Home Novel Cinta BUNGA ALBINO
BAB 23- TARIQ KECELAKAAN!!

Tariq menompang dagu, berfikir dalam. Sudah beberapa hari dia berfikir, setelah ditimbal baik dan buruk akhirnya dia gagahkan jiwa untuk menghantar pesanan ringkas kepada mamanya. Sebaik siap ditaip, ditekan-tekan nombor yang sudah terukir di dalam kepala. Kalau diikutkan nombor sudah tersimpan di dalam peti simpanan, tapi saja dilambat-lambatkan. Akhirnya pesanan terkirim juga. Tidak perlu menunggu lama, hanya beberapa minit, pesanan berbalas. Dari sekeping jadi berkeping-keping.

Tariq : Saya tak mahu kahwin dengan Miera.

Mama: Jangan nak mengada-ngada.

Tariq : Saya nak kahwin dengan orang lain.

Mama: Dengan hantu!!! Kau nak cari kat mana gadis tu.

Tariq : Saya dah janji hanya akan berkahwin dengan dia.

Mama: Janji seorang diri. Gadis tu pun tak tahu apa-apa. Dah jangan banyak cakap tahun depan kahwin dengan Miera. Muktamad.

Tariq : Katakanlah saya dapat cari dia, bagaimana? Boleh saya kahwin dengan dia.

Mama: Tariq nak buat lawak ke? Mama tolong gelak ha… ha… ha…

Tariq : Saya serius. Kalau saya jumpa dia boleh ke saya batalkan berkahwin dengan Miera dan kahwin dengan gadis tu?

Mama: Boleh tapi bersyarat. Ada berani?

Tariq : Mestilah berani. Anak jantan.

Mama: Mama bagi masa hingga febuari tahun depan, kalau tak jumpa kena kahwin dengan Miera. Muktamad.

Tariq : Dah macam drama melayu la pulak. Mama curi idea cerita melayu ke?

Mama: Curi ke, mencuri ke tu tak penting. Yang penting kita dah buat perjanjian. Langgar janji jatuh munafik tahu.

Talian putus sejurus itu. “Baru nak memujuk dah putus.” Tariq berbaring. Kemudian dicapai head phone dan kepalanya mula terhayun ke kiri dan ke kanan mengikut  rentak lagu. Dia senyum nakal kemudiannya. Wajah Zikrey muncul. “Aku mesti pujuk dia supaya tolong aku dapatkan maklumat gadis tu.”

Tanpa berlengah Tariq bingkas membuka pintu bilik, melaju dia melangkah. Bila pintu kayu berwarna biru dirapati dia mengetuk perlahan. Kebiasaan yang pelik, kebiasaannya dia akan masuk tanpa izin, kadangkala akan memeranjatkan bila tombol pintu dipulas kasar dan pintu disentap laju.

“Masuklah,” balas suara dari balik pintu.

Sebaik pintu di buka, tersengih tariq. Sopan dia hilang bila melihat tilam empuk yang terbentang. Apa lagi dilompatnya ke atas katil itu. “Duss…”

“Habis katil aku, baru lepas kemas,” cemik Zikrey.

Makin tersengih Tariq, kalah kerang busuk. Kemudian dia jelir lidah buat muka raksasa, Zikrey malas melayan. Dia masih tekun membelek-belek kitab di tangan.

“Ziq… oh Ziq…,” lembut Tariq memanggil. Dia bangkit bersila.

“Cakap sajalah. Aku bukannya duduk sebatu. Mesti ada apa-apa ni, sopan semacam saja aku tengok,” sindir Zikrey. Matanya memaku wajah Tariq.

“Aku memang sopan, kau saja yang tak perasan,” ketawa Tariq pecah. Zikrey masih berwajah tenang.

“Sopan bersebab. Kalau tak bab usik- mengusik kaulah rajanya.” Zikrey pula ketawa.

Tariq berguling-guling seketika, senyum pula panjang. Dia yakin Zikrey pasti setuju dengan kehendaknya.

“Kau tahu kan dulu ada orang derma hati kat aku.” Tariq berubah serius, dia merangkak ke birai katil.

“Kau nak aku cari maklumat pasal gadis tu?” aju Zikrey.

“Bijak la kau ni Zik. Memang adik kesayangan aku.” Tariq bangun menepuk-nepuk bahu Zikrey.

“Maaf, tak boleh tolong.”

Tarik pincingkan mata. “Kenapa pulak? Soal hidup dan mati aku tahu. Kau tak mahu lihat kebahagiaan aku ke?” pujuk Tariq. Dia bersila dan memeluk kaki Zikrey.

“Masalahnya si penderma tak mahu kau atau sesiapa tahu.”

“Mana kau tahu, masa aku kena bedah kau masih belajar,” tokok Tariq.

“Aku dah cuba siasat dulu. Doktor senior beritahu. Kau tak percaya kau siasatlah sendiri. Aku tak mahu campur.” Bantah Zikrey.

“Kalau aku dapat tahu siapa gadis tu, kau bolehlah kahwin dengan Miera. Kau suka dia kan?” pancing Tariq. Dia kembali tersengih.

“Aku suka kat dia, tapi taklah sampai tergila-gilakan dia,” cantas Zikrey.

“Tak pun aku beritahu Sufie kau adik aku,” ugut Tariq.

“Aku hanya anak angkat papa dengan mama,” tersentak Zikrey, namun berlagak tenang.

“Ok… esok aku beritahu Sufie yang kita berdua adik beradik… good nite.” Tariq melangkah. Bibirnya senyum sinis.

“Jangan kau berani bocor rahsia. Bagi aku masa berfikir. Ini soal amanah kau tahu.” Zikrey berkeras.

“Kenapa kau takut sangat Sufie tahu pasal kita? ” Tariq menyoal. Dia pelik, namun dia tahu ada sesuatu yang cuba disembunyikan.

“Kau tak perlu tahu. Terlanjur kau datang, aku nak pesan sikit.”

“Apa?” terjungkit kening Tariq.

“Tengok-tengokkan juga si Daniel tu, jangan asyik buat hal sendiri. Budak tu perlukan perhatian,” nasihat Zikrey.

“Budak mulut macam orang tua tu. Mintak ampun la. Menyirap darah aku dengan dia.” Tariq mencemik bibir.

“Kau kena ingat dia sakit, bila-bila masa boleh balik. Tak salah kau mengalah, sebab mengalah bukanya kalah tapi kemenangan dalam mengalahkan ego,” kali ini giliran Zikrey pula menepuk-nepuk bahu Tariq.

Tariq bangun lalu senyum. “Ok… adikku sayang, busuk…busuk.” Dipicit pipi gebu Zikrey kemudian dia lari. Zikrey senyum. “ Bilalah dia ni nak matang? Macam budak-budak.”

Bila pintu bilik ditutup oleh Tariq, Zikrey hempas badan ke tilam, lengannya diletak ke dahi. Rasa bersalah bertimpa-timpa meramas dada, sesak nafasnya.

“Maaf Sufie. Mungkin ini yang terbaik untuk kita semua.”

Rasa lemas makin menjalar, makin menyesakkan dada. Makin merimaskan akal warasnya.

“Kalau Tariq tahu yang Sufie sebenarnya kakak ipar dia, naya. Belum lagi mama dengan Abang Rijal yang tahu. Kalau aku temukan mereka, makin sengsara, makin bernanah luka Sufie. Abang Rijal sudah lupa siapa Sufie. Lagipun aku risau kalau cinta dia tak utuh. Lebih baik semuanya berjalan seperti biasa. Biar Sufie mulakan hidup baru. Kalau dia tahu siapa aku tentu hidup dia kembali sukar. Ya lah macam mana dia nak lupakan Abang Rijal kalau bekas adik ipar dia ada depan mata.”

Lagu berirama rancak menyentak gegendang telinga Zikrey. “Siapa pula malam-malam ni.” Tertera nama mamanya. Datin Abda. Ditekan punat hijau lalu dibaca pesanan yang tertera.

Mama: Jangan kamu beritahu Tariq yang penderma hati itu ialah arwah Sufie. Mama dah janji dengan arwah akan rahsiakan perkara ni. Kamu buatlah apa saja, agar dia kahwin dengan Miera. Kalau perkahwinan ni tak jadi malu kita satu keluarga…

Pesanan itu dipadam. Dia risau jika pesanan itu tersebar. “Makin kacau nampaknya. Aku kena buat sesuatu.” Dia mencair dalam masalah itu.

***

Pukul sembilan pagi Tariq sudah terpacak di perdu pokok berhampiran pagar hospital. Apa lagi kalau tak menunggu Sufie. Hatinya berkocak, dia sudah nekad mahu pujuk Sufie membantu dia menyiasat susuk bidadari yang berlabuh dihatinya itu.

“Mana lah bunga albino ni. Selalunya dia datang awal.” Tariq senyum bila kelibat Sufie melangkah masuk.

Dia menjerit. “Bunga albino… bunga albino…”

Sufie geleng kepala. “Tak makan saman sungguh mamat seorang ni.”

Tariq berlari, tidak disedari ada kereta meluncur laju. “Prangg…” terbaring Tariq. Sufie berlari ke arahnya. Pemandu kereta tercengang namun berusaha menolong.

“Su… Sufie…” tangan Tariq mengarah kepada Sufie. Sebaik menghampiri, Sufie pegun tanpa kata, matanya membulat seakan tidak percaya bila melihat cecair pekat berwarna merah mengalir keluar.

Sufie meletakkan buku dengan cermat. Wajahnya masih tenang, direnung Tariq dengan sebal. Dia menyesal kerana memarahi Tariq beberapa hari lalu. Selepas kejadian itu Tariq menjauh diri daripadanya.

“Aku kat sini Tariq… Kau akan selamat,” Sufie memandang pemandu kereta itu. “ Encik tolong bawa dia ke wad kecemasan.” Pinta Sufie.

Batuk Tariq makin keras, bersama batuk membuak darah keluar. Wajah Sufie tetap tenang, mengusik naluri seorang lelaki. Tariq terpana seketika melihat wajah lembut penuh ketenangan itu. Sufie menyapu darah yang keluar.

“Penuhi permintaan terakhir aku?” pinta Tariq lemah. Beberapa orang mula berkerumun, sebaik menyedari perkara yang berlaku.

“Apa dia Tariq?” agak goyah nada Sufie. Matanya tak lepas memerhati Tariq, ternyata dia risau.

“Carikan aku siapa gadis tu. Carikan dia untuk aku… aku mahu lihat siapa bidadari aku,” air mata mengalir deras. Tariq lemas dalam tangisannya sendiri. Ternyata tangisan itu turut mengundang tangisan lain. Namun wajah Sufie tetap tenang walau hatinya berkocak.

“Berkerut dahi Sufie. “Cari kat mana Tariq? Aku tak tahu macam mana nak cari? Dekat mana nak dicari?” tokok Sufie.

Makin keras batuk Tariq. Pemandu dan beberapa orang cuba membantu, malah beberapa petugas wad kecemasan kelihatan sedang berlari.

Doktor Zikrey tercungap-cungap. Jantugnya gugur tiba-tiba melihat keadaan abangnya yang nyawa-nyawa ikan.

“Angkat ke wad kecemasan sekarang,” arah Zikrey.

“Tapi doc tak mahu periksa dahulu. Pesakit kena langgar, mungkin ada tulang retak atau patah. Organ dalaman pun mungkin cedera sama,” nasihat seorang jururawat.

Zikrey menunduk, memeriksa Tariq yang masih merayu kepada Sufie. Dipaku wajah Tariq sesal. Ya, dia benar- benar sesal dengan apa yang telah berlaku.

“Ok… Kecederaan pesakit tak teruk sangat. Beritahu senior doctor saya akan charge pesakit. Masukkan dia ke wad kelas A.” Zikrey senyum tenang.

“Tapi wad tu untuk orang tertentu saja. Katil pun belum tentu kosong.” Tokok jururawat.

“Jangan risau, saya kenal keluarga dia. Awak kenal kan Dato’ Megat yang macam singa lapar tu. Tak serik ke awak kena marah dengan dia bulan lepas,” selamba Zikrey berkata. Dia kini memerhati beberapa MA yang kelam-kabut bila terdengar nama Dato’ Megat. Siapalah tidak kenal dengan Dato’ Megat itu. Orangnya pembegis dan keras kepala. Hati Sufie tersentak, tidak disangka Tariq anak orang kaya.

“Saya akan uruskan yang lain. Kamu ikut saja permintaan saya.” Zikrey berlalu, dia mahu lekas ke bilik yang bakal menempatkan Tariq.

Tubuh lemah Tariq diangkat ke atas stracher,sempat ditatap wajah itu seketika. “Insya-ALLAH, aku tolong kau Tariq.” Sufie sempat senyum sebelum Tariq dibawa pergi.

***

Tariq batuk keras ketika tubuhnya diletakkan ke atas katil. Malah mengerang kecil. Zikrey hanya memerhati.

Doc yakin tak mahu saya laporkan dan daftarkan kes ni. Susah kita kalau jadi apa-apa nanti,” cadang seorang jururawat.

“Tak… saya akan bertanggunjawab jika jadi sesuatu. Saya masih baru, tapi tolong percayakan saya ya! Saya akan uruskan pesakit ni.” Wajah tenang dan berkeyakinan Zikrey mengusir kegusaran jururawat itu. Diangkat bahu, seolah-olah berkata ‘Ikut suka doc lah’ kemudian dia berlalu.

Troli stainlesstain yang siap dengan ubat dan bahan untuk luka, ditolak ke tepi. Zikrey menghampiri Tariq. Diperhati wajah lemah Tariq.

“Kau ok Tariq?” aju Zikrey.

“Aku rasa aku dah tak lama lagi… Cuma satu permintaan aku sebelum aku pergi…” Tariq batuk lagi tanpa darah. Mungkin pendarahan dalamannya sudah terhenti.

“Aku pasti tolong, kau kan abang aku. Beritahu apa yang boleh aku bantu?” wajah tenang Zikrey bertukar sayu.

“Ca… carikan siapa yang telah dermakan hati untuk aku tu. Aku mahu jumpa dia. Itulah satu-satunya hajat terakhir aku.” Tariq pegang erat tangan Zikrey, matanya berkaca. Pastilah siapa yang melihat akan menangis kerana penderitaan yang ditanggung Tariq.

Zikrey mengganguk tanda setuju. “Duss…” siku Zikrey dibenam ke perut Tariq. Tepat dan jitu. Terduduk Tariq. Dia meraung hebat. Wajahnya merona merah, air matanya keluar kerana sikuan itu.

“Kalau orang lain kau boleh tipu. Tapi bukan seorang doktor.” Zikrey merenung tajam.

“Agak-agaklah kalau geram pun. Boleh putus urat perut aku kau tahu. Kau ni adik atau musuh aku?” bentak Tariq geram.

“Bila kau nak jadi matang hah? Makin tua makin macam budak-budak. Kau tahu tak kalau Sufie tahu kau tipu dia kecil hati dibuatnya tahu.” Zikrey hempas punggung atas kerusi. Disilang kaki, matanya memaku wajah Tariq.

“Hal ni kita berdua saja yang tahu. Kalau Sufie tahu kau lah yang beritahu.” Tariq sengih sambil mengusap-usap perut.

“Kau nak ajar adik sendiri jadi pembohong. Kau tu abang, kenalah tunjukkan contoh yang baik. Ini tidak kau pula yang buat onar. Apa pun, aku tak mahu masuk campur. Aku tak mahu menipu,” cantas Zikrey.

“Aku terpaksa…” tokok Tariq.

“Terpaksa sampai kau sanggup permainkan kepercayaan orang lain,” bidas Zikrey.

“Itu sajalah jalan yang aku ada. Aku bukan tak pernah minta cara baik, dia yang berdegil tak mahu tolong aku. Kau pun sama tak mahu tolong aku. Jadi tak salah kan kalau aku guna sedikit tipu muslihat,” bela Tariq.

Zikrey tepuk dahi. “Apa pun alasannya, cara kau tetap salah. Kau pasti yang kau akan ambil gadis tu sebagai isteri kalau kau tahu siapa dia. Bukan aku tak tahu, kau dengan Abang Rijal sama saja. Jenis citarasa tinggi.”

Tariq makin tersengih, direnung ke luar. “Aku yakin aku akan kahwini dia dan cintai dia sepenuh hati. Kalau dah baik, tentulah wajahnya juga cantik jelita.” Tariq ketawa.

“Jangan suka berangan Tariq. Berpijaklah di bumi nyata. Mimpi dan impian sering menipu hakikat sebenar dunia. Kahwin sajalah dengan Miera,” nasihat Zikrey.

“Dengan ahli sihir tu! Saja cari bala lah aku kalau kahwin dengan dia. Aku tetap akan cari dan kahwin dengan gadis tu, walau apa yang terjadi.” Tariq berkeras. Dia bersilang tangan.

“Aku dah nasihat, jangan salahkan aku kalau apa-apa berlaku. Dan seperkara lagi. Kalau Sufie tanya aku tak teragak-agak beritahu perkara sebenar.” Zikrey mengancam, namun disambut tawa Tariq. Dia kemudian merebahkan badan.

Zikrey mula mengatur langkah. Pintu bilik dibuka, terpancul wajah Sufie. “Assalamualaikum… maaf menggangu, boleh saya masuk melawat Doc.

Tariq terkejut begitu juga Zikrey. Kehadiran Sufie yang tidak dijangka itu memutarkan seribu-satu kemugkinan yang bakal terjadi.

“Matilah aku kalau Zikrey beritahu hal sebenar,” wajah Tariq kelat tiba-tiba. Zikrey senyum sinis, terjungkit keningnya. Dia gembira melihat ketakutan Tariq.

“Boleh saya melawat sekarang atau saya datang sebelah petang.” Sufie senyum tenang seperti biasa. Zikrey gelabah tiba-tiba. Memang dia akan gelabah bila berhadapan dengan Sufie.

“Sekarang pun boleh… saya pergi dulu ada pesakit sedang tunggu,” laju Zikrey melagkah. Tariq senyum penuh makna.

“Ooo… kau takut dengan Sufie rupa-rupanya ya…. Siaplah kau lepas ni,”

Sufie menghampiri Tariq, wajah itu diamati, kemudian dia berpaling.

“Astagfirullah… tak sepatutnya aku tenung lelaki lama-lama. Risau akan jadi zina mata.”

Tariq masih berpura-pura tidur, dia senyum mendengar ungkapan Sufie. Tiba-tiba tubuhnya terasa hangat, dibuka seminima mungkin mata. “Dup… dup… dup…” detak jantungnya tanpa dipinta. Sufie sedang menyelimuti tubuhnya.

Kemudian dia terdengar lirih suara gadis itu berkata.

“Ya ALLAH. Jadikanlah hatinya rela dengan takdir-MU. Dan berkatilah dia dengan perkara yang telah KAU takdirkan untuknya. Sehingga dia merasa senang dengan segala takdir yang telah KAU tekdirkan untuknya. Sesungguhnya dia seorang teman yang baik untukku. Aku mohon kesembuhan zahir dan batin untuknya.”

Sufie berlalu usai berdoa. Makin kencang degupan jantung Tariq. Makin terpana dia dengan sikap sahabatnya itu, terlantun kata yang tidak dirancang.

MAAF SUFIE!


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.