Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 10 : Rindu

                                                                         BAB 10


    Aku merenung gambar perkahwinanku yang tersemadi indah di dalama bingkai gambar yang ku letakkan di atas meja. Kini, genap dua minggu aku secara rasminya menjadi isteri kepada orang yang aku tidak sangka-sangka iaitu abang angkat aku sendiri. Takdir yang Maha Esa lebih hebat, jauh aku lari ke Korea, akhirnya bersatu juga kami namun dalam keadaan aku terpaksa bersetuju untuk bernikah dengannya. Perasaan cinta aku buang jauh-jauh kerana aku pasti yang Adam hanya berkahwin denganku semata-mata untuk memenuhi permintaan Umi sedangkan hatinya hanya mencintai Kak Zura, isteri pertamanya yang dinikahi seminggu sebelum perkahwinan kami. Agak tidak keterlaluan untuk aku simpulkan yang kebiasaan mentaliti penduduk Malaysia, isteri kedua merupakan perampas, dalam kes aku bagaimana pula ya? Aku yang merampas atau aku yang menjadi mangsa? Aku sendiri keliru.

    Kini aku tinggal di apartment di Kuala Lumpur Adam setelah majlis persandingan kami berlangsung beberapa hari lepas. Adam juga tidak menggalakkan aku berkerja kerana katanya dia mampu menanggung aku. Aku tahu dia mempunyai kewangan yang stabil atau lebih tepat agak berada kerana Umi mempunyai perusahaan sendiri tinggalan arwah abahnya yang juga diuruskan secara tidak langsung oleh Adam. Namun, aku tetap akan berkerja cuma masih mencari yang sesuai dengan keadaan aku sekarang. Memandangkan Adam juga sibuk dengan tugasan harian di Institut Jantung Negara(IJN) dan dia agak jarang pulang ke rumah, mungkin kembali bermalam di rumah Kak Zura. Terdetik perasaan cemburu namun sengaja aku tidak mahu melayannya kerana aku tahu aku tidak layak mendapatkan cinta Adam. Namun, hikmahnya aku sedikit selesa bila Adam tiada bersama, kalau tidak bermacam-macam idea yang dia ada untuk mengenakan aku.

    Aku turut ternanti-nanti untuk bertemu Kak Zura namun biarpun beberapa kali aku memohon untuk bertemu dengan Kak Zura, Adam tetap tidak membenarkan. Dia takut aku akan cederakan Kak Zura kah? Aku tidaklah sekejam itu. Walau apapun, seorang isteri harus menurut perintah suami, ikut ajelah, kalau ada rezeki, InsyaAllah boleh jumpa nanti. Selesai mandi dan menunaikan solat sunat dhuha, aku menyalin pakaian yang lebih selesa memandangkan Adam tiada di rumah dan aku yakin yang hari ini Adam tidak akan pulang seperti hari-hari yang sebelumnya. Aku mengenakan blouse berlengan pendek dan skirt kembang paras lutut, pakaian yang aku beli ketika di Korea dulu yang hanya aku pakai ketika aku di rumah dan jikalau Adam ada, mati hidup balik pun aku tidak akan pakai, bahaya oo...

    Selama seminggu aku berada di apartment Adam, pelbagai masakan yang aku cuba, kek, pai, biskut, dan berbagai lagi namun satu pun tidak pernah disantap Adam kerana di langsung tidak pulang. Mungkin dia terlalu rindukan Kak Zura almaklumlah hampir dua minggu dia terpaksa bersama denganku di rumah Umi untuk menguruskan majlis pernikahan dan persandingan kami. Redha jelah Ira, inilah nasib isteri yang tidak dicintai. Sedih betul!

    Sementara menunggu ayam panggang aku masak, aku sempat membuat adunan untuk cucur bilis kegemaran Adam. Entah mengapa aku tergerak hati untuk membuatnya, mungkin juga kerana sudah lama tidak merasa cucur bilis. Aku menyukat tepung gandum untuk dimasukkan ke dalam bekas adunan.

    "Assalamualaikum!"sergah satu suara bersama rangkulan erat ke tubuhku. Aku terkejut besar, gandum ditangan entah kemana tercampak. Jantungku berdegup kencang dengan sergahan yang tiba-tiba datang. Lantas aku berpaling ke belakang. Suatu susuk tubuh tinggi dan sasa berwarna putih sedang memeluk erat tubuhku. Ya, Allah! Makhluk apakah ini? Kaki aku terasa lembik dan aku terjatuh ke lantai dan pandanganku berpinar-pinar. Sejak bila ada hantu di dalam apartment Adam?

    "Ira, Ira! Ni abanglah."ujar suara itu sambil mengusap lembut pipiku. Aku mulai sedarkan diri. Astaghfirullahalazim! Pak cik ni memang nak aku mati awal agaknya! Dia menyandarkan aku ke badannya dan rupa-rupanya tepung gandum aku tadi telah melayang ke kepalanya, sebab itulah wajahnya berubah putih seperti hantu. Ditangannya masih memegang plastik gandum tersebut.

    "Apa awak buat ni? Terkejut saya!"marah aku.

    "Abang mintak maaf, bukan abang sengaja, sayang yang baling benda ni dekat abang"bela dirinya sambil menunjukkan bekas plastik gandum itu. Sakit hati aku. Aku mengambil sedikit tepung dan kulumurkan ke mukanya.

    "Haa...amek ni! Geram betul saya!" dengan geram aku mengenakannya.

    "Ira, apa ni? Habislah muka abang!"protesnya sambil cuba menghalang tindakan aku. Namun aku tidak mahu mengaku kalah! Dia yang cari pasal dulu, rasakan! Disebabkan masing-masing tidak mahu mengaku kalah, kami mula bergelut dan cuba untuk melumurkan tepung itu ke muka masing-masing. Akhirnya, dia mengunci pergerakan aku dengan melekapkan kedua belah tanganku ke lantai dapur. Aku cuba melepaskan diri namun tidak berjaya. Mukaku juga berlumuran dengan tepung. Setelah bebarapa ketika aku menyerah kalah, tidak mampu menyaingi kudrat lelaki miliknya.

    "Okay, okay, Ira menyerah kalah" kataku dengan nafas tercungap-cungap. Fuh, penat gila! Selama ni aku bersenam pun tidak sepenat ini. Aku menunggu dia melepaskan pegangannya namun dia masih tidak melepaskan tekapan tangannya.

    "Awak, dah la, saya mengaku kalah, awak menang" pujuk aku. Takut pula berada dalam keadaan sebegini dengannya.

    "Siapa cakap abang akan lepaskan sayang after what you did to me?" jawabnya dengan suara yang nakal. Aku mula panik. Perangai gatalnya datang balik. Takkan tak puas lagi bermanja dengan Kak Zura. Situasi yang gawat ni.

    "I missed you so much. Abang minta maaf tinggalkan sayang selama seminggu. Abang kena uruskan banyak perkara dan samada Ira percaya atau tidak, tidak pernah sesaat pun abang lupakan Ira. Abang akan balik walaupun sekejap untuk pastikan keselamatan Ira. Abang rindu sangat dekat Ira"luahnya dengan nada sayu dan serentak itu satu kucupan hinggap di dahiku. Aku terkesima. Betulkah apa yang diucapkannya? Tidak pernah aku terserempak dengannya selama seminggu ini.

    "Saya tak pernah terserempak dengan awak pun"jawabku dalam kebingungan.

    "Abang balik waktu Ira tengah tidur" aku terdiam. Waktu aku tengah tidur? betulke ni?

    "Ira, tak percaya? Abang ingat lagi, Ira pakai baju tidur yang seksi warna pink lepastu baju yang..."

    "Ok, ok, stop! Ira percaya"aku pantas memintas percakapannya. Dia ni memang tak pernah nak tapis ayat! Mendidih darah aku dibuatnya. Kalau aku tahu memang tidaklah aku nak pakai baju yang macam tu. Aku pakai pun kebetulan baju tidur aku yang lain sudah dipakai, tidak sempat untuk ku cuci.

    "Do you missed me?"soalnya dengan mata yang penuh pengharapan. Tipulah jika aku tidak merinduinya. Siang dan malam kupujuk hati apabila terkenangkan dia sedang bergelak ketawa bersama Kak Zura. Namun aku tidak menjawab soalannya.

    "Don't you missed me?"soalnya lagi kali ini dengan suara yang cukup romantis. Wajahnya mendekati wajahku. Satu kucupan hangat dihadiahkan ke pipi kiriku dan aku terkaku dengan situasi itu.

    "Hmm?"dia masih menginginkan kepastian.

    "Saya rindukan awak" jawabku tanpa aku sendiri sedari. Satu senyuman kepuasan terlihat dibibirnya. Aku juga tidak tahu mengapa aku lemah menahan pujukan rayunya. Masih cintakah aku padanya setelah apa yang dia lakukan?

    "That's my girl. Should we proceed?"soalnya tiba-tiba. Proceed ke mana? 

    Dia memeluk erat tubuhku dan tangannya lembut membelai pipiku. Aku mulai tidak keruan. Macam mana aku nak larikan diri ni? Menolak permintaan suami bererti menadah laknat Malaikat kepadaku sehingga subuh. Aku memejamkan mataku rapat. Ya, Allah, aku masih tidak bersedia untuk semua ini.

Tinn!

    Bunyi microwave menandakan ayam yang dipanggang telah masak sepenuhnya meyelamatkan aku dari jatuh ke perangkap Adam. Dia melepaskan pelukannya dan aku bagaikan lipas kudung lari darinya. Fuh, selamat, selamat...Oh, ayam, terima kasih menyelamatkan hidupku, huhu...


    "So, apa yang Ira buat sewaktu abang tiada di rumah?"soalnya sewaktu kami makan tengahari bersama cuba memecahkan kesunyian barangkali. Kami telah membersihkan diri masing-masing akibat lumuran tepung dan semestinya aku juga telah menukar pakaianku. Adam sempat memuji aku kelihatan menggoda dengan skirt paras lutut yang aku pakai tadi. Merah padam aku dibuatnya ketika itu dan kini aku tidak mampu memandang wajahnya. Malu!

    "Tak da buat apa pun"jawab aku ringkas.

"Awak sibuk dengan kerja ke Kak Zura sampai seminggu tak jumpa saya?" soal aku tiba-tiba dan aku kemudian menyesal. Soalan itu seperti menunjukkan aku cemburu akan Kak Zura.

    "Sayang rasa?"soalnya kembali dengan senyuman yang nakal. Ini yang aku malas ni. Nanti meleret-leret dia merapu. Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu.

    "Abang beli rumah untuk kita,tidak jauh dengan rumah Umi. Abang juga sedang usahakan klinik sendiri dekat sana" jawabnya. Aku terlopong. Beli rumah? Klinik? Wah, dia ni memang banyak duit betul. Harap-harap, dia tidak lupa akan insan-insan yang memerlukan di luar sana dan menghulurkan bantuan kepada mereka.

    "Habis apartment ni?"soal aku berminat dengan perancangannya yang seterusnya.

    "Mungkin abang akan sewakan"jawabnya sambil meneruskan suapan.

    "Kak Zura macam mana?"soalan itu tiba-tiba terpancul dari bibirku.

    "Hmm...sedap sangat sayang masak hari ini. Lain kali masak lagi ye"ujarnya tiba-tiba mengubah topik bicara kami.

    "I'm waiting for an answer" balasku dengan serius. Malas mahu bermain tarik tali dengannya. Kelihatan dia mengeluh sebelum menjawab soalanku.

    "InsyaAllah, minggu depan, abang akan bawa Azura jumpa Umi dan Ira pun boleh jumpa dia disana" jawabnya dengan lemah. Mungkin Umi turut mendesak Adam membawanya berjumpa dengan menantunya yang seorang lagi.

    "Esok, Abang bawa Ira ke rumah kita dan kita boleh menetap disana mulai esok"katanya lagi. Aku terkejut, hiasan dan perabot sudah selesai diuruskan? Cepatnya...

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna