Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 16 : Water fight

                                                                          BAB 16


    Azan Isyak dari masjid berdekatan menyedarkan aku dari kenangan lima tahun lalu. Astaghfirullah, jauh aku mengelamun. Kenangan yang sungguh lama namun jika dikenangkan balik sakitnya masih terasa. Adam memberitahuku, dia bertindak begitu lima tahun dulu kerana ingin melindungiku. Melindungiku dari apa? Kak Salina? Mengapa susah sangat untuk dia memberitahuku hal yang sebenar? Masih dengan sikapnya yang amat perahsia itu. Ah, pedulikan semua itu buat masa ini, baik aku solat, dapat juga aku tenangkan diri.

    Usai menunaikan solat, aku turun ke dapur membancuh air oligo. Aku turut menunggu kepulangan Adam dari masjid. Sudah hampir pukul 9.30 malam namun kelibat Adam masih belum kelihatan. Lambat pula dia pulang hari ini, kebiasaannya dia akan pulang awal bagi menyiapkan kerja-kerjanya dan juga rutin hariannya, mengusik aku. Biarpun aku rimas dengan usikannya namun jika dia tiada sungguh sunyi hidup ini ku rasakan. Aku sendiri tidak sedar sejak bila dia menjadi begitu penting dalam hidupku.

    "Assalamualaikum" kedengaran suara dari luar rumah.

    Serta merta hatiku dipenuhi perasaan ceria. Dia dah pulang! Sebelum aku membuka pintu, aku membelek pakaian dan rambutku. Rambutku yang panjang itu kusanggul agar kelihatan lebih kemas. Dengan menarik nafas panjang bagi menenangkan diri dan juga cuba menyembunyikan perasaan ceriaku. Jantingku juga berdegup kencang. Tidak sabar untuk menatap wajahnya barangkali. Setelah aku tenang, aku lantas membuka pintu rumah kami.

    "Lambatnya sayang buka pintu" tegurnya. Aku hanya diam. Tidak tahu apa yang harus ku katakan.

    "Kenapa muka merah ni? Demam ke?" soalnya seraya kedua-dua tangan kasarnya menyentuh pipiku kemudian dahiku. Terkesima aku seketika. Kenapalah suami aku ni caring sangat? Cukup-cukuplah tu nanti makin jatuh hati aku dibuatnya.

    "Tak ada apalah. Tak demam pun" jawabku sambil menepis tangannya. Aku memandangnya. Sungguh dia tersangatlah kacak pada malam ini apabila mengenakan jubah berwarna kelabu berserta kopiah yang tersarung di kepala. Neomu chalsaengyeoso....(sangatlah kacak...)

    "Ataupun sayang terlalu rindukan abang? Abang pergi masjid je pun" usiknya lagi sambil melemparkan senyuman manja. Aku membalas dengan jelingan yang tajam biarpun aku tahu apa yang dicakapkannya itu betul.

    "Tak ada maknanya saya nak rindukan awak. Perasan"aku mencebikkan bibir kepadanya.

    "Sayang, janganlah buat muka comel macam tu. Abang rasa macam nak kiss je bibir tu" Terbuntang mataku dibuatnya. Dia ni dah makin tidak betul agaknya.

    "Kenapa? sayang takut ke?" kali ini suaranya semakin meremangkan bulu romaku.

    Selangkah demi selangkah dia mendekati ku dengan pandangan yang tajam. Fikiranku kembali ke malam hari perkahwinan kami. Tidak boleh dibiarkan ni. Baik aku lari awal-awal sebelum perkara yang tidak diingini berlaku. Tidak sempat aku melarikan diri dia telah menarik aku ke dalam pelukannya. Aku cuba melepaskan diri namun tidak berjaya. Kenapalah dia ni suka sangat memeluk aku? Dia ingat aku ni teddy bear ke apa?

    "Lawala sayang sanggul rambut hari ni, nampak seksi" Dia dah mula merapu dah...

    "Le...lepaskan sa...sayala"pintaku kepadanya. Tubuhku terasa seram sejuk dibuatnya. Doktor yang sorang ni memanglah pelik perangainya. Sekejap normal sekejap tak normal. Ishh!

    "I'm your husband. I have right to do this and even more than this" ugutnya. Aku semakin takut. Tolonglah jangan buat yang bukan-bukan. Kita ada perjanjian kan. Jangan mungkir janji.

    "Ta...tapi..."

    "Apa tapi-tapi?"

    "Batal air sembahyang awak nanti" aku hanya mengungkapkan apa yang terlintas di fikiran. Logik atau tidak lain cerita. Dia tergelak besar mendengar jawapanku.

    "Sayang abang ni comel sungguh. Kalau panik lagi comel. Beruntungnya abang dapat memiliki sayang" katanya kepadaku. Tau tak pe. Aku ni memang comel, hehe...

    "Hujung minggu ni kita balik rumah opah. Dia rindu teringin nak jumpa cucu menantu dia ni" ujarnya.

    Oh, ya, aku tidak pernah bertemu mata dengan opah, hanya pernah mendengar cerita dan peribadinya dari Umi dan Alya. Pada hari pernikahan dan persandingan kami Opah tidak dapat hadir kerana kurang sihat. Teringin juga untuk aku berjumpa dengan orang yang paling rapat dengan suamiku ini.


    Hari yang dinanti kian tiba, setelah solat Subuh, kami berdua bertolak pulang ke Pahang. Perjalanan yang agak jauh menyebabkan kami terpaksa bertolak awal. Sepanjang perjalanan aku terpaksa melelapkan mata kerana aku agak mempunyai masalah mabuk kereta apatah lagi jika dipandu dengan laju. Doktor yang seorang ni pandu kereta macam apa dah. Semakin pening aku dibuatnya.

    "Ira okey tak ni? Pening lagi ke?"soalnya sewaktu kami berhenti untuk mengisi minyak kereta.

    Aku hanya diam, tidak mampu untuk menjawab pertanyaannya. Tidak lama kemudian dia kembali dengan membawa beberapa bungkus roti, sekotak susu dan juga minyak cap kapak. Dia menyuruh aku mengisi perut memandangkan kami belum bersarapan namun seleraku hilang dek kerana pening yang teramat. Aku dapat merasakan satu tangan kasar melumurkan sedikit minyak angin ke dahiku. Terasa lega sedikit apabila kesan minyak mula terasa.

    Hampir tiga jam lebih durasi perjalanan, kami akhirnya tiba di rumah opah. Suasana kampung yang menghijau sangat menenangkan hati. Biarpun pertama kali aku tiba di Raub, aku telah jatuh hati dengan kawasan kampung ini. Tidak sabar untuk aku menjelajah kawasan ini. Seronoknya!

    " Assalamualaikum opah"laung Adam dari muka pintu membuatkan perhatianku kembali kepada Opah. Macam mana ni? Agak-agaknya Opah sukakan aku tak?

    "Waalaikumussalam. Hariz, lama tak datang melawat Opah. Meh, masuk"denagan ceria opah menyambut cucu kesayangannya. Opah membahasakan Adam sebagai Hariz, mungkin sudah kebiasaanyanya. Aku segera menghampiri mereka.

    "Assalamualaikum opah" tegurku sambil mencium tangan Opah. Gementar aku menanti reaksi opah.

    "Waalaikumussalam. Ini lah Syafira Arissa? Yang buat cucu opah gila bayang lima tahun lamanya. Lawa orangnya. Patutlah Hariz ni sayang sangat." ujar Opah dengan panjang lebar. Kemudiannya dia memelukku dengan erat. Aku membalas pelukan Opah, lega hatiku apabila opah menerimaku seadanya.

    "Mai masuk. Kamu berdua dah makan belum?" soal Opah lagi. Pegangan tanganku masih belum dilepaskan.

    "Belum opah. Adam lapar ni" rengek Adam kepada opah. Aku memandangnya, Ya Allah dia ni, umur dah tiga puluh lebih, perangai macam budak-budak. Dengan Umi tidak pernah pula aku nampak dia bersikap macam ni.

    "Iyelah, cucu kesayangan opah. Jom makan. Opah dah siap masak makanan tengahari. Boleh kita makan sama-sama. Jom Syafira" Opah memegang erat tanganku dan membawa aku ke dapur. Alhamdulillah, bertambah lagi seorang ahli keluarga baruku.

    Makanan tengahari kami berlaukkan gulai tempoyak ikan patin, ulam pucuk paku, sayur-sayuran dan juga sambal belacan. Sungguh enak masakan opah sehinggakan aku menambah nasi buat kali kedua. Adam juga begitu. Seronok dia makan memandangkan gulai tempoyak ikan patin merupakan masakan kegemarannya begitu juga aku.

    "Opah, sedapnya opah masak. Nanti boleh ajarkan Ira tak?"soalku setelah kami selesai makan.

    "Boleh, esok opah ajarkan. Kamu berdua ni cuti berapa hari?"soal Opah.

    "Tiga hari je Opah. Ira baru mula kerja, tak boleh cuti lama-lama" jawabku. Opah mengangguk faham.

    "Adam, lepas makan ni, ikut Opah ke ruang tamu. Opah nak bincang tentang Azura"

    Mendengarkan nama Kak Zura membuatkan hatiku tersentap. Apa agaknya yang ingin Opah bincangkan? Apa yang pasti Opah hanya ingin berbincang berdua dengan Adam, aku pula diminta mengangkat pakaian yang dijemur Opah di luar rumah. Aku hanya menurut, mungkin ada perkara penting yang harus mereka bincangkan.


    Petang itu selepas solat asar, Adam mengajak aku menemaninya ke sungai yang berdekatan. Katanya, sungai yang juga terdapat air terjun itu merupakan tempat kegemarannya jadi dia ingin menunjukkannya kepadaku. Aku hanya mengenakan t-shirt muslimah labuh, skirt lusuh dan juga tudung akel bidang 60 yang berwarna hijau lumut. Kami berjalan kaki menuju ke sungai tersebut.

    "Ira nampak tak pokok rambutan tu?"soal Adam sambil menunjuk ke arah kiri ku. Aku menuruti telunjuknya.

    "Abang selalu panjat pokok tu masa abang kecil. Kutip buah rambutan lepastu mesti abang dapat upah dari Mak Cik Ainon. Dia baik sangat. Haa...tu pun dia. Jom kita tegur" ajaknya sambil memimpin tanganku ke arah seorang wanita yang agak berumur yang sedang memberi makan ayam-ayam kampung. Aku hanya mengekori. Raut cerianya turut membuat aku menguntumkan senyuman. Sungguh gembira dia nampaknya.

    "Assalamualaikum, Mak Ainon. Sihat?"tegur Adam bersama senyuman yang lebar.

    "Ya Allah, Adam. Lama Mak Ainon tak nampak. Adam baru balik ke?" soalnya.

    "Sampai tengahari tadi. Ini isteri saya Mak Ainon. Syafira Arissa"Adam memperkenalkan aku kepada Mak Ainon. Aku menghampiri dan menghulurkan salam kepadanya.

    "Model mana pula kamu bawak balik ni. Kulit putih melepak, mata coklat. Bertuah kamu Adam oii" Melangit puji yang diberi kepadaku sehinggakan aku tersipu-sipu malu.

    "Mestilah Adam cari Mak Ainon. Ni pun susah nak dapat. Lima tahun tunggu baru dapat, tu pun bukan main jual mahal"

    Amboi, amboi, suka hati dia mengutuk aku. Ake menjenggilkan mata kearahnya. Namun dia hanya tersengih. Macam kerang busuk dah aku tengok.

    "Mestilah susah nak dapat, ni contoh muslimah sejati. Kalaulah Syafira belum kahwin dengan si Adam ni, Mak Ainon teringin nak buat menantu" usik Mak Ainon lagi. Aku hanya tersipu-sipu tidak tahu apa yang harus dijawab.

    "Eh, mana boleh Mak Ainon, ni Adam punya" balas Adam sambil menarik aku ke pelukannya. Terkejut beruk aku dibuatnya. Pak cik ni tak ada perasaan malu ke? Kalau kau tak ada aku ada! Ei, dia ni!

    "Dah la tu Adam, dah macam udang kena bakar dah muka si Syafira ni. Kamu berdua nak ke mana?" soal Mak Ainon.

    "Kami nak ke sungai, jalan-jalan dekat situ" jawab Adam.

    "Eloklah tu, bawa Syafira jalan-jalan kat kawasan sungai tu. Tempat tu cantik. Jaga Syafira ni elok-elok, kalau apa-apa jadi kat Syafira, Mak Ainon bantai kamu nanti. Kalau ada masa nanti singgah la lagi" panjang lebar Mak Ainon berpesan. Sebelum kami berpisah, Mak Ainon sempat memelukku. Nampaknya, dia dah suka sangat dengan aku, hehe...

    Kami meneruskan perjalanan kami dan sepanjang perjalanan kami, beberapa kali aku melihat Adam mengeluh. Pelik juga aku melihatnya.

    "Awak kenapa? Sakit ke?"soalku. Adam memandangku sebelum sekali lagi mengeluh.

    "Menyesal abang bawa Ira balik kampung. Semua orang nak peluk Ira. Abang jealous. Mak Ainon pulak nak buat Ira jadi menantu dia. Mana boleh macam tu, Ira abang punya" jawapannya membuat aku tergelak besar. Memang pelik la dia ni. Ingin sahaja aku memarahinya namun apabila melihatkan mukanya yang monyok itu aku tidak jadi untuk bertindak demikian.

    "Saya hanya milik awak sebab akad nikah dah menyatukan kita. Tidak ada apa yang boleh memisahkan kita selagi Allah mengizinkan kita bersama" jawabku. Senyuman mula melebar di bibirnya.

    "Terima kasih sayang" satu kucupan singgah di pipiku. Aku terpana. Dia terlalu suka memberi aku kejutan. Nampaknya, aku memang terpaksa membiasakan diri dengan perangainya yang amat sukar di baca.

    Hampir setengah jam kemudian, kami berdua tiba di sungai yang diperkatakan itu. MasyaAllah, sungguh indah. Sungguh aku terpegun melihat air sungai yang jernih disertai air terjun yang sejuk mata memandang. Tenang aku rasakan ketika ini, aku segera bermain-main dengan air sungai itu. Sungguh sejuk dan nyaman. Nasib baik tiada orang ketika ini, hanya aku dan Adam, jadi bolehla aku bermain air dengan tenang.

    "Dah macam budak baru jumpa air abang tengok" ujarnya kepadaku.

    Aku memuncungkan bibir, biarlah, aku bukannya selalu jumpa air sungai macam ni. Dekat Korea, airnya bukan main sejuk, nak sentuh pun tak boleh. Tanpa aku sedari dia mengambil gambar setiap pergerakkan aku. Aku hanya menyedari apabila melihat di tersengih-sengih sambil memegang handphonenya. Eh, eh dia ni suka hati je ambil gambar orang, candid pulak tu. Jaga dia.

    Aku memercikkan sedikit air ke arahnya. Tersentak dia apabila air itu mengenainya. Mungkin terkejut dengan kesejukkan air itu.

    "Ira, apa ni? Basah abang"rungutnya kepadaku.

    "Padan muka! Siapa suruh suka hati je ambik gambar orang?" jawabku dengan senyuman kemenangan.

    "Ooo, nak main air ye. Jaga Ira" dia tiba-tiba turut turun ke sungai dan menuju ke arahku. Rasa gerun mula menguasai diri. Nak perang? Okey, no problem. Cabaran di terima!

    Dia memercikan air yang agak banyak kepadaku. Terketar-ketar aku kerana kesejukan. Kurang asam betul dia ni, aku membalas dengan perbuatan yang sama, akhirnya setelah agak lama berperang menggunakan air, kami berdua basah kuyup. Aku segera naik ke atas tebing, tidak tahan dengan kesejukan yang melanda diri. Sedang aku kesejukkan, tiba-tiba hadir satu sweater ke tubuhku.

    "Pakai ni. Kita tunggu pakaian Ira kering sikit baru kita balik" ujarnya.

    Aku hanya mengangguk. Sambil menunggu pakaianku kering, dia membuka bajunya secara mengejut. Terlopong aku seketika. Tiba-tiba buat free show ni dah kenapa? Oh, dia nak berenang rupanya, aku ingatkan apalah tadi. Dia menyelam beberapa kali beberapa kali kemudian dia mengenyitkan mata kepadaku sambil menyelak rambutnya bagai model iklan syampu di televisyen. Perasan handsome la tu. Eleh, nak menggoda aku la tu. Tapi...memang aku tergoda pun huhu...

    "Jom lah kita balik"ajak aku.

     Cemburu pula tengok dia je yang berenang. Aku pun nak juga tapi apakan daya aku terlupa membawa pakaian tambahan malah kami juga datang berjalan kaki. Jika kami menaiki kenderaan, tidak mengapalah, dapat juga aku menyembunyikan tubuh berserta pakaian yang basah kuyup di dalam kereta.

    "Sikit lagi. Ira tak boleh balik lagi sekarang. Baju tu basah lagi, suka hati bagi orang tengok susuk tubuh tu. Abang pun tak tengok lagi" selamba sahaja dia berkata.

    Aku lantas menutup tubuhku dengan sweater yang diberinya tadi. Entah apalah yang dipandang sewaktu bercakap dengan aku. Mulut dia tu memang cakap lepas je, eii, geram betul. Terpaksalah aku menunggu buat seketika lagi. Walau bagaimanapun, apa yang diberitahunya itu betul, pakaianku yang basah ini membuatkan ia melekat ke tubuh, secara tidak langsung menampakkan susuk tubuh badan. Memang mencari dosa percumala menayangkan aurat dikhalayak ramai yang bukan muhrim.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna