Home Novel Cinta BUNGA ALBINO
BAB 30- TERJERAT

Rijal menghempas punggung ke pelantar gazebo di taman hospital lalu badanya turut rebah terbaring, dan mulalah akalnya menjelajah entah ke mana. Wajah Sufie muncul sejurus itu. Wajah pucat yang telah membuatkan dia terpaku. Entah mengapa wajah pucat Sufie sering menyerang ingatan sejak semalam. Mungkin kerana itu, dia bersungguh mahu melawat Sufie.

“Muka albino tu muncul tak kebah-kebah. Menyusahkan. Ke aku dah… Tak mungkin. Tak mungkin.”Rijal merenung langit dari sisi gazebo. “Gila…Gila. Gadis tu.”Terjungkit kening dia. “Ah…Mengarutlah,”ketawa menyusul.

Ketawa Rijal mati sebaik melihat semakin ramai pelawat berpusu di hadapan gate utama. Dia yang teruja bangun menghayun langkah. Jam ditangan dikerling sepintas. “Lambat lagi.”

Pagi-pagi lagi Rijal sudah terpacul berhampiran wad wanita. Bila jam menunjukkan angka dua belas tengah hari bajunya sudah sedikit berkeringat. Sungguhpun begitu laju dia berlari bilamana  pintu dibuka dan pelawat dibenarkan masuk, malah dipaksa dirinya berasak ke dalam lif lalu pantas ditekan punat ke tingkat tiga. Hajatnya hanya satu, mahu mendengar suara Sufie atau lebih tepat ucapan terima kasih daripada gadis itu.

Sebaik terpandang pintu wad yang menepatkan Sufie, hatinya girang malah berbunga-bunga. Rambut yang kemas tersisir, disisirkan lagi. Kolar baju dibetulkan sedikit ke tepi. Tidak dilupa dihangatkan lagi senyuman. Semakin deras kakinya melangkah kerana mahu melunasi kemahuan hati. Sebuah bangku panjang di luar pintu sedang diduduki seorang gadis dengan uniform sebuah bank yang cukup dikenalinya. Gadis itu memerhatikan geraknya. Anak matanya berbola api, seakan Rijal adalah musuh. Namun Rijal tetap tenang, dan langkahnya masih laju. Dia mengeluh seketika bila betul-betul dihadapan pintu yang tertera dengan tulisan timbul ‘WAD WANITA’ Ternyata dia berdebar dan dia sendiri tidak tahu mengapa perasaan itu wujud. Belum sempat pintu dikuak dia sudah dilazerkan oleh gadis beruniform bank yang memerhatinya sejak tadi.

“Kau cari siapa? Kau nak ke mana pagi-pagi buta ni?”

Rijal berpaling. Matanya terbutang. Tarafnya sebagai orang atasan di sebuah syarikat internasional yang selalu dihormati tergugat dengan kata-kata biadap tersebut. Gadis itu direnung tajam, setajam helang melayah menyambar mangsa. Seaat dua rasionalnya memujuk, ‘Sabar sajalah. Orang gila ada di mana-mana.”

Pandangan tajam Rijal menyusut bertukar tenang. Lidahnya manja melantun kata. Lembut dan sopan nadanya, persis kasanova.

“Oh… Mungkin saya tak perasankan saudari. Pasti orang lain juga tak akan perasan. Melawat kawan. Maaf saya pergi dulu.”

Makin memincing mata gadis itu. Nada meluat terluah kasar. “Nama kau Rijal kan? Anak Datin Abda? Kau ingat senang-senang aku nak lupa muka kau?”

“Saya minta diri.”Darah Rijal meruap dengan nada gadis itu. Dia tidak hairan jika gadis itu mengenalinya. Maklumlah usahawan berjaya, pastilah dikenali. Sempat Rijal sengih bangga. Baginya gadis itu tidak ubah seperti batuk di kaki tangga.

“Aku rasa baik kau balik. Kedatangan kau tak dialu-alukan.”

“Kita pernah berjumpa? Atau mungkin aku terlepas pandang? Kau siapa?”

Rijal menarik pintu dengan sebal dan gadis itu mengekori dari arah belakang. Malah gadis itu jugalah yang telah menghalaunya kelmarin ketika dia cuba memasuki pintu wad wanita, malah suaranya juga melangit tinggi dan tak mustahil jika pesakit di sebalik pintu dapat mendengar suaranya.

Rijal menyedari, namun tidak dipedulikan, niatnya mesti dilunasi. Bibirnya kembali melakar senyum. Debar menendang lagi. Dia hairan mengapa dirinya begitu teruja untuk bertemu Sufie sedangkan mereka baru pertama kali bersua. Itupun tidak dijangka.

“Rasa berdebar. Bukan semacam dah ni. Tapi dah dua macam. Apa yang kau debarkan Rijal, bukan nak melawat kekasih. Si Bedak sajalah.”

Langkah Rijal mati saat lengan bajunya disentap kasar, sekaligus mematikan senyumnya. Awan mendung meredupkan hati. Dia berpaling dan seperti dijangka gadis tadi sedang mencerlang mata tanpa diketahui sebabnya.

Rijal berpusing dan membalas pandangan menyakitkan itu. Bagi yang menyedari suasana itu bahangnya terasa. Seorang pesakit menarik jubah putih seorang doktor lalu menunding jari kepada Rijal dan Afiena.

“Doktor! Laki bini tengah perang tu. Kalau biar boleh kena sakit jantung orang yang duk tengok. Pergilah leraikan. Besarrr pahala.”

“Kita tengok dulu. Salah nasihat, saya pulak yang lebam.”

Doktor muda kembali meneliti data. Dia kelihatan tenang dengan cermin mata yang dipakai, malah makin menampakkan karismanya. Sesekali dijeling juga Rijal dan Afiena. Dia harus berjaga-jaga.

Dengus nafas Afiena laju, sekaligus menyedarkan Rijal betapa bencinya gadis itu kepadanya. Dahinya bergaris kerut cuba mengigati wajah di hadapan itu. Sungguhpun begitu hampa yang menjelma. Berulang kali hatinya membisikkan yang gadis itu tersalah orang. Atau mungkin gadis itu hanya mahu menjeratnya. Lebih tepat gadis itu perempuan murahan.

“Balik… Atau kau nak aku menjerit. Biar kita sama-sama malu. Rasanya lelaki macam kau ni faham bahasa Melayu.”Afiena membidas.

“Terpulang. Aku tak pernah dan tak akan pernah menyerah pada perempuan.”Ditenung Afiena dari atas ke bawah. Dia menjadi meluat. “Terutama perempuan murah macam kau…”

“Aku murah. Kau hina. Baik kau berambus sekarang.”Afiena menyinga lagi.

“Assalamualaikum Afiena.”Sufie melambai dari hujung katilnya. Dia berada agak jauh, namun jeritan gembiranya masih mampu didengar Afiena. Sufie terpaksa bergerak sedikit ke kiri kerana wajah Afiena terlindung oleh badan seorang lelaki yang dia sendiri tidak kenali.

Tolonglah balik. Aku rayu pada kau.”Afiena berwajah cemas. Wajah menyinganya bertukar menikus.

Terangkat kening Rijal. Dia tersentak sebenarnya, tidak disangka yang Afiena boleh berubah sebegitu cepat, malah membayangkan wajah ketakutannya juga adalah mustahil. Akal ligatnya menyatakan sesuatu telah berlaku.

“Kenapa kau tiba-tiba takut. Tadi bukan main kau. Apa yang kau takutkan? Aku tahu kau takut dengan perempuan dekat belakang aku, yang panggil kau tu. Aku pusing sekarang, lepas tu aku beritahu yang kau kurang ajar.”Rijal mengacah untuk berpaling dan sepantas itu lengannya ditarik Afiena.

“Tolonglah! Tolong balik. Aku merayu sangat-sangat.”

“Kenapa dengan kau ni sudah macam tikus makan racun. Pucat semacam,”sengih Rijal menyubur.

Sufie agak hairan kerana Afeina masih tidak menghiraukan walhal dari tadi dia asyik melambai-lambai.

“Dengan siapalah Fiena tengah bersapa, ralit sampai tak sedar. Mungkin kawan lama.”

Sesekali mata Afiena memaku Sufie yang masih melambai sebaik matanya menangkap kelibat dirinya. Titis-titis halus peluh mula membenih di dahi.

“Apa yang kau mahu sebenarnya Rijal? Tak puas lagi ke kau seksa kak long?”

“Apa yang kau melalut ni? Siapa kak long? Apa yang sudah aku musnahkan? Aku rasa kau dah tersalah orang.”

“Salah orang! Aku masih waras, itu yang perlu kau tahu.”

“Kalau kau waras, kau tak sebut benda karut marut ni. Kak long kau pun aku tak kenal. Aku baru tiba dari US dan kau kata aku seksa kakak kau.”

“Betul kau baru balik, tapi sebelum ni. Kau ingat aku tak tahu apa yang berlaku.”

“Apa yang kau tahu pasal hidup aku.”

“Kau lelaki tanpa perasaan. Lelaki yang tak mampu mencintai walau seorang perempuan dengan tulus. Kau hanya mampu mencintai kemewahan.”

“Dussh” Jantung Rijal tersentak, seolah tangkai hatinya dicantas. Dia keliru seketika, cuba mengigati sejarah hidupnya dan dia pasti apa yang dikatakan Afiena tipu semata-mata. Kini dia benar-benar pasti bahawa gadis di hadapannya itu mengalami kecelaruan emosi dan halusinasi.

“Apa yang kau tunggu lagi. Pergi sekarang.”

“Aku tak akan pergi sebelum berjumpa dengan seseorang dan aku rasa itu bukan masalah kau,”wajah Rijal merona merah namun pesona tenangnya masih menyerlah melindungi amarah hati.

“Kau nak jumpa kak long. Aku tak akan benarkan walau apa yang berlaku.”Afiena mengancamdalam nada berbisik.

“Satu penghormatan untuk melihat kebiadapan dari seorang perempuan.”Rijal menunduk seolah-olah berbesar hati.

Mungkin Afiena terlepas pandang agaknya, sedar-sedar Sufie sudah berada berhampiran. Seperti biasa senyuman mulus mekar dari bibirnya.

“Assalamualaikum. Menggangu ke?”aju Sufie sebelum wajah cerianya bertukar terkejut sebaik Rijal berpaling. “SubhanAllah”

“Saya Khairul Rijal,” wajah tenang Rijal senyum sambil menghulur tangan.

Terbutang mata Sufie sebaik mendengarkan nama tersebut. Dia terpana, kemudian matanya berkejip-kejip. Badannya sedikit menggigil manakala nafasnya tersekat-sekat. Afiena yang berada berhampiran meluru memeluk kakaknya sambil berbisik.

“ Kuburkan saja semua yang patut dikuburkan. Jangan seksa hidup sendiri.”

Afiena menepuk belakang Sufie seketika. Ketat hatinya masih belum surut. Sungguh dia mahu menghalau Rijal, namun berbuat begitu akan menjerat cerita malah menggungkap episode luka lama. Sufie istigfar berkali-kali dan apabila ketenangan kembali dia berkata dengan cukup lunak sekaligus menjentik hati Rijal.

“Waalaikumsalam. Saya Sufie. Khairunnisa Sufie. Maaf jika kedatangan saya menggangu perbualan Encik Rijal dan Afiena.”

Panahan mata Sufie meralitkan Rijal. Dia kemudian melantun kata dengan berani.

“Melihat mata kanak-kanak, seolah-olah melihat kedamaian dunia. Kerana kanak-kanak tidak tahu apa itu permusuhan. Tapi hari ini kedamaian dunia terpancar dari balik mata awak.”

Afiena mencebik bibir, rasa marahnya makin meluap-luap. Tidak disangka Rijal boleh sebegitu tenang malah dia hadir tanpa diundang. “Macam mana dia tahu kak long masuk hospital. Dasar lintah.”

“Abang long nak apa sebenarnya. Tak cukup lagi ke apa yang dah berlaku?”bebel Afiena. Kalau diikutkan mahu sahaja dibahasakan kau kepada Rijal. Sungguhpun begitu demi menghormati Sufie dia terpaksa beralah.

Sufie memandang Afiena seketika sebelum dia senyum dan ketawa kecil. Lucu.

“Fiena ini bukan abang longlah. Fiena dah tersalah orang. Bukankah Fiena dengan Mek beritahu abang long dah meninggal. Siap buat kenduri tahlil pun.”

“Maaf kak long, Afiena betul-betul lupalah. Muka mereka saling tak tumpah.”Afiena kenyitkan mata. Kemudian dia memandang Rijal dengan penuh meluat dan dia berharap yang Rijal tidak terkejut dan sesungguhnya lelaki itu tidak terkejut sehingga menerbitkan rasa hairan Afiena.

‘Pandai pulak Rijal ni berlakon seolah-olah dia sudah tahu aku dengan mek canang dia dah meninggal dunia. Mulut aku pun satu, laju sangat.’Luah hati Afiena.

“Kak long tertarik dengan ayat yang Fiena baru sebut tadi.”

“Ayat apanya kak long.”Afiena mula resah, pasti ada yang bakal menjerat diri.

“Tak cukup lagi ke apa yang dah berlaku? Ada sesuatu yang kak long patut tahu?”aju Sufie sambil di pegang jemari Afiena.

Gugup Afiena makin melular ke segenap saraf, dirasakan penipuannya sudah benar-benar menjerat diri. Terasa kelemasan umpama dibelit ular, walaupun begitu akalnya ligat mencari jalan keluar. Rijal yang memerhati menjadi sangsi, saat itu dia terfikir benarkah dia di antara watak cerita yang pernah wujud dalam kehidupan dua beradik tersebut. Kalau ya. mengapa tiada satupun berkaitan mereka yang diingatinya. Dia garu kepala yang tidak gatal dengan jari kelingking sambil senyum sinis.

"Mungkin dua beradik ni gila. Siapa tahu."


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.