Home Novelet Cinta Hello Mr. Counselor
Ep. 013

Jamal menunggu di tempat letaknya kereta Akmal tidak jauh dari lokasi perbincangan Akmal dan Riduan. Perasaan ingin tahu Jamal semakin membuak-buak. Dia mahu mengetahui apakah keputusan Akmal terhadap kes terbarunya itu.

            Akmal berjalan menghampiri keretanya. Jamal yang tadinya membongkok kini berdiri di tempat duduk penumpang. Kunci kereta dibuka dan Akmal memasuki ruang pemandu seperti tiada apa-apa yang berlaku. Jamal memulakan soal selidiknya pula.

            “So, macam mana budak ni? Muka playboy tu.”

            “No lah! Dia tu ‘adik-adik’ sikitlah.” Adik-adik yang dimaksudkan Akmal adalah seorang yang lembut personalitinya. Disebabkan itulah wajahnya kelihatan seperti tiada cacat cela.

            “Tapi as long dia minat kat perempuan so kira sihatlah”, Jamal berseloroh. “Kau janji nak tolong diakah? Tugas aku apa pula?”, cetus Jamal lagi.

            “Tak ada tugas kali ni. Aku bagi tempoh seminggu untuk dia pertimbangkan nasihat aku”

            “Kau kaunseling apa kat Wang tu?”

 

Akmal mengembalikan telefon bimbit Riduan. Akmal membetulkan kaki yang lenguh lalu duduk di atas timbunan daun yang kering. Akmal memulakan sesi kaunselingnya kepada Riduan.

            “Okay,Wang. Aku ada satu nasihat kat kau.”

            “Apa dia, Mal”, balas Riduan lalu mengekori tindakan Akmal dengan duduk juga di atas dedaunan. Riduan cuba menunjukkan kemesraan mengikut caranya iaitu dengan memotong nama ‘Akmal’ menjadi ‘Mal’ sahaja.

            “Kau cuba revise balik keputusan kau untuk menjadikan salah seorang daripada dua orang ni sebagai couple atau calon isteri.”

            “Kenapa pula?”

            “Ada tak kau perasan perbezaan layanan terhadap kau berbanding orang lain?”

            Riduan berfikir sejenak lantas menggelengkan kepala.

            “Pernah tak dia keluar bertiga dengan orang lain juga selain kau?”

            Riduan berfikir lagi sejenak lantas menganggukkan kepala pula.

            “Selain tempat makan atau shopping complex, pernah tak pergi ke tempat lain yang kau suka tapi diorang tak suka? Contoh macam karaoke atau bowling? Aku nak tahu.”

            Riduan berfikir lebih lama tanpa sebarang reaksi di kepalanya. Akmal membuat rumusan.

            “Wang, ini pendapat aku saja. Mungkin betul atau mungkin juga salah. Pendapat aku mereka tu setakat kawan baik kau. Kalau kau berterus terang untuk couple berkemungkinan besar nanti kedua-duanya akan terbang pergi meninggalkan kau”, tutur Akmal bernada serius.

            “Bukan aku nak menakutkan kau. Pengalaman aku mengatakan kalau salah seorang di antara mereka ada hati padakau, pasti akan datang hint daripada salah seorang di antara Ekin atau Nisa.”

            Riduan terdiam dan terus membisukan diri. Raut mukanya kelihatan lebih sedih berbanding ketikamana dia memunculkan dirinya sebentar tadi.

            “Relax, Wang. Kalau dah jodoh takkan ke mana”, Akmal memujuk Riduan yang semakin suram dengan menepuk-nepuk bahunya.

            “Aku cadangkan kau cari calon daripada orang yang ketiga", Akmal memberikan pendapatnya, sengaja menduga. Riduan tergamam.  Akmal teruskan berbicara memandangkan Riduan tetap membatu. 

            "Ataupun kau buat satu ujikaji terhadap Ekin dan Nisa”, ujar Akmal, mengutarakan jalan alternatif mengikut kehendak hati pelanggannya itu. Ada reaksi yang kelihatan pada Riduan.

            “Ujikaji macam mana?”, barulah Riduan bersuara.

Previous: Ep. 012
Next: Ep. 014

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Athree