Home Novelet Cinta Hello Mr. Counselor
Ep. 004

Seorang lelaki muda sedang mengelap kerusi dan meja yang kebasahan kerana terkena tempias hujan. Manakala seorang wanita yang agak berusia pula sedang mengemas perkakasan yang telah dibersihkan di bahagian dapur. Mereka bersedia untuk menutup operasi perniagaannya apabila memasuki jam 5 petang. Di ketika itu, pelanggan yang tinggal kebiasaannya tidak lebih daripada bilangan jari di sebelah tangan.

            “Mak, Kakak ambil van dulu, ya?” kata seorang gadis yang membahasakan dirinya sebagai ‘Kakak’.

            “Yalah, hati-hati!” tempik ibunya melihat anaknya semakin jauh.

Si ibu lantas menyusun bekas-bekas kuih di pinggir kaunter yang beralaskan meja plastik. Gelagat si ibu diperhatikan daripada jauh oleh seorang lelaki yang mempunyai perasaan ingin tahu yang tinggi.

           “Boleh saya tolong, Makcik?” kata Akmal kepada wanita tua itu.

           “Tak apa, Nak. Makcik dah biasa”, luah wanita tua itu.

Akmal mengerti niat murni wanita itu yang tidakmahu menyusahkan orang lain terutama sekali pelanggannya.

           “Tak apa-apa. Saya pun nak ke arah sana juga”, balas Akmal. Tangannya mencapai beberapa bekas besi yang kelihatan agak berat.

            Akmal menyusuri wanita itu ke arah tepi jalan sementara menunggu kelibat anaknya yang akan menjemput mereka. Ditemani seorang anak muda yang kerap kelihatan sejak dua menjak ini. Terdetik hati Akmal untuk mengenali pemuda itu pula.

           “Anak ke ni, Makcik?” tanya Akmal tidak secara langsung kepada pemuda itu.

           “Ya, anak yang bongsu”, jawab wanita tua itu. “Baru lepas SPM. Saja tolong Makcik dengan kakaknya berniaga”, tambahnya lagi.

           Pemuda itu tersenyum lantas menghulurkan tangan dan mereka bersalaman. Lalu Akmal meminta keizinan untuk mengundurkan diri. Wanita tua itu sempat pula mempelawa Akmal untuk ditumpangkan ke asrama. Namun, pelawaannya itu telah ditolak kerana pada hari itu Akmal telah meminjam motorsikal Jamal untuk menghadiri mesyuarat persatuan di fakulti.

           Beberapa minit kemudiannya, sebuah van Toyota Hi-Ace yang dianggarkan telah berusia lebih 10 tahun tiba di tempat dua beranak itu sedang berdiri. Dengan muka yang sedikit berkerut, pemandunya telah turun untuk membukakan pintu di belakang dan di sisi van itu.

          “Aik! Cepat pula mak dah sampai sini?” soal gadis itu kehairanan.

          “Tadi ada orang tolong mak angkat barang-barang ni”, jawab wanita tua itu. “Lekaslah bawa masuk ke dalam. Nampak gaya mendung macam nak hujan lagi ni.”

          Gadis itu masih terpinga-pinga siapakah gerangan yang membantu ibunya itu. Lamunannya yang berada di awang-awangan itu lantas tersentak dek bunyi yang dikeluarkan oleh ibunya ketika menyusun barangan di dalam van. Adiknya hanya memerhatikan gelagat kakaknya itu secara tersembunyi tanpa mengeluarkan sebarang ekspresi di mukanya.

 

Motorsikal Jamal diparkir di bawah asrama yang disediakan khas kepada penghuninya. Akmal mematikan enjin motorsikal itu lalu dikunci pemacunya dan kemudian merantai tayar belakangnya. Belum pun sempat Akmal berdiri dari cangkungannya, telah berdiri seorang lelaki dengan wajah yang agak bengis memandang tepat ke arah Akmal. Tanpa berkata apa-apa. Dia meludah hampir-hampir mengenai kasut Akmal. Terperanjat Akmal dibuatnya.

            “Apahal pula budak ni? Mati bini ke?” cetus Akmal. Orang itu dikenali oleh Akmal namun tidak begitu mesra.

            Tanpa mengendahkan perilaku orang itu yang menuju ke arah bertentangan, Akmal meneruskan perjalanan pulang ke biliknya. Kaki melangkah longlai bersama-sama minda yang telah kehabisan akalnya menuju ke destinasi terakhir pada hari itu iaitu bilik asrama. Akmal mencapai kunci sambil menjengah selipar Jamal yang tidak kelihatan di tempat sepatutnya. Disebabkan keletihan, Akmal terlena sebentar di atas katil di kala matahari berlalu pergi dan bulan menampakkan diri.
Previous: Ep. 003
Next: Ep. 005

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Athree