Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 3 : Confess

 BAB 3

    Jam menunjukkan pukul 8.30 pagi tetapi aku masih bermalas-malas di atas katil. Cuaca pagi yang sejuk menyebabkan aku malas untuk bangun dari tidurku walaupun sudah setengah jam aku membuka mata. Peristiwa semalam masih bermain-main dimindaku. Kenapa Abang Adam cakap macam tu semalam? Dia bergurau ke? Tapi muka serius je. Hish, tension la macam ni. Aku baru je bertekad nak lupakan dia, sekarang jadi macam ni pulak. Apa yang harus aku buat? Ya Allah, tolonglah hambaMu ini, hindarilah aku dari perkara-perkara yang tidak diingini, Amin.

    Usai solat sunat Dhuha, aku turun ke dapur dengan semangat baru. Rambutku yang panjang mengurai ku lepaskan. Mujur abang Adam tiada di rumah hari ini. Sekurang-kurangnya aku tidak perlu risau akan Abang Adam buat hari ini kerana dia sudah pulang ke Kuala Lumpur selepas makan malam semalam. Kerjala tu kot maklumlah doktor, sentiasa sibuk. Langkahku menuruni tangga kupercepatkan apabila mendengar bunyi bising di dapur. Pasti Umi sedang masak, menyesal pula turun lambat. Kesian Umi, masak sorang-sorang.

    "Umi, kenapa tak kejutkan Ira? Boleh Ira tolong sekali"tegur aku sambil memeluk pinggang Umi dengan erat.

    "Ish, budak ni. Terkejut Umi tau. Lain kali beri salam dulu. Ira kan baru balik, mesti penat."jawab Umi dengan lembut. Aku tersengih.

    "Umi masak apa ni? sedapnya bau"soalku lagi.

    "Nasi lemak dengan cucur udang. Abang kamu tu haa..nak makan cucur udang katanya. Umi buatkan ajelah."jawab Umi sambil meletakkan cucur yang baru diayak kedalam kuali. Aku hanya mengangguk. Abang Adam nak makan rupanya. Manja jugak rupanya dia. Eh, sekejap. Rasa macam ada benda tak kena je ni.

    "Abang kan ada kat KL, mesti dia dah sarapan kat sana Umi"kataku. Mungkin Umi dah terlupa yang Abang Adam sudah pulang ke KL.

    "Habis yang tercongok kat belah sana tu siapa? "soal Umi kembali. Dadaku berdegup kencang. Siapa yang tercongok kat belah sana? Perlahan-lahan aku menoleh ke arah kiriku. Terlopong aku seketika. Ya, Allah macam mana pulak dia boleh ada kat sini?! Kulihat Abang Adam memandangku tanpa berkelip. Dia bersandar di tepi dinding sambil memeluk tubuh. Pandangannya begitu tajam. Aku bagaikan baru tersedar sesuatu. Aku tak pakai tudung?! Andwae!!!(Tidak!!!) Sepantas kilat aku berlari keluar dari dapur dan terus ke bilikku. Tak mungkin!! aurat yang aku jaga selama ini untuk bakal suamiku sudah dinodai. Uwaa...menyesal aku turun tak pakai tudung. Tapi mana aku tahu yang dia ada kat rumah ni! Menyampah betul! Nasib baik aku pakai t-shirt lengan panjang dan kain batik, dibuatnya aku turun pakai skirt pendek macam mana? tak ke haru. Ish, nak turun balik pun malu. Nak buat macam mana ni? Perut aku lapar ni. Dahla semalam makan sikit aje. Ni semua sebab dia. Keu namja shireo! (I hate that man!)Haa, kan dah keluar bahasa korea aku. Benci betula!

    Setelah selesai memakai tudung dan stokin, aku kembali turun ke dapur. Kesian pula aku tinggalkan Umi begitu sahaja tadi. Tak apa Syafira. Semua manusia melakukan kesilapan. Lepas ni aku kena berhati-hati, jangan biarkan perkara seperti tu berlaku lagi. Perlahan-lahan aku melangkah menuruni tangga dan jantungku berdegup mengikut rentak langkahku. Buat bodoh je Syafira, jangan peduli dekat pak cik tu. Dia pun bukannya kisah dekat kau. Jongshin charyeo, Fira-ya! . Aku melangkah memasuki ruang dapur sekali lagi namun sebelum itu sempat aku mengintai samada Abang Adam masih berada di situ atau tak. Nampaknya line clear. Mungkin dia berada di ruang makan.

    "Haa..Ira, kemana kamu menghilang? Adam dengan Alya dah tunggu nak makan sama-sama. Mari makan"sergah Umi tiba-tiba. Terperanjat aku seketika.

    "Umi, kenapa tak bagitahu yang Abang Adam tak jadi balik KL? Dahla Ira tak pakai tudung tadi"rengek aku dekat Umi.

    "Subhanallah, Ira tak pakai tudung ke tadi? Umi tak perasan, sibuk mengoreng cucur tadi. Umi minta maaf ya Ira. Abang Adam kamu tu tiba-tiba cakap dia cuti jadi dia nak luangkan masa dekat rumah ni lagipun Ira baru balik Malaysia, nak lepaskan rindu la tu gamaknya"terang Umi. Aku tersedak. Melepaskan rindu? macam pelik je ayat tu.

    "Oh ya ke ? Bila abang balik KL balik?"soalku lagi.

    "Umi pun tak pasti Ira. Mungkin dua tiga hari lagi kot"kata Umi sambil mengelap beberapa biji cawan yang baru diambil dari almari. Mungkin untuk digunakan waktu sarapan sebentar nanti. Aku turut menghulurkan tangan membantu Umi meletakkan sambal ikan bilis ke dalam pinggan untuk dihidangkan.

    "Umi, kalau Ira nak tanya boleh tak?"soal aku takut-takut. Soalan yang aku nak tanya ni mungkin melibatkan privasi abang Adam. Aku turut memperlahankan suara bimbang Abang Adam dapat mendengar apa yang aku bincangkan dengan Umi.

    "Tanya je la Ira, Umi tak kisah"jawab Umi namun pandangannya masih pada cawan-cawan itu.

    "Abang Adam dengan Kak Lina macam mana ya sekarang?" Umi kulihat agak terkejut dengan soalanku, dia juga turut berhenti membersihkan cawan-cawan itu dan memandang ke arahku dengan satu pandangan sayu.

    " Dah putus Ira. Abang Adam cakap Lina selalu cemburukan Ira dan selalu burukkan Ira depan dia. Jadi dia putuskan pertunangan mereka. Dia cakap itu sahaja penyelesaian yang ada. Teruk juga abang kamu kena hamun dengan keluarga Salina. Maklumlah, anak datuk. Tak sanggup nak menanggung malu katanya."jelas Umi.Aku terkesima. Kerana aku mereka putus? Wajah Umi turut berubah. Aku tidak pasti samada marah ataupun kecewa. Kiranya, salah akulah mereka putus? Kesiannya Abang Adam.

    "Umi, Ira minta maaf. Sebab Ira, Abang Adam dengan Kak Lina tak jadi kahwin" kataku dengan sesal. Umi tiba-tiba tersenyum.

    "Umi bersyukur Adam tak jadi kahwin dengan Salina. Umi pun tak sanggup nak terima menantu macam tu. Bila abang kamu cakap nak putuskan pertunangan, Umi lah yang rasa paling lega. Umi dapat rasakan Salina tu tak sesuai dengan Adam lagipun Umi teringinkan orang lain yang jadi menantu Umi. Dah lama Umi idamkan, sejak dari pertama kali Umi pandang muka budak tu. Harap-harap menjadilah"kata Umi dengan ceria.

    Aku kehairanan. Siapa yang Umi maksudkan? Tetapi kenapa dengan hati aku ni? Tiba-tiba rasa sesak pula. Sedih ke bila dapat tahu yang Umi dah ada calon menantu pilihan untuk abang Adam? Ah, biarlah dia nak kahwin dengan siapa pun. Ada aku kesah? Tapi peristiwa yang berlaku dulu tu semuanya salah faham ke? Abang Adam cuba membela aku atau turut mengiayakan tuduhan Kak Lina? Pelbagai persoalan yang bermain diminda aku sekarang ini. Semuanya masih belum terjawab.

    "Ira, jom sarapan. Bawa sekali sambal bilis tu" sergahan Umi menghilangkan segala perdebatan hati dan minda yang berlaku dalam diri aku. Aku lantas membontoti langkah Umi.

    Suapan demi suapan aku teruskan tanpa mempedulikan pandangan Alya dan Abang Adam. Mereka berdua kelihatan membincangkan sesuatu namun yang aku pasti ia melibatkan aku kerana pandangan mereka asyik terarah ke arah aku. Entah apa lah yang mereka bincangkan jangan mengumpat dahla. Agak keterlaluanlah kalau nak mengumpat depan aku. Itu kurang ajar namanya.

    "Er, Kak Ira, akak dah kahwin ke?"soal Alya tiba-tiba. Tersedak aku dibuatnya. Lantasku teguk segelas jus oren yang berada di sebelah kananku. Abang Adam kulihat menepuk dahi sambil memandang ke arah lain. Apa kena pulak budak ni? Tanya soalan macam tu pagi-pagi macam ni.

    "Kenapa pulak Alya tanya macam tu?"soal aku kembali. Alya kelihatan gelisah.

    "Er, hehe, saja nak tahu"

    " Belum, nak kahwin macam mana? calon pun tak ada"kataku dengan senyuman. Alya kelihatan lega.

    "Akak ada suka kat sapa-sapa tak?"soalnya lagi. Dahi aku mula berkerut. Pelik budak ni hari ni.

    "Tak ada. Akak pergi sana belajar je. Tak ada masa nak pikir benda lain. Akak..."belum sempat aku menghabiskan kata-kata Alya dah memotong.

    "Haa, abang! Alya dah cakap tak ada. Abang tak nak percaya " Sergahnya kepada Abang Adam. Abang Adam menepuk dahinya sekali lagi. Aku terperanjat. Jadi inilah yang diorang bincangkan tadi? Aku memandang tajam ke arah mereka.

    "Abang minta maaf Ira. Abang just curious about your life there.Abang minta maaf kalau Ira tak selesa" pantas Abang Adam menerangkan hal yang sebenar kepadaku mungkin menyedari pandangan tajamku padanya. Aku masih lagi tidak suka dengan apa yang berlaku sebentar tadi. Aku rasa mereka ada sembunyikan sesuatu dari aku. Mungkin juga ada kaitan dengan peristiwa semalam. Entah mengapa aku makin rasa tidak selesa.

    "Umi, Ira dah sudah dah. Ira pergi dapur dulu ya"kata aku lantas membawa pingganku ke dapur.

    

   Sedang aku mencuci pinggan mangkuk di sinki, fikiran ku menerawang kepada Abang Adam. Setelah dia lukakan hatiku lima tahun lalu, dengan senang dia mengatakan dia suka padaku. Apakah dia fikir ini semua mainan? Kalau Umi dengan Alya tak ada tadi memang aku belasah dia dengan taekwando aku! Tanpa aku sedari, ada seseorang menghampiri ketika aku sibuk mengutuk Abang Adam di dalam hatiku.

"Will you marry me?"soal Abang Adam kepadaku tiba-tiba. Aku terkaku dengan soalan yang memang tidak dijangkakan sehinggakan pinggan yang aku pegang hampir terlepas dari tangan. Sudahlah muncul tiba-tiba, tanya soalan yang tidak munasabah pula!

"Ab...Abang, what are you talking about? That's not something to joke around!" marah aku. Wajahku dapat kurasa berubah warnanya. Dia kelihatan menarik nafas panjang sebelum meneruskan kata-kata. Aku masih cuba menahan rasa terkejut yang melanda jiwaku.

"Abang tak bergurau Ira. Abang dah lama sukakan Ira. Abang nak jadikan Ira sebagai isteri abang dan abang tahu Ira bukan gadis yang akan setuju untuk bercinta sebelum kahwin kan? Abang pun baru belajar mengenal Islam yang sebenar so abang tak nak buat maksiat dengan bercouplebagai. Abang betul-betul nak Ira jadikan Ira sebagai isteri abang"terang Abang Adam dengan bersungguh-sungguh. Aku tergamam. Lidahku kelu tanpa mampu mengeluarkan sepatah kata pun.

"Abang tahu Ira mesti fikirkan hal dulu kan? Abang minta maaf. Abang betul-betul tidak maksudkan apa yang abang cakap dulu. Semuanya salah faham. And when you leave me like that, do you know how much you hurt me? Hanya doa yang mampu abang kirimkan supaya Ira sentiasa selamat di sana. I just can't wait anymore longer "kata Abang Adam lagi. Pandangannya ditundukkan. Barangkali tidak mahu aku melihat wajahnya yang merah menahan rasa dan debaran di dada.

"I need some time" kataku lantas berlalu dari situ. Tidak betah berada lama-lama berdua begitu. Aku juga perlu masa untuk menerima apa yang berlaku tadi. Sedangkan hal semalam masih belum diterima sepenuhnya ditambah pula dengan hal tadi. Aku benar-benar bingung. Langkahanku segera kuarahkan ke bilik.

    Ya Allah, apa yang berlaku sebentar tadi? Adakah ianya realiti? Naega ottokhae? Ottokhae? Ottokhae? Macam mana ni? Ini semua bagaikan mimpi. Abang Adam main-main ke? Tapi muka dia serius aje macam semalam. Dengan muka merah semua. It's so real. Aku dah sedia nak kahwin ke? Tapi aku muda lagi. Baru dua puluh dua tahun, sudah bersediakah aku nak menggalas tugas sebagai seorang isteri. Memanglah Abang Adam first love aku tapi dengan muka yang hensem macam tu siapa tak jatuh hati? Kak Lina dulu pun bukan main sayang dekat dia sampai dengan aku pun dia nak cemburu. Astargfirullahalazim, aku dah fikir yang bukan-bukan dah. Sekarang ada satu cara sahaja. Solat Istikharah. Kalau aku dengan dia tiada jodoh aku terima tetapi kalau sebaliknya petunjuk yang aku terima maka kami harus berbincang.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna