Home Novelet Cinta Hello Mr. Counselor
Ep. 001

Skuek!Skuek! Bunyi selipar jepun yang kebasahan itu sangat menjengkelkan dan menggamit segenap ruang di asrama itu. Gaya berjalan yang pantas itu juga semakin lama semakin kuat menghampiri sebuah bilik di hujung barisan tingkat tiga sehinggakan mengganggu ketenteraman pagi hari minggu penghuninya. Tubuh empunya diri berbadan gempal kelihatan sedang mengetuk pintu sebuah bilik dan bermengah-mengah. Sepertinya ada sesuatu perkara kecemasan yang hendak disampaikan.

“Mal! Mal! Tolong aku!”, jerit Bobba yang hampir kehabisan nafas. Bunyi selak pintu terbuka lalu keluar seorang dengan fon kepala tersangkut di leher.

“Apahal Bobba? Pepagi sabtu ni orang nak bangun tidur lewat sikitlah”, keluh Jamal yang masih berpakaian tidur.

“Aku bukan nak jumpa kau”, balas Bobba sambil menolak Jamal ke sisi. “Mal! Mal! Bangun Mal, tolong!”, gesa Bobba ke arah sekujur tubuh yang masih berselubung di bahagian kepala.

“Jangan kacaulah, Bobba. Aku ngantuk ni, tidurlambat malam tadi,” jawab empunya tubuh itu yang masih di dalam selimut.

“Tolong, Weh! Christie nak clash dengan aku ni. Tengok ni dia PM (personal message) aku tadi”, balas Bobba sambil memasukkan telefonnya ke dalam selimut.

Dia yang tadinya tidur lantas terduduk di kepala katil dengan menggenggam telefon bimbit di tangan. Terkulat-kulat dia membetulkan rambut yang kusut dan menggosokkan mata yang separa terbuka itu.

Relax brother.Ni Akmal lah. Nothing impossible to other’s impossible”, seloroh Akmal yang telah kembalinya keseluruhan roh ke jasad.“Beritahu in-detail kesnya”, tambahAkmal.

Akmal dan Bobba duduk berhadapan. Jamal pula menutup pintu bilik itu untuk menyembunyikan keaiban yang terjadi. Bobba bercerita dengan penuh perasaan dengan keadaan duduk bersila di atas lantai.Manakala Akmal masih kekal di kepala katil dan Jamal pula duduk di kerusi meja belajarnya.

“Sebab tu je dia minta clash dengan aku”, luah Bobba, sedih.

“Apa kata kau beli bunga ke, coklat ke, apa yang dia suka”. Jamal cuba memberikan pandangannya.

Akmal menggelengkan kepala dan berkata, “No, no. Tu cara amateur”. Sejenak Akmal berfikir seketika. “Apa kata kau guna kelebihan yang kau ada.”

“Kelebihan? Apa lebihnya aku? Berat je yang berlebihan”. Walaupun di dalam kesedihan, Bobba sempat berjenaka.

“Itulah dia! Berat badan kau. Dan juga bulu-bulu kau tu”

Terpinga-pinga Bobba dan Jamal sambil melihat Akmal yang sedang tersengih. Bobba memang kuat hormon kelelakiannya. Walau baru dua hari sudah bercukur, jambang dan misainya akan kembali tumbuh memenuhi ruang mukanya yang putih gebu. Disebabkan itu juga, Bobba sering dihukum untuk melakukan tekan tubi kerana kurang kemas ketika berkawat di dalam Persatuan Kesatriaan Negara pada tahun lepas.

“Aku nak kau turunkan berat badan dalam seminggu.Kononnya kau tak lalu makan. Then,kau biar janggut kau tumbuh berserabut kat muka kau at least seminggu. Nanti aku pinjamkan celak mak aku beli kat Mekah. Letak sedikit bawah mata sikit. Biar nampak macam kurang tidur.”

Terdiam Bobba seketika. Jamal menggaru-garu kepala yang tidak gatal dan melanguk ke siling. Buah fikiran Akmal ternyata berada di luar dugaan manusia biasa.

“Bagi handphone kau. Aku tolong reply”. Tangan Akmal segera merampas dan menaip di skrin tanpa menunggu jawapan atau keizinan daripada Bobba. Kemudiannya Akmal memulangkan semula kepada Bobba dan terus kembali ke keadaan asalnya.

“Jangan balas apa-apa lepas ni sampai aku beritahu”, kata Akmal yang bersiap sedia untuk tidur semula. “Sudah! Berambus!Aku nak tidur!”, tempiknya pula sambil menekup selimut ke kepala.

“Kau tulis apa?” bisik Bobba seorang diri. Jamal lantas turun dari kerusi dan menjengah di sebelah kiri Bobba yang sedang membaca mesej WhatsApp.

“ ’sampai hati’ !?” tertera balasan mesej yang ringkas oleh Akmal di skrin telefon bimbit Bobba.

“Itu je?”, bisik Jamal pula, perlahan kepada Bobba yang sedang mengerutkan dahinya.
Next: Ep. 002

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Athree