Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 22 : Heart Attack

                                                            BAB 22


    Sepanjang tempoh penerbangan ke Korea, aku asyik tertidur sahaja, sehinggakan kepalaku terlentok ke dada Adam juga aku tidak perasan. Sedar-sedar sahaja dia sedang membelai kepalaku dengan lembut. Aku segera membetulkan posisi tubuhku dan pandanganku segera kuarahkan ke luar tingkap. Malu oi...time macam ni jugakla nak buat scene drama korea la apalah, ish!

    "Laa, tidur je lah, biar abang dodoikan"katanya. Aku tidak memberikan sebarang respons, biar dia bercakap seorang diri.

    "Kena kerja lebih keras la nampaknya ni" kedengaran dia bersuara. Mungkin bermonolong sendiri atau juga kata-katanya itu ditujukan juga kepadaku.


    Akhirnya, aku tiba juga di bumi Korea. Suasana yang agak dingin sesekali menyebabkan aku sedikit mengeletar kesejukan. Apabila melihatkan bibirku yang sudah berubah biru, Adam segera menghulurkan sweaternya kepadaku. Sweater aku pula ada di dalam bagasi, hendak mengambilnya sekarang memang tidaklah, dibuatnya masa mencari sweater aku, benda lain pulak keluar, haru nanti jadinya. Aku dan Adam menunggu ketibaan Jung Hwa di luar lapangan terbang Incheon. Lambat pulak dia ni. Haa, tu pun dia, panjang umur.

    "Ira-ya! Mannaseo pangaweo(Ira, gembiranya berjumpa kau)" dia terjerit-jerit melihat aku. Aku pun apa lagi, ter-excited sama. Astargfirullah...Habis imej muslimah yang aku bawa.

    "Na do(aku pun)"aku dan Jung Hwa saling berpelukan.

    "Ehem, ehem" suaranya mula kedengaran. Ish, pak cik ni, taula. Nak kenalkan lah ni. Cuba sabar sikit.

    "Ee -namjaneun nae napyeon(lelaki ni suami aku), Adam Hariz. Awak, ni Kim Jung Hwa, dia datang masa majlis pernikahan kita dulu. Tapi awak tak sempat jumpa rasanya" kataku sambil memperkenalkan mereka berdua.

    Adam menghulurkan senyuman begitu juga Jung Hwa. Eh, main senyum-senyum pulak. Jung Hwa, jangan lebih-lebih, laki aku tu.

    "Neomu jalsaengyeotnae(Sangatlah kacak)"katanya sambil menyiku lenganku. Aku hanya tersengih. Memang handsome pun, kalau tak, tak ada maknanya dia nak pasang dua.

    "Dia cakap apa?" soal Adam kepadaku. Aku menjeling geram.

    "Dia cakap perut awak buncit"kataku lalu mengheret lengan Jung Hwa menuju ke keretanya yang terletak berdekatan.

    "Haa?" soal Adam dengan terkebil-kebil sebelum memegang perutnya dengan dahi yang berkerut. Hahaha, padan muka. Janganlah korang ikut perangai aku, menipu suami sendiri. Kalau Adam tahu aku menipunya, masakla aku.

    Kami tiba di hotel yang telah kami tempah tepat jam tiga petang. Jung Hwa pula sudah pulang ke rumahnya. Katanya, esok dia akan kembali dan kami bertiga akan ke Pulau Jeju bersama. Memandangkan kami sudah terasa amat lapar, bekalan roti yang dibawa terus masuk ke mulut aku dan Adam. Di sini, agak susah untuk mendapatkan makanan yang halal selain Itaewon. Jadi terpaksalah kami makan berpada-pada. InsyaAllah, tiba di rumah tumpangan ibu Jung Hwa esok, aku boleh menyediakan makanan untuk kami berdua.

    Setelah merehatkan diri selama beberapa jam, aku mengajak Adam ke Masjid Seoul untuk menunaikan solat Asar dan seterusnya menjamu selera di restoran pak Arab di Itaewon. Kami menaiki Seoul Subway untuk ke sana. Seoul Central Masjid merupakan sebuah masjid yang telah dibina pada tahun 1974 dengan bantuan dari kerajaan Korea sendiri dan juga negara-negara Islam yang lain. Kebanyakan pelajar Malaysia akan kesini jika ingin menunaikan ibadah dan juga menyambut hari raya Aidilfitri.

    Aku yang menyambung pelajaran di Inha University yang terletak di Incheon pun turut ke sini biarpun mengambil masa hampir sejam perjalanan. Aku tiba di kedai makan Arabian Restaurant yang menyediakan makanan arab yang sungguh sedap sehingga menjilat pinggan! Rindunya aku pada masakan restoran ini. Tetapi makanan kat sini agak mahal la, aku makan pun sekali sekala je. Tapi kali ini tak mengapa sebab, doktor Adam ada, so, masalah duit tiada bagiku, hahaha...

    Aku memesan nasi arab bersama daging kambing manakala Adam memesan nasi berserta ayam. Kami makan tanpa banyak soal kerana kelaparan tambahan pula bau nasi ini sungguhla menggamit selera. Entahla, mungkin kerana kami kelaparan, semua yang masuk ke dalam mulut semuanya sangatlah sedap. Setelah membayar harga makanan kami berdua berjalan-jalan di sekitar kawasan itu sambil menunggu azan maghrib berkumandang.

    "Awak nanti kan, beli kebab dekat sana ye"ujar aku dengan teruja sambil jari telunjuk ku arahkan ke kedai Mr Kebab.

    "Nak makan lagi? Tadi tak kenyang lagi ke?"soalnya dengan reaksi terkejut. Aku mencebikkan bibir.

    "Bukan sekarang, lepas solat isyak nanti. Esok nak ke pulau Jeju dah. Balik nanti pun terus direct ke Malaysia kan? Takut tak dapat makan nanti"kataku.

    Buat masa ini, perang kami terus aku lupakan. Makanan punya pasal. Aku memang lemah sikit bab makanan ni, huhuhu...

    "Ye lah, abang belikan"

    "Tapi sebelum tu kita makan malam dekat Muree Restaurant la nak tak? Sedap sangat makanan korea dia. Yang Kebab tu kita bungkus bawak balik hotel"kataku lagi. Adam memandangku dengan mata yang bulat.

    "Ira ni orang ke dinasour? Banyak beno makannya"katanya kepadaku. Kurang asam jawa tambah gelugur betul dia ni! Dipanggilnya aku dinasour?

    "Fine! Saya boleh pergi sendiri!"kataku dengan geram sambil mula melangkah pergi menjauh darinya.

    "Eh, eh, abang tak benarkan. Dahla masa makan tadi pak arab tu duk usha-usha Ira. Nak suruh abang lepaskan Ira sorang-sorang? Tak mungkin. Lepas isyak kita pergi sama-sama"tegas dia berkata. Aku tersengih gembira. Mataku yang bundar jelita ini hanya nampak bulgogi dan Kimchi Jigae je. Ah, sedapnya.

    Azan magrib yang berkumandang memanggil seluruh umat Islam yang berada berdekatan untuk menunaikan solat berjemaah. Aku dan Adam juga tidak terkecuali. Kami segera bergerak ke arah masjid beriringan.

    Semasa di dalam masjid, aku sempat berbual-bual dengan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang menyambung pelajaran di sana. Terdapat juga beberapa orang juniorku disitu. Rancak juga kami berborak sehinggalah waktu Isyak tiba.

    Usai menunaikan solat isyak, aku dan Adam bergerak ke Muree Restaurant untuk menjamu selera. Aku sendiri sudah biasa dengan makanan korea jadi aku ingin Adam merasa makanan yang enak di sini. Aku memesan bulgogi, kimchi jigae, bbq chicken dan sedikit mandu. Adam hanya memerhatikan aku menjalankan tugas-tugas mengoder makanan manakala dia hanya tunggu untuk makan.

    "Sedap kan awak?"soalku kepadanya yang duduk berhadapan denganku. Dia hanya melemparkan senyuman.

    "Tengok sayang makan pun dah buat abang kenyang. So, adorable" ujarnya bersama senyuman nakal.

    Dah lama dah tak keluar perkataan adorable tu, hari ni keluar balik? Saja la tu nak menyakat aku, ni mesti muka aku dah comot-comot ni. Aku menjeling geram. Aku pantas mencapai sekeping daging dan terus di masukkan ke dalam mulutku tanda protes. Eh, kejap. Kenapa panas ni? Alamak, aku terambil daging yang baru sahaja masak. Panasnya! Aku rasa seperti mulutku terbakar dan melecur. Aku mula tergapai-gapai mencari air. Sebaik sahaja tangan mencapai gelas, terus aku halakan ke bibir.

    "Ya Allah, macam budak-budak. Okay tak mulut tu? Melecur ke?" soalnya dengan risau. Aku hanya mengangguk, mataku mula berkaca dan wajahku memerah dek kerana kepanasan yang amat. Air ditangan sekali lagiku suakan ke bibir.

    "Nasib baik okey, kalau tak okey abang kena ready untuk CPR la"katanya dengan selamba.

    Mata aku terbeliak. Gila apa? Tak pernah lagi aku dengar orang melecur bibir diberi CPR. Dia kulihat mula melemparkan sengihan yang melebar melihat aku yang terkejut ini. Perangai gatal dia datang balik dah! Baru seminggu aku aman dek kerana perang dingin kami kini perangai dia yang gatal tu dah kembali. Mengada-ngada!

     "Awak kisah apa saya sakit pun kan? Saya ni tak penting bagi awak" terus aku menyerangnya. Dia terdiam, senyumannya mula kusam.

    "Ira masih marahkan abang?"soalnya dengan mata yang redup. Tak payahlah nak buat muka macam puss in the boots tu, tak comel pun.

    "Entah"jawabku ringkas, malas untuk melayannya.

    "Abang akan berusaha sehingga Ira terima abang balik. Abang tahu Ira sukar untuk melupakan apa yang abang telah lakukan. Tapi abang nak Ira tahu yang abang tetap cintakan Ira dari dulu dan selamanya"ucapnya dengan romantis.

    Aku berpura-pura tidak mendengar luahan hatinya namun hatiku kini tersentuh. Hati perempuan, sekeras mana pun tetap akan lembut jika dipujuk apatah lagi dengan kata-kata yang romantis, cepat sangat cair.

    Setelah selesai makan, kami mula beransur untuk pulang ke hotel. Kami sempat singgah di Mr Kebab dan memesan dua bungkus kebab dan kentang bakar yang sungguh sedap itu. Rindu aku pada kentang bakar ini. Biarpun Mr Kebab ni ada di Malaysia tetapi rasanya tidak sama dengan rasa di Korea. Mungkin kerana keadaan dan suasana di Korea lebih dekat di jiwaku. MasyaAllah, dah macam raya pulak aku rasa, asyik makan je. Padahal kami baru lepas makan di Muree Restaurant tadi. Naik la berat badan aku, huhu...

    Mungkin aku terlalu gembira dapat kembali ke Korea sehinggakan semua makanan kegemaran aku disini ingin aku santap padahal kami masih punya empat hari di sini. Esok aku dan dia akan ke Pulau Jeju. Mengikut perancangan, kami akan menetap di rumah tumpangan milik ibu Jung Hwa. Rumah tumpangan itu dekorasinya bertemakan suasana kampung penduduk korea. Pasti seronok jika kami dapat merasa suasana itu bersama tambahan pula Pulau Jeju memiliki pelbagai tempat menarik dan romantik antaranya Hallim Park, Cheonjeyeon Waterfall dan juga Gunung Halla.

    Tepat pukul sebelas malam, kami tiba di hotel. Sebaik sahaja melihat tilam yang empuk itu aku terus membaringkan tubuhku. MasyaAllah, nikmatnya. Penat aku berjalan hari ini. Sewaktu aku belajar di Inha University dulu, aktiviti berjalan memang menjadi rutin harian aku dan teman-teman yang lain tetapi mungkin sudah lama tidak berbuat demikian stamina aku semakin berkurang.

    Teringat pula kepada Tiqah dan Kina, diorang sepatutnya berada di Korea, sedang menyambung pelajaran dalam peringkat Masters. Aku sudah memaklumkan mereka akan kedatanganku, mungkin mereka terlalu sibuk. InsyaAllah, kalau ada masa boleh berjumpa dengan kedua-dua rakan karibku itu.

    "Sayang, nak tidur tu solat sunat witir dulu. Lagi satu, kebab yang dah beli tu tak makan lagi"tegur satu suara.

    Aku tersentak dari angan-anganku. Baru sahaja aku ingin melangkah ke alam mimpi. Terlupa pula yang kami sebilik. Yang aku ingat, kali terakhir aku sebilik dengannya sewaktu di kampung Opah yang mana my precious first kiss was stolen. Sedih betul! Semoga tiada benda lain yang kena curi lagi. Amin!

    Aku segera bangun, menuju ke bilik air untuk membersihkan diri dan seterusnya mengambil wuduk. Dia pula ku lihat menunggu aku di tikar sejadah, mungkin untuk mengajakku solat witir berjemaah. Usai, solat aku dan dia duduk di sofa sambil menonton televisyen. Walaupun aku sudah mengantuk, namun aku perlu menghabiskan kebab yang aku beli tadi. Tulah, tadi mengada sangat nak makan macam-macam, sekarang mula la merana nak habiskan. Huhu... Mr Hubby, tolong habiskan jugak, please, please...

    "Ye la abang makan sama" katanya tiba-tiba sambil menggelengkan kepala. Eh, dia dengar ke kata-kata hatiku? Pelik ni.

    "Eh, saya tak suruh awak makan sama pun" balasku dengan ego. Ish, apalah aku ni. Orang dah nak tolong tu, bersyukurlah sikit. Tiba-tiba dia mencubit pipiku dengan geram. Aku mencebikkan bibir sambil mengusap pipi aku yang dicubitnya itu.

    "Tengok muka pun abang dah tahu, Ira kenyang lagi kan? Pastu asyik pandang-pandang abang je. Nak mintak abang makan sama malu kan?"kata-katanya tepat mengenai mukaku. Er, dia perasanlah pulak. Aku mencebikkan bibir. Geram pula apabila dia boleh membaca hatiku.

    "Karang abang tak nak makan sama baru tahu" ugutnya tiba-tiba. Eh, tadi bukan dia cakap nak makan sama ke?

     "Ala, makan la dengan saya"rengek ku sambil memegang lengannya.

     Dia memandangku dengan terkejut seketika sebelum menguntumkan senyuman lebar. Aku segera melepaskan pegangan tanganku ke lengannya. Malu pulak aku rasa. Ish, semakin lama aku dengan dia, semakin keluar perangai budak-budak aku ni.

    "Buat lagi sekali"katanya sambil tersengih. Aku pura-pura tidak melihatnya.

    "Buat apa?"soalku.

    "Tadi, sayang merengek macam tadi. Comel sangat"katanya. Wajahku mula merah menahan malu. Ish, dia ni. Mengada-ngada pulak.

    "Tak nak" jawab aku sambil mencebikkan bibir.

    "Kalau tak nak, abang pun tak nak makan sama"katanya sambil berkira-kira untuk bangun dari sofa itu. Aku pantas memeluk lengannya.

    "Awak, janganlah. Nanti tak habis, membazir"rengekku. Kerana terpaksa, aku relakan. Huhu...

    "Haa...macam ni baru betul. Abang suka kalau Ira selalu manja dengan abang, ni tak, bila dengan abang je terus jadi singa betina" sindirnya.

    Fuh, berasap telinga. Singa betina dia panggil aku? Haa, amik ni! Aku menyuapkan kentang bakar ke bibirnya tanpa dia bersedia. Padan muka! Habis comot mukanya. Hahaha..lawak pulak.

    "Apa ni Ira. Main kasar dengan abang ye"selesai dia berkata, dia menyuapkan kebab ke bibirku.

    Mahu tidak mahu aku terpaksa membuka mulut. Bibirku di penuhi sos sehingga ke dagu. Ish, rosak muka aku yang lawa ni.

    "Apa awak ni? Habis comot muka saya" marah aku .

     Aku tercari-cari tisu untuk mengesat dagu ku namun belum sempat tisu ku gapai dia menarik wajahku. Dia mengusap daguku bagi menghilangkan sos yang melekat dengan jarinya. Jarinya pula di bawa ke bibir dan dijilat. Aku terkesima. Merah muka aku dibuatnya.

    "Apa aw...awak bua...buat ni?"tergagap-gagap aku bertanya.

    "Laa, tisu tak ada, abang jilatla. Ira jugak tak suka comot kan. Kira okeyla abang buat indirect, kalau abang buat direct macam mana?"jawabnya dengan selamba.

    Aku pantas menekup mulut dengan pantas. Boleh kena heart attack aku macam ni. Dia ni bahaya betullah! Meremang bulu roma aku di buatnya. Aku tidak menghiraukannya. Aku harus segera habiskan makanan ni dan tidur. Karang macam-macam pulak jadi. Doktor yang seorang ni susah nak agak perangainya. Kejap normal kejap tidak. Huhuhu...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna