Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 18 : Rawatan hati

                                                                     BAB 18


    Menu untuk sarapan pagi hari ini ialah mee goreng basah, cekodok dan juga teh panas. Biarpun ringkas namun tetap menjentik selera. Opps, lupa nak cakap, mee goreng tu aku yang masak, khas untuk Opah tersayang. Adam pulang ke rumah lebih kurang pukul tujuh setengah pagi. Katanya ada kuliah subuh di masjid.

    "Sedapnya mee goreng opah ni. Nak tambah lagi" ujar Adam sambil menghulurkan pinggannya ke arahku. Aku menyambut dan mencedok mee goreng ke dalam pinggannya.

    "Bukan Opah yang buat, isteri kesayangan Hariz ni ha yang masak" jawab Opah. Dia terkejut dan memandangku.

    "Wow, you impressed me" katanya kepadaku berserta senyuman manis.

    Aku menunduk malu. Eh, aku ni dah kenapa? Malu-malu kucing pulak, patutnya aku marah dekat dia kerana telah meragut kesucian bibirku semalam. Tanpa kerelaan pula tu! Yeolbada jeongmal! (Menyakitkan hati betul!)

   "Lepas ni Ira masak untuk abang kat rumah ya" dengan romantis dia berkata sambil memandangku dengan mata redupnya.

    Aku mengangguk pantas. Paboya! Wae neol injeonghae? (Bodoh, yang kau pergi setuju tu kenapa?) Parah! Otakku sudah tidak betul! Hanya dengan pandangan yang romantik aku terus patuh. Oh, tidak!

    Akhirnya aku kembali duduk ke kerusiku dengan hati yang bercelaru. Kenapa aku bersikap sebegini? Adakah penangan peristiwa semalam? Syafira, kau perlu kuatkan hati, jangan terlalu lemah dengan godaannya. Dia saja je tu bukan serius pun. Okey, chimcakhae! (Tenang!)

    Selesai sarapan aku segera melarikan diri ke dapur. Aku tidak mahu bertembung mata dengannya, peristiwa semalam masih terbayang jelas dimata. Malu dan juga perasaan marah bercampur baur. Namun aku tahu, jauh di sudut hatiku, cintaku kepadanya semakin bertambah. Malah makin kuat. Hananim(Tuhan), Inikah namanya cinta, inikah cinta? Cinta...aduh, menyanyi-nyanyi la pulak hati aku ni.

    "Ira, jom kita pergi jalan-jalan kat kebun Opah" satu suara menjengah aku. Kus semangat. Dia ni memang tidak tahu memberi salam ke? Suka buat aku sakit jantung. Doktor apakah ini? Bukannya merawat orang, menambahkan penyakit orang!

    "Hmm..." hanya itu yang aku jawab. Wajahnya juga aku tidak pandang. Aku harus keras hati bagi memberi hukuman kerana dia telah melanggar perjanjian kami semalam.

    "Kenapa pula ni? Abang ada buat salah ke?" soalnya. Aku mengetap bibir. Pak cik ni memangla! Geram betul aku. Dia buat salah pun dia tak tahu? Malas aku nak melayan, tak tahu sudah. Tak payah tau!

    "Cakaplah kenapa" desaknya.

    Aku menghempaskan pinggan ke rak pinggan. Biar dia tahu hati ini membara. Terdiam dia seketika. Aku kemudiannya melangkah ke pintu dapur dan melangkah ke halaman rumah setelah memakai tudung yang sememangnya aku sangkutkan di kerusi tadi. Aku bergerak ke tempat duduk kayu yang berada di bawah sepohon pokok mempelam yang rendang. Sejuk sahaja berada di bawah pohon itu, mungkin kerana daunnya yang rendang ataupun cuaca yang sedang mendung ini.

    "Kenapa marah-marah ni?" soalnya sambil melabuhkan punggung ke sebelah aku. Datang sini jugak dia ni? Rimas aku dibuatnya.

    "What you did to me last night?" soalku terus ke sasaran malas untuk berlapik-lapik lagi.

    Wajahnya berkerut cuba mengingati apa yang dia lakukan kemudian dia tersengih. Aku dah kata dia ni memang tak betul! Aku tengah serius ni dia boleh tersengih-sengih? Sakit hati!

    "Abang buat apa? Tak ada apa pun" sambil tersengih dia berkata. Aku pula menjadi malu, merah mukaku. Dia ni memang sengaja buat aku rasa malu.

    "Awak ni kan memangla!" marah aku sambil mula mengangkat tangan mahu memukulnya. Tetapi timing tidak kena, opah kebetulan lalu di hadapan kami berdua.

    "Awak...memang...comel"pantas aku menggantikan kata-kata, aku tidak jadi mahu memukulnya malah aku mengusap-ngusap lembut pipi Adam. Adam mula tergelak besar memandang muka aku yang cuak bercampur bengang.

    "Iyala sayang, sayang pun cooomeeel" sengaja dia memerliku dengan melakukan apa yang aku lakukan tadi.

    Senyuman kelat aku hadiahkan kerana opah masih berada di hadapan kami. Opah memandang kami sebelum melemparkan senyuman mungkin dia gembira melihat kami di dalam kondisi yang bahagia sekarang ini. Oh opah, opah telah salah faham, kami sebenarnya berada di dalam mode perang sekarang ini.

    Sebaik sahaja kelibat Opah hilang, aku terus memukul lengannya dengan kuat. Geram aku! Dahla gelakkan aku, perli aku pula. Ish, sakit hati!

    "Aduh, sakitla sayang" dengan suara yang mengada-ngada dia berkata. Eleh, sakitlah sangat. Aku pukul bukannya kuat pun, perlahan je. Aku tidak memperdulikannya. Pandangan aku arah ke arah yang bertentangan dengannya.

    "Sayang abang marah pasal semalam ke?" soalnya kali ini dengan lebih lembut. Sejuk sikit hati aku rasakan. Namun aku masih diam menunggu kata-kata yeng seterusnya.

    "What I supposed to do? Abang seorang lelaki, abang hanya bertahan setakat yang termampu. Susah untuk bertahan tambah-tambah lagi bila bersama dengan orang yang abang cintai. Semalam, abang tidak mampu mengawal diri lagipun Ira juga yang degil, abang suruh tidur tak nak. Dapatlah hadiah daripada abang. Lagipun bibir Ira tak ada cedera apa pun kan? Elok je abang tengok, tak ada senget pun"

     Di akhir ayat dia mula merapu. Eii...dia ni masa dia serius tidak sampai lima saat. Memanglah tidak senget apa, tapi tu first kiss aku tau.

    "Senangnya awak cakap, macam mana awak nak ganti balik first kiss saya yang awak curi?" jawab aku dengan geram.

    "Laa...itu rupanya yang buat Ira marah sangat? Okeylah, macam ni. Abang bagi Ira cium abang balik, kira fair and square lah kan?" katanya sambil menayangkan wajahnya ke arahku. Terkesima aku seketika. Dia ni betul ke tak? Aku menolak mukanya jauh dariku.

    "Apa awak ni! Karang saya mengamuk baru tahu. Saya serius sekarang ni!" nada suara aku mulai tinggi.

    "Abang pun serius. Kalau dihintung balik, semalam pun Ira curi first kiss abang jugak tau" jawabnya lagi. Aku terkejut. Tak mungkinla, takkan dia tidak pernah buat dengan Kak Zura? Macam tak logik.

    "Awak jangan nak tipu saya" marah aku lagi. Tidak mungkin aku akan termakan dengan helahnya.

    "I was telling you the truth. Sayang jangan bimbang, lepas ni lagi banyak kiss abang akan hadiahkan untuk sayang. So be prepared okey?" sambil tersengih dia berkata.

    Fuh, berapi, berapi hati aku! Malas aku nak melayan orang yang tidak betul seperti dia ni, semakin di layan semakin tidak betul. Lastly, dengan aku sekali tidak betul. Aku mula bangun dari tempat duduk itu, mahu melangkah masuk ke dalam rumah. Namun dia menari tanganku dengan kasar sehingga menyebabkan aku terduduk di pahanya. Tergamam aku dengan situasi itu. Wajah aku mula bertukar warna apatah lagi kedudukan kami yang tersangat rapat ini.

   "Sayang nak pergi mana?"soalnya dengan nada yang rendah. Malah jarak yang memisahkan wajahnya denganku hanya beberapa inci.

   "Na...nak...masuk" tergagap-gagap aku menjawab. Aku cuba untuk turun namun pelukannya ke pinggang ku amat kuat.

    "Sayang nak tinggalkan abang kat sini sorang-sorang?"soalnya lagi.

    Kali ini dia bagaikan ingin meragut kesucian bibirku buat kali kedua. Aku pantas mengetap bibir dengan kemas tidak akan membenarkan dia mencurinya lagi. Namun, lain pula sasarannya, pipi kananku menjadi mangsa. Aku terlopong apabila mendapat ciuman hangat darinya.

    "This is my warning, lebih dari ini pun abang mampu buat tau" ujarnya ke telingaku.

    "Yelah, apa-apa je la. Tapi bukan dekat sini. Ini tempat orang lalu lalanglah!" marah aku. Dahla ini kawasan kampung, walaupun kami sah sebagai suami isteri, tidak perlulah menayangkan kemesraan kami di hadapan orang ramai. Berdosa tu.

   "Okay, you said it! Kiranya dalam bilik bolehla kan?" lain yang aku maksudkan, lain yang dia faham. Apa masalah doktor yang seorang ni? Tak ada benda lain nak fikir ke? Gatal bebeno!

   "Suka hati awakla!" marah aku sebelum melompat turun dari ribanya dan berlari ke dalam rumah.

    Dia pula bersorak keriangan di luar rumah. Sekali pandang seperti orang gila pun ada. Lantak dialah, yang penting aku selamat buat masa sekarang. Masa yang akan datang tidak diketahui lagi. Huhu...


   Aku menjejakkan kaki di kebun Opah pada petang itu. Pelbagai jenis pohon buah ditanam di kebun Opah antaranya rambutan, mempelam, pisang, betik dan macam-macam lagilah. Seronok aku berjalan meninjau kebun opah ini. Adam semestinya berada di sisiku, kemana aku pergi dia ada, dah macam bodyguard tak bergaji dah lagaknya.

    Adam kemudiannya mengait beberapa jenis buah manakala aku hanya berdiri di tepi bakul yang digunakan untuk mengutip buah-buahan yang dikaitnya. Sambil menunggu dia mengait buah-buahan itu aku sempat merayau-rayau ke sekeliling kawasan itu.

   "Sayang, jangan jauh dari abang, nanti apa-apa jadi susah" nasihatnya namun pandangan dia masih ke atas pokok.

    Perasan pula dia aku jauh darinya. Ah, lantakla, peduli apa, bukannya 50 kilometer aku nak merayau, dekat sini je. Tiba-tiba aku merasakan sesuatu yang pedih di bahagian kakiku. Kenapa pula kaki aku ni? Luka ke? Aku lantas menarik sedikit kaki seluar track ku. Alangkah terkejut aku melihat dua ekor pacat sedang enak menghisap darah di betisku yang gebu ini.

   Tanpa sedar aku menjerit. Bulu roma aku mula meremang, wajahku berubah pucat. Aku sesungguhnya amat benci kepada binatang seperti ini. Aku terduduk ke tanah. Apa aku nak buat ni? Nak cabut sendiri? Tak nak! Tak nak! Geli! Rasa takut yang teramat membuatkan aku hilang arah.

   "Kenapa Ira?!" satu suara bersama empunya badan menerpa ke arah aku. Aku memandangnya dengan linangan air mata.

    "Awak, to...tolong saya" tergagap-gagap aku meminta tolong darinya.

   "Kenapa? Ada ular gigit ke?!" soalnya bersama reaksi terkejut yang amat sangat. Aku menggeleng dan menunjukkanya ke arah betisku. Dia segera memeriksa.

   "Pacat rupanya, abang ingatkan apalah tadi" dengan tenang dia berkata sambil mengurut dadanya.

    "To...tolong, sa...saya takut" aku masih menahan air mataku dari jatuh ke bumi. Semakin lama aku rasakan pacat itu berada di kakiku, aku rasa semakin lemah, bagaikan ingin pengsan.

    "Pacat pun takut. Apalah. Tak apa, nanti bila dia dah kenyang, dia jatuh sendiri" ujarnya sambil berkira-kira mahu melangkah pergi. Sampai hati dia buat aku macam ni. Aku memegang bajunya dan mula menangis. Dia terkesima melihat aku menangis teresak-esak di dadanya.

    "Yalah, sayang jangan nangis, abang cabutkan pacat tu. Ira tahan sikit ya" katanya.

    Aku tidak memperdulikan apa cara yang dia gunakan, yang penting pacat itu hilang dari kakiku. Aku terasa seluar ku disinsing sehingga ke paras paha, nasib baikla ni kebun peribadi, kalau kebun hak milik beramai-ramai, ada jugak yang dapat tengok free show kat sini.

    Adam menarik perlahan-lahan pacat itu dari betisku, sakit memang sakit, yang penting pacat tu hilang. Aku menyembam mukaku ke dadanya, tidak mahu melihat pacat itu. Sungguh geli aku rasakan tambah-tambah lagi bila dia menggerekkan badannya yang lembik itu.

    "Dah, dah tak ada dah pacat tu" ujarnya sambil mengusap lembut kepalaku.

    Aku memalingkan wajahku dari dada Adam ke kakiku. Alhamdulillah, pacat itu sudah tiada namun perasaan takut dan terkejut masih lagi ada. Aku memandang Adam dengan pandangan berterima kasih. Sungguh aku tidak mampu untuk mengungkapkan kata-kata ketika ini.

    "Pucatnya muka Ira. Jomlah, abang bawa balik ke rumah Opah" katanya.

    Serentak itu dia mendukung aku ke dakapannya dan mula berjalan menuju ke rumah Opah. Aku terpana dengan situasi itu. Sungguh gagah dia mendukung aku. Aku melentokkan kepalaku ke dadanya. Meminjam kekuatan dan semangat darinya.

    "Bu...buah...ma...macam mana?" tergagap-gagap aku bertanya. Hilang pucat kini diganti dengan perasaan malu.

    "Tak apa. Isteri abang lagi penting dari buah-buahan tu" jawabnya. Sekali lagi hati ku jatuh. Jatuh ke taman ros merah seperti cincin kahwin ku barangkali.

    Setibanya di rumah Opah, Opah ada bertanyakan kenapa dengan aku dan Adam menjawab 'terkejut dengan pacat'. Apa jenis jawapankah itu? Kalau ya pun agak-agakla, malu wei...Mesti Opah anggap aku mengada-ngada. Aduh! Habislah aku.

    "Hariz rawatlah luka Syafira ni. Darah pun nampak ada lagi dekat luka tu" nasihat Opah dengan penuh prihatin. Oh Opah, saranghaeyo! Opah sangat baik terhadap aku sehingga aku merasa serba salah pula.

    "Baiklah Opah" patuh Adam menjawab.


    Adam ingin menyingsing sekali lagi seluarku, aku menghalang. Tadi tidak mengapalah kes darurat, kali ini aku tidak perlukan bantuannya lagi. Malu untuk menayang kakiku di hadapannya.

   "Tak apalah, biar saya saja yang buat" kataku namun dia tidak menghiraukankan kata-kataku.

    "Nak malu apa? Abang kan suami Ira, satu hari nanti, semua yang Ira ada abang akan pandang. Tak payah malu-malu" selamba sahaja dia berkata.

    "Tak apalah, setakat cuci luka saya pun tahu" aku masih cuba membantah.

     "Abang ni doktor, abang kena periksa betul-betul luka ni takut nanti ada infection pulak" tegas dia berkata.

     "Tapi..."

     "Diam boleh tak? Karang abang kiss bibir tu baru tahu" ugutnya.

    Aku mengetap bibir dengan geram. Dia ni kan, muka aku yang sudah merah ni aku rasa bagaikan bertukar kepada warna hijau dah. Akhirnya aku hanya membiarkan segala perbuatannya. Namun, pandanganku halakan ke arah yang lain, malu untuk menghadapi situasi ini.

    Selesai sahaja dia merawatku, dia membaringkan aku di sofa, katanya aku perlu berehat buat seketika bagi menghilangkan rasa takut dan terkejut itu. Aku hanya menurut perintah. Akhirnya aku tertidur di sofa itu. Aku pasti aku kesorangan ketika mindaku melangkah ke alam mimpi namun entah mengapa aku rasakan Adam ada menemani aku sehingga ke alam mimpi. Sungguh aneh apa yang dipanggil cinta. Marah bertukar sayang, benci bertukar cinta. Sungguh indah segala ciptaan-Nya.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna