Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 5 : Akhirnya Bertemu

                                                                          BAB 5

    Dua bulan. Dua bulan. Argh, stressnya aku! Dalam masa Dua bulan lagi aku akan menjadi isteri orang. Mampukah aku menjadi isteri solehah? Perkataan isteri sahaja mampu membuatkan jantungku hampir tercabut. Ya Allah, kuatkanlah semangat hambaMu ini, tidak mampu untukku menanggungnya seorang diri. Tidak pernah aku sangka aku akan berkahwin dengan Abang Adam walaupun aku pernah jatuh hati padanya. Semua ini berlaku dalam masa dua minggu setelah aku pulang dari Korea, bagaikan tidak masuk akal.

    Namun, aku redha, walau bagaimana besar dan hebatnya perancangan manusia tetap tidak mampu melawan keagungan perancangan yang Maha Esa. Mungkin ini yang terbaik telah Allah SWT rancangkan kepadaku tambahan pula hatiku tenang selepas beberapa kali melakukan solat istikharah dan solat sunat taubat. InsyaAllah, aku tidak salah membuat keputusan.

    Sejak hari Umi melamar aku, kelibat Abang Adam langsung tidak kelihatan. Kenapa Abang Adam ingin mengahwiniku sedangkan aku tahu dia tidak menyintaiku. Mungkinkah Umi yang memaksa Abang Adam? Atau Abang Adam ingin membalas dendam kerana akulah penyebab Kak Salina cemburu dan seterusnya meretakkan pertunangan mereka? Tetapi aku langsung tidak tahu menahu akan hal itu apatah lagi menggoda Abang Adam. I was 18 years old. She expected me to flirt with Abang Adam in that age? Tak masuk akal langsung! Astagfirullah, pemikiran aku mula ke arah negatif. Husnudzon Ira!

    Tengahari itu, sedang aku sibuk masak di dapur, Umi datang kepadaku dengan membawa khabar yang Abang Adam akan tiba sebentar lagi. Terkejut beruk juga aku dibuatnya, datang tiba-tiba. Kalau orang lain bagitahu la dulu ini tidak, main redah je. Lantas, aku segera ke bilikku untuk menukar pakaian dan tudung akel bidang 60 ku sarungkan ke kepala. Bimbang peristiwa dulu berulang kembali. Tak sanggup dah aku!

    Usai menukar pakaian, aku menyambung kerja memasak yang terbengkalai sebentar tadi. Menu utama makan tengahari pada hari ini adalah ayam masak merah, kobis goreng dan asam pedas ikan merah. Semua aku lakukan sendiri, tidak mahu menyusahkan Umi. Walaupun aku kelihatan sibuk memasak hatiku tetap berdebar hebat. Sudah hampir 3 minggu aku tidak berjumpa Abang Adam. Kalau dulu kami bertemu sebagai abang dan adik angkat tapi hari ini aku dan dia akan bertemu sebagai bakal suami dan isteri. Ya Allah, takutnya! Takut pada apa? Entah, aku pun tidak tahu. Apa yang aku tahu, aku takut! Hendak pengsan pun ada rasanya. Ya Hanana, ya hanana... Eh, tiba-tiba berqasidahlah pulak aku di dalam hati. Chimchakhae,chimchakhae...(Tenang,tenang...)

    Tepat pukul dua petang Abang Adam tiba di rumah Umi. Alya dan Umi keluar menyambut Abang Adam namun aku hanya diam di meja makan, hatiku berbelah bahagi samada ingin turut keluar atau hanya menunggu di situ. Akhirnya aku hanya diam kaku disitu. Minda aku mula kosong. Kalau tengahari tadi hatiku berdebar hebat kini aku langsung tidak merasakan jantungku berdegup. Jantungku tidak berdegup? Oh, tidak! Sampai begini penangan Abang Adam kepadaku. MasyaAllah!

    Kini, Abang Adam mula melangkah masuk ke ruang makan bersama Umi dan Alya, secara automatik aku terbangun dari tempat dudukku sehingga menyebabkan sudu yang berada di tepi pingganku turut terjatuh. Aku tersentak, lantas aku segera mengambil dan meletakkan kembali ke atas meja. Ish, buat malu aje!

    "Er, A...abang je...jemput makan" Tergagap-gagap aku berkata, cuba menghilangkan perasaan gelabahku. Pandangan kami bersatu. Ada senyuman dibibirnya bagaikan ingin ketawa. Kurang asam gelugur betul! Aku punyalah nak tercabut jantung, dia boleh hendak tergelak? Eargh, I hate him!

    "Ira ke yang masak semua ni?"soal satu suara garau dengan nada yang begitu romantik. Tersedak aku seketika. Aku hanya mengangguk tanpa memandang tuan punya suara itu.

    "Sedap sangat" ujar suara itu lagi. Aku dapat rasakan muka aku merah menyala menahan malu. Hatiku mula kembang setaman. Mestilah sedap, aku belajar masak sejak dari bangku sekolah lagi tau.

    "Gemuklah abang nanti kalau hari-hari macam ni"ujarnya lagi dengan lembut.

    "Mestilah abang, beruntung tau siapa yang bakal kahwin dengan Kak Ira ni"balas Alya dengan ceria. Aku dapat rasakan muka aku mulai keluar asap seperti dalam anime yang ditayangkan di televisyen tu. Dua beradik ni memang suka kenakan aku lah.

    "Sudah - sudahlah tu Adam, Alya. Dah macam udang kena bakar muka Ira tu. Kesian dekat dia" tegur Umi. Oh Umi, I love you so much! Your my saviour! Terasa gembira apabila Umi memahami keadaanku yang sudah bagai cacing kepanasan ni.

    "Adam, kalau Adam nak tahu, Ira ni bersungguh-sungguh belajar masak masakan kegemaran Adam tau. Ini baru calon isteri yang solehah. Ira ni memang dah sedia nak jadi isteri Adam cuma dia malu nak mengaku" selamba sahaja Umi berkata-kata.

    Aku terlopong memandang Umi.' Umi, kenapa Umi cakap macam tu. It supposed to be our secret'. Uwaaa...nae eolgeul eodi deonjo?(Dimana aku hendak letak muka ni?)

    "Oh ye ke? Abang kena kasi hadiah dekat Ira la nampaknya sebab dah bersusah payah masak makanan kegemaran abang" Ada senyuman dilemparkan bersama kata-kata. Masalahnya, ucapannya bukan masuk ke telingaku tetapi ke hatiku. Waduh-waduh, gimana ni?

    "Tak...tak apa. Ira saja ma...masak makanan ni" Aduh, sejak bila pulak aku gagap ni? Abang Adam melemparkan senyuman yang sama seperti tadi, senyuman yang menahan ketawa. Dia ni kan, geram aku dibuatnya.

    "Lepas makan nanti Ira ikut abang ke ruang tamu. Ada hal hendak abang perjelaskan lagi"katanya lagi namun dengan nada sedikit serius. Aku serba salah. Jika dua orang lelaki dan wanita duduk bersama, yang ketiga adalah syaitan. Biarpun Umi ada di dalam rumah ini, ikhtilat kami harus aku jaga. Abang Adam masih belum menjadi suamiku.

    "Jangan risau, Umi akan ada sekali" katanya lagi seperti mengerti apa yang bermain di mindaku. Aku lantas memandang ke arah Umi meminta pengesahannya. Umi mengangguk sambil tersenyum sekali gus meyakinkan aku untuk duduk berbincang bersama Abang Adam.

    "Baiklah Abang" jawabku pendek.

    Aku kini duduk bersebelahan dengan Umi, pandanganku hanya kutumpukan ke lantai kerana malu dengan pandangan Abang Adam.

    "Ehem, ehem" suara Umi menyebabkan Abang Adam tersentak lantas mengalihkan pandangannya dari wajahku. Padan muka! Kan dah kena dengan Umi.

    "Ira, Abang gembira sebab Ira sudi terima abang dalam hidup Ira. Kurang dua bulan lagi kita akan menjadi pasangan suami isteri yang sah. Segala persiapan perkahwinan abang dengan Umi sedang uruskan sebab Abang tahu Ira masih dalam kondisi yang tidak stabil dengan semua ini. Cuma ada beberapa hal yang memerlukan penglibatan Ira dan abang harap Ira sudi bantu abang dengan Umi" ujar Abang Adam dengan panjang lebar.

    Umi pernah memberitahu aku yang persiapan perkahwinan sedang dilakukan tetapi aku tidak menyangka yang sudah banyak mereka siapkan. Aku pula rasa serba salah sedangkan ini majlis perkahwinanku tetapi aku sendiri tidak turun padang. Pernah sekali aku ingin turut membantu namun dihalang oleh Umi. Katanya dia boleh uruskan sendiri dan dia kan pastikan yang majlis perkahwinan aku akan menjadi yang terbaik.

    "Ira minta maaf sebab tidak menghulurkan bantuan sedangkan ini majlis kita. Ira masih dalam keadaan terkejut dengan semua ini. Sekali lagi Ira pohon maaf daripada Umi dan Abang" dengan nada kesal aku berkata.

    "Eh, bukan itu masuk abang. Semua dah selesai cuma abang minta Ira cuba pakaian akad nikah dan persandingan kita di butik yang Umi tempah. Itu sahaja tugas Ira, yang lain semua Abang dan Umi dah uruskan"kata Abang Adam lagi.

    Sekali lagi aku ternganga. Entah buat kali ke berapa aku ternganga hari ini. Semua sudah siap? Biar betul! Cepatnya mereka buat kerja. Setahu aku, kerja-kerja persiapan perkahwinan ini memang mengambil masa yang lama. Aku hanya inginkan majlis yang sangat ringkas. Tidak perlu berlebih-lebih dengan perarakan dan sebagainya. Itu semua membazir dan membazir itu amalan syaitan. Aku pernah menceritakan majlis pernikahan yang aku inginkan kepada Umi tetapi adakah Umi bersetuju dengan permintaanku?

    "Jangan risau Ira, Umi tahu apa anak Umi yang come lote ni inginkan. Umi dan Adam dah bincang segalanya dengan terperinci dan Ira pasti akan suka. Lagipun kami ada kejutan untuk Ira pada hari pernikahan Ira dan Adam nanti." Kata Umi. Perkataan come lote itu membuatkan aku tersenyum. Comel sangat Umi menggunakan loghat kelantan yang bermaksud sangat lawa itu. Hatiku turut lega mendengar kata-kata Umi dan aku akan yakin dengan segala pilihan Umi kerana dia lagi berpengalaman jika hendak dibandingkan aku yang baru setahun jagung ini. Tambahan pula, mereka ada kejutan pada hari pernikahanku? Apa agaknya ya?

    "Umi hendak bagi nasihat sedikit. Umi harap korang berdua tidak berjumpa atau berhubung antara satu sama lain sehinggalah majlis pernikahan berlangsung. Yang haram tetap haram. Ikhtilat harus di jaga walaupun hanya tinggal kurang dari dua bulan sahaja kamu berdua kan bernikah. Matlamat tidak menghalalkan cara. Kalau ada hal penting, gunakan Umi sebagai orang tengah. Ira, Umi tidak risau sebab Umi tahu Ilmu agama dia sudah cukup untuk membezakan yang halal dan haram. Umi bimbang tentang kamu Adam. Kawal diri sedikit. Jangan diikutkan nafsu semata-mata. Faham?"tegur Umi dengan panjang lebar.

    Merah padam muka kami berdua menahan malu tapi Umi memang the best!.Umi sangat menitik beratkan soal perhubungan lelaki dengan wanita dan aku amat selesa dengan cara Umi. Semestinya aku belajar semua itu dalam usrah dan daurah yang dijalankan sewaktu aku belajar di Korea dan hingga sekarang aku masih menjalankan program Usrah bersama adik-adik usrahku dan sahabat handai. Jika fizikal perlukan makanan ruji untuk hidup begitu juga dengan rohani yang memerlukan pengisian ukhrawi. InsyaAllah, aku akan cuba untuk menjaga sebaik mungkin.

    Keesokkan harinya aku menemani Umi ke butik Muslimah, butik yang telah menyiapkan baju majlis akad nikah dan majlis persandingan aku dan Abang Adam. Kini, baju itu berada dihadapanku. MasyaAllah, sungguh indah. Jubah berwarna putih potongan A disulami manik-manik perak dan merah jambu yang semestinya warna kegemaranku. Sungguh Umi memang Umi yang terbaik. Tahu benar akan citarasaku. Manakala baju Abang Adam merupakan jubah yang berwarna putih. Sungguh comel kalau kami pakai bersama. Hehe...Aku dah mula berangan.

    "Dah, dah tak payah nak tersengih macam kerang busuk. Cepat pakai jubah ni, kalau ada masalah boleh dibaiki terus" sergah Umi. Terus aku memuncungkan bibir,Umi ni kacau daun betullah. Lantas aku segera ke bilik persalinan dengan perasaan gembira. Gembira kerana Jubah ni sangat lawa!

    "Umi, cincin macam mana? Dah beli ke?" soal aku sewaktu kami dalam perjalanan pulang ke rumah.

    "Jangan risau, Adam dah uruskan"jawab Umi ringkas. Aku terus terdiam. Abang Adam tahu ke saiz tangan aku?Hmm...misteri betul majlis pernikahan aku ni. Cincin aku pun aku tak tahu bentuk dia macam mana apatah lagi cincin Abang Adam. Kitaorang nikah guna cincin rumput kot nanti, haha.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna