Home Cerpen Thriller/Aksi BIDADARI MAUT
BIDADARI MAUT
Sufi Abqari
24/10/2013 00:26:35
3,603
Kategori: Cerpen
Genre: Thriller/Aksi

Aku dan Hakimi adalah penyiasat muda yang diupah Pengarah Besar Hospital Medik bagi menyiasat kes kematian mengejut seorang lelaki. Mati mengejut diakibatkan serangan jantung. Sesuatu yang mustahil memandangkan sewaktu mendaftar, dia disahkan mengidap penyakit paru-paru akibat kuat merokok. Hasil autopsi mengesahkan mangsa mati akibat kecuaian kakitangan hospital yang telah tersalah suntik ubat jenis ephinephrine dengan dos yang berlebihan.

Kami ke wad lelaki di blok A, Suasananya agak lengang memandangkan waktu melawat sudah tamat. Bau hanyir darah dan ubat-ubatan agak memualkan Kami. Kebanyakan pesakit ditemani oleh keluarga terdekat. Kami meneruskan penyiasatan kami untuk menyelesaikan kes itu.

Seorang wanita dempak muncul sejurus kemudian, kakinya pendek dan pengkar. Tergedek-gedek dia menghampiri. Seragam biru yang dipakai kelihatan agak kotor, mungkin kesan tumpahan sejenis cecair.

“Assalamualaikum. Saya Aslan dan ini Hakimi. Tentu Sister sudah tahu tujuan kami.” Aku tidak berbasi-basi dan sebenarnya aku tidak pandai berbasi-basi.

Ya! Silakan. Jika ada yang menyoal katakan saya sudah izinkan.” Pantas Sister Mona menjawab.

“Sister. Siapa yang terakhir bersama mangsa. Saya mahu mereka berjumpa kami esok pagi. Letakkan mereka sebilik .” Aku meminta kepada Sister Mona, manakala Hakim berkerut seribu.

“Baik!” Pendek sahaja jawapan daripada Sister Mona. Kemudian dia meninggalkan kami kerana perlu menguruskan pesakit.

Pertama yang aku lakukan adalah ke bilik mangsa pembunuhan. Memandangkan mangsa orang berada, maka mangsa telah ditempatkan di bilik persendirian dan itu lebih memudahkan penyiasatan kerana tentunya bahan bukti masih belum terusik. Malah bilik itu tidak terusik sejak kematian itu diragui oleh Pengarah Hospital itu.

Katil di dalam bilik itu mengeluarkan bau yang tidak menyenangkan dan agak kotor malah tidak terurus. Sebuah television besar tergantung. Aku melangkah yakin. Berhampiran katil, di atas sebuah meja terdapat sebuah mesin ‘Nebulizer’ yang selalu digunakan oleh pesakit yang menghadapi masalah pernafasan. Mungkin kerana Asma. Tetapi yang pasti mangsa adalah seorang perokok tegar.

Sebuah troli berada pada sudut hospital. Kulihat beberapa bekas dan ubatan di atasnya. Ada sebuah gelas aluminium yang agak kusam dan di dalamnya terdapat satu tiub kaca yang masih tersisa cecair ubat. Bila diamati ada sesuatu yang pelik pada lebel ubat tersebut.

Pada cadar katil itu tertulis perkataan ‘S.M.P’. Aku menggaru dagu, cuba mengaitkan tulisan itu dengan siri pembunuhan, namun idea itu kelihatan janggal atau lebih tepat agak bodoh. Pada lantai pula kelihatan kesan tapak kasut yang agak pudar, mungkin kerana seseorang dengan kasut basah akibat kotoran telah berjalan di dalam bilik itu.

Hampir sejam aku menyiasat bilik itu sebelum aku keluar dan meneruskan siasatan di ruangan lain. Tepat pukul sembilan malam aku bertemu Hakim di taman hospital.

“Bagaimana.” Pendek aku menyoal.

“Ada sesuatu yang tidak kena mengenai hospital ini.” Hakimi berkata cemas.

“Nampaknya ini bukan kes kecuaian, tapi sebaliknya.” Hakimi berkata lagi. Dia teruja untuk berkongsi hasil penyiasatannya.

“Mereka dibunuh dengan modus operandi yang sama.” Hakimi separuh berbisik. Dia kelihatan berhati-hati.

“MEREKA!” Aku separuh terkejut. “Bermakna mangsa lebih dari seorang.” Wajahku yang agak pucat bertambah pucat, kerana terkejut.

“Aku ke bahagian simpanan rekod-rekod lama dan apa yang memeranjatkan adalah selang sebulan pasti ada yang meninggal kerana serangan jantung.” Hakimi diam. Sebelum menyambung, dia memerhati sekeliling. Bila diyakini selamat, dia kembali bersuara.

“Kesemua mangsa didaftarkan atas penyakit lain, disahkan tidak kritikal dan boleh diselamatkan, namum mati akibat serangan jantung mengejut. Itu bermakna mereka dibunuh seseorang.” Hakimi berkata, kemudian senyap bila seorang pesakit wanita melintasi mereka.

“Sudah berapa lama perkara ini berlaku.” Aku semakin berminat.

“Sudah tiga tahun dan tiada sesiapa yang menyedari.” Hakimi mendengus marah.

“Nampaknya kita ada seorang lagi Kristen.” Aku senyum pahit.

“Siapa Kristen dan siapa pula seorang lagi.” Hakimi agak bingung. Seolah-olah aku menyembunyikan sesuatu.

“ Nanti bila masanya tiba, barulah aku beritahu siapakah Kristen.” Aku bingkas bangun kemudian dituruti Hakimi. Kami sudah berjanji untuk bertemu Pengarah Hospital Medik keesokan hari.

Pagi-pagi lagi Hakimi sudah menunggu di tangga paling bawah hospital. Kami kemudian berjalan beriringan ke bilik Pengarah Besar. Bila pintu bilik dibuka kelihatan beliau sedang memegang sesuatu, namun sebaik menyedari kedatangan kami, cepat-cepat beliau menyembunyikannya di dalam laci.

“Bagaimana hasil siasatan kamu. Saya mengharapkan sesuatu yang memuaskan. Sebagai pengarah baru di sini sudah menjadi tanggunjawab saya menjaga nama baik hospital ini.” Angkuh nada suaranya membuatkan Hakimi sedikit geram.

Aku hanya menceritakan perkara biasa sahaja. Bimbang jika yang disangka malaikat rupanya syaitan. Dtambah dengan kelakuannya sebentar tadi. Jadi aku memutuskan ini bukanlah masa yang terbaik untuk bercerita.

Sebenarnya kami diupah untuk menyelesaikan kes ini dalam masa tiga hari bersesuaian dengan syarat keluarga mangsa atau Hospital Medik bakal disaman. Selesai melaporkan perkembangan siasatan kami bergegas untuk berjumpa suspek kes pembunuhan.

“Bila kes ini berjaya, Pengarah Hospital tulah yang akan jadi heronya. Kononya nanti dia telah berjaya menangkap penjenayah itu. Licik rupanya dia.” Hakimi masih tidak berpuas hati.

“Biarkan saja.” Aku ketawa pendek.

Bila kami sampai ke bilik mesyuarat kecil bersebelahan unit dietatik, aku mengarahkan Hakimi untuk memerhatikan gerak geri ketiga-tiga suspek dengan teliti. Apakah yang akan dilakukan bila salah seorang memberikan keterangan?Pergerakan mata, malah segala-galanya selagi pergerakan itu mencurigakan.

“Assalamualaikum dan selamat pagi.” Kami memberi salam serentak dengan penuh yakin dan sedikit senyuman yang sengaja dibuat-buat.

Tiga orang jururawat sedang menghadap kami.Tiada meja diletakkan di antara kami. Sengaja aku alihkannya agar setiap inci pergerakan mereka dapat dilihat dari kaki hingga ke atas.

Jururawat pertama bernama Alice. Merupakan seorang gadis berbangsa Cina dan berumur 25 tahun. Jururawat bukanlah kerjaya pilihanya tetapi kerjaya paksaan. Paksaan itu telah menyebabkan dia sentiasa memberontak dan berkelahi dengan pesakit.

Jururawat kedua ialah gadis yang berumur 4o tahun, kelihatan sentiasa menundukkan kepala dan berbangsa India. Dia dipanggil Thilaga oleh teman-teman. Seorang anak dara tua yang tinggal bersendirian. Namun sejak kebelakangan ini dia sering dilihat bersama dengan seorang lelaki yang tidak dikenali.

Manakala jururawat ketiga atau lebih tepat suspek terakhir merupakan seorang wanita Melayu bernama Fadilah dan berumur 32 tahun. Sepanjang sesi itu dia kelihatan sering mengusap-ngusap tengkuknya malah sentiasa gelisah. Menurut Sister Mona, anak buahnya itu seorang yang cemerkap dan sering tersalah memberi ubat kepada pesakit.

“Gila! Memang saya ada bertengkar dengannya sebelum dia mati, tapi saya tak bunuh.” Alice meradang. Tangannya memeluk tubuh, sambil dia bersandar pada kerusi. Kakinya pula disilang.

“Kamu ugut nak suntik dia dengan racun, pada pagi sebelum dia mati. Betul atau tidak?” Aku menyoal.

Alice memfokuskan matanya ke atas dan ke kiri. Kemudian dia menjawab dengan senyuman sinis. “Ya! Puas hati. Dia memang layak mati. Dasar lelaki tua gatal. Berani dia tepuk punggung saya.”

“Jadi kamu membunuhnya?” Aku menyoal kembali.

“Tidak! Tapi saya harus berterima kasih kepada pembunuh itu.” Alice menjawab pantas. Tangannya masih menyilang kemas dengan badannya masih bersandar malas pada kerusi. Aku mengalihkan pandangan pada Fadilah pula.

“ Mungkin kamu. Menurut Sister Mona kamu seorang yang cemerkap semasa menjalankan tugas. Mungkin kamu sengaja menggunakan helah ini untuk tujuan membunuh.” Aku membuat andaian.

“T-tak!” Dia kemudiannya mengosok-gosok tengkuk. Mungkin dia cuba bertenang atau cuba menyesuaikan diri dengan situasi sekarang.

“Semenjak bulan lepas Sister Mona arahkan Thilaga temankan saya untuk elakkan kejadian serupa berlaku. Lagi pun sebelum saya berikan ubat Thilaga akan periksa dahulu, adakah ubat itu betul atau tidak. Tidak pernah lagi pesakit seliaan saya mati.” Matanya asyik bergerak ke kiri,malah semakin dia gelisah semakin kerap matanya bergerak dan focus ke kiri.

Mungkin kamu berdua bersubahat membunuh mangsa kerana seorang jururawat yang lalu ketika kejadian sempat melihat mangsa menarik tangan Thilaga dengan kuat dan mangsa menjerit “Maafkan saya dalam Bahasa Tamil.” Aku merapati Thilaga yang tunduk sejak dari tadi.

Sepantas kilat jururawat bernama Thilaga itu menafikan. Kepala dan tangannya tidak berhenti-henti bergerak.

“Saya tidak bunuh dia. Malah saya tak sanggup bunuh dia.”

“Mungkin lelaki tua itu juga telah menepuk punggung kamu, maka kamu marah dan menggugut untuk membunuhnya. Menyedari kesungguhan kamu dia mungkin meminta maaf, namun tak kamu endahkan. Lalu kamu Fadilah telah menyuntik mangsa dengan ubat jenis ephinephrine secara berlebihan yang menyebabkan mangsa mati mengejut akibat serangan jantung.” Aku berkata tegas.

“Bukan kami encik. Saya tak mungkin membunh dia.” Thilaga masih mengulangi ayat tersebut malah kepala dan tangannya semakin kuat bergerak. Alice seolah terkejut,namum masih berlagak selamba. Sekali sekala dia melihat jam tangannya, tanda dia sudah bosan disoal siasat oleh aku. Hakim masih memerhati dengan tekun.

Kenapa kamu tidak sanggup bunuh dia. Adakah dia kekasih kamu.” Aku menyoal Thilaga.

“Bukan encik!” Dia masih mengoyang-goyang tangannya tanda bukan, seolah-olah drama Tamil pula lagaknya.

“Munkin ayah kamu.” Aku meneka dan Thilaga masih menafikan,namun aku sedari yang tangan dan kepalanya sudah tidak bergoyang selaju dan sebanyak tadi. Aku dapat merumuskan sesuatu daripada pergerakan itu.

“Dia ayah kamu. Benar atau bukan.”Aku menyoal.

Thilaga memandang ke kanan, sejurus kemudian dia menjawab dengan yakin, namun masih lemah. “Dia bukan ayah saya. Ayah saya sudah lama mati.”

“Kamu tipu! Kata yang benar. Adakah dia ayah kamu. Jika tidak kamu saya serahkan kepada pihak polis.” Aku mengugut Thilaga.Mungkin kerana takut dia akhirnya mengaku.

Menurut dia, ayahnya telah meninggalkan keluarga sewaktu dia berusia 14 tahun. Mangsa terkejut ketika melihat tanda nama dan rupanya yang seiras ibunya. Untuk menyakinkan lagi mangsa telah meminta air dan bila dia menyuakan air, mangsa telah menyelak lengan uniformnya dengan pantas. Bila sahaja terlihat tanda lahir pada lengannya mangsa terus menjerit meminta maaf dan ketika itulah dia berusaha melepaskan pegangan tangan mangsa.

“Jadi betullah kamu merancang membunuh mangsa kerana marah dengan perbuatan mangsa yang telah meninggalkan kamu sekeluarga. Mangsa dibunuh oleh Fadilah mengunakan ubat jenis epihinephrine. Kamu Thilaga telah menggunakan kecermekapan Fadilah untuk manfaat kamu dan akhirnya Fadilah akan dituduh. Cap jari kamu berdua mungkin berada pada tiub kaca itu. Ianya akan menghantar kamu berdua ke penjara.” Aku mengugut.

“Sampai hati kamu Thilaga. Kamu aniaya aku.” Fadilah mula menangis.

“Sumpah aku tak aniaya kamu. Betul dia ayah saya, tapi ayah tetap ayah. Saya tak mungkin bunuh dia.” Thilaga berkata.

“Terima kasih kepada kamu kerana telah membunuh lelaki itu.” Alice menyampuk.Kemudian dia bangun pergi kerana baginya penjenayah sebenar sudah ditangkap.

“Kamu berdua juga boleh pergi. Esok Kita akan tahu siapakah pembunuh sebenar.Jangan cuba lari.” Hakimi mengancam. Dia benar-benar gembira kerana sudah berjaya menyelesaikan kes itu.

“Sudah selesai akhirnya. Kasihan Fadilah, digunakan kawan sendiri.” Hakimi berkata. Dia masih memerhati ketiga-tiga jururawat itu berlalu pergi.

“Aku tak rasa mereka pembunuhnya.” Aku menjawab pendek.

“Bukankah kamu sendiri yang kata tadi.”

“Wanita bukan seperti lelaki. Ibarat macam ayam bertelur sebiji riuh sekampung. Percayalah sekejap sahaja ia akan menjadi berita hangat.” Aku tersengih kerana umpanku sudah dipasang.

“Tujuannya untuk apa.”

“Supaya si penjenayah fikir dia sudah selamat atau mungkin bertambah kelam- kabut. Kebiasaannya jerat tidak pernah melupakan pelanduk. Hanya pelanduk yang selalu melupakan jerat.”

“Tapi kesan jari pada tiub ubat itu milik Fadilah.” Hakimi cuba mengigatkan aku.

“Ya,tetapi selepas disiasat lebel pada tiub kaca itu pernah ditanggalkan dan terdapat sebuk putih yang melekat pada pelekat label itu.”

“Maksud kamu ada seseorang yang telah menukarkan label itu, supaya Fadilah keliru. Kalau ya. Bagaimana, dimana dan bila?” Hakimi menyoal berubi-tubi.

“Itu aku tak tahu lagi. Kita tunggu sehingga hasil siasatan apakah serbuk putih itu dan apakah cecair sebenar yang tersisia pada jarum yang telah dibuang ke dalam bakul sampah di bilik mangsa.”

“Kamu pasti yang mereka bertiga tidak bersalah. “ Hakimi kembali menyoal. Dia kelihatan masih tidak berpuas hati dengan jawapanku.

“Mudah sahaja. Apakah yang kamu boleh simpulkan berkenaan gerak-geri ketiga-tiga jururawat itu?” Aku menyoal kembali.

“Si sombong Alice itu sentiasa bersilang tangan,berpeluk tubuh dan bersandar. Bercakap kasar. Sangat angkuh.” Hakim berkata dengan nada meluat.

“Sebenarnya dia sedang melindungi dirinya daripada dibaca oleh kita dengan bersilang tangan. Seolah-olah ada perisai yang menghalang di antara dia dan kita. Mungkin dia anak orang kaya, namun kerana kurang keyakinan diri, ada kelemahan pada dirinya yang cuba disembunyikan. Orang jenis ini biasanya memerlukan pengiktirafan daripada orang lain atau lebih tepat mahu diri mereka dihargai. Dia sering melihat jam tangannya kerana tidak senang atau bosan dengan kita malah dia bersandar malas pada kerusi untuk menyatakan dia tidak berminat dengan kes ini.”

“Bagaimana pula Thilaga bagaimana kamu tahu dia menipu berkenaan ayahnya.” Hakimi bertanya penuh minat.

“ Bila menyiasat, perkara paling remeh pun akan menjadi penting. Kamu tentu perasan bila dia bercakap dan ketika diajukan soalan kepala dan tangannya bergerak laju. Tapi bila diajukan pertanyaan adakah itu ayahnya, tangan dan kepalanya sudah tidak selaju sebelumnya,malah mulutnya ditutup sebaik menjawap soalan itu. Bermakna dia sedang berbohong.” Aku menjawab ringkas.

“Bagaimana pula dengan mata mereka. Apa yang kamu dapat perhatikan?” Aku senyum kepada Hakimi.

“ Gerakan mata mereka tidak menentu. Kebanyakan ka kiri. Tapi Alice ke atas dan ke kiri. Ada sekali aku perhatikan mata Thilaga asyik ke kanan, iaitu semasa kamu menyoal mengenai ayahnya.” Hakimi berkata dengan yakin.

“Mengikut pakar neurological, setiap pergerakan anak mata mempunyai makna tertentu. Kerana pengaktifan bahagian otak yang berbeza. Corak pergerakan anak mata ini memberi kita petunjuk mengenai gaya pemikiran manusia.” Aku berhenti sekektika.

“Alice memfokus ke atas sebelah kiri untuk mengigati imej lama. Dia termasuk kelompok yang berkomunikasi dengan elemen gambar (VISUAL). Dia akan cuba mengigati warna,imej, corak atau apa sahaja yang berkaitan dengan visual.” Aku tersenyum manakala Hakimi ternganga takjub.

“Tilaga dan Fadilah memfokus ke kiri tanpa matanya ke atas itu bermakna mereka berkomunikasi dengan elemen bunyi(Auditori) yang mana mereka akan cuba mengigati bunyi lama. Ajaib bukan mata manusia?” Aku meminta persetujuan Hakimi.

“Ya ajaib! Jadi kenapa semasa berbohong mata Tilaga kerap memfokus ke kanan.” Hakimi mengajukan semula soalan yang belum dijawabku.

“Itu kerana, bila anak mata memfokus ke kanan dia sebenarnya sedang mencipta bunyi baru, atau alasan baru dengan minda kreatifnya.” Aku menjawab dengan cermat.

“Jadi jika Alice cuba menipu maka gambaran baru pula yang akan dicipta, kerana dia berkomunikasi dengan visual. Betul atau tidak?”

“Tepat sekali.” Aku senyum kerana Hakimi faham maksudku.

“Jadi ke mana pula kita sekarang?” Hakimi bertanya, kedua-dua bahunya terangkat.

“Si penjenayah tentu akan kelam-kabut nanti. Aku mahu kamu pasangkan kamera pengintip di bilik menyimpan rekod pesakit. Tapi sebelum kamu pergi aku mahu kamu periksa siapakah yang merekodkan kesemua kematian berkaitan serangan jantung itu sepanjang tiga tahun.” Aku merenung tepat pada Hakimi.

“Tiada nama yang direkodkan. Tapi penulisnya pasti orang yang sama kerana tulisannya sangat mirip.” Hakimi berkata yakin. Dia kemudian tersengih bila aku masih merenungnya.

“Kalau begitu kamu curi salah satu daripada rekod itu. Dan tangkap gambar yang selebihnya.” Aku memberi arahan. “Aku pula akan meminta beberapa orang yang aku syak untuk menulis sesuatu. Nanti kita akan bandingkan tulisan mereka. Kita jumpa malam ini selepas Insyak di pejabat.” Belum sempat Hakimi menjawab aku sudah mengatur langkah.

Kedengaran bunyi motosikal Hakimi. Bunyinya amat bising kerana motosikal itu sudah tua dan merupakan pemberian ayahnya. Pejabat penyiasatan kami kecil sahaja, hanya sebuah bilik kecil yang berada di atas pokok atau lebih tepat rumah ran. Rumah ran itu kecil namun kukuh. Sangat cantik bila musin pokoknya berbunga. Baunya juga harum. Untuk naik ke atas kami telah memaku papan pada batang pokok itu sehingga ke atas. Di dalamnya pula terdapat sebuah komputar, sebuah peti ais kecil, komputer riba. Sebuah meja dan kerusi. Bekalan elektrik kami ambil dari rumah berhampiran. Sebenarnya adalah rumah keluargaku.

“Kamu lewat nampaknya.” Aku berkata sebaik Hakimi menjulurkan kepala dari bawah.

“Semua rekod berkaitan sudah hilang. Hanya satu sahaja yang tinggal. Itu pun kerana si penjenayah mencicirkannya.” Hakimi bersandar lesu. Dia sedikit terkilan.

“Beri pada aku.” Aku ambil sehelai kertas dari Hakimi dan kuperhatikan menggunakan kanta pembesar lalu aku bandingkan dengan tulisan yang telah aku kumpulkan siang tadi. Aku bersuara sejurus itu.

“Si penjenayah bertangan kidal.” Aku berkata.

“Buktinya?” Hakimi masih belum berminat. Tetapi setelah dia melihat tulisan itu menggunakan kanta pembesar dia mula senyum.

“Betullah. Jadi kita dah dapat penjenayahnya.” Hakimi bertanya.

“Sudah, dan aku tahu bagaimana dia melakukanya. Malah sebelum mati mangsa juga sempat memberitahu siapa pembunuhnya.” Hakimi tersengih dan ketawa kemudiannya.

“Ketika di bilik mangsa aku lihat tulisan ‘S.M.P’ dan sekarang aku tahu maksudnya. Esok kita akan panggil mereka yang terlibat dan kamu akan tahu siapakah Kristen.” Aku bersuara bila ketawa Hakimi reda.

Selepas menyelesaikan apa yang patut, Hakimi pulang dan aku masih di situ.

Pagi-pagi lagi motosikal Hakimi berbunyi bising. Asap hitam berkepul-kepul keluar dari ekzosnya. Dia tersengih di atas pelana motosikalnya dan bila sahaja dia melihatku terus dilambai tangan.

“Cepat sikit penyiasat muda!” Dia menjerit dan pagi itu aku membonceng motosikalnya ke Hospital Medik.

Setibanya kami di Hospital Medik, kami disambut Pengarah Hospital dengan wajah kerisauan, malah ada peluh pada dahinya. Aku kurang pasti adakah dia berdebar menanti keputusan kes atau dia berdebar kerana sekejap nanti akan ditemuramah oleh para wartawan.

Kami bertiga berjalan ke pejabatnya. Di dalam, sudah kelihatan Alice yang masih berpeluk tubuh, Thilaga yang masih bermuka muram, Fadilah yang berwajah merah akibat menangis, Sister Mona yang ceria dan Pengarah Hospital itu sendiri.

“Jadi siapakah yang cuai.” Sister mona bertanya. “ Kamu berdua jangan takut saya akan minta keluarga mangsa maafkan kesalahan kamu. Jadi sebelum penyiasat itu menyatakan siapakah orangnya, baik mengaku.” Sister Mona masih senyum dan sesungguhnya dia seorang yang berperwatakan ceria.

“Mangsa bukan mati tetapi telah dibunuh seseorang!” Kata-kata Hakimi menyebabkan semua orang terkejut dan Fadilah pula kembali menangis, mujurlah Sister Mona menenagkannya

“Mustahil! Berani kamu kata begitu.” Pengarah Hospital itu berkata.Peluh pada wajahnya semakin banyak. Bermakna perkara itu benar-benar mengejutkannya dan ini bermakna perkara itu sudah menjadi kes jenayah.

“Sudah tiga tahun pembunuhan itu berlaku. Kesemua mangsa didaftarkan dengan penyakit lain dan mati akibat yang sama iaitu serangan jantung mengejut.” Selepas berkata aku diam dan memerhati setiap wajah yang berada di situ.

“Mereka dibunuh Sister Mona. ” Aku dan Hakimi memandang Sister Mona serentak. Semua yang ada di situ tercengang. Sister Mona mula mengusap-usap hidungnya yang agak berminyak dan itu tandanya dia sedang risau.

“Apa buktinya dan kenapa saya mahu gunakan cara itu. Saya tak mungkin terfikir untuk guna cara itu.” Sister Mona marah, wajahnya merah padam.

“Kamu mungkin tidak terfikir, tetapi mungkin kamu akan mempertimbangkan semula selepas membaca kisah Kristen H. Gilbert.” Aku bersuara keras, menyebabkan semua senyap.

“Siapakah Kristen?” Alice berminat dan Hakimi cepat-cepat mengangguk tanda meminta penjelasan.

Thilaga yang tadinya menunduk bersuara.

“Kriten adalah jururawat pembunuh. Dia telah membunuh secara terancang dengan menyuntik ubat jenis ephinephrine secara berlebihan pada pesakit. Hampir separuh daripada kes kematian yang dicatat sejak tahun 1991 disebabkan serangan jantung secara mengejut, sedangkan pesakit didaftarkan dengan penyakit lain. Alasannya Cuma kerana mahu pulang awal untuk berjumpa kekasihnya.” Thilaga kembali tunduk, mungkin kerana malu atau rendah diri.

“Kalau begitu Thilaga adalah pembunuhnya. Kerana dia tahu secara terperinci kisah Kristen dan sekarang dia sibuk bercinta. Buktinya dia sering dilihat bersama seorang pemuda selepas waktu kerja. Bukankah motifnya juga serupa untuk memadu kasih.” Pantas Sister Mona berhujah.

Belum sempat Thilaga mempertahankan diri. Hakimi memintas.

“Si pembunuh bertangan kidal. Buktinya kesemua rekod ditulis seseorang yang bertangan kidal.” Hakimi bersuara.

“Apakah buktinya saya yang menulis kesemua laporan itu dan apakah benar saya kidal.” Sister Mona masih mengelat.

“Pen yang digunakan penjenayah jenis dakwat cair. Jika seseorang itu kidal maka dia akan menulis dari kiri ke kanan. Cuba perhatikan dengan teliti pada setiap huruf. Ada kesan seperti dakwat yang tersapu. Ini kerana bila si penjenayah menulis,secara tidak sedar dakwat yang belum kering akan tersapu ke kanan dengan sendirinya bila terkena tangan atau pakaian kerana setiap huruf berada di hadapan pen.” Hakimi menghulurkan kanta pembesar kepada Pengarah Hospital agar dia juga dapat melihat apa yang telah dilihat oleh kami.

“Cuba perhatikan pada hujung lengan uniform Sister Mona yang di sebelah kiri, masih terdapat kesan dakwat yang belum hilang. Itu buktinya.” Hakimi tersenyum puas dan Sister Mona bungkam.

“Bukan itu saja Sister Mona juga mempergunakan kecermekapan Fadilah dalam menjalankan jenayahnya dengan menukar label pada tiub kaca.” Aku kembali bersuara.

“ Apa buktinya. Jangan sebarangan tuduh, nanti saya saman kamu berdua.” Sister Mona masih cuba berselindung. Dia kemudian mengusap-usap hidungnya.

“Pada pelekat di belakang label itu terlekat serbuk putih. Serbuk itu hanya ada pada Sister Mona.”

“Harus diketahui sarung tangan latex yang dipasarkan untuk kegunaan hospital adalah dalam bentuk ‘powder’ dan ‘powder free’. Kesemua kakitangan di wad ini menggunakan jenis ‘powder free’ hanya Sister Mona yang menggunakan jenis ‘powder’ kerana jenis ini mudah disarungkan atau dipakai dan kurang melekat pada kulit, namun ia akan menyebabkan tangan si pemakai berdebu akibat serbuk putih.”

“ Jadi sebelum menanggalkan lebel pada tiub kaca,dia terlebih dahulu menanggalakan sarung tangannya agar label itu dapat ditanggalkan dengan mudah dan tidak rosak. Tetapi perbuatannya itu telah menyebabkan serbuk putih pada tangannya melekat pada pelekat di belakang label. Ini bermakna Sister Mona telah melekatkan label ubat asma pada tiub ubat jenis ephinephrine.” Aku merenung tajam ke arah Sister Mona.

“Tapi saya bukan orang yang terakhir barada di situ dan itu bermakna saya bukanlah pembunuhnya.” Sister Mona masih mempertahankan dirinya.

“Ya Sister Mona bukan orang yang terakhir,tetapi yang pertama.” Aku kemudian menyambung.

“Kesan kotoran pada baju Sister Mona itu adalah tumpahan kopi. Menurut ketiga-tiga jururawat itu Sister Mona bersama mereka minum pagi di bilik kecil wad. Sebelum dia meminta diri kerana tertumpah air kopi. Tapi yang sebenarnya air kopi itu sengaja ditumpahkan agar dia dapat melaksanakan jenayahnya untuk menukar label. Memandangkan saiz tiub dan dan warna kedua-dua tiub sangat mirip, maka Thilaga dan Fadilah mudah tertipu. Tambahan pula gelas yang berisi tiup juga kusam kerana serbuk putih itu.” Aku duduk bersandar pada tiang sebaik habis berkata.

“Apa kaitan antara air kopi dengan kematian mangsa?” Sister Mona menyoal.

“Kerana terdapat kesan kotoran tapak kasut pada lantai bilik itu, dan kotoran itu adalah air kopi. Jika Sister Mona masih menafikan. Kita hanya perlu menjalankan ujian pada kotoran di uniformnya dan lihat adakah kepekatan kopi dan kandungan gulanya sama dengan kotoran pada lantai bilik mangsa. Lagi pula pada cadar mangsa ada tertulis huruf ‘S.M.P’ atau lebih tepat Sister Mona Pembunuh” Aku tersengih.

Sister Mona bungkam. Dia akhirnya mengaku.

“Ya saya bunuh mereka. Saya kasihankan mereka. Mereka menderita jadi lebih baik mereka mati.” Sister Mona tunduk, air matanya jatuh. Kesemua yang ada ternganga, seakan tidak percaya.

Keesokan harinya terpampang di muka depan akhbar tentang kehebatan Pengarah Hospital Medik yang telah berjaya menyelesaikan siri pembunuhan yang sudah berlaku sejak tiga tahun. Senyuman lebarnya benar-benar memualkan Hakimi.



Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.