Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 26 : Flashback

                                                                    BAB 26 



    "Assalamualaikum, Syafira apa khabar?" soalnya sambil datang menghampiri kami berdua.

    Kami? Aku tersentak. Sekali lagi aku terlupa akan Adam yang berada di sebelahku, sungguh aku terpaku dan kehilangan arah dalam situasi ini. Aku mengangkat tangan kiriku dan memaut lengan Adam, memohon sedikit kekuatan darinya.

    "Al..Alhamdulillah...Si...sihat"tergagap-gagap aku membalas pertanyaannya.

    Kini dia berada dihadapan aku dan Adam, pandangan matanya hanya tertumpu ke arah aku. Aku mulai resah, aku bimbang, Adam akan fikir yang bukan-bukan tentang aku dan dia.

    "Ni..Ini..suami saya, Adam Hariz"pantas aku memperkenalkan Adam kepadanya.

    Dia kelihatan tersentak seketika dan wajahnya berubah muram. Aku segera menunduk, maaf Idham, sekali lagi awak kecewa.

    "Adam Hariz"

    "Idham" mereka berdua saling bersalaman.

    Aku hanya memerhatikan mereka, sesungguhnya aku kehilangan kata-kata di dalam situasi ini.

    "Boleh aku berborak dengan Syafira sekejap? Ada hal penting yang harus kami bualkan"

    Dengan tidak semena-mena Idham mengutarakan persoalan itu, mataku terbeliak. Idham sudah melampau! Aku sudah menjadi isteri Adam, mengapakah begitu berani dia meminta yang bukan-bukan?

    "Tak, kita tiada apa yang perlu dibincangkan. Kalau awak ada hal penting, beritahu sahaja di depan kami berdua" dengan tegas aku berkata.

    Dalam hal ini aku tidak boleh mengikutkan perasaan simpati atau kesian, aku harus menjaga hati Adam dan juga perhubungan kami yang sememangnya rapuh ini. Wajah Idham semakin muram.

    "Abang benarkan. Ira pergilah, abang tunggu dekat sini. Idham, kau borak dekat depan tu je, jangan bawa isteri aku jauh-jauh kalau kau nak hidup lama" dengan nada bergurau Adam menjawab.

    Aku memandang wajahnya meminta pengertian dan dia mengangguk. Akhirnya, aku mengikuti langkah Idham ke arah sebatang phon yang rendang. Aku menjarakkan diri kira-kira dua meter darinya. Pandanganku hanya terarah kepada Adam yang berada tidak jauh dari kami. Pandangan matanya juga jelas di kaca mataku membuatkan aku sedikit lega. Terasa bagaikan Adam berada disisiku.

    "Tahniah. Awak tak beritahu saya yang awak dah kahwin" Idham memulakan bicara.

Aku terdiam, kelu bibirku untuk berkata-kata.

    "Er, macam mana awak boleh ada di sini?"soal aku memberanikan diri.

    "Saya dan Junghwa menguruskan satu projek di sini. Saya tak sangka yang awak turut berada disini kerana Junghwa langsung tidak menyebut tentang awak. Patutlah beberapa hari lepas dia ada ke Seoul, katanya hendak mengambil kawan di airport dan orang itu adalah awak" dengan panjang lebar dia menjawab pertanyaanku.

    Aku terdiam, sungguh Junghwa merupakan sahabat aku yang terbaik kerana menjaga dan melindungi aku. Untuk beberapa ketika kami berdua kehilangan kata-kata.

    "Kenapa awak tak terima saya, Syafira? Apa kurangnya saya?" dengan nada kecewa dia bertanya lagi.

    Aku menarik nafas panjang.

    "Idham, sudah berapa kali saya katakan, saya tidak memilih siapa-siapa yang bakal menjadi suami saya. Semuanya saya serahkan kepada Yang Maha Esa dan sekarang terbukti kita tiada jodoh. Awak kena terima semua itu"balasku.

    "Itu hanya alasan awak sahaja kan? Dari dulu awak memang tidak dapat terima saya sedangkan saya sudah bersedia untuk memperisterikan awak namun awak langsung tidak memberikan jawapan positif, malah alamat dan nombor telefon keluarga awak rahsiakan. Begitu sekali awak membenci diri saya ini" lirih suaranya kedengaran.

    Aku menarik nafas panjang. Teringat aku akan peristiwa yang berlaku sewaktu hari graduasi aku dan teman-teman.

    "Ira, Idham sunbaenim ada dekat hujung sana, dia minta hendak jumpa dengan kau" Kina membisikkan kata-kata itu sewaktu kami sedang bergambar bersama.

    Aku memandang ke arah yang ditunjukkannya. Macam mana dia boleh berada di sini? Bukankah dia sudah tamat belajar setahun yang lalu? Hampir setahun lebih sejak kali terakhir aku terserempak dengannya.

    "Cakap kat dia aku tak nak" dengan nada yang sama aku membalas.

    "Pergilah jumpa sekejap, kesian aku tengok dia. Kalau kau nak aku temankan pun tak apa" pujuk Kina.

    Aku menggeleng.

    "Tak usahlah, tak ada benda penting pun yang hendak dibincangkan"balas aku.

    Kina hanya diam. Sekali aku kata tidak, memang tidaklah keputusanku, memang sukar untuk diubah, dia pun tahu.

    "Syafira Arissa, tahniah kerana menamatkan pelajaran dengan cemerlang"

    Ujarnya sewaktu aku dan teman-teman meraikan majlis graduasi kami dengan mengadakan BBQ. Dia membawakan aku sepinggan daging dan sotong bakar. Aku menerimanya dengan teragak-agak.

    Aku turut hairan bagaimana dia boleh turut serta di dalam majlis ini. Menurut Tiqah, setelah tamat belajar setahun lalu, Idham mendapat tawaran berkerja di sini, patutlah dia ada di Universiti kami pagi tadi.

    "Terima kasih"jawab aku pendek.

    Pandangan matanya masih tepat ke wajahku. Ish, dia ni, a man should lower his gaze okay...Tak payah pandang-pandang sangatlah.

    "Bila balik ke Malaysia?" soalnya lagi.

    Aku menjarakkan kedudukan kami.

    "InsyaAllah, minggu depan" balasku.

    "Saya berharap sangat yang awak terima saya Syafira Arissa" kali ini dia meluahkan perasaanya.

    Aku tergamam seketika.

    "Er...saya minta maaf" aku segera bangun dari tempat dudukku dan bergerak ke arah Tiqah, meninggalkan dia di situ.

    Tidak betah untuk aku terus berada di situ bimbang benda lain yang akan berlaku. Al maklumlah, malam-malam seperti ini, syaitan banyak berkeliaran, aku tidak mahu kami dipandang serong, apatah lagi masing-masing membawa imej Islam. Entahlah, susah ingin aku kupaskan masalah kami. Apa yang aku tahu, hatiku menolak keras kehadiran Idham.


    "Syafira?" suaranya mengejutkan aku dari kenangan lama.

    Aku menoleh ke arahnya dan mulai berbicara.

    "Idham, saya akui yang hati saya milik Adam dari dulu sehingga sekarang, malah saya langsung tidak menaruh harapan untuk kami bersatu. Sebaliknya Allah itu Maha Perancang, dan dia yang menyatukan kami dan saya gembira. Saya harap awak faham dan apa yang awak lakukan adalah tidak sopan, meminta untuk berbual dengan isteri orang. Saya harap ini kali terakhir kita bertemu, saya tetap menganggap awak sebagai sahabat saya. Sekali lagi saya minta maaf"ujarku dengan panjang lebar sebelum beredar dari situ.

    Aku harap dia faham akan maksud kata-kataku.

    Tidak betah untuk aku berada disitu lama-lama, aku harus menjaga status aku sebagai seorang isteri. Idham kelihatan amat kecewa dengan penjelasan dan juga peredaran aku dari tempat itu. Maaf, aku lebih rela menjaga hati Adam daripada hati awak, Idham, kerana syurga saya terletak di tapak kakinya. Maafkan saya.

    Sebaik sahaja tiba di hadapan Adam, aku segera memeluk erat lengannya dan pandangan mataku merenung matanya.

    "Kenapa awak benarkan dia 'pinjam' saya? Awak tak sayangkan saya ke?"soal aku dengan mata yang berkaca.

    Wajahnya yang sebelum ini kelihatan tegang berubah tenang.

    "Semestinya abang sayangkan Ira, tetapi abang kira Ira mungkin ingin berbincang dengan dia, jadi abang benarkan" katanya sambil mengusap lembut pipiku.

    "Tapi saya tak nak" kataku lagi dengan wajah yang ingin menangis.

    Dia mengeluh panjang.

    "Abang minta maaf. Jomlah kita balik, kesian pulak abang tengok Idham tu, asyik pandang kita. Abang pun tak suka lelaki lain pandang isteri abang yang jelita ni" ujarnya sambil tersenyum dan menarik lembut tanganku mengikut rentak langkahnya.

    Aku hanya menurut tanpa menoleh walaupun sekali ke arah Idham. Dia merupakan senior kepada aku, Jehyuk, Kina, Tiqah dan juga JungHwa namun di dalam bidang yang berbeza. Memandangkan kaum melayu sangat terhad jadi ukhuwah kami agak kuat antara satu sama lain dan tanpa aku sedar dia jatuh hati kepadaku. Puas aku menolak namun dia tetap berdegil. Akhirnya aku terpaksa mengambil jalan mengelakkan diri darinya. Selama lima tahun aku belajar di Korea, selama itu juga aku mengelakkan diri darinya sehinggakan kadang-kadang aku tidak turut serta dalam perhimpunan pelajar-pelajar melayu di sini.

    Kalau difikirkan balik, aku juga hairan mengapa aku begitu tegar menolak Idham sedangkan dia sungguh baik terhadap aku. Mungkin aku dan dia tidak ditakdirkan bersama, pemegang tulang rusuk kiriku adalah Adam Hariz, lelaki yang pertama dan aku harap terakhir di dalam hidupku kerana aku percaya first love adalah untuk selama-lamanya. Moga jodoh kami berkekalan, aku juga berdoa agar Idham akan bertemu dengan jodohnya.


    Malam itu selepas kami solat isyak berjemaah, Adam mengajak aku ke beranda rumah tumpangan yang mana berhadapan dengan tasik kecil di sini. Angin sepoi-sepoi bahasa kadangkala menyebabkan aku menggeletar kesejukan. Biarpun perlahan namun angin bayu di sini sungguh dingin. Aku duduk di lantai beranda sambil memandang ke arah ikan-ikan koi yang sedang riang berenang di dalam kolam. Hmm...tak tidur ke ikan-ikan ni?

    Adam tiba dengan membawa sehelai selimut di tangannya. Untuk akukah? So sweet... Aku menghulurkan tangan untuk mencapai selimut itu namun tidak kunjung tiba selimut itu ke tanganku. Aku mendongak memadangnya, dia dengan selamba membaluti tubuhnya dengan selimut itu. Aku ternganga. Kurang asam, aku ingat dia hendak beri kepada aku rupanyanya untuk dirinya sendiri. Buat malu aku aje.

    Tangan aku tarik kembali dan kupeluk tubuhku sendiri. Wajah masam aku pamerkan, dahla aku tengah sejuk ni dia boleh buat tak tahu je? Ish, sakit hati.

    "Kenapa Ira angkat tangan? Lenguh ke?"soalnya dengan nada sinis, saja ingin mengenakan aku.

    "Tak ada apa, saja stretching, bersenam malam-malam ni" dengan nada marah aku menjawab, dia mengekek mengetawakan aku.

    Aku menghadiahkan jelingan maut kepadanya.

    "Meh sini, kita kongsi selimut, abang saja bawa keluar sehelai, boleh kita guna sama-sama, baru romantik" sambil tersengih dia berkata.

    Aku mencebikkan bibir tanda tidak setuju.

   "Datang sini abang cakap, bibir tu dah biru dah"kali ini dengan sedikit tegas dia berkata.

    Aku hanya diam, malas ingin menjawab. Biar je aku kesejukan sampai jadi ais, baru padan muka dia. Buat lawak malam-malam macam ni, geram betul aku!

    Suasana sunyi menyapa kami berdua, aku toleh ke kanan, dia kelihatan memalingkan wajah ke arah lain. Merajukkah dia? Pelik...sepatutnya aku yang merajuk kenapa pula dia yang senyap? Mungkinkah dia masih fikirkan Idham? Hmm...terpaksalah aku pujuk.

    Aku mengesot menghampirinya. Perlahan-lahan aku menyusup ke dalam selimut itu sehingga menyebabkan dia tersentak dengan tindakan aku. Mungkin dia tidak menyangka yang aku akan berani menghampirinya.

    "O..okay...hmm...I'm speechless. Abang rasa sejak akhir-akhir ini Ira seakan-akan menggoda abang. Are you ready to accept me?" soalnya dengan pandangan tidak percaya.

    Aku terdiam, betul katanya. Sejak kebelakangan ini, aku lebih terbuka menghampiri dan menyentuhnya. Adakah aku sudah tidak betul? Ni mesti terkena jangkitan perangai gatal si Adam. Oh, tidak!

    "Ma...mana ada. Dah awak macam merajuk, saya pujuklah" balasku dengan malu.

    Dia tersenyum lebar dan membawa aku ke dalam pelukannya sambil membetulkan selimut agar betul-betul menghalang angin bayu dari menyentuh kulitku.

    "Really? Tapi abang dah tergoda ni. Jom tidur"ujarnya dengan nada nakal.

    "Awak tak boleh buat apa-apa juga sebab saya cuti sekarang, hahaha..."dengan riang aku membalas.

    "Cuti? Tadi elok je solat"dengan terkejut dia bertanya.

    "Baru je. Pokoknya, you can't do anything to me. Oh yeah!" aku sengaja mengenakan dia. Biar padan muka, tadi kenakan aku kan, sekarang giliran dia pula.

    "Okey, fine. Tunggulah kita balik Malaysia nanti" dengan nada yang menakutkan dia berkata.

    Aku berpura-pura tidak mendengar. Dia memeluk aku dari belakang dan meletakkan dagunya di ubun-ubunku. Dah terasa macam drama korea pulak.

    "Sayang, boleh bagitahu abang tentang hubungan Ira dengan lelaki tadi?"pintanya dengan nada yang lemah.

    Pertanyaannya tidak mengejutkan aku kerana aku tahu dia pasti tertanya-tanya akan kisah aku dan Idham walaupun tiada apa yang harus diceritakan sangat pun.

    "Saya tiada apa-apa hubungan pun dengan dia. Dia hanya senior saya sewaktu belajar di Inha dulu. Tanpa saya sedar, dia jatuh hati dekat saya dan ingin menjadikan saya isteri dia. Namun saya tolak. Saya juga tak sangka dia masih berharap pada saya"terus terang aku menceritakan hal yang terjadi dulu.

    Dia menarik nafas panjang.

    "Kenapa Ira tak terima dia?"soalnya lagi.

    Ish, pak cik ni, dah aku jatuh hati dekat engkau manalah aku nak suka orang lain. Tu pun susah nak faham ke?

    "Hmm...entah" jawabku dengan ringkas.

    Semestinya dia dapat mengagak kenapa aku menolak Idham.

    "Entah je? Abang tengok Idham tu handsome je, kenapa Ira tolak dia?"soalnya masih belum berpuas hati.

    Aku mengetap bibir geram. Apalah susah sangat nak faham dia ni?

    "Ye lah, dah saya suka dekat sorang doktor yang mengada-ngada, perasan handsome yang tengah peluk saya ni, nak buat macam mana?!"dengan geram aku membalas.

    Tengok, kan aku dah terluah perasaan aku kat dia. Ish, malu...

    "Hahaha...siapa lah doktor perasan tu ye?"dia ketawa besar mendengar jawapanku kemudian dia mengucup lembut pipi kananku.

    Aku memandang ke arah lain, saja memuncungkan bibir tanda protes. Ake sedikit lega, sekurang-kurangnya dia tidak lagi cemburu akan aku dan Idham.

    "Tapi abang harap ni kali terakhir Ira berjumpa dengan Idham, abang tak suka dia, pandangan mata dia asyik tertumpu dekat Ira je walaupun abang ada bersama Ira. Sangat kurang ajar. Kalau diikutkan hati memang kena belasah dah dia tu" Adam mengeluarkan kata-kata amarah.

    "InsyaAllah saya cuba jaga diri sebaik mungkin, apa kata saya pakai purdah, nanti tak adalah orang cam dah"tiba-tiba idea itu terpancul dari bibirku.

    "Boleh je, abang lagi suka kalau Ira pakai purdah tetapi once Ira dah pakai, abang nak Ira istiqamah dan pakai kerana Allah, bukan kerana nak menunjuk-nunjuk atau mencari perhatian" ujarnya kepadaku.

    Aku mendengar dengan penuh teliti.

    "Bagi abang, sekarang pun Ira dah menutup aurat dengan sempurna cuma wajah Ira agak menarik perhatian lelaki tambah-tambah lagi kulit Ira tu, putih sangat. Lagilah lelaki suka pandang. Jadi, kalau Ira ada niat ingin memakai purdah, abang izin dan galakkan"dia menambah lagi.

    Aku mengangguk tanda setuju.

    "InsyaAllah, kalau ada rezeki saya ingat nak pakai purdah juga cuma tengah tunggu masa yang sesuai" jawabku.

    "Buatlah apa yang Ira rasa terbaik dan abang akan sentiasa sokong Ira. Esok hari terakhir kita dekat sini. Ira rancang nak jalan-jalan ke mana?" soalnya kepadaku.

    Aku terdiam seketika. Esok merupakan hari terakhir aku di Jeju dan lusa kami akan pulang terus ke Malaysia. Sungguh singkat masa yang aku rasakan di sini.

    "Kita singgah teddy bear museum sekejap lepas tu kita pergi spirited garden. Lepas tu, saya rasa elok kita pergi melawat mak angkat saya lepas tu kita balik sini je la. Hendak kemas barang lagi, takut penat pulak"aku memberikan cadangan.

    Adam hanya mengangguk setuju. Malam itu kami berborak panjang sambil menikmati coklat panas di bawah cahaya bulan. Aku berharap masa-masa indah seperti ini akan sentiasa muncul di dalam hidup kami.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna