Home Novel Cinta With All My Heart
Bab 9 : Adorable

                                                                   BAB 9


    Kebiasaanya insan lain mandi menggunakan shower cream aroma theraphy tetapi pagi ini aku mandi menggunakan shower cream angry theraphy, membara hati, terbakar jiwa mengenangkan sikap tidak normal Adam. Tidak pernah aku melihat perangainya sebegini rupa sejak aki tinggal serumah. Apa yang aku tahu, dia sentiasa serius, jarang sekali dia bergurau dengan aku dan Alya. Perangainya yang semalam memang menyakitkan hati. Ah, migraine aku dibuatnya! Nak kata datang bulan, aku yang mengalaminya bukan dia. Haish, apa agaknya masalah dia?

    Usai mandi aku lengkap berpakaian dan perlahan-lahan aku keluar dari pintu bilik air dan Adam aku lihat sedang bersedia untuk ke Masjid untuk menunaikan solat subuh berjemaah, mungkin dia telah membersihkan diri di biliknya sendiri yang kebetulan berada bertentangan dengan bilik aku. Aku sedikit kagum dengannya, jarang ada lelaki yang sanggup bangun dari tidur yang lena untuk ke masjid malah ada yang terlepas begitu sahaja. Bukankah ada hadis pernah berkata "Orang yang melakukan solat subuh berjemaah akan mendapat cahaya yang sempurna di hari kiamat. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: “Berilah khabar gembira pada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa ia akan mendapat cahaya yang sempurna di hari akhirat.” (HR Abu Daud dan Tarmizi). Sedikit sebanyak amarah yang bergelora di hati kian padam dan buat seketika aku rasakan dia telah normal.

    "Sayang tak boleh solatkan, tunggu abang balik ya. Nanti boleh kita sambung balik gurau manja kita" sambil tersengih dia mengusikku. Dia buat perangai balik...Sakit kepala aku dibuatnya. Bila masa pula aku nak bergurau manja dengan dia, pergi bergurau dengan Kak Azura, lagi berbaloi kalau bergurau dengan aku ada juga yang kena belasah nanti. Selembut-lembut aku, seni mempertahankan diri taekwando bersemadi dalam diri tahu.

    Setelah melihat tiada reaksi dari aku dia segera keluar dari bilikku memandangkan waktu subuh semakin hampir. Setelah melihat dia keluar aku menghela nafas lega, trauma aku dibuatnya. Tudung chiffon bidang 60 berwarna merah jambu aku sarungkan ke kepala setelah memakai anak tudung dan inner, kemudian aku beralih pula memakai sarung lengan dan stokin memandangkan masih ramai sanak-saudara Adam yang masih berkampung di rumah ini. Majlis persandingan akan diadakan lusa walaupun aku sebenarnya malas untuk turut serta. Kalau diikutkan hati ingin sahaja aku biar Adam bersanding sorang-sorang, biar padan muka dia, hahaha...


    "Awal pengantin baru bangun?"soal Mak Ngah Ros sambil menguntumkan senyuman mengusik. Dia sedang sibuk memasak pelbagai juadah untuk sarapan pagi antaranya nasi goreng, bihun goreng dan karipap. Aku memuncungkan bibir tanda protes.

    "Ala, Kak Ira, jangan sedih. Suami kesayangan Kak Ira tu pergi masjid kat depan rumah tu je. Nanti balikla dia"usik Rodiah pula, anak gadis sulung kepada Mak Ngah.

    " Banyaklah sedih, berapi adalah" tanpa sedar aku mengeluarkan kenyataan seperti itu. Rodiah dan Mak Ngah memadang aku dengan aneh. Alamak, terlepas cakap la pulak.

    "Mak Ngah, Ira lapar" rengek aku kepada Mak Ngah, sengaja untuk mengalih perhatiannya.

    "Iyelah, nak siap dah ni. Sabar kejap ye"pujuk Mak Ngah. Rodiah memandangku sambil menggeleng kepala.

    "Kak Ira ni manja betul, macam manalah bila akak mengandung nanti, agaknya mesti lagi manja" usik Rodiah kepadaku. Tersedak aku seketika. Mengandung? Macam tak mungkin je. Er, bila mengingatkan perangai Adam semalam, kemungkinannya adalah sangat tinggi. Huhu...

    "Rodi, tomato ada tak?"soal aku kepada Rodiah, sayur kegemaranku harus ada ketika aku bersantap. Amboi, perasan kerabat diraja la pula.

    "Ada, tapi raw punya la. Akak nak makan yang macam mana? Biar Rodi masakkan" ujarnya kepadaku sambil bergerak ke arah peti ais untuk mengeluarkan tomato dan dibawa ke sinki.

    "Eh, tak apa. Biar akak yang masak" ujar aku tidak mahu menyusahkannya kerana di dalam rumah ini hanya aku yang menggemari tomato.

    "Mana boleh, pengantin mesti berehat. Nanti hilang seri tu kena asap" usiknya. Oh ye ke? Lagi aku nak memasak dibuatnya kalau aku muka aku hilang seri kemungkinan besar Adam akan berhenti mengenakan aku adalah sangat tinggi. Oh yeah!

    "Tak apa biar akak masak, dah. Pergi tolong Mak Ngah hidangkan makanan" arah aku kepadanya sambil tersengih. Seronoknya bila difikirkan yang aku akan bebas jika Adam tidak memberi perhatiannya yang memang tahap maksima itu kepadaku.

    Aku memotong tomato sebiji demi sebiji dan apabila telah selesai aku teruskan dengan memotong kobis pula. Aku bercadang ingin menggoreng kedua-dua sayur ini bersama kicap sahaja, senang dan cepat masak hanya memerlukan kira-kira 15 minit sahaja.

    "Sayang buat apa tu?" soal satu suara tiba-tiba. Aku tersentak dengan teguran Adam yang tiba-tiba mucul entah dari mana sehingga menyebabkan pisau ditangan menghiris jari telunjukku.

    "Aduh!"pisau di tangan aku terlepas serta merta. Darah merah pekat mulai mengalir keluar dari jariku. Pantas aku menekup jariku kerana aku sedikit fobia melihat darah tetapi tidaklah sehingga ke tahap mabuk darah.

    "Ya Allah,Ira!" dia segera meluru ke arahku dan cuba memeriksa tanganku namun aku masih menekup jariku dengan erat kerana terlalu terkejut.

    "Biar abang tengok tangan tu" tegas dia berkata sambil cuba merungkai tekupan kemas tanganku. Aku hanya membiarkan. Wajahku berubah pucat apabila melihat darah yang agak banyak keluar dari kesan luka di jariku. Dia mendudukkan aku kemudian memeriksa lukaku dengan lebih terperinci.

    "Kenapa ni Ira, Adam?"soal Umi dengan wajah risau. Dia tergopoh-gapah datang ke dapur sambil memegang pinggan di tangan. Mak Ngah dan Rodiah turut menyerbu ke arah kami.

    "Apa dah jadi ni,Ira?"

    "Akak!" serentak ibu dan anak itu berkata. Aku menguntumkan senyuman cuba mengurangkan kerisauan mereka namun dahi aku berkerut menahan pedih yang amat.

    "Umi, boleh tolong ambilkan safety kit dalam bilik Adam" ujar Adam kepada Umi.

    Lantas Umi dan Rodiah bergerak mencari kotak keselamatan itu. Sambil Itu Adam cuba menghentikan pengaliran darah yang berlaku di jariku. Tidak lama kemudian, mereka berdua tiba lantas Adam mengeluarkan cecair pencuci luka, ubat luka dan pembalut luka. Dia merawat lukaku dengan serius dan teliti. Sesekali aku mengaduh kesakitan dan dia akan lebih berhati-hati agar tidak menyakitkan aku. Selesai membalut lukaku dia memandang aku dengan raut muka yang serius.

    "Ira buat apa sampai luka macam ni sekali?"soalnya dengan nada agak tinggi. Hatiku sentap. Aku tengah sakit begini pun masih dimarah-marah.

    "Ira nak masak" jawab aku dengan suara serak menahan tangis.

    "Nak masak apa lagi? Dekat luar tu dah banyak makanan. Tak cukup lagi ke?"marah dia lagi sambil memandang tepat ke mataku. Aku membalas pandangannya dengan mata yang berkaca.

    "Tapi Ira nak makan sayur goreng" dengan air mata yang mengalir aku menjawab. Wajah aku tundukkan untuk menghalang airmataku yang mengalir dilihatnya. Sebaliknya, dia terus menarik aku kepelukannya.

    "Dah, jangan nangis. Abang tak marah pun"pujuknya sambil mengusap perlahan ubun-ubunku. Aku menyembamkan mukaku ke dadanya dan menangis teresak-esak dan dia masih setia bersamaku. Aku dapat mendengar degupan jantungnya berdegup pantas. Umi, Mak Ngah dan Rodiah tersenyum melihat kami yang tiba-tiba buat drama Korea didapur. Aduh, malunya!

    "Adam, bawa Ira ke meja makan, biar Umi yang masakkan sayur tu. Ira mana boleh makan kalau tak ada makan kegemaran dia" kata Umi lagi. Hati aku sedikit terubat, dapat juga aku makan sayur goreng.


    "Tak sangka manja juga isteri abang ni. Selama ni nampak je tabah, kena marah sikit dah nangis." usik dia ketika membawa aku ke meja makan. Ketika itu tangisan aku sudah reda namun air mataku masih bersisa. Aku memandangnya dengan cebikan di bibir tetapi air mata aku yang dah berhenti kembali mengalir, hatiku yang sensitif ini semakin tersentuh dibuatnya. Aku pun tidak tahu mengapa mungkin disebabkan aku datang bulan emosi aku semakin tidak stabil.

    "Ala, abang gurau je, dah, dah, jangan nangis, muka tu dah macam pakai blusher dah abang nampak" pujuknya sambil menyapu perlahan air mata yang menitis.

    "Awak la buat saya nangis" marah aku padanya.

    "Abang tahu sebab tu abang minta maaf, Ira buat abang risau tahu. Lepas ini Ira tak payah masak lah, biar Alya je yang masak" katanya kepadaku. Terkesima aku dibuatnya. Memasak itu hobi kegemaran aku mana boleh tinggal begitu sahaja!

    "Tak kira, saya nak masak jugak. Awak jangan, nanti saya nangis lagi baru tahu!"ugut aku.

    "Ok, ok, Ira boleh masak tapi tunggu lepas jari tu dah sembuh. Lain kali nak nangis, nangis depan abang je, jangan bagi orang lain tengok" katanya dengan serius.

    "Kenapa pulak?"soal aku dengan hairan. Airmata yang mengalir kian reda.

    "Nanti abang cemburu"jawabnya ringkas sambil mendudukan aku di kerusi.

    "Haa?"macam tak masuk akal. Aku menangis pun dia cemburu? Normal ke tidak dia ni? Sebelum menjawab dia memandang aku dengan senyuman manis.

    "Because you too adorable. You make me want to hugs you all day long"jawabnya. Aku menarik muka masam. Apalah dia ni. Ingat aku patung mainan ke apa?

    Ketika di meja makan, Adam berkeras untuk menyuap makanan kepadaku walaupun telah berkali-kali aku cuba elakkan kerana aku masih mampu makan dengan tanganku sendiri. Alasannya, aku tidak boleh menggerakkan tanganku terlalu banyak bimbang luka yang telah tertutup rapat akan terbuka kembali. Hmm...logik juga. Tetapi malulah! Semua mata yang ada memandang kami.

    "Hai, romantik betul korang berdua ya"tegur Abang Syazwan, sepupu Adam yang seusia dengannya.

    "Biasalah Wan, indirect kiss" tersedak aku seketika. Indirect kiss? Baru aku perasan yang kami menggunakan sudu dan garfu yang sama. Muka aku membahang menahan perasaan malu yang mula menguasai diri. Dia ni kan, tidak reti nak mengawal mulut tu ke? Dari semalam cakap benda-benda yang merapu. Sakit hati aku! Mereka yang ada disitu ketawa melihat wajah aku yang berubah merah. Sudahla menangis di dalam pelukannya, kini makan bersuap pula, mana aku nak letak muka aku ni?

    "Amboi, indirect kiss bagai. Nanti boleh bagi Umi cucu cepat-cepat , lama dah Umi menanti" Umi, kenapa Umi pun terlibat sama?

    "InsyaAllah Umi" jawab Adam dengan yakin sambil tangannya melingkari pinggangku dengan erat. Dia ni memang nak kenalah! Satu sepakan penalti aku hadiahkan ke kakinya. Tersentak dia seketika, sambil wajahnya berkerut manahan sakit. Aku melemparkan senyuman kemenangan kepadanya dan dia mengetap bibir, geram mahupun menahan kesakitan barangkali.

    " Kenapa Adam, berkerut muka. Sakit ke?"soal Mak Ngah. Aku ketawa terbahak-bahak di dalam hati. Rasakan penangan dari aku, main-main lagi ya.

    "Tak ada apa Mak Ngah. Seronok tengok muka isteri tercinta ni. Comel sangat!"katanya sambil mencubit geram pipiku yang gebu. Aku menggosok perlahan pipiku dan melayangkan jelingan maut ke arahnya. Dia membalasnya dengan kenyitan mata yang nakal. Menyampah aku!

    "Adam dah fikirkan tempat bulan madu?"soal Umi lagi.

    "Dah Umi, InsyaAllah lepas Adam selesaikan segala kerja, Adam akan bawa Ira ke sana" jawab Adam. Aku tersentak. Bulan madu? Kenapa aku tidak diberitahu tentang hal ini? Gawat ni, macam mana aku nak berhadapan dengannya seorang diri nanti? Perangai doktor yang seorang ini sangatlah membimbangkan. Ya Allah, selamatkanlah aku nanti.

    "Kenapa sayang, senyap je?"sengaja dia bertanya soalan itu kepadaku. Provokasi ya. Aku hanya diam tetapi tangan aku merayap ke pinggangnya mencari sasaran untuk dicubit. Walau bagaimanapun, belum sempat aku menyerang, tangan aku digengam dan dibawa ke pahanya. Aku cuba menarik namun kudratku tidak setanding kudratnya.

    "Don't worry sayang. Abang akan buat hari itu hari yang tidak dapat Ira lupakan seumur hidup Ira" bisiknya ke telingaku. Bulu romaku tegak berdiri. Aku dah agak mesti dia akan bersikap seperti ini. Hananim, jebal nareul teowajushipshio...(Oh, tuhan, tolonglah aku...)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Adeeba Eryna