Home Novelet Cinta Hello Mr. Counselor
Ep. 003

Akmal sedang mengacau gula di dalam cawan air limau suamnya yang telah dikeluarkan bijinya oleh pengusaha kantin. Jamal pula meneguk air kopi sejuk ke mulut untuk membasahkan tekak sebelum memulakan bicara.

“Budak tadi tu junior kita sekelas dengan adik aku.”

“Aku tahu. Kau dah cakap tadi”, balas Akmal sedikit berang. “Aku nak tahu latar belakang budak itu”, tambahnya lagi.

“Tenang, brother. Kita tunggu bakso sampai dulu”, jawab Jamal selamba.Mentang-mentang Akmal yang belanja pada petang itu.

“Dah lah aku yang bayar. Timing pula kau ni. Aku balik kang”, ugut Akmal sambil mengacah-acah untuk bangun meninggalkan Jamal.

Okaylah. Adik aku cakap. Budak ni sebenarnya part-time student. Dia tolong emak dia buat catherer kecil-kecilan. Yang tidak sedapnya, dia budak pandai tapi kononnya kedekut ilmu. Bila tanya atau minta tunjuk ajar, selalu sangat beralasan. Busy sangat katanya. Apa lagi,budak-budak lain pun berpakat boikot budak ni. Kalau ada assignment pensyarah bagi, budak-budak lain akan sembunyikan. Kelas batal pun diorang tak bagi tahu budak ni”, jelas Jamal panjang lebar.

“Tapi kenapa sampai budak-budak kelas lain pun ikut pulaukan sekali”, tanya Akmal kehairanan.

“Macam yang aku cakap. Dia pelajar separuh masa.Dia ambil subjek dari banyak kelas sampai jam kredit maksimum setiap semester. Aku rasa nanti dia akan graduate sekali dengan kita”, Jamal berseloroh.

“Kau tak tokok tambah cerita ni, kan?”, soal Akmal. “Emak dia tak marah ke dia buat macam tu?”

Jamal tidak menjawab. Pandangannya tertumpu pada seorang wanita berusia yang sedang membawa dua mangkuk mi bakso ke arah mereka. Akmal menyeluk saku seluarnya untuk mengeluarkan wang.

“Tak payah bayar, Anak. Kawan yang duduk di sana tu sudah bayarkan”, kata makcik itu sambil mengeluarkan ibu jari mengarah ke meja paling jauh di kantin itu.

Akmal dan Jamal menoleh ke arah kiri dan terlihat merpati dua sejoli sedang menyantap makanan mereka. Akmal tersenyum lalu mengucapkan terima kasih kepada makcik tersebut. Akmal mencapai garfu dan sudu lalu menghirup kuah bakso itu.

“Tadi tu lah mak budak tu”, kata Jamal.

Hampir tersedak Akmal akan kuah bakso itu. Terasa perit hidungnya disebabkan oleh kepedasan sambal kicap yang telah bersebati di dalam kuah. Hampir sahaja kuah itu meleleh keluar dari hidung Akmal. Jamal menghulurkan tisu yang di ambil dari kaunter.

Jeling Akmal sinis sambil berkata, “Apa pasal tak cakap awal-awal. Kecil hati pula kalau emak dia dengar tadi.”

Jamal berwajah kaku lalu menghirup kuah bakso bersama-sama bebola daging yang besar. Akmal pula menyudu mi bersama kuahnya untuk di masukkan ke dalam mulut.

“Itu pun budak tu dah balik.”

Belum pun sempat dia menelan makanan itu, Akmal lantas tersembur keluar segala isi di dalam mulutnya hampir-hampir memasuki mangkuk Jamal. Kata-kata Jamal membuatkan Akmal berpaling ke arah dapur kantin itu. Sekilas terlihat sekujur tubuh yang kurus sedang menyusun pinggan mangkuk ke dalam rak-rak. Pilu hati Akmal melihatkan kesusahan yang dilalui oleh budak itu.

“Ah! Handphone aku!” tempik Jamal sederhana kuat melihatkan telefon bimbitnya ditutupi mi bakso yang tersembur keluar dari mulut Akmal.

“Nama dia apa, Jayme?”, kata Akmal kepada Jamal yang sedang sibuk mengelap skrin telefon bimbitnya.

Jamal mencebik lalu menjawab, “Tak nak bagi tahu.”

Akmal tertawa mendengarkan nada merajuk Jamal terhadap dirinya. Akmal lantas menyuap sekali lagi mi bakso ke dalam mulut. Kali ini makanan itu berjaya memasuki rongga lehernya menuju ke dalam perut. Ternyata mi bakso tersebut lebih sedap daripada kebiasaannya. Hari yang penuh kejutan itu berlalu di luar kebiasaannya.

Previous: Ep. 002
Next: Ep. 004

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Athree