Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 15 : Kenangan Lalu

                                                                       BAB 15


    Tepat pukul 5.30 petang aku tiba di rumah, hari pertama berkerja amat memenatkan, pelbagai prosedur dan tugasan kerja yang harus aku ikut.Benarlah kata seniorku belajar dan berkerja merupakan dua tugas yang amat berbeza dan aku lagi suka memilih untuk belajar. Penat oo kerja, huhu...

    Aku melangkah masuk ke dalam rumah, sunyi sepi suasana rumah menandakan Adam masih tidak pulang atau mungkin juga dia tidak akan pulang ke rumahku hari ini. Mungkin ke rumah Kak Zura. Aku menutup dan mengunci pintu rumah sebelum berpaling ke belakang untuk melangkah ke bilik. Sebaik sahaja berpaling kelihatan satu lembaga berdiri di hadapanku.

    "Ya Allah!"aku terjerit kerana terkejut. Tiba-tiba sahaja Adam berada di hadapanku. Bulu romaku tegak berdiri. Ini orang ke makhluk lain ni? Aku terduduk ke lantai kerana teramat terkejut.

    "Abang minta maaf buat Ira terkejut"ujarnya sambil cuba membangunkan aku. Mendengar suaranya membuatkan aku sedikit lega. Sahlah ini suami aku. Dia ni memang suka datang tiba-tiba! Sakit jantung aku dibuatnya!

    "Mwohaneungoya jeongmal?!(awak buat apa ni?!)" marah aku dan tanpa sedar bahasa Korea aku terkeluar. Mungkin kerana seharian ini aku menggunakan bahasa itu sehingga terbawa-bawa ke rumah.

    "Er....boleh translate kan tak? Tak faham" balasnya sambil tersengih-sengih.

    Aku menjeling. Translate sendiri, tak pun pergi buka google translatemalas aku nak melayannya. Aku melangkah meninggalkannya sendiri. Mengingatkan sikapnya tengahari tadi, bertambah sakit hatiku jadinya. Sudahlah cemburu tidak tentu pasal, menuduh aku yang bukan-bukan, memalukan aku di hadapan Jaehyuk pula. Eargh, sakitnya hati!

    Sebelum aku melangkah menaiki tangga aku sempat memandang ke arahnya, kelihatan dia menggaru-garu kepalanya. Mungkin tidak tahu apa yang harus dilakukan untuk memujukku memaafkannya. Tidak semudah itu untuk aku memaafkan dia setelah apa yang dia lakukan. Minggu ini memang minggu kesedihan bagiku. Neomu seulpeoyeo, (Sedih betul) Huhuhu...

    Setelah aku selesai membersihkan badan, aku bersedia untuk melangkah keluar sebelum tiba-tiba pintu bilikku dibuka dari luar. Terkejut aku dibuatnya. Fuh, bahaya ni. Nasib baik aku dah selesai berpakaian, dibuatnya dia buka pintu masa aku tengah salin baju tak ke haru jadinya.

    "Ira dah siap mandi?"soalnya. Aku hanya diam.

    Takkan la dia tak nampak rambut aku yang panjang ni masih belum kering? Itu pun nak tanya lagi. Aku kemudiannya meneruskan langkah untuk ke dapur bagi menyediakan makan malam aku atau mungkin juga kami, itupun kalau dia mahu makan bersama.

    "Wangi Ira hari ini. Ira pakai perfume apa? Rambut pun wangi" ujarnya sambil mengekori langkahku. Eh, dia ni! Tak ada kerja ke? Menyibuk hal orang tu kenapa? Pergi main jauh-jauhla!

    "Macam mana first day kerja? Seronok? Penat? Rindu kat abang tak?"soal dia bertubi-tubi. Hatiku yang tenang kini berapi. Dia ni dah kenapa? Tak berhenti bertanya, aku tumbuk karang baru tahu! Ishh!

    "Sayang, jawablah abang tanya ni"rengeknya kepadaku.

     Okey, ini dah melampau! Kalau comel macam hello kitty tak apalah nak mengada-ngada ini dah macam apa dah. Aku menghentikan langkah menuruni tangga.

    "Awak ni dah kenapa? Kenapa balik sini? Bukan ke saya ni isteri yang tak tahu menjaga maruah?Isteri yang menggatal dengan lelaki lain? Pergilah rumah Kak Zura, isteri kesayangan awak tu" amarah aku hamburkan. Dia terdiam. Pandangannya ditundukkan. Melihatkan tiada reaksi darinya aku meneruskan langkah menuruni tangga.

    "Ira...tunggu...ab..."kata-katanya terhenti dan aku mendengar bunyi seperti sesuatu jatuh dari bahagian belakang.

    Tersentak aku seketika lantas aku segera berpaling. Ketawa aku meletus apabila melihat dia tergolek di atas lantai kerana terjatuh dari tangga. Lawak betul! Ketawa aku berlarutan untuk masa yang lama, macam mana tak lawak, doktor handsome jatuh tangga. Tergolek pulak tu. Hahaha....Adam kulihat mengetap bibir dangan muka yang kelat.

    "Aduh! Sakitnya! Ira tolong Abang, abang rasa tulang abang retak" suaranya kedengaran lemah.

    Tawaku terhenti serta merta. Keriangan yang aku rasa tadi hilang sekelip mata. Aku segera menghampirinya. Melihatkan wajahnya berkerut menahan sakit menyebabkan hatiku dilanda resah.

    "Awak cedera? Nak buat macam mana ni? Sakit ke?" aku mulai panik dan kehilangan arah apabila melihat keadaanya yang sedang menahan sakit itu. Apa yang aku harus lakukan? Nak tolong rawat memang aku failed bab biologi semua tu. Oh, Idea, datanglah cepat, ini kes darurat ni.

    "Awak ready. Saya dukung awak, kita pergi hospital" tegas aku berkata memandangkan ini cara yang ada.

    "Haa??"dia terkejut.

    "Cepatlah! Kita kena ke hospital cepat nanti teruk jadinya"ujar ku lantas cuba untuk mengangkatnya namun tidak berdaya. Aku cuba untuk kali kedua namun masih tidak berjaya.

    "Saya tak larat nak dukung awak. Macam mana ni? Ambulans! Awak tunggu kejap, saya call ambulans"

    "Ira, abang..."kata-katanya aku pintas. Aku harus segera membawanya ke hospital. Kalau dibiarkan bimbang akan ada kecederaan yang lebih serius.

    "Awak duduk sini. Saya pergi ambil phone" aku bersedia untuk membuka langkah seribu namun langkahku terhenti apabila mendengar ketawa yang riang darinya. Aku memandangnya dengan hairan. Nafasku turun naik akibat panik yang teramat.

    "Comellah sayang ni. Abang tak ada apa-apa pun. Saja bagi Ira risau" ujarnya dengan tersengih-sengih.

    "Betul awak okey? Tulang awak tak retak?"soal aku mahukan kepastian sambil membelek-belek tangan dan kakinya.

    "Betul, haa...tengok ni" katanya lalu bangun dari lantai. Senyuman nakal dilemparkan kepadaku.

    Perasaan panik hilang serta merta diganti perasaan marah bak lava yang mahu meletus. Kalau lah asap boleh keluar dari telinga dah lama dah keluar aku rasa. Dia ni memang cari penyakit betullah. Ambik ni! Satu tendangan aku hadiahkan ke kakinya.

    "Aduh! Ira, kenapa buat abang macam ni?"Dia tertunduk mengosok-gosok kakinya dengan wajah yang berkerut. Padan muka! Ingat benda macam ni boleh bawa main-main ke?

    "Siapa suruh awak buat macamtu! Saya dah ta..takut d..dah tadi"aku mula ingin menangis. Aku punyalah risau, dia boleh main-main pula. Kalau aku tak ingat dia ni laki aku dah lama aku campak ke luar rumah! Ish, stress!

    "Abang minta maaf, rasanya ini pertama kali abang tengok Ira ketawa seperti tu. It was the most precious memory to me" katanya sambil merangkul pinggangku. Aku sedikit tenang. Namun apabila diingatkan peristiwa tengahari tadi, aku lantas menolak pelukannya dan meneruskan langkahku yang terhenti menuju ke dapur. Dia mengekori.

    "Abang nak minta maaf jugak pasal tengahari tadi. I was so jealous sampai tak dapat kawal perasaan abang. Abang sangat takut kehilangan Ira" ujarnya dengan rasa bersalah. Dia takut kehilanganku? Kenapa? Punya maknakah aku baginya?

    "Hmm...kalau awak dah tahu kesalahan awak, saya maafkan. Lain kali jangan buat lagi" Hatiku cepat sahaja memaafkan dia. Mungkin juga tersentuh mendengar pengakuannya. Oh hati, kenapakah kau sebegini lembut dengannya?

    "Terima kasih sudi maafkan abang walaupun abang tahu abang banyak lukakan hati Ira" balasnya dengan sayu. Tahu pun! Aku hanya diam tidak tahu apa yang harus aku balas. Tiba-tiba dia memelukku dari arah belakang. Aku terkaku dengan situasi itu.

    "Abang mengaku abang pentingkan diri sendiri. Tapi abang sangat perlukan Ira dalam hidup Abang. Abang tahu walau apa yang abang cakap Ira mungkin tidak percaya. Abang cintakan Ira. Sepenuh hati abang. InsyaAllah, selagi abang masih bernyawa, hanya Ira wanita yang abang cintai" pengakuannya yang tiba-tiba itu membuatkan aku terkedu.

    Hatiku terusik dengan bait-bait ayat yang diucapkannya. Benarkah dia mencintaiku? Hanya aku? Habis siapa Kak Zura di hatinya? Aku memejamkan mata cuba untuk menghayati masa indah kami.

    "Saya tak tahu lagi apa yang saya harapkan. Hati saya penuh dengan kekecewaan. Five years ago, the same thing happen and now it's happening again" jawabku. Pelukannya kurasakan semakin erat.

    "Abang tahu Ira terluka tapi percayalah lima tahun dulu apa yang Ira dengar bukan apa yang abang maksudkan. Mungkin pada Ira abang sangat jahat tapi bagi abang dengan cara itu abang boleh lindungi Ira dari terus dilukai biarpun abang tahu abang akan dibenci" jawabnya. Dia membenamkan wajahnya ke leherku. Terasa air hangat menyentuh leherku. Dia menangis? Aku terkesima dengan keadaan ini.

    "Bila Ira tinggalkan abang lima tahun lalu, sungguh sunyi hidup ini abang rasakan. Abang rindukan Ira, tapi Ira jauh dari pandangan. Sebab tu lah abang sertai misi kemanusiaan ke Gaza dan Syria. Sekurang-kurangnya abang dapat ubat rindu abang kepada Ira buat biarpun hanya sementara. Abang pernah beberapa kali ke Korea sepanjang lima tahun Ira belajar di sana. Dari jauh abang tengok Ira study dan jalan-jalan dekat Inha Universiti" Aku terkejut mendengar kata-katanya. Dia ke Korea semata-mata untuk melihatku? Biar betul! Mengapa aku langsung tidak perasan akan kehadirannya?

    "Awak serius? Saya langsung tak pernah nampak awak" kataku lantas memalingkan badanku ke arahnya. Wajahnya aku pandang.

    "Abang ingat lagi, sayang selalu study dekat bawah pokok tepi tasik dengan bekal makanan sekali. Sambil-sambil tu sayang suka renung tasik kat situ. Abang nak sangat bertemu mata dengan Ira tapi abang takut Ira masih bencikan Abang" Sekali lagi aku tersentak. Dia betul-betul memerhatikan aku. Sungguh aku terharu dengan pengakuannya. Terasa bagaikan tidak percaya.

    "Why did you do all of that?"soalku dengan sebak.

    "Because I love you. Abang tau ramai lelaki dekat sana simpan perasaan dekat Ira. Sebab itulah abang rancang perkahwinan kita selepas Ira balik ke Malaysia. Biarpun abang belum pasti akan penerimaan Ira tetapi hati abang terdetik mengatakan Iralah jodoh abang" jawabnya lagi.

    "Kalau awak betul cintakan saya kenapa awak kahwin dengan Kak Zura? Awak memberi taraf isteri kedua kepada saya tanpa saya rela" balasku. Dia terdiam.

    "Sukar untuk abang jelaskan buat masa ini. Tetapi abang berharap Ira percayakan abang. Dan abang akan cuba sedaya upaya agar Ira dapat menerima abang kembali" jawabnya. Aku gembira dengan pengakuannya namun dalam masa yang sama aku turut punya rasa ragu. Jika aku yang dia cintai, siapakah Kak Zura di hatinya? Mengapa dia begitu penting?

    "Entahla, saya keliru dengan semua ini. Biar masa menentukan segalanya. Jika jodoh kita panjang mungkin saya akan menerima awak sepenuhnya sebagai teman hidup saya" jawabku memberi kata putus.

    "Ini bermakna abang masih punya peluang?"soalnya dengan wajah yang berubah ceria. Tadi monyok macam kucing hilang anak, sekarang muka dah macam keluar cahaya spotlight dah aku nampak.

    "Entah" jawabku bersahaja. Sengaja ingin menduganya.

    "Kiranya abang boleh peluk dan cium sayang sesuka hati la kan?"sambil tersengih dia berkata. Aku membuntangkan mata.

    "Jangan nak mengada. Ingat saya ni kucing ke apa? Suka hati je nak peluk, cium" marah aku.

    "Bukan macam kucing tapi lagi comel dari kucing" ujarnya bersama cubitan di pipiku. Aku mendengus marah.

    "Dahla, pi main jauh-jauh. Saya nak masak ni" ujarku sambil menghalaunya keluar. Kalau dibiarkan dia disebelah memang tak makan lah aku malam ni. Asyik mengacau orang saja kerjanya.

    "Sayang nak masak apa? Abang teringin nak makan ayam masak merah" pintanya kepadaku. Eh, ingat aku tukang masak ke? Masak sendiri!

    "Tak nak!" jawabku.

    "Eleh, tak nak masak ayam merah konon, tangan tengah potong ayam. Abang memang tahu sangat perangai Ira. Mulut kata tak, hati kata nak kan?" ejeknya kepadaku. Jelingan maut aku hadiahkan.

    "Nak makan ke tak nak? Kalau nak makan, duduk diam" ugut aku namun sudah pasti tiada kesan makin gembira dia adalah. Susah melayan doktor yang sorang ni!

    Selesai makan malam, Adam bergegas ke masjid untuk menunaikan solat maghrib dan Isyak berjemaah di sana. Aku pula setelah selesai solat maghrib dan membaca beberapa helai Al-Quran, aku berbaring di katil sementara menunggu waktu Isyak. Fikiranku menerawang ke peristiwa yang berlaku lima tahun lalu. Sungguh aku ingin melupakan kejadian ini kerana pedihnya sangat menusuk hati. Kerana peristiwa itu jugalah aku membawa diri ke Korea.


    Aku melangkah masuk ke ruang tamu sebaik sahaja aku pulang dari menjalani temuduga di Universiti Puncak Alam dalam bidang Sains Hayat. Menurut Umi, hari ini Kak Salina akan datang ke rumah bersama Abang Adam. Terasa juga kekecewaan di hati kerana Abang Adam akan berkahwin dengan Kak Salina tidak lama lagi. Jika dihintung umur Abang Adam kini mencecah 27 tahun. Sudah sangat layak untuk mendirikan rumah tangga.

    Aku akui aku menyimpan perasaan kepada Abang Adam kerana dia sangat baik melayan kerenahku dan juga sangat kacak orangnya. Namun, aku tahu dia hanya memandang aku sebagai adik tidak lebih dari itu. Aku melangkah masuk perlahan-lahan ke dalam rumah itu.

    "I nak you jelaskan kenapa gambar adik angkat you boleh ada dalam phone you?" kedengaran suara seorang wanita. Aku mendekati ruang tamu namun masih dalam keadaan yang tersembunyi. Aku tidak mahu kehadiranku disedarinya.

    "Kenapa you boleh suka hati stalk handphone I?" kedengaran suara Abang Adam membalas.

    "I tunang you. I have right to do so. You cakap dengan Ibetul-betul. You sukakan dia kan? You cakap! Biar I ganyang budak tu cukup-cukup! Suka hati menggatal dengan tunang orang!" Kak Salina terjerit-jerit.

    Aku terkedu. Macam mana aku boleh terlibat dalam perbalahan mereka? Setahu aku, aku tidak pernah cuba bertindak demikian. Aku masih punya maruah dan harga diri. Tidak mungkin untukku menganggu kebahagiaan orang lain.

    "Lina, you terlalu ikutkan perasaan, Syafira tiada maknanya bagi I, tidak lebih sebagai seorang pesakit yang menumpang di rumah ni. You pun tahu kan tentang kemalangan tu. Dia tak punya siapa-siapa selain Umi I"

    Jawapan Abang Adam membuatkan hatiku bagaikan berhenti berdetak. Aku hanya penumpang di rumah ini? Sangkaku dia menganggap aku sebagai adiknya namun semuanya salah. Aku hanya seorang gadis yang menyusahkan dia dan keluarganya. Sungguh aku tidak menyangka begini tanggapannya kepadaku.

    "I tahu Syafira ada hati pada I tetapi I langsung tak pandang dia. I hanya pandang you. You pun tahukan dia tu debab. Bukan taste I perempuan macam tu" ujarnya lagi seraya menambahkan kepedihan di hatiku.

    Teganya Abang Adam menghina aku dihadapan Kak Salina. Aku tahu badanku sedikit berisi dan ditambah lagi aku sentiasa memakai pakaian yang longgar, semakin gemuk rupa parasku. Tetapi aku tidak menyesal, biar hodoh di mata manusia asalkan lawa di mata Allah SWT.

    "Kalau you cakap macam tu I terima. Bila budak tu hendak berambus dari rumah you" soal Kak Salina lagi. Aku semakin kecil hati. Kenapa dia membenciku sebegitu rupa? Abang Adam pun sama.

    "Kak Salina jangan risau. InsyaAllah dalam masa yang terdekat" jawabku setelah keluar dari tempat persembunyianku. Abang Adam tersentak dengan kedatanganku. Dia kehilangan kata-kata. Aku memandangnya lalu melemparkan senyuman.

    "Abang jangan risau. Lepas ni Ira takkan ganggu hidup abang lagi" tegas aku berkata dan tanpa menunggu jawapan darinya aku membuka langkah menuju ke bilikku bersama deraian airmata yang kutahan sedaya-upayaku sebentar tadi.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna