Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 4: Keputusan Mengejut

                                                                      BAB 4

    Aku duduk sendirian di taman bunga sambil aku membelek-belek bunga sekuntum ros merah di tanganku. Setelah puas kubelek, aku cium pula baunya. Sungguh harum. Gaun putih yang aku pakai turut kutilik satu persatu. Lawa jugak aku pakai gaun ni. Hehehe. Eh, macam mana aku boleh pakai baju ni? Kenapa aku boleh ada dekat taman ni? Aku mula keliru, tiba-tiba kedengaran satu suara mengalunkan ayat-ayat suci al-Quran dengan suara yang lunak dan menyentuh perasaanku. Siapakah gerangan jejaka yang mengalunkan qalam Allah SWT itu? Aku mula mencari-cari arah suara itu datang.

    "Sayang, abang datang bawa hadiah untuk sayang" kata satu suara dari belakangku. Lantas aku segera berpaling ke arah belakangku. Aku lihat Abang Adam memakai jubah putih. Ditangannya terdapat senaskah Al-Quran dan sekuntum mawar merah manakala wajahnya pula sungguh ceria. Sayang? Aku dah jadi isteri Abang Adam ke?

    " Kita...kita dah kahwin ke?"soal aku tergagap-gagap. Wajahku mula merah menahan malu apatah lagi ditenung sebegitu olehnya. Aku lihat Abang Adam menguntumkan senyuman kearahku kemudiannya dia mengangguk perlahan.

    "Do you really love me?"soal aku lagi memohon kepastian. Abang Adam hanya tersenyum. Dia tidak menjawab soalanku namun dia melangkah mendekatiku. Dia menghulurkan Al-Quran dan bunga mawar itu kepadaku. Aku menerimanya dengan senang hati. Sedang aku leka membelek helaian Al-Quran itu tiba-tiba Abang Adam mendekatkan wajahnya ke arah telingaku. Aku terkaku dengan situasi itu.

    "I really do love you. InsyaAllah, with all my heart, sayang" bisikan suaranya menyebabkan aku terpegun beberapa ketika namun hatiku kini dibuai rasa terharu dan gembira. Betul ke apa yang aku dengar ni? Macam tak logik je. Adam Hariz cintakan aku? Biar betul! Ya Allah, gembiranya aku. Apa yang aku impikan selama ini menjadi kenyataan. Alhamdulillah.

Kring! Kring! Kring!

    Aku tersentak dari tidur dan terus terpacak 90 darjah dari permbaringanku. Kupandang kiri dan kanan. Mana Abang Adam? Mana bunga ros aku? Setelah beberapa saat terpinga-pinga aku mula sedar sepenuhnya. Ceh, mimpi lagi. Kalau jadi betul kan best. Tetapi pelik juga dengan mimpi aku tadi, kali ini masuk kali ke tiga aku mimpi perkara yang sama selama tiga hari berturut-turut. Adakah ini petunjuk dari Yang Maha Mengetahui? Tiba-tiba bulu roma aku meremang. Aku akan kahwin dengan Abang Adam yang handsome tu? Memang la aku gembira kalau boleh kahwin dengan dia tapi bila teringatkan aku akan kahwin aku rasa macam tak sedia je lagi. Berat tanggungjawab sebagai seorang isteri tambahan pula aku pun masih belum berkerja. Walaupun pelbagai tawaran yang aku terima aku masih belum membuat apa-apa keputusan. Pada mulanya aku ingin meminta pendapat Abang Adam tetapi bila dah jadi macam ni, malu la pula, apatah lagi nak bertembung mata dengannya. Aku mengeluh. Susahnya hidup. Ni baru dugaan dunia, akhirat nanti macam manalah gamaknya. Huhuhu. Sejak dari hari itu, Abang Adam langsung tidak muncul di rumah Umi, mungkin dia sibuk ataupun mungkin juga dia tidak serius ingin memperisterikan aku.

    Aku segera bangkit dari katil dan menuju ke arah bilik air, baik aku mandi dari fikir pasal dia, entah-entah dia nak permainkan aku aje. Ah, lantaklah. Buang masa sahaja fikir pasal benda yang tidak pasti dan kalau dia bersungguh-sungguh ingin menjadi imamku, dia sepatutnya berbincang dengan Umi terlebih dahulu dan biar Umi yang memaklumkan kepadaku. Ini confess di 'khalayak ramai', buat malu je.

    Usai solat subuh, aku turun ke dapur untuk menyediakan sarapan. Segan juga asyik Umi yang menyediakan sarapan untuk kami sedangkan aku yang patut membantu Umi yang dah tua dimamah usia. Aku membuka peti sejuk dan mencari bahan-bahan yang boleh aku gunakan untuk membuat sarapan sambil otakku ligat memikirkan resepi yang patut aku sediakan. Umi suka makanan kampung, Alya pula suka makanan korea atau jepun. Haa, apa kata aku buat bihun goreng dan kimbap. Kimbap merupakan makanan korea yang sering dinikmati oleh rakyat negara itu tidak kira siang atau malam memandangkan makanan itu agak senang disediakan. Kim bermaksud rumpai laut atau dikenali ramai sebagai seaweed. Rumpai laut ini dikeringkan dan digunakan dalam pelbagai masakan dan juga dijadikan sebagai snek ringan. Manakala bap pula membawa maksud nasi. Kimbapyang aku ingin jadikan sebagai sarapan hari ini adalah kimbap gulung yang menggunakan tikar kecil sebagai alat untuk menggulung segala bahan yang aku letakkan diatas gulugan rumpai laut kering itu.

    Aku menumis bahan-bahan untukku buat bihun goreng sambil aku memotong sosej yang sudah kugoreng sebagai bahan untuk membuat kimbap. Kemudian aku potong timun beserta lobak merah dan kesemua bahan-bahan itu kupotong memanjang. Satu persatu aku letakkan ke atas tikar kecil yang sudah aku letakkan rumpai laut kering dan kemudian aku letakkan nasi yang sudah diadun dengan sedikit minyak bijan dan cuka juga secara memanjang. Setelah selesai, aku gulungkan dengan perlahan-lahan agar semua bahan dapat bersatu dengan sebati. Selepas itu aku potong kecil-kecil dan aku hidangkan ke atas pinggan. Harap-harap Alya suka dengan apa yang aku sediakan ini. Sewaktu di Korea aku selalu belajar masak masakan korea dengan Mak Cik Hwang Je Eun, emak kepada Kim Jung Hwa, kawan baikku sewaktu belajar di sana. Rindu pula dekat mereka semua, harap-harap mereka semua sihat walafiat. InsyaAllah kalau ada rezeki aku akan melawat mereka nanti.

    Sedang aku menuangkan air oligo ke dalam cawan, umi dan Alya tiba di ruang makan bersama. Kulihat Alya ayu dengan baju kurung dan wide shawlnya, ala-ala Dena Bahrin gitu. Mungkin ada kuliah hari ini.

    "Jemput makan Umi, Alya. Ira masak special hari ini" kataku sambil tersengih macam kerang busuk. Berdebar jugak menanti reaksi mereka entah sedap atau sedap masakan sulung aku ini. Kalau tak sedap memang aku buat muka tebal je lah.

    "MasyaAllah Kak Ira, Akak buat kimbap? Alya suka sangat!" ujar Alya dengan terkejut lantas mencapai sekeping kimbap lalu disuapkan ke mulutnya. Aku menggelengkan kepala perlahan sambil tersenyum, Alya ni tak sabar betul.

    "Akak, sedap sangat!"Jerit Alya dengan gembira lalu mengambil tempat di hadapanku. Seronok dia makan, selepas sekeping, sekeping lagi dicapainya.

    "Ira, lepas makan ni, Umi nak borak dengan Ira sikit. Ada hal yang hendak Umi bincangkan" kata Umi sambil melabuhkan punggung di kerusi. Dup! Hati berdetak hebat, terasa tidak bernafas aku seketika. Aku dapat rasakan hal ini ada kaitan dengan Abang Adam, naega ottokhaeya dwae?(apa yang patut aku buat?). Aku mengangguk sambil menyuapkan bihun goreng ke mulut dengan hati yang berdenyut kencang. Aku dapat lihat Alya memandang ke arah aku dengan pandangan yang sukar untuk aku tafsirkan.

    Aku duduk di sofa bertentangan dengan sofa yang diduduki Umi namun Umi masih kekal pandangannya ke arah televisyen yang menayangkan program masakan. Aku yang resah ini tidak mampu duduk diam, sekejap terasa sejuk, kemudian panas, hendak terkucil pun ada. 'Aduhai, Umi, cepatlah karang ada jugak yang pengsan kat sini'. Tup! Bunyi televisyen dimatikan. Aku duduk tegak menghadap Umi bak gaya askar berhadapan dengan kaptennya.

    "Umi, hendak bincang tentang lamaran Adam Hariz, anak Umi kepada anak angkat Umi yang berada di hadapan Umi ini." serius nada percakapan yang Umi gunakan. Peluh dingin mula aku rasakan. Aku mengangguk teragak-agak.

    " Apa jawapan Syafira Arissa?" soal Umi.

    "Haa...?"aku sedikit bingung. Straight to the point betul Umi. Tiada muqaddimah terus ke klimaks. Wajah Umi kulihat berubah tegang mungkin tidak suka dengan reaksi yang aku tunjukkan. Aku mulai rasa seram sejuk.

    "Setuju atau tak?"Sergah Umi lagi.

    "Setuju!" Jawab aku dengan pantas. Bimbang Umi akan marah dengan lebih teruk jika aku tidak menjawab dengan betul. Chamkan, naega mworagohaetji?(Kejap,apa yang aku cakap tadi?) Aku setuju? Kini kepala aku mula berpinar, apa yang aku telah lakukan? Nae insaegeul manghaesso...(Habislah hidupku...).

    "Alhamdulillah, gembira Umi dengar jawapan Ira" Pelukan dari Umi yang hinggap ditubuhku menyedarkan aku dari peperangan yang berlaku dalam diriku. Terkesima aku seketika, Umi setuju? Bukan Umi dah ada calonnya sendiri?

    "Adam yang suruh Umi lamar Ira sebab dia tahu, Ira muslimah sejati jadi dia ingin lamar Ira dengan cara yang betul dan mengikut ajaran Islam yang sebenar. Umi bahagia sangat. Dah lama Umi berdoa agar Adam dan Ira akan bersatu dan Umi bersyukur sangat Allah dah makbulkan doa Umi." ujar Umi diikuti kucupan ke dua-dua belah pipiku. Aku dapat melihat airmata Umi mengalir perlahan. Aku juga turut ikut sebak namun tak mampu untuk menuturkan apa-apa ayat dek kerana terlalu terkejut. Aku hanya membalas pelukan hangat dari Umi.

    Selepas beberapa ketika aku dan Umi masing-masing sudah mampu mengawal emosi kami dan kami mula berbincang dengan lebih mendalam. Tangan Umi masih mengenggam tanganku dengan erat. Aku dapat rasakan Umi sangat gembira dengan keputusanku. Umi kemudiannya mengeluarkan satu kotak baldu kecil yang berwarna merah hati. Umi membuka kotak tersebut. Aku terpegun apabila melihat sebentuk cincin emas yang sunnguh indah dan kini mula disarungkan di jari manisku. Sekali lagi aku tergamam.

    "Cincin apa ni Umi?" soalku teragak-agak.

    "Ini cincin merisik yang Adam beli untuk Ira"jawab Umi sambil tersenyum. Cincin merisik pakai cincin emas ke? Bukan pakai cincin belah rotan ke? Aku dah keliru ni.

    "Tapi cincin ini mahal Umi" bantah aku.

    "Ya Allah budak ni, biaq pi lah Adam nak beli cincin emas ka platinum ka, duit dia banyak, tok sah risau haih" Okey, loghat kedah Umi dah keluar dah. Selalunya Umi tidak akan gunakan loghat kedah sebab dia tahu, aku orang Kelantan, tidak berapa faham loghat itu. Aku mula tersengih-sengih, kelakar dengan reaksi Umi.

    "Majlis pertunangan dan perkahwinan Umi dengan Adam rancang buat sekaligus dalam masa dua bulan lagi. Ira setuju kan?" Soal Umi dengan lembut dan ceria berbeza dengan reaksi aku yang terlopong luas ini. Dua bulan? DUA BULAN LAGI?! Ira-ya, neon keutnasso!( Ira, habislah kau!).

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna