Home Novel Cinta BUNGA ALBINO
BAB 11- PERPISAHAN

Waktu melawat sudah berakhir, mereka tidak dibenarkan lagi berada di situ. Mek, Afiena, Kamarul, Pak Awi dan kedua-dua cucunya menunggu di kantin hospital, mananti perkhabaran dari Datin Abda.

Hati mek berasa terpanggil untuk melihat Rijal pada petang itu, setelah begitu lama dia di luar rumah. Mek cemas bila melihat menantunya terbaring dalam hujan. Disangka sudah mati, mujurlah masih hidup dan mujurlah juga Afiena cekap memandu kereta. Walaupun realitinya kecekapan dia tidak seperti biasa disebabkan tangan yang terseliuh.

Tubuh sasa Rijal dipapah, dikejarkan ke hospital. Mek mendail nombor yang sudah tertulis di dalam kepala. Nombor sahabatnya, Datin Abda. Wanita itu terkejut mendengar berita Sufie meninggal dunia dan Rijal yang sedang dikejarkan ke hospital. Menjelang tengah malam wanita itu sampai.

Jilatan angin yang menghembus seakan menembusi selimut yang menempel di badan. Sinar lampu yang terang perih menyilaukan mata. Rijal kelihatan seakan-akan nazak. Demam yang ditanggung semakin meruncing.

Datin Abda berwajah duka. Anak lelaki beliau sedang kesakitan.

“Sufie… Sufie.” Nama itu meluncur laju, nama itu diulang-ulang oleh Rijal. Menambah risau Datin Abda. Meremang bulu roma dia, seolah-olah nama itu berhantu.

Benarlah kata orang lidah memang tidak bertulang, namum kelembutannya gah untuk mencairkan besi. Buktinya Rijal sudah dirasuk cinta tidak bertuan. Resah semakin resah, nama itu masih juga disebut tanpa tahu titik noktah.

“Rijal… Rijal… Sudahlah sayang, jangan takutkan mama. Apa saja akan mama penuhi. Tapi bukan Sufie. Dia dah tiada. Tolong Rijal jangan buat mama takut.” Sayu suara datin Abda merayu.

Docmacam mana sekarang? Saya nak bawa Rijal balik ke villa.” Datin Abda berpaling, memandang doktor keluarga iaitu Doktor Halim.

“ Suhu badan dia melebihi 39 darjah Celsius dan akan terus meningkat jika tidak dirawat sebaiknya. Lebih elok biarkan di hospital saja. Staf-staf di sini akan menjaga.”

No! Tempat low class macam ni. Tak mungkinlah. Kita tetap akan bawa Rijal balik. Kamu doktor keluarga, kamulah yang jaga. Saya tak mahu berpisah dengan anak saya.” Pekik Datin Abda marah-marah. Pesakit di sebelah terkejut mendengar pekikan Datin Abda. Ditenungnya Datin Abda geram, namun tidak dipedulikan beliau.

“Apa pandang-pandang. Nak bayar hutang.” Datin Abda mencemuh. Pesakit itu menggeleng kepala.

“Tiada guna, lusa datin akan ke US atas urusan kerja, dekat sebulan jugak rasanya. Yelah… dekat sebulan lebih. Doktor Halim membelak buku catatannya. Sama jugak. Rijal tetap kena tinggal sorang-sorang” Doktor Halim senyum nipis.

“Kita bawa Rijal sekali, habis cerita. Pindahkan dia ke hospital di US. Jangan docberani bantah arahan. Saya pantang dibantah.” Datin Abda bangun meninggalkan bilik itu, masih sempat dia memandang wajah Rijal. Hatinya kembali gelap membawa mendung. Bibir pucat Rijal masih tidak putus menyeru nama Sufie. Sejurus itu beliau teringatkan sebuah drama korea, akalnya menjalar laju.

Doc!” Semangat Datin Abda menaik.

“Ya!”

Are you still remember that Korean Drama?”

“Yang mana satu. Banyak sangat drama Korea sekarang. Yang saya tengok saja dah beratus-ratus.” Doktor Halim tersengih.

“Sonata Musim Salju!”

“Apa! Yuk… Cerita sedih saya tak layan. Gelilah tengok cerita air mata. Jatuhlah saham saya. Saya kan doktor muda yang berjiwa kental.

“Saya tak tanya pasal pendirian awak. Saya Cuma tanya awak tahu atau tidak. Itu saja. Yang awak melebih-lebih kenapa pula.

“Ya. Saya tahu. Kenapa tiba-tiba tanya. Dalam sedih sempat lagi ingat nak tengok cerita Korea.” Doktor Halim ketawa kecil. Perangai macam budak-budak, walaupun dah bergelar doktor.

“Kamu tahu apa yang mak lelaki tu buat dekat dia.”

“Buat apa pulak? Comfius saya Datin. Saya nak jawab pun tak kena, sebab memang saya tak tengok drama air mata, menitis bagai tu. Awww… Nyah.” Doktor Halim ketawa lagi. Membuat Datin Abda berang.

“Kenapalah aku selalu berjumpa manusia jenis sengal-sengal. Adoi makin nak pecah kepala dibuatnya.” Datin Abda menepuk-nepuk dahi.

“Awak tahu ke tidak. Soalan saya simple saja, tak payahlah pusing sampai Kutub Utara. Jawab sajalah.” Datin Abda meninggikan suara.

“Ya! Saya tahu. Tapi sikit-sikit, itu pun sebab orang yang cerita. Why you're asking?”

“Saya nak perkara yang sama untuk Rijal. Buat dia lupakan Sufie. Biar dia tak ingat apa pun pasal Sufie. Dari sekecil-kecil sampailah perkara yang paling besar. Semua kena padam. Saya nak Rijal jadi orang baru,” senyum nipis melekuk di wajah Datin Abda.

“Sanggup Datin curi, memori anak sendiri? Mencuri itu tabiat buruk dan tak patut dilakukan seorang ibu. Fikir lagi Datin. Nanti dengan Datin sekali dia tak ingat. Haru biru dunia. Saya tak mahulah, buat kerja yang bukan-bukan.” Doktor Halim gusar.

“Bukan mencuri, tapi menghapuskan perkara yang perlu dihapuskan. Tak salah untuk kebaikan anak sendiri. Saya tak mahu dia mati kerana Sufie. Doc kena ingat yang Rijal masih ada anak yang perlukan bapa.” Datin Abda menaikkan nada suara. Sekali lagi pesakit di katil sebelah terkejut.

“Tapi anak itu sendiri pun dia tak pernah pedulikan. Ada ke tidak, sama saja di mata Rijal tu. Entah apalah yang dimarahkan sangat dekat budak tu. Hairan saya. Ada juga ayah macam tu dalam dunia. Tak faham… Tak faham….” Doktor Halim menggeleng-gelengkan kepala.

“Cukup! Doc, patut tahu, saya pantang dibantah. Turutkan saja arahan saya, itu pun kalau mahu kerja lebih lama. Saya tinggal petik jari saja, bersusun yang datang temuduga nanti. Doc juga yang berpinar mata. Masa tu jangan kata saya kejam pula.” Datin Abda bersuara meluat.

“Baik Datin. Saya kenal seorang pakar di US. Tapi tempoh rawatan lama. Silap hari bulan bertahun makan masa. Maklumlah rawatan tu kena buat berperingkat, tak boleh sekali jalan.”

“Cara paling cepat ada tak?” aju Datin Abda teruja. Matanya membutang dengan mulut terlopong.

“Ada! Tapi risiko tinggilah sikit. Ada berani? Kos pun boleh tahan.” Doktor Halim mengenyit mata.

“Tak kisah... Saya bayar berapa saja. Yang saya tahu, semua beres. Cuba doc tengok Rijal, dari tadi tak berhenti sebut nama arwah bininya. Risau saya. Betul ke, doktor tu boleh lakukannya?” Datin Abda minta kepastian.

“Zaman moden, tiada yang mustahil. Cuma saya tak pasti peratus kejayaan. Kalau boleh jauhkan semua perkara yang berkaitan Sufie. Bukan apa, takut gila dia naik minyak semula, masa tengok benda yang boleh ingatkan dia dekat Sufie. Agak-agak, bila kita akan bertolak?”

“Esok malam. Book Flight. Jangan berlengah, malam ini juga kita balik KL. Saya kena bagi tahu Dato’dan kena pack barang. Awak jangan lupa pesan suruh Adam tengok-tengokkan Syarikat. Saya takut tak teringat nak pesan dekat dia.”

“Kenapa Adam? Kenapa tak anak kesayangan datin yang seorang lagi tu?” perli Doktor Halim.

“Budak bertuah sorang tu, kepala dia lebih keras daripada batu. Tak makan saman. Insuran degil dia saja dah berjuta-juta. Dato’ pun angkat bendera putih. Saya apatah lagi. Sibuk dengan kerja dia,” leter Datin Abda.

“Saya nak kena turun dulu. Saya nak jumpa bekas besan saya. Doc uruskan yang lain-lain.” Datin Abda mencapai tas tangan mewah beliau, kaca mata hitam diletakkan terletak pada hidung. Beliau melangkah anggun. Ya, beliau tetap melangkah anggun walau hati kecamuk bagai ribut pasir.

Pintu lif terbuka. Datin Abda melangkah. Dari jauh beliau sudah terpandang wajah mek. Sayu semakin meramas-ramas hati, niat beliau mahu berbesan dengan mek musnah. Beliau begitu berharap dapat menggembirakan hati mek. Sahabat yang tidak akan pernah dilupakan. Wanita itu terlalu suci untuk disakiti. Beliau mengeluh lemah.

Masih beliau ingat waktu muda-muda dahulu, seperti belangkas mereka. Malah mereka juga sekampung. Mungkin kerana jodoh dia berkahwin dahulu, namun nasib kurang baik setelah melahirkan anak pertama iaitu Rijal, suami beliau berubah laku. Sering dia dikerjakan, lebam-lebam sudah menjadi perhiasan, pengganti intan permata. Rasa macam hendak mati pun ada, bila ‘lumat’ dia ditumbuk dan disepak.

“Arrg… Arrg.” Itulah yang mampu beliau lakukan.

Kemudian suami beliau hilang entah ke mana. Terkontang-kanting sendirian. Air mata usah disebutlah ketika itu, boleh dikatakan hampir dua puluh empat jam air matanya terjun laju. Itu belum lagi air mata hati. Tapi TUHAN itu baik. Meklah yang banyak membantu.Hampir setiap hari, setiap masa dia menemani. Malah menjaga Rijal bila beliau terpaksa ke bangsal bilis untuk berkerja.

Suatu hari beliau terkejut besar, malah terkejutnya lebih besar daripada Villa Casablanca milik beliau sekarang. Rasa marah, terhina dan meluat memamah- mamah hati. Entah kenapa hari itu beliau amat benci melihat mek. Sekali difikir, biadap pula perasaan beliau ketika itu, namun dasar hati, tidak pernah patuh pada akal.

Mek menyerahkan bungkusan kecil. Beberapa utas kalung emas dan cincin permata bersinar-sinar bila dibuka. Mek senyum, sambil merenung. Beliau berubah wajah. Rasa dihina menyerang laju, menikam-nikam dada.

“Aku tak akan terima… Jangan kau hina aku macam ni. Aku masih ada kaki, tangan. Aku bukan cacat, bukan pengemis. Apa kau ingat aku dah terdesak sangat. Aku tak lapar harta oranglah mek. Dah bergi balik, bawa sekali harta kau. Aku tak hadap.”

“Kenapa nak mengamuk? Angin tidak, ribut tidak. Aku bagi bukan sebab kau pengemis atau cacat Abda. Tapi sebab kau bijak. Aku tahu kau boleh berjaya. Kau pandai. Kau ambil semua ni, pergi ke Kuala Lumpur. Mulakan hidup baru.”

“Kalau aku nak mulakan hidup baru sekalipun bukan dengan mengemis harta orang mek. Semua harta tu peninggalan arwah ibu kau, untuk perkahwinan kau. Aku tak boleh terima macam tu saja. Jatuhlah air muka aku.” Datin Abda menolak bungkusan yang berada di hadapan beliau ketika itu.

“Kau masih fikir pasal air muka, sedang perut menjerit minta diisi. Bukan masa untuk kau cerita pasal air muka sekarang. Fikir sikit pasal Rijal. Kalau kau tak mahu susahkan aku, kau terima semua ni. Mulakan hidup baru. Barulah hati aku tak susah. Kau tak kasihan, siang malam hati aku susah, fikirkan nasib kau.”

“Oh! Jadi selama hari ni, aku membebankan kau lah, ya. Aku minta maaf sangat-sangat. Aku tak tahu yang selama ini aku dan tunggang-langgankan hidup kau sekeluarga. Datin Abda berang.

“Kau salah faham Abda. Aku risaukan kau, sama macam aku risaukan adik aku. Setiap malam sebelum tidur aku asyik fikirkan kau. Makan ke tidak? Sihat ke tidak?” Mek beralah, nadanya bertukar lembut.

“Tapi ni harta pusaka arwah ibu kau. Tergamak kau serahlan pada aku. Kita bukan saudara-mara, jauh sekali adik beradik. Kadang-kadang aku naik pelik dengan perangai kau. Baik sangat, macam ada maksud lain.” Kemarahan, menyebabkan beliau berkata tanpa berfikir. Hati mek terguris.

“Kau sahabat aku. Sahabat aku dunia akhirat. Aku tak mahu tahu apa yang kau rasa atau anggap pasal aku, itu kau punya pasal. Tapi! Ambillah demi Rijal. Aku yakin kau akan berjaya. Lupakan lelaki tu. Mulakan hidup baru. Siapa tahu di Kuala Lumpur nanti, kau akan jumpa cinta baru.” Mek memujuk.

“Cinta… Tak payah kau cerita pasal cinta. Semua tu sampah. Boleh ke, cinta bagi aku makan. Tengok apa yang cinta dah buat pada aku anak-beranak.”

Mek merenung tepat ke mata Datin Abda, digenggam erat tangan wanita itu. Kemudian diulas-ulas lembut jari-jemari beliau. “Demi persahabatan kita, aku rayu kau terima. Kalau mahu, aku sujud kaki kau.”

Datin Abda terkejut. Sampai begitu sekali tekad seorang sahabat. Air matanya menitis setitis. Ya, hanya setitis. Sudah kering air mata itu menjadi keringat.

“Aku ambil, sampai masa aku akan tebus dan pulangkan semula. Walau apa pun, aku akan tebus semua sekali harta kau, mek.” Datin Abda senyum, hati beliau menjadi lapang.

Huh… Datin Abda mengeluh pendek. Janji itu tinggal janji akhirnya. Tidak satu pun daripada barang kemas itu tertebus semula. Jika ada perkara yang paling dikesali ialah kegagalan beliau menebus kembali harta pusaka mek dan sehingga kini masih disesali. Menyesal tidak sudah.

Dirapati mek, senyum manis palsu dipamirkan.

“Macam mana Rijal?” Mek bingkas bangun, dicapai,digenggam dan diramas-ramas tangan Datin Abda.

“Aku mahu pindahkan dia ke hospital lain lah mek.” Mendatar jawapan Datin Abda.

“Hospital mana dan di mana? Kenapa mesti pindah ke hospital lain?” Pak Awi mula menghampiri. Ada getar dalam suaranya. Mungkin risau.

“Luar negara.”

“Jauhnya! Tentu kami tak dapat melawat nanti. Baru saja kami kehilangan anak, sekarang kena berpisah dengan menantu pula.” Pak Awi sedikit terkejut, manakala mek dan yang lain hanya membisu.

“Tak perlu lah melawat. Aku minta sangat, lepas ni jangan kaitkan lagi Rijal dengan Sufie. Aku juga harap kamu semua tak lagi berhubung dengan keluarga aku. Maaflah kalau kata-kata aku biadap, tapi ini semua untuk kebaikan Rijal.” Seperti menelan racun, itulah yang dirasakan Datin Abda. Bukanlah kerana benci, namun dia terpaksa. Dia khuatir jika ingatan Rijal terhadap Sufie kembali menggila bila terpandang ahli keluarga itu.

“Kejamnya! Sanggup Datin cakap macam tu. Emak dengan anak sama jahat. Kena ingat yang mek tu sahabat baik Datin. Hina sangat ke kami. Kami memang tak berpangkat dan berharta, tapi kami beradap. Tahu mana kawan mana lawan. Jangan sampai orang kata, habis madu sepah dibuang.” Deras Afiena membidas. Hatinya yang membenih kasihan kepada Rijal dan Datin Abda pada mula, kini hangus terbakar.

“Afiena!” Mek meninggikan suara. “Jangan biadap sangat. Jangan sampai orang kata mek tak ajar anak-anak cara beradap dengan orang tua.” Afiena kelu serta-merta. Lidahnya lumpuh saat itu.

“Aku faham. Aku ikut kemahuan kau.” Mek berkata perlahan. Wajahnya tepat memaku kaca mata Datin Abda.

“Kau tetap tak berubah. Masih sama macam dahulu. Sentiasa memahami hati aku. Terima kasih sahabat.” Datin Abda kemudian mendakap erat mek, ada sendu yang berlagu. Namun ditahan agar tidak kedengaran kuat. Agak lama dia mendakap mek, kejap dan padu seperti tidak mahu dilepaskan.

Dakapan itu terlerai juga. Dikeluarkan sekeping cek dan diserahkan kepada mek. Namun ditolak lembut, masih disuakan juga. Wajah mek merona merah, dia bernada tegas.

“Jangan kau niagakan persahabatan kita. Aku tolong kau dulu kerana aku tahu kau mampu berjaya dan hari ini kau serahkan cek kerana rasa bersalah. Kau khianati nilai persahabatan kita. Simpan cek kau semula.”

Datin Abda kelu seketika, kemudian tanpa bersoal, cek itu dimasukkan kembali ke dalam tas tangan. Sekali lagi mek dipeluk, pipinya dikuncup Datin Abda berkali-kali. Beliau berbisik ke telinga mek.

“Terima kasih sahabat. Hari ini, sekali lagi aku bangga menyatakan kau sahabat aku.” Datin Abda melangkah sejurus itu. Wajah kedua-dua sahabat itu bertambah layu, bagai pokok tidak dibaja.

Perlahan-lahan mek melabuhkan punggung di atas kerusi, matanya mengekori langkah payah Datin Abda. Dan pagi ini, hujan renyai-renyai menjadi saksi perpisan dua orang sahabat, perpisahan menantu dengan mertua dan perpisahan ibu dengan anak.


Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.