Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 7 : Akad Nikah

                                                                           BAB 7


    "Ya Allah, lawanya akak! Tak payah make up tebal-tebal memang kalah artis-artis korea sana tu. Macam Mai Davika pun ada muka akak ni, tapi akak versi ayu sikit. Hihi" Puji Alya sambil mengambil gambarku dengan telefon bimbitnya untuk keberapa kali pun aku tidak tahu. Penat aku dibuatnya.

    Solekan di wajahku juga hasil kerja dia, Eliya, Fatin, Nadia dan Aida. Mereka berlima bergabung tenaga menconteng muka aku ini. Aku tidak kisah bagaimana mereka menyolekku yang penting tidak terlalu tebal, aku hanya menikah bukan hendak menayang muka di khalayak ramai. Jubah berwarna putih dan selendang labuh tersarung ditubuh dan kepalaku membuatkan aku terasa bagaikan fairy pulak. Ehehe...

    "Dah la tu Kak Alya, Nadia pun nak jugak"rengek Nadia bersama kamera di tangannya. Pengsan aku di buatnya nanti, dah macam model aku rasa.

    "Muka akak ni walaupun make-up natural je, dah boleh buat Abang Adam cair tau akak" tambah Aida pula. Hmm...tiada maknanya dia nak tergoda, hati dia hanya ada pada Kak Azura je.

    "Iye lah tu" komen aku pendek. Malas hendak melayan kerenah budak-budak ni. Makin dilayan makin menjadi-jadi pula nanti. Tiba-tiba pintu bilikku diketuk, Umi melangkah masuk bersama lebaran senyuman.

    "Ira, ada kawan istimewa datang" ujar Umi dan serentak itu muncul kelibat tiga orang gadis dari belakang Umi. Amira Shakina, Atiqah dan Kim Jung Hwa, tetamu khas dari Korea. Terharu aku dengan kehadiran mereka dalam majlisku.

    "Ya Allah, I didn't expect you will come!" aku terjerit kecil sambil meluru ke arah mereka dan memeluk mereka seorang demi seorang.

    "Dangyeonhaji wayo, uri chinhan chingu kyeoronshik-ida(mestilah datang, majlis perkahwinan kawan rapat kami)" kata Jung Hwa sambil membalas pelukanku.

    "Neo neomu yeppo, wangjeong yeppo! (kau cantik sangat,tersangat cantik!)" ujar Atiqah sambil mencium kedua-dua belah pipiku.

   "Anieyo, keuyang hwajangiya(takla, solekan je)" tersipu-sipu aku membalas. Mereka semua tergelak.

    "Ya, neo neomuhae jeongmal. Wae neujo yaegihae, uree ameugeotto molla. Namja shinbu eodi itneun goya?(kau memang keterlaluan. Kenapa bagitahu lambat, kitaorang tak tahu apa -apa pun. Mana pengantin lelaki?)" protes Amira pula. Sememangnya aku sengaja memberitahu mereka lambat kerana mereka bertiga sedang menyambung pelajaran ke peringkat Masters di Korea jadi aku tidak mahu menyusahkan mereka.

    "Mianhae(maaf) . Pengantin lelaki tak sampai lagi"jawab aku. Terus mood bahagia aku hilang apabila teringatkan Abang Adam. Opps, tak nak panggil Abang Adam dah, panggil Adam je. Tidak kuasa lagi aku untuk menjaga tatasusila aku lagi. Menyakitkan hati aje. Astagfirullah, sabar Ira!

    Teringat pula akan bagaimana aku memerahkan otak mencari idea untuk membatalkan majlis aku hari ini. Pada mulanya aku berhajat ingin berpura-pura pengsan selama seminggu ke, sebulan ke supaya majlis aku dibatalkan. Puas aku praktis cara-cara untuk pengsan di dalam bilik sampai sakit-sakit badan aku dibuatnya. Tetapi bila difikirkan balik, macam tidak logik pula ada orang pengsan selama seminggu. Akhirnya idea itu aku campak ke laut.

    Kemudian, datang pula idea untuk melarikan diri dari rumah. Satu persatu baju kulipat dan kumasukkan ke dalam beg pakaian namun segala perbuatan itu aku hentikan apabila Umi masuk ke dalam bilikku bersama Mak Cik Ros, adik kepada Umi yang aku panggil Mak ngah. Mereka telah bersedia untuk menginaikan jari-jariku. Sebelum aku membuka pintu bilik, aku sempat menendang beg pakaianku ke bawah katil bimbang mereka akan menaruh syak wasangka terhadapku. Sampai sekarang beg pakaianku masih berada dibawah katil, betul-betul di belakang kaki Umi. Huhu, kalau Umi nampak memang mati aku. Umi juga sempat berterima kasih kepadaku kerana tetap sudi menerima Adam setelah apa yang dia lakukan. Tetapi Umi tidak tahu anaknya telah memeras ugutku. Sungguh kejam!

    "Kwenchana?(kau okey?)"soal Jung Hwa kepadaku mungkin hairan melihat aku mengelamun. Aku mengangguk sambil menghulurkan senyuman manis.

    "Er, dahla tu berbahasa korea, kami disini tak faham" perli Fatin dan sekali lagi kami semua tergelak. Aku lupa pula yang mereka semua turut bersama kami berempat. Syok sangat berborak sampai terasa yang aku berada di Korea kembali.

    "Kak Long, pengantin lelaki dah sampai!" Mak Ngah tiba-tiba menerpa di muka pintu bilik. Kami semua tersentak. Alamak! Tiba-tiba sahaja perasaan gementarku datang. Aku mula tidak tentu arah. Eliya dan Umi membantu mendudukkan aku di katil dan membetulkan jubah serta selendangku. Aku cuba menenangkan diri. Istigfar, Istigfar!

    Dengan sekali lafaz aku kini sah milik Adam Hariz bin Johari, aku yang berada di dalam bilik mendengar satu persatu lafaz yang diucapkan Adam dihadapan Tok Kadi di ruang tamu. Sungguh lancar tanpa tersekat. Almaklumlah, orang ada pengalaman. Setelah doa dibacakan, Adam mula melangkah masuk ke bilikku. Mereka yang ada di dalam bilikku mula mengusik kami. Wajah aku mereh menahan malu dan aku hanya tunduk ke bawah, langsung tidak memandang ke arah Adam.

    Jari jemariku disentuh lembut, terasa satu cas elektrik mengalir ke dalam badanku, tidak dapat untukku tafsirkan dengan kata-kata. So warm yet so weird.

    "Assalamualaikum, isteri abang ok tak?"lembut suara itu dipendengaranku. Lidah aku kelu. Ku angkat perlahan wajahku dan memandang ke arahnya. Jarak yang memisahkan kami kurang dari setengah meter. Bagaikan terhenti jantungku. Dia memakai Jubah putih dan kopiah bewarna yang sama. Terpesona aku seketika. Aku sememangnya suka melihat lelaki yang memakai Jubah, sejuk mata memandang.

    Kotak baldu berwarna merah dibuka, sebentuk cincin dikeluarkan dan disarungkan ke jari manisku. Aku bagaikan terpegun melihat cincin platinum bertahtakan permata berbentuk bunga ros berwarna merah. Tidak pernah aku melihat cincin secantik ini seumur hidupku. MasyaAllah, sungguh indah!

    "Ai, Ira, tengok cincin pun terpesona sampai macam tu sekali. Bila nak salam? Adam dah tunggu tu" tegur Mak Ngah, aku tersipu-sipu malu.

    Lantas tangan kasar Adam ku sentuh dan kucium. Setitis airmata ku gugur di tangannya. Untuk apa aku menitiskan air mata juga aku tidak tahu. Serentak itu satu kucupan hangat singgah di dahiku. Aku memejamkan mataku. Tiba-tiba aku merasa sayu dan syahdu. Airmataku yang menitis diseka seseorang. Aku membuka mata dan melihat senyuman darinya.

    "Don't cry, your tears break my heart."kata-katanya sekali lagi menusuk ke kalbuku. Namun semakin lebat pula air mata yang turun. Ish, time ni jugak la dia nak turun macam sungai. Buat malu aje.

    Sahabat-sahabat rapatku juga kulihat menyeka airmata masing-masing. Kalau dulu aku pelik melihat pengantin perempuan menagis sedangkan mereka sedang meraikan hari gembira mereka. Kini aku mengerti, perasaan syahdu, sayu dan gembira semua bercampur baur sehingga menyebabkan airmataku tumpah. Sungguh sukar untuk dijelaskan.

    Sejurus itu, kami semua mengambil gambar bersama-sama. Adam memegang tanganku dengan erat. Aku cuba menolak namun bimbang Umi akan perasan akan keadaan itu.

    "Okey, sekarang giliran pengantin sahaja ya" kata Kak Mizah, jurugambar yang aku jemput khas dari UITM Puncak Alam. Menggunakan khidmatnya lagi selesa kerana dia perempuan dan juga merupakan sahabat baikku.

    "Gambar ini untuk simpanan peribadi sahaja jadi bolehlah rapat sikit"kata Kak Mizah lagi. Aku mula cuak, nak rapat bagaimana lagi?

    Tiba-tiba aku dapat rasakan satu tangan sasa melingkar di pinggangku. Eh, ini dah lebih ni! Suami aku pun tak sentuh aku lagi tau! Eh...lupa pulak, dia memang suami aku pun, huhu...Aku cuba untuk merenggangkan pelukan itu namun makin kuat pula dia berpaut. Suka mengambil kesempatan betul!

    Setelah menghantar tetamu-tetamu sekalian pulang, aku bergerak ke arah tepi ruang tamu. Di situlah segala barang hantaran disimpan, aku memerhatikan satu persatu. Teringin juga untukku mengetahui apa yang diberikan oleh Adam kepadaku. Pandangan mataku tertacap ke arah satu dulang berwarna hijau. Terdapat satu Al-Quran yang amat unik designnya dan aku rasa bukan dari Malaysia. Di tepi Al-Quran itu terdapat sekuntum bunga Ros kristal yang berwarna merah, warnanya persis cincin yang tersarung di jariku. Lantas aku bawa Al-Quran itu ke pelukanku dan bunga ros itu ku pandang tanpa jemu. Sememangnya bunga itu merupakan bunga kesukaanku sejak aku kecil.

    Tiba-tiba minda aku bagaikan teringat sesuatu. Mimpi aku! Mimpi yang aku alami setiap kali aku tidur setelah melakukan solat sunat istikharah. Betul, Al-Quran dan bunga ros itu sama seperti apa yang aku mimpikan sebelum ini. Bagaimana hal ini boleh terjadi? Aku merasa hairan sedangkan aku tidak pernah menceritakan mimpi aku kepada sesiapa pun. Hanya aku dan Allah yang mengetahuinya. Adakah ini memang petunjuk dari Allah SWT yang aku tidak salah membuat pilihan?

    "Abang tahu Ira memang sukakan bunga ros merah, sebab tu abang tempah khas bunga ini untuk Ira" tiba-tiba suaranya kedengaran.

    Aku mencari-cari arah suara itu, rupa-rupanya dia telah lama memerhatikan aku. Dia bersandar pada dinding berdekatan aku dan aku hairan bagaimana aku tidak perasan akan kehadirannya. Mungkin juga aku terlalu gembira melihat hantaran yang bagi aku tersangat istimewa itu.

    Aku hanya diam, aku membawa Al-Quran dan bunga ros itu dalam dakapanku dan aku menonong masuk ke bilik tanpa memperdulikannya. Nasib baik Umi tiada kalau tak habislah aku. Sebelum itu, aku sempat mengerling ke arah Adam. Dia kelihatan tercengang-cengang akan reaksi dinginku. Sambil menggaru kepala, ku lihat dia bagaikan sedang memikirkan sesuatu dan ada senyuman jahat dibibirnya. Aku mulai seram sejuk. Entah apa yang difikirkannya, jangan dia buat yang bukan-bukan terhadapku sudahlah. Aku berharap dia berpegang kepada syarat yang aku kenakan untukknya bagi meneruskan pernikahan kami yang hampir terbatal ini.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna