Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 24 - Stress!

                                                               BAB 24


    Permandangan Hallim Park ini sungguh mengasyikkan. Benarlah firman Allah SWTdi dalam surah Al-Imran ayat 190-191, “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal. Yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan lanjut dan bumi (seraya berkata), “Ya Robb kami, tiadalah Engkau ciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka dipeliharalah kami dari siksa neraka.”

    Pohon-pohon yang hijau mencantikkan lagi kawasan sekeliling. Disini juga terdapat dua buah gua yang amat popular dalam kalangan pelancong dari dalam dan luar negara. Kedua-dua buah gua itu dikenali sebagaiHyeopjaegul dan Ssangyonggul.Memandangkan aku memakai skirt tidak dapatlah aku mengembara ke gua tersebut. Biarlah aku menikmati permandangan disini sahaja.

    "Awak pergilah kalau hendak bersiar-siar di gua tu. Saya tunggu dekat sini"kataku kepadanya.

    "Tak apalah, abang temankan Ira"ujarnya seraya melabuhkan punggung di sebelahku.

    "Rugilah kalau awak tak pergi, bukan boleh datang selalu"ujarku serba salah kerana dia terpaksa menemani aku disini.

    "Bagi abang, dapat luangkan masa bersama Ira lagi bermakna"katanya bersama senyuman manis. Aku juga turut tersenyum mendengar kata-kata manisnya. Boleh tahan dia mengayat aku. Aku ingin tergelak namun kutahan. Bersungguh juga dia cuba memujuk aku untuk menerimanya kembali.

    Kami kemudian melebarkan langkah ke Water Garden dan Jae-Am Folk Village. Seronok kami berdua berjalan malah Adam tidak lupa merakamkan detik indah kami berdua menggunakan kameranya. Namun yang pasti banyak gambar aku diambil secara candid. Suka benar dia mengambil gambar aku secara curi kemudian tersenyum sendiri. Dah macam stalker suami aku ni. Kami juga meminta bantuan pelancong sekeliling untuk mengambil gambar kami berdua. Rugi jika permandangan seindah ini tidak diabadikan.

    Kami juga sempat berpiknik berbekalkan makanan yang sempat aku bawa bersama di sebuah kawasan lapang yang mana dipenuhi pohon-pohon yang berbunga indah seperti pohon sakura di Jepun. Bunga-bunga itu berguguran jatuh ke bumi menghiasi taman di sini. MasyaAllah, sungguh indah tidak mampu untuk ku ungkapkan dengan kata-kata. Tambahan pula berada di samping orang yang tersayang, pemandangan itu semakin mempersonakan.


    "Kenapa awak boleh suka saya sedangkan pada waktu tu awak dah bertunang dengan Kak Salina?"soalku tiba-tiba. Adam agak terkejut pada mulanya namun dia masih kelihatan tenang.

    "Abang pun susah hendak jelaskan kenapa abang boleh jatuh hati kepada Ira. Pertama kali abang jumpa Ira enam tahun lalu. Masa tu Ira cedera agak teruk dan abang yang rawat Ira. Abang juga diberi tanggungjawab untuk merawat Ira walaupun Abang baru sahaja bertugas sebagai doktor. Bila terpandangkan wajah Ira abang rasa ada sesuatu dalam hati abang, pada mulanya abang buat tak endah je. Tapi takdir mengukuhkan hubungan kita, Umi ambil Ira sebagai anak angkat dan kita tinggal bersama. Mulai saat tu abang tahu abang jatuh cinta kepada Ira"jawabnya dengan jujur.

    Aku terpaku dengan pengakuannya. Tidak mungkin aku lupa bagaimana kami bertemu disebabkan kemalangan yang menyebabkan aku kehilangan kedua-dua orang tua yang amat aku cintai.

    "Bagaimana dengan Kak Salina? Awak tak rasa bersalah?"soalku lagi.

    "Semestinya abang rasa bersalah. Sejujurnya abang hanya anggap Salina sama seperti kawan-kawan abang yang lain sewaktu belajar di Russia dulu. Bila dia confess kepada abang, abang tidak sanggup untuk kecewakan dia jadi abang terima dan kami bertunang. Abang hanya terima mungkin sebab abang tak pernah mengenali cinta. Tetapi bila abang jumpa Ira semuanya berubah. Salina juga selalu cemburukan Ira. Abang jadi tertekan lalu abang ambil keputusan untuk putuskan pertunangan kami dan abang rasakan itulah keputusan yang paling tepat pernah abang lakukan. Bila saja abang ingin jadikan Ira hak abang, Ira tinggalkan abang. Sebab tu bila Ira balik ke Malaysia abang terus bagitahu Umi tentang perancangan abang untuk jadikan Ira isteri abang dan alhamdulillah, Umi juga bersetuju dengan keputusan abang" dia menjelaskan lagi cerita yang sebenar.

    Aku menarik nafas panjang. Sungguh aku tidak tahu menahu akan hal ini. Betapa panjangnya kisah kami sebelum kami dapat bersatu. Lima tahun berpisah dan bersatu tanpa dirancang. Sungguh hebat perancangan yang Maha Esa.

    Kami pulang ke rumah tumpangan sebelum maghrib. Malam itu kami merancang ingin berehat secukupnya memandangkan aku terlalu penat untuk meneruskan aktiviti bersiar-siar bersama. Setelah selesai makan dan solat aku terus berbaring di atas tilam yang disediakan. Tilam yang tersedia juga seperti tilam futon dan digunakan di dalam drama The Moon Embaraces The Sun. Sungguh comel, tilam dan bilik pasangan diraja. Wah, terasa seperti puteri raja buat seketika. Hehe...

    Malam itu, aku tidak dapat tidur dengan lena terasa bagai diawang-awangan dengan pengakuan dari Adam, sungguh menyentuh perasaan. Setiap detik masa yang berlalu ketika kami di Korea membuatkan hatiku menerimanya kembali. Aku juga hampir memanggilnya 'abang' petang namun sempat kutahan.

    Terlalu awalkah untuk aku menerimanya sepenuh hati dan jiwaku? Atau aku juga keterlaluan kerana masih belum menerimanya? Aku juga rasa bersalah kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai isteri dengan sepenuhnya namun apakan daya aku terlalu bimbang akan dikecewakan setelahku serahkan segala-galanya.

    Baru sahaja aku ingin melelapkan mata, Adam tiba-tiba muncul dan turut merebahkan diri di atas tilam ini. Alamak, aku lupa untuk membentangkan sebuah lagi tilam futon yang tersedia di dalam almari. Nak buat macam mana ni? Sudahla futon ni memang sempit. Pura-pura tidur atau suruh Adam tidur tempat lain? Tapi macam kejam sangat pula aku untuk menyuruhnya tidur di tempat lain. Ah, buat tak tahu je la!

    "Sayang tak tidur lagi kan?"suara garaunya memecahkan kekacauan jiwaku. Bulu romaku berdiri tegak. Mendengarkan suaranya sahaja mampu membuatkan aku mengigil ketakutan. Aku rasa seseram manapun filem hantu yang pernah aku tonton, tak pernah aku setakut ini. Aku memejamkan mata serapat-rapatnya.

    "Abang tahu Ira tak tidur lagi. Ira tunggu abang ke?" bibirnya di dekatkan ke telingaku. Mataku terbuka luas. Aku segera bangun dari pembaringanku.

    "Janganlah buat macam ni, geli la" ujar aku sambil menggosok-gosok leherku yang terasa seperti terkena renjatan elektrik. Tidak semena-mena dia menarik aku ke dalam pelukannya.

    "Amboi, geli ye? Haa, sekarang macam mana?"dia memprovokasi aku dengan mendekatkan wajahnya ke wajahku. Aku meronta-ronta minta dilepaskan namun dia tidak mengendahkannya.

    "Awak, jangan buat saya macam ni"pinta aku dengan lembut.

    Akhirnya dia menghentikan tindakannya itu. Aku mengeluh lega. Dengar kata pula dia malam ni, pagi tadi punyalah degil tidak mahu dengar apa yang aku ucapkan. Alhamdulillah, ada perubahan nampaknya.

    "Okey, abang boleh dengar cakap Ira tetapi sebelum tu abang nak Ira give me a goodnight kiss" aku terkesima mendengar permintaanya. Aku dah agak dah! Tak mungkin dia akan mudah mendengar kata-kataku.

    "Ma..mana...mungkin"tergagap-gagap aku menjawab.

    "Kalau macam tu Ira tak kisahlah kalau abang proceed kan?"sekali lagi dia mengugut. Dia ni memang suka mengugut betullah, sejak dari sebelum kami kahwin sehinggalah sekarang. Asyik mengugut je kerja dia. Stress aku!

    "Ye...yelah! Saya buat"aku akhirnya mengalah. Tiada pilihan lain nampaknya.

    Setakat cium pipi tiada masalah bagi aku. Aduh, malu tetap malu tapi sekurang-kurangnya, dia tidak buat apa yang dia fikirkan tadi. Aku mendekatkan bibir ke pipi kanannya sambil memejamkan mata, tidak sanggup untuk menghadapi situasi ini. Sebaik sahaja bibirku menyentuh pipinya aku membuka mata disebabkan permukaan pipinya yang aku rasa agak aneh.

    Terperanjat aku apabila melihat bibirnya yang berada dihadapanku bukan pipinya seperti yang aku jangka. Macam mana boleh jadi macam ni? Aku dah calculate angle, vector and position pipi dia tadi, memang spesifik dan tepat pada pipinya. Tak mungkin boleh tersalah sasaran! Kurang asam, ni mesti dia alihkan pipinya sewaktu aku pejam mata tadi! Michigetta jeongmal!(Boleh gila aku macam ni!)

    "Apa awak buat ni?!"marah aku sambil menolak wajahnya jauh dariku.

    "Laa...Ira yang kiss abang, bukan abang yang kiss Ira. So, it's not my fault" dengan sengihan yang melebar dia membalas kata-kataku.

    Aku mengetap bibir dengan geram. Sakitnya hati! Aku lantas baring membelakangkannya lalu menyelubung seluruh tubuhku dengan selimut. Malas mahu melayan kerenahnya yang menyakitkan hati itu.

    Kedengaran dia ketawa gembira sebelum turut sama berbaring disebelahku. Satu pelukan kemas hinggap di pinggangku dan menarik tubuhku rapat ke badannya. Ingin sahaja aku menolak namun bimbang dia akan bertindak dengan lebih jauh. Aku dah tahu sangat perangai doktor ni, semakin aku elak, semakin dia seronok. Entah spesis apalah perangai dia ni.

    "Slowly I'll make you mine!"dia membisikkan kata-kata itu ditelingaku.

    Mataku secara automatik terpejam kemas. Fuh, ayat...menakutkan! Ah, pedulikan dia, tidur, tidur! Doktor Adam Hariz ini, perangainya tidak boleh dilayan nanti semakin menjadi-jadi. Orangnya handsome, tinggi, kulit pun sawo matang tapi sayang perangainya tidak betul. Kenapalah aku boleh terjodoh dengan dia ni? Aduhai...

    Biarpun aku menguntuknya, namun hatiku tetap cinta. Ini yang masalah ni, benarlah kata pujangga, cinta itu buta. Nasiblah kau Syafira Arissa oi. Akhirnya aku terlena bersama pelukan hangat darinya biarpun tanpa rela.

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna