Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 8 : Malam pertama

                                                                         BAB 8

    Usai membersihkan diri dan menyalin pakaian, aku bergerak ke arah meja solek dan memakai losyen di tangan dan leher. Sambil itu aku mengerling ke arah pintu bilikku, kelibat Adam masih belum kelihatan, entah di mana dia berada pun aku tidak tahu, malas untuk mengambil tahu. Kemudian aku memandang ke arah katil yang dihias cantik dengan renda dan segala bagai perhiasan. Macam mana nak tido nanti pun aku tak tahu.

    Cincin yang tersarung indah di tangan pula aku sentuh perlahan-lahan. Aku tidak menyangka yang kini aku telah menjadi seorang isteri hanya dalam masa tiga bulan setelah aku tamat belajar. Semua yang berlaku terlalu pantas, pengakuan cinta, lamaran, dan kecurangan Adam sehingga menyebabkan aku menjadi isteri kedua kerana Adam bernikah hanya seminggu sebelum majlis perkahwinanku. Bagaikan tidak masuk akal!

    Apa yang menggembirakan aku, menurut Umi, Al-Quran unik itu Adam beli ketika dia berada di Gaza kerana dia menyertai misi kemanusiaan di sana kira-kira sebulan sebelum tarikh pernikahan kami. Patutlah dia langsung tidak muncul. Manakala cincin dan bunga ros kristal itu dia tempah ketika dia berada di Itali. Banyak betul duit dia membeli hantaran yang mahal-mahal kepadaku biarpun aku langsung tidak menginginkan yang mahal. Cukup sekadar sejuk mata memandang, murah pun aku tidak kisah. Kalau untuk aku dia sanggup menghabiskan wang bagaimana pula dengan Kak Zura ya? Mesti lagi banyak yang dia belanjakan.

    Aku sendiri sudah tidak tahu apa yang patut aku rasa, kecewa, sedih atau gembira. Kini aku hanya mampu  redha dengan apa yang berlaku. Bohonglah jika aku tidak sakit hati, namun bila diingatkan tentang penderitaan insan lain, penderitaan aku hanyalah kecil. Aku masih punya Umi dan Alya dan juga yang akan menjaga aku sehingga dan selepas aku mati iaitu Allah SWT. InsyaAllah, semua akan berjalan dengan lancar.

    Pintu bilik aku dibuka perlahan, kelibat Adam mula kelihatan. Aku hanya berpura-pura tidak perasan akan kehadiran dia, perhatianku hanya pada cermin dengan menyikat rambut ikalku yang panjang mengurai. Pedulikan dia, pedulikan dia! Anehnya, dia cuma tercegat di muka pintu sambil memandangku dari atas ke bawah. Pelik sangat ke aku ni? Aku hanya memakai gaun tidur yang labuh, tidak memakai pakaian yang menjolok mata pun. Ah, lantaklah. Nak tengok, tengoklah bukannya luak pun.

    "I...Ira dah...solat?"soalnya tergagap-gagap setelah lama mendiamkan diri. Dah kenapa tiba-tiba gagap? Aku mendiamkan diri. Bukankah aku sudah memberitahu dia yang aku tidak mungkin berbaik semula dengannya setelah apa yang dia lakukan biarpun aku sudah memaafkannya. Aku bimbang jika aku dilukai lagi. Tidak sanggup untuk merasai perasaan itu lagi.

    Setelah melihat aku tidak memberikan sebarang respons, dia datang menghampiri aku. Hatiku berdetak hebat. Dia tidak akan mengapa-apakan aku kan?

    "Abang tidak sangka isteri abang boleh bertukar seperti bidadari, sungguh jelita" suaranya menjadi semakin romantik namun bagi aku cukup menakutkan. Aku memandangnya dengan pelik. Bidadari la apala. Bidadari awak ialah Kak Zura bukan saya. Atau Adam memang jenis kaki perempuan? Tetapi, sejak aku tinggal bersama Umi, perangai Abang Adam bukan sebegitu malah amat setia orangnya. Selangkah demi selangkah dia menghampiri, pergerakan aku kini terhalang oleh meja solek. Hendak melarikan diri memang tidak sempat. Aku menelan air liur. Matilah aku.

    "Sayang, abang tengah cakap dengan sayang ni. Dah lama abang nantikan saat ni. You are so beautiful especially your brown black hair ni. Wangi" katanya sambil memegang rambutku dan dibawa ke bibirnya. Wajahku berubah pucat. Apa yang dia nak sebenarnya?

    "A...awak...da...dah ke...kenapa?" soal aku dengan bibir yang terketar-ketar. Dia tersenyum sinis. Perlahan-lahan dia wajahnya mendekati wajahku. Aku memejamkan mata serapat-rapatnya.

    "Hmm...ada pun suara. Abang ingatkan dah bisu"bisiknya ke telingaku. Bulu romaku meremang. Jangan buat macam ni, aku takut!

    "Su...suara...ada...tak bi..bisu" aku mula menjawab merapu-rapu kerana ketakutan yang amat. Tiba-tiba pinggangku dirangkul, terkejut beruk aku dibuatnya. Sedaya-upaya aku cuba melepaskan diri namun tidak berjaya.

    "Abang tanya tadi kenapa tak jawab? Dah solat ke belum?"bisiknya lagi ke telingaku. Cukup-cukuplah tu! Aku gelilah!

    "Sa...saya cu...cuti"jawab aku dengan cepat dengan harapan dia menghentikan perbuatannya yang tak masuk di akal ini.

    "Eh, cuti apa pulak? Setahu abang solat tak ada cuti, wajib lagi tau" usiknya. Aku mula cuak. Cuti pun tak tahu ke? Orang perempuan ni, setiap bulan pasti akan ada hari-hari tertentu yang menyebabkan dia tidak boleh beribadat. Kami kaum hawa ni pun sedih tau, tak boleh beribadat kepada-Nya. Pernah sahaja aku menangis kerana tidak dapat beribadat dalam bulan Ramadhan. Sangat kosong aku rasakan pada waktu itu.

    Tambahan pula, dia ni memang pelik, sebelum ni perangai dia normal je malah orang sekeliling siap panggil Adam nerd dan skema tetapi yang berada di hadapanku dah macam apa dah.

    "Don't worry, I will do nothing to you, because I won't make you hate me much more than you already have"ujarnya dengan suara yang kedengaran sayu sambil melepaskan pelukannya. Aku bernafas lega. Tetapi kenapa dia pula yang sedih sedangkan aku yang patut bersedih?

    " But you can't avoid this" ujarnya sambil bepaling kembali ke arah aku.

Cupp!

    Satu kucupan hinggap dipipiku. Terpempan aku dibuatnya, tanganku pantas memegang pipi kananku yang telah dinodainya. Tidak mungkin! Sambil terlopong aku memandangnya, dan dia hanya ketawa terbahak-bahak sambil menuju ke bilik air. Nappeun saram!!!(Jahat punya orang!!!)


    Aku memejamkan mata dengan rapat dan berpura-pura tidur, Adam yang telah selesai menunaikan solat tidak aku hiraukan, jantungku masih berdegup hebat. Bukankah lelaki hanya akan menyentuh perempuan yang dicintainya? Atau mungkin Adam hanya ingin mempermainkan perasaanku? Nauzubillah, moga dijauhkan.

    Jam menunjukkan pukul sebelas malam, aku yakin kaum kerabat Adam masih sibuk berborak di luar, saja aku malas turun kerana pasti aku akan dibahan dan diusik oleh mereka.

    "Tidur dah ke?" soal satu suara. Aku hanya diam dan berpura-pura tidur mati semoga dia tidak mengangguku. Jebal, jebal...(tolong,tolong...)

    "Abang tahu Ira tak tidur lagi. Baik Ira jawab sebelum abang...." dia mula dah...

    "Belum. Nak tidurlah ni" jawab aku malas. Mata masih aku pejam namun aku tahu dia begitu seronok mengusikku kerana kedengaran suaranya ketawa sinis.

    " Betul Ira tidur sini? sekatil dengan abang? Tak takut ke?" soalnya bertalu-talu. Kenapa pula perlu takut? Aku hanya diam.

    "Abang takut abang tersen..."lantas kedua-dua belah mataku buka pantas. Bibir aku cebikkan sambil mengambil bantal dan bersedia untuk turun ke bawah.

    "Abang bergurau aje. Takut sungguh Ira dekat abang ya. Jangan risau, abang tidak akan apa-apakan Ira. Lagipun abang sayangkan Ira. Abang tidak akan buat apa yang Ira tidak suka" jawabnya lebar panjang.

    "But you already did it" jawabku pendek. Dia terdiam sepi. Aku tidak jadi turun ke bawah, namun aku tidak percaya seratus peratus kepadanya kerana bagiku lelaki tetap lelaki! Susah untuk dipercayai.


    Bantal peluk aku dakap seerat-eratnya, mimpi yang bermain diminda sungguh seronok, aku bermimpi seekor kucing yang comel telah datang kepelukkanku, bukan main gembira aku di buatnya. Aku peluk kucing itu, aku cium dan aku peluk lagi. Yang anehnya, kucing itu hanya diam kaku, mungkin takut denganku. Ah, lantakla yang penting sungguh comel! Aku rasa macam nak gigit-gigit aje. Geram!

    "Sayang, dahla tu, karang benda lain pulak yang jadi" kedengaran satu suara garau. Suara siapa pula? Sedikit demi sedikit ingatan aku kembali normal. Aku tersentak dari tidur. Mataku buka pantas. Ya Allah, aku sedang memeluk erat Adam dan bibirku terlekap kemas di pipinya. Tidak!!! Sekuat tenaga aku menolaknya jauh dariku kerana terlalu terkejut.

Aduh!

    Aku memeriksa pakaian ku, Alhamdulillah semua normal. Apa yang Adam buat? Sesuka hati mengambil kesempatan terhadapku. Aku mencari sasaranku untuk melempiaskan amarah namun dia tiada di hadapanku. Mana pula dia pergi?

    "Kat bawah ni" suaranya berkata bagaikan menjawab soalan dari hatiku. Aku menjenguk ke bawah. Dia sedang terduduk sambil mengosok perlahan pinggangnya. Ketawa hampir terhambur keluar namun aku tahan. Aku tidak menyangka tolakkanku tadi menyebabkan dia tergolek ke bawah. Lawakla, ha ha ha...

    "Padan muka! Siapa suruh awak ambil kesempatan?" marah aku sambil memeluk tubuh di atas katil tadi.

    "Eh, siapa pula yang ambil kesempatan? Abang ke Ira? Yang peluk abang, yang cium abang. Siapa?" serangnya kepadaku. Aku terdiam seketika. Betul juga. Aku yang buat semua tu. Ah, aku tidak kira, bukan salah aku, salah dia jugak.

    "Awak yang pergi biarkan tu kenapa? Patutnya awak elakkan" aku masih tidak berpuas hati.

    "Laa...nak elakkan buat apa? Itu rezeki namanya, tidak sia-sia abang buat solat sunat Dhuha setiap hari" kali ini dia berkata sambil tersengih-sengih. Menyampah betul! Aku lantas bangun dari katil dan melangkah ke arah bilik air. Malas nak melayan orang yang tidak betul seperti dia. Kata doktor, doktor apa tidak betul macam ni!

    "Sayang tak mahu mandi dengan abang ke? Boleh peluk, cium abang sepuas hati sayang. Free of charge!" laungnya kepada aku ketika aku berada di dalam bilik air. Eargh, stress aku!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna