Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 21 : Lasagna dan Spageti Meatball

                                                               BAB 21


    Hari ini aku kembali berkerja, kehadiran aku disambut dengan terpaan Farhanim, Amira dan juga staf-staf lain. Mereka sangat bimbang akan keadaan aku yang lama tidak menghadirkan diri ke pejabat.

    "Neon cincca kwaenchana?(Betul awak tak apa-apa?)" soal Jaehyuk yang turut berada bersama kami. Wajahnya kelihatan gusar, mungkin bimbang dengan keadaanku dan juga masalah aku dan Adam.

    "Ne, kwaenchana. Kokjeong hajima (Ya, saya tak apa-apa. Jangan risau)" kataku bersama senyuman dan wajahnya berubah sedikit lega.

    Mana dia tidak risau, punca pergaduhan aku dan Adam merupakan dia. Kesian juga aku terhadap Jaehyuk, tidak pasal-pasal dia menjadi mangsa fitnah Kak Zura. Nasib baikla Jaehyuk ni innocent je, kalaulah dia ni jenis baran aku rasa habis Kak Zura dikerjakannya.

    Memandangkan Jaehyuk akan kembali ke Korea minggu hadapan, kami semua merancang ingin mengadakan majlis perpisahan Jaehyuk di sebuah restoran. Aku pada mulanya ingin turut serta tapi aku bimbang Adam akan salah faham lagi, jadi aku menolak untuk menghadirkan diri. Cukuplah doa aku kirimkan supaya dia sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan sejahtera selalu walau di mana sahaja dia berada. Biarpun dia sahabat yang baik namun aku tetap harus menjaga hubungan aku dan Adam. Aku tidak mahu mengeruhkan lagi hubungan kami.

    Petang itu aku pulang lewat ke rumah kerana menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. Pening kepala aku menguruskan kerja-kerja itu sehingga aku terlupa untuk mengisi perut. Sudahla aku tidak makan tengahari tadi. Tiba-tiba aku mendapat mesej dari Adam. Ya Allah, aku terlupa untuk memberitahunya yang aku masih belum pulang ke rumah. Mesti dia menanti aku. Makanan malam juga aku masih tidak sediakan. Subhanallah, isteri apakah aku ini? Lantas aku membalas mesejnya.

    Waalaikumussalam, Saya masih di pejabat. Awak jangan tunggu saya, baik awak balik rumah Kak Zura.

    Tiada balasan mesej darinya. Mungkin dia mengikut cadanganku untuk pulang ke rumah Kak Zura. Biarlah dia bersama isteri tercintanya. Aku yang mencadangkan itu tapi aku pula yang sakit hati. Oh hati...agaknya inilah perasaan wanita-wanita lain yang bermadu.

    Tepat pukul 6.30 petang aku tiba di rumah dengan perasaan sedih mengenangkan yang Adam sedang gembira bersama Kak Zura. Tidak terfikirkah dia untuk memujuk aku yang telah dia lukai tempoh hari? Sudah nasib badan gamaknya. Redha je la Syafira oi. Dengan langkah longlai aku melangkah menuju ke tangga.

    "Ira dah balik?" muncul Adam dari bahagian dapur.

     Aku kaget. Terlepas beg dari pegangan tanganku apabila melihat dia sedang memakai apron dan sudip di tangan. MasyaAllah, neomu kwiyeowo!!( sangat comel!!) Wajahnya juga berseri-seri apabila melihat aku. Aduhai, boleh kena heart attack aku macam ni.

    "Eh, er...awak... bua...buat apa kat sini?" soalku tergagap-gagap.

    "Laa...ni pun rumah abang, takkan abang tak boleh balik sini? Ira pergi mandi dulu lepas tu kita makan. Abang masak special untuk sayang" ujarnya bersama senyuman manis.

    Dush! Hatiku dipanah senyumannya. Ish, awatla dia nampak comel sangat pakai apron tu? Aduhai... Aku kemudian pantas bergerak ke bilik untuk membersihkan diri. Teringin juga ingin mengetahui apa yang dimasaknya. Masakan Doktor Adam tidak kurang hebatnya! Sungguh sedap, kalau dah cuba mesti nak lagi.

    Aku tiba di meja makan dengan perut yang berkeroncong. Perang dingin antara aku dengan Adam aku tolak tepi dahulu , yang penting perut aku harus diisi. Aku terpegun melihat hidangan yang tersedia di meja makan. Satu pinggan besar lasagna dan satu pinggan besar meatball spaghetti yang sungguh menyelerakan. Aku menelan air liur. MasyaAllah, rezeki aku di petang hari dapat merasa masakan suami sendiri.

    "Abang masak simple je sebab tengahari tadi Ira mesti dah makan nasi kan? Jadi abang masak makanan yang tidak mengenyangkan sangat" kata Adam kepadaku sambil menceduk lasagna ke pingganku.

     "Saya tak makan lagi, tadi sibuk sangat"jawabku dengan selamba. Langsung terlupa akan rajukku kepadanya. Dia memandangku dengan tajam.

     "Tak makan tengahari lagi? Ira tahu tak betapa pentingnya makan tengahari? Kalau kena gastrik macam mana? Dahla Ira baru sembuh" bebelnya kepadaku. Aku mencebikkan bibir. Nasib kau la Syafira, siapa suruh kahwin dengan doktor, kan dah kena marah.Huhu...

"Biarlah sakitpun, bukan ada orang peduli. Biasalah, orang yang tidak penting macam saya ni memang sentiasa dipinggir, tidak diperdulikan perasaannya" kataku dengan nada menyindir.

    Dia terdiam. Dia melabuhkan punggung di kerusi bertentangan denganku. Pandangannya juga terarah kepadaku. Dia ingin berbicara namun teragak-agak. Setelah berdiam diri seketika dia akhirnya membuka kata.

    "Ira masih marahkan abang?" soalnya dengan berhati-hati.

    Aku hanya diam.Entahlah, aku sendiri tidak tahu apa lagi yang harus aku rasa. Sungguh aku kecewa dan terluka tapi apakan daya dia suamiku, insan yang akan membimbingku dunia dan akhirat. Aku pula amanahnya. Mungkin dia tidak sengaja melukakan aku tempoh hari.

    "Mulanya abang tidak percaya apa yang Zura bagitahu abang, tetapi dia tunjuk kepada abang gambar Ira dan Jaehyuk berdua di hotel Angsana. Abang jadi marah. Abang rasa dikhianati"luahnya kepadaku. Aku terkejut besar. Sehingga begitu sekali Kak Zura memfitnah aku.

    "Sepatutnya awak siasat dulu. Tanya saya apa yang terjadi, memang betul saya dengan Jaehyuk ke hotel tu tapi kami berdua menunggu klien. Lagipun kami duduk berdua tidak sampai lima minit itupun dengan jarak yang sememangnya kami jaga"kataku kepadanya.

    "I know, I know. It just that, abang tak boleh kawal perasaan abang. Abang langsung tidak pernah dengar ungkapan cinta dari Ira. Abang rasa unsecure. Mungkin Ira pernah mencintai lelaki lain. Mungkin Ira masih cintakan lelaki itu sehingga sekarang. Mungkin juga lelaki itu ialah Jaehyuk. Semua persoalan itu sentiasa bermain di minda abang. Walaupun Ira milik abang, tetapi hati Ira abang tidak pasti" luahnya dengan lemah.

    Hatiku tersentuh malah aku juga terkejut dengan luahannya. Sungguh aku tidak sangka itu yang dia fikirkan selama ini. Memang benar aku tidak pernah mengungkapkan kata-kata cinta kepadanya. Hal itu kerana aku tidak pasti samada dia benar-benar mencintai aku. Aku bimbang aku dikecewakan setelah hati dan jiwaku diserahkan kepadanya.

    "Entahlah awak, saya tidak tahu apa yang harus saya katakan. Hati saya perlukan masa untuk melupakan apa yang awak telah lakukan"jawab aku tanpa memandangnya namun aku tahu dia kecewa seperti mana aku.


    Malam itu, aku solat magrib dan Isyak sendirian, Adam seperti biasa akan ke masjid yang berdekatan untuk menunaikan solat berjemaah di sana. Setelah membaca beberapa helai muka surat Al-Quran aku ke meja untuk menyiapkan sedikit kerja yang masih tertangguh. Sambil menunggu azan Isyak ada faedahnya juga aku siapkan kerja-kerjaku tidaklah nanti aku kelam kabut untuk menyiapkannya.

    Sebaik sahaja aku tiba di meja tulis, aku melihat sehelai sampul surat berwarna merah hati di hadapanku. Siapa punya pula ni? Aku segera membukanya. Mataku bulat memandang dua keping tiket penerbangan ke Korea. Biar betul? Adam yang punya kah? Adakah ini bermaksud aku dan dia akan ke Korea? Ya Allah, jika betul sungguh gembira aku rasakan. Biarpun baru hampir enam bulan aku tinggalkan Korea namun aku tetap rindu. Rindu masakan disana, rindu akan teman-temanku dan juga rindu akan pemandangan yang indah disana. Aku harus tanya Adam nanti adakah tiket ini untuk kami berdua?

    Aku menunggu kepulangan Adam dengan perasaan yang teruja. Tiket kapal terbang itu masih erat di tangan. Setelah selesai menunaikan solat Isyak aku terus turun ke ruang tamu dan menunggu kepulangannya. Sungguh tidak sabar aku rasakan menanti kepulangannya. Lambatnya pak cik ni!

    "Assalamualaikum.."kedengaran satu suara dari luar pintu rumah.

    Aku segera memecut 200 kilometer sejam ke arah pintu. Usain Bolt pun kalah ni! Dia kelihatan baru memasuki rumah, aku terus menerpa. Dia berpaling ke belakang, aku sudah sedia menanti dengan soalan yang kusimpan. Belum sempat aku bertanya dia terkejut besar melihat aku tersembul di hadapannya, hampir sahaja dia melompat kerana terkejut.

    "Ya Allah, Ira, kenapa tiba-tiba muncul depan ni? Terkejut abang!"marahnya sambil mengurut-ngurut dada. Aku tersengih. Rasakan! Selalu dia yang membuat aku sakit jantung kali ini giliran dia pula.

    "Saya nak tanya pasal tiket ni"aku terus menunjukkan tiket penerbangan ke Korea yang ku pegang erat dari tadi lagi. Dia terkebil-kebil seketika sebelum menguntumkan senyuman manis.

    "Itu hadiah dari abang untuk sayang. Kita akan pergi lepas Ira dapatkan cuti selama lima hari dari bos Ira" katanya kepadaku.

    Betul ke apa yang aku dengar ni? Aku akan ke Korea? Ya Allah, rindunya aku dengan suasana di sana. Tanpa sedar aku terpeluk Adam dek kerana terlalu gembira.

    "Nan neomu haengbokhaeyo!( saya sangat gembira!)" jerit aku keriangan. Bahasa korea aku pun terkeluar sama.

    "Wow, I never expect this" kata-katanya menyebabkan aku bagaikan tersedar dari mimpi.

    Ya Allah, macam mana pulak aku boleh terpeluk pak cik ni? Aduh, memalukan sungguh! Aku segera melepaskan pelukanku yang tidak sengaja itu. Adam pulak ku lihat tersengih-sengih kebahagiaan. Suka lah tu! Ish, dahla aku dengan dia masih dalam mode perang dingin nanti tidak pasal-pasal dia ingat aku sudah memaafkan dia. Tidak boleh jadi ni. Perang dingin masih perlu diteruskan sehingga aku sendiri yang memutuskan untuk mendeklarasikan perjanjian pendamaian kami. Adam masih dengan sengihannya manakala pandangannya pula tidak lepas memandang wajahku yang sudah berubah merah ini.

    "Apa pandang-pandang?" aku melepaskan amarahku kepadanya biarpun aku sendiri yang tersilap.

    "I did nothing. Abang rasa inilah kali pertama yang Ira peluk abang. Selalunya Abang yang peluk Ira" katanya lagi.

    Kali ini sengihannya makin melebar. Aku menjeling geram dan meninggalkan dia sendirian di depan pintu. Malas aku nak melayan kerenah dia. Keraskan hati kau Syafira, perang tetap di teruskan!

 

    Keesokkan harinya, aku segera menghantar pemohonan untuk bercuti kepada pihak atasan. Teruk jugak aku dikenakan oleh mereka semua kerana mereka beranggapan aku ke Korea kerana ingin berbulan madu.

    "Lepas balik nanti adalah tu berita gembira" usik Farahanim. Aku mencebik geram.

    "Apa kau ni! Aku pergi jumpa kawan-kawan lama kat sana je la"aku memberi alasan.

    "Eleh, padahal nak berbulan madu bersama suami terchenta kan?" Giliran Mira pula mengusik aku. Ish, mereka berdua ni kan, geram betul aku!

    "Korang berdua ni kan!" marah aku sambil membaling beberapa ketul kertas yang aku gumpal. Mereka berdua tergelak besar sambil mengelak balingan kertas yang aku sasarkan ke arah mereka.

    "Ira, kau ni comellah, patutla Adam suka sangat kacau kau"kata Farhanim lagi. Aku memeluk tubuh sambil memuncungkan bibir tanda protes. Suka sangat mereka menyakat aku.


    Akhirnya aku hari yang ditiba kini muncul, aku akan berangkat ke Korea dengan menaiki penerbangan kelas pertama.Sehari sebelum aku dan Adam bergerak ke KLIA, kami berdua awal-awal lagi telah ke rumah Umi untuk meminta keizinannya biarpun kata Adam Umi sememangnya tahu akan pemergian kami ke Korea.

    Aku sedikit gentar untuk ke rumah Umi setelah pelbagai layanan yang aku terima dari Umi. Aku bimbang Umi masih memarahi dan mencurigai aku. Kami tiba di rumah Umi tepat pukul 9 pagi. Setelah memberi salam aku dan Adam masuk ke dalam rumah. Rindu pula aku dengan rumah ini. Setelah kejadian aku dan Kak Zura tempoh hari, aku langsung tidak pernah menjejakkan kaki ke rumah Umi. Umi pula tidak datang melawat aku sewaktu aku jatuh sakit dulu. Mungkinkah Umi sudah membenci aku? Anak angkat yang hanya menumpang kasihnya.

    "Umi sihat?" tegur aku sewaktu Umi sedang menghidangkan sarapan pagi di meja makan.

    "Alhamdulillah, sihat"jawab Umi. Namun Umi masih tidak memandang wajah aku. Aku masih tidak berputus asa.

    "Umi, Ira akan ke Korea esok, mohon Umi doakan keselamatan kami"kataku dengan sayu.

    "InsyaAllah" jawab Umi. Biarpun Umi masih dingin denganku, aku tetap bersyukur Umi masih mahu berbicara denganku.

    "Tentang Zura, Umi jangan risau. Adam dah benarkan dia pulang ke rumah keluarga dia. InsyaAllah dia tak apa-apa" Adam menyambung kata. Umi kulihat mengangguk tanda setuju dengan tindakan Adam.

    "Hati-hati dekat sana"pesan Umi kepada kami berdua. Aku dan Adam mengangguk. Aku juga sempat memeluk Umi sebelum pulang. Syukur Umi membalas pelukanku dengan erat.

    Setelah pemeriksaan pasport dan bagasi dilakukan, kami menaiki pesawat yang tersedia untuk ke Korea. Perasaan teruja menguasai diri. Lebih kurang enam jam kemudian aku dan Adam akan menjejakkan kaki ke negara yang indah itu. Memandangkan sekarang musim bunga sudah pasti pelbagai jenis bunga sedang kembang indah di sana. Membayangkan suasana di sana sahaja sudah membuat hati aku sayu.

    Lima tahun aku hidup di Korea, pelbagai kenangan pahit manis dan susah senang aku lalui. Semuannya masih kekal diingatan. Aku juga sudah menelefon sahabat baikku, Kim Jung Hwa dan memaklumkan kedatangan aku dan Adam ke sana. Kami juga sudah menempah bilik di rumah tumpangan milik ibunya. Aku ingin Adam merasa suasana tinggal di rumah kampung berbanding tinggal di hotel. Semoga perjalanan kami selamat, amin!

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna