marah sangatkah dia kepadaku? Tapi dia yang mulakan semua ni bukan aku. Nan eobeoga? Nan eottokhaeyaji?(aku keterlaluankah? Nak buat macam mana ni?)

    Aku ingin menegur namun tidak mempunyai kudrat untuk bertindak demikian kerana aku takut. Aku hanya memandang dia keluar dari bilik kami, langkahannya tenang namun aku yakin hatinya membara kerana gurauanku tadi. Hatiku mulai cuak. Haruskah aku memujuknya? Tetapi bagaimana? Tidak pernah aku memujuk lelaki yang merajuk sebelum ini. Aduahai... aku nak buat apa ni?

    Solat Maghrib dan Isyak kami berimamkan Adam, sungguh lunak dan merdu bacaan ayat-ayat suci Al-Quran yang dialunkan sewaktu solat, malah surah-surah yang dibaca bukanlah surah yang biasa-biasa namun surah yang agak panjang dan memerlukan masa yang lama untuk dihafal. Sungguh aku tidak menyangka yang Adam sungguh hebat dalam mengalunkan ayat-ayat suci Qalam Allah SWT ini.

    Usai solat, aku menghulurkan tangan untuk bersalam dengannya, huluran tanganku disambut namun tiada kucupan ke dahiku seperti yang selalu dia lakukan setelah kami selesai solat berjemaah bersama. Tahulah aku yang dia sememangnya marah kepadaku. Bencikah dia padaku? Tiba-tiba perasaan sebak menguasai diri. Menyesal aku bertindak demikian, aku cuma ingin bergurau dengannya walaupun aku tahu gurauanku agak keterlaluan. Mungkin di saat ini, Adam merasakan dia patut kembali ke sisi Kak Zura bukan aku.


    Aku mendekati Adam yang sedang leka menonton televisyen di ruang tamu seorang diri secara perlahan-lahan dan teragak-agak samada ingin melabuhkan punggung berdekatannya atau tidak. Umi dengan Alya sudah lama lena dengan mimpi indah masing-masing kerana jam di dinding sudah menunjukkan jam sebelas malam. Akhirnya, setelah lama berkira-kira di dalam hati aku duduk di sebelahnya. Dia sedar akan kehadiranku namun dia tidak memperdulikan kehadiranku. Perasaan sayu mula menguasai diri, sampai begini dia membenci aku.

    "Awak..."panggil aku namun dia hanya mengeraskan diri dan masih menumpukan sepenuh perhatiannya kepada rancangan televisyen yang sedang bersiaran. Aku masih tidak berputus asa.

    "Saya minta maaf" ujarku lagi dengan suara yang sayu. Dia tiba-tiba bangun dari sofa dan bersedia untuk melangkah pergi. Terkejut aku dengan reaksinya. Aku juga turut bangun dan pantas mencapai hujung baju t-shirtnya dengan jariku untuk menghalang dia melarikan diri dariku. Dia berpaling dan memandangku dengan wajah tanpa reaksi.

    "Saya minta maaf, saya hanya nak bergurau dengan awak. Tak sangka aw...awak ma...marah" dihujung ayat suara aku mula bergetar menahan tangis ,peganganku di hujung bajunya aku eratkan. Dia mengeluh panjang dan memandangku lama.

    "Abang memang tak boleh marah dekat sayang because you are too adorable. Lain kali jangan buat lagi" ujarnya seraya menarik aku kepelukkannya. Tanpa sedar aku menangis.

    "Sa...saya min...minta maaf" teresak-esak aku berkata. Sekali lagi dia mengeluh panjang.

    "Sayang ni, pelik betul abang tengok, hampir nak kena langgar, kaki terseliuh langsung tak menangis bila abang marah sikit je dah menangis sampai macam ni" katanya kepadaku sambil megusap rambut ikalku dengan lembut.

    Betul juga katanya, sebelum ini, aku baca novel sedih, tengok cerita sedih langsung airmataku tidak pernah tumpah namun apabila Adam memarahiku atau aku rasakan dia benci kepadaku pasti airmataku akan tumpah dengan sendirinya. Sungguh aneh!

    "Awak janganlah marah dekat saya, saya sedih"jawabku sambil mendongak memandangnya dengan mata yang berkaca. Dia memegang kedua-dua belah pipiku dan mengucup dahiku lembut.

    "Abang tak marah pun. Abang saja nak tengok sejauh mana Ira akan berusaha untuk memujuk abang" ujarnya bersama senyuman. Hatiku sedikit lega.

    "Lain kali jangan beri harapan palsu dekat abang. Kecewa abang tau"ujarnya lagi.

    "Kecewa kenapa?"soalku kehairanan.

    "Er, tak ada apa-apalah"jawabnya sambil tersengih. Aku mencebik, ni mesti dia maksudkan yang bukan-bukan lagi.


    "Hai, nak buat scene pun kat dalam bilik la. Ni tempat umum"tegur satu suara. Pelukan kami serentak terlepas. Alya sedang melangkah ke arah biliknya sambil memegang segelas air dan dia melemparkan kami senyuman nakal. Aku memandang gelas ditangannya, ini bermaksud Alya dari dapur. Aku hairan, bila pula dia melintasi ruang tamu kerana ruang tamu ini kedudukannya berada di tengah antara biliknya dan dapur.

    "Dah lama ke Alya ada kat sini?"soal Adam dengan selamba manakala mukaku merah menyala menahan malu.

    "Jangan risau abang, Alya memang follow this scene dari awal hingga akhir. Adorable bagai, sakit perut Alya, hahaha..." ujarnya bersama ketawa. Aku segera melarikan diri ke dalam bilik namun aku sempat mendengar suara Adam membebel kepada Alya. Neomu changpihae!(sangat memalukan!)


    "Kita sebagai seorang wanita, maruah dan aurat haruslah dijaga dengan penuh teliti. Labuhkan tudung seperti yang disebut dalam surah An-Nur ayat 31, hendaklah mereka labuhkan tudung mereka ke leher sehingga menutupi dada. Sebab tu seboleh-bolehnya labuhkan tudung sehingga menutupi bahu kerana kadang-kadang tudung kita tu senang terselak atau melayang di tiup angin. Ramai orang cakap pakai tudung labuh panas lah, berpeluh lah. Tetapi InsyaAllah, jika kita ikhlas dan hanya inginkan keredhaan-Nya, setiap peluh kita yang menitik kerana berjuang di jalan Allah, akan mendapat berkat dan rahmat-Nya" terang aku dengan panjang lebar kepada Eliya, Fatin, Nadia dan Aida. Mereka mendengar dengan penuh khusyuk.

    "Tetapi kan akak, ada je yang saya tengok, pakai tudung labuh tapi nipis dan kadang-kadang baju pun ketat" rungut Eliya kepadaku.

    "Itulah masalahnya apabila maksud aurat yang sebenar tidak difahami. Aurat wanita dengan bukan mahramnya ialah seluruh tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, apa guna kalau kita tutup semua namun pakaian kita nipis dan menampakkan kulit. Sama juga jika berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh badan. Setiap inci tubuh kita yang didedah maka setiap inci itulah yang akan disambar api neraka yang menjulang-julang tinggi dan panasnya di akhirat nanti" jawab aku lagi. Mereka semua mengangguk tanda mengerti. Sesi usrah kami berlangsung selama sejam di masjid yang berdekatan. Semasa bersiar-siar bersama mereka tadi, aku mengajak mereka singgah di taman permainan seketika dan seterusnya mengendalikan usrah kami di sini.

    "Kita tangguh majlis kita dengan tasbih kifarah dan surah Al-Asr" ujarku. Kemudian kami bersiap-sedia untuk pulang kerana jam sudah tepat menunjukkan pukul sebelas pagi.

    "Akak, nanti dekat universiti kami adakan daurah perdana. Akak datang ye. Suami akak pun ada nanti" kata Aida dengan ceria. Aku terperanjat. Adam juga mengikuti program sebegini? Aku tidak tahu pun.

    "Kenapa dia ada dekat sana?"soal aku dengan hairan. Mereka memandang aku juga dengan pandangan kehairanan. Mungkin mereka pelik aku tidak mengetahui akan hal itu walhal aku isterinya.

    "Doktor Adam pernah menjadi pensyarah UITM Puncak Alam, sampai sekarang dia masih melibatkan diri dalam program macam ni biarpun Doktor dah berhenti"jawab Fatin.

    Astagfirullah, isteri apakah aku ini tidak mengetahui aktiviti suami sendiri. Patutlah aku bagaikan terlihat kelibatnya sewaktu daurah dahulu. Adam juga tidak pernah memberitahu aku, dia sungguh perahsia orangnya. Namun jauh disudut hati aku amat bersyukur kerana Adam mengikuti program dakwah seperti ini bahkan dialah yang menguruskan program-program itu. Sungguh aku tidak sangka.

    "Akak pun baru je balik dari Korea, memang tak tahu sangat pasal kisah dulu suami akak tu" aku cuba membela diri.

    "Tak apa akak, take your time, maklumlah sibuk ber-honeymoon, tak sempat nak berbual panjang" tersengih-sengih Nadia berkata dan yang lain bergelak sakan. Aku menjenggilkan mata ke arah mereka. Eh, budak-budak ni, tak padan dengan pelajar, bukan main aktif otak dorang berfikir yang bukan-bukan.


    Setelah menghantar mereka pulang ke universiti mereka aku beransur pulang ke rumah. InsyaAllah, dalam masa dua hari aku kan mula berkerja di sebuah syarikat elektronik di Shah Alam itupun selepas mendapat kebenaran Adam. Bukan main susah memujuk dia untuk membenarkan aku berkerja katanya 'Abang takut ramai cuba pikat isteri abang yang jelita ni', masuk akallah sangat. Nama je doktor, perangai macam budak-budak. Aduhai...

    Hubungan kami semakin hari semakin baik, namun dia masih berpegang kepada janjinya untuk tidak menyentuhku dan aku amat bersyukur akan pendiriannya. Aku masih lagi tidak bersedia kerana aku tahu dia mencintai Kak Azura dan aku juga tidak pasti ke mana hala tuju hubungan kami. Biarpun dia selalu mengusik aku, namun aku tidak yakin yang dia punya rasa cinta buatku.

    Terkadang aku rasa kasihan kepadanya kerana tersepit antara aku dan Kak Azura. Ingin sahaja aku mengundur diri namun apabila teringatkan Umi dan segala jasa yang pernah dia curahkan kepadaku sewaktu aku hilang segala-galanya, aku tidak berdaya untuk bertindak demikian. Andai diri tidak diperlukan lagi, ketika itulah aku akan menghilangkan diri memandangkan aku hanya menumpang kebahagian mereka.

    Ketika aku sedang memandu pulang ke rumah aku mendapat panggilan telefon mengejut daripada Umi.

    "Assalamualaikum Ira, Ira boleh balik rumah Umi tak?"soal Umi dengan nada yang agak ceria.

    "Waalaikumussalam, InsyaAllah boleh, kenapa ya Umi?"soal aku ingin tahu kerana nada Umi yang amat aneh di pendengaran aku.

    "Azura ada di rumah Umi sekarang. Ira datanglah sini jumpa dia"balas Umi. Aku tersentak. Bukankah Adam mengatakan yang dia akan membawa kami bertemu Azura dalam masa tiga hari lagi? Kenapa boleh bertukar ke hari ini?

    "Oh, dengan abang Adam sekali ke?"soalku dengan hati yang gusar biarpun nada suaraku setenang sungai yang mengalir.

    "Adam belum balik lagi, pukul satu nanti dia balik. Ira balik ya"kata Umi lagi dengan bersungguh-sungguh.

    "Baiklah Umi"jawabku dengan patuh biarpun hati ku bergelora. Aku resah, bagaimana aku akan berhadapan dengannya nanti? Aku lantas menukar arah keretaku menuju ke rumah Umi. Di dalam hati aku tidak berhenti-henti berdoa agar semuanya berjalan lancar.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna