Home Novelet Cinta Hello Mr. Counselor
Ep. 019

Akmal mengeluarkan telefon bimbit dari kocek seluarnya lalu mencari-cari beberapa gambar yang hendak ditunjukkan kepada Zaki. Ternyata telefon bimbit berupaya mengambil gambar setinggi 20 MP (Mega Pixel) dan hasilnya memang tidak menghampakan tatkala di saat-saat kecemasan seperti ini.

            “Kau carilah orang yang sekufu dengan kau. Aku ada calon. Ni dia”, kata Akmal lalu menunjukkan gambar gadis yang menjadi topik perbualan mereka.

            “Ni kah? Aku kenal ni. Tapi...”, balas Zaki sambil mencebikkan mulutnya lalu menjawab, “...not my taste lah”.

            Pada pandangan mata kasar Zaki, gadis itu sangat selekeh dan sangat berbeza berbanding Christie yang tidak pernah lekang daripada solekan-solekan yang menarik perhatian sesiapa yang melihatnya. Berbaju lusuh dan labuh serta fesyen bertudung yang senget sebelah. Berkacamata tebal sinonim dengan gelaran ulat buku di kalangan rakan seangkatannya.

            “Itulah kau, tasteless. Seburuk-buruk cekodok, orang tetap suka makan. Macam aku cakap tadi. Kalau usaha, arang pun boleh jadi berlian.”

            Akmal memperlekeh tanggapan Zaki yang terikut-ikut pandangan orang lain. Kalau busuk di hidung rakan-rakannya, maka busuk jugalah di hidung Zaki. Jika menawan di mata orang lain, maka menawanlah di mata Zaki. Akmal tekad untuk mengubah persepsi Zaki dalam membuat penilaian supaya tidak lagi menerima bulat-bulat pandangan seseorang sepertimana tertulis sebuah buku teks atau teori konspirasi dengan tujuan mengaut keuntungan. Tetapi ianya perlu dibuktikan dengan penyelidikan dan pemerhatian juga.

            “Berlian kan memang dari arang? Takkan tak tahu!” balas Zaki. Kebijaksanaannya memang tidak dapat disangkal lagi seperti sebuah perpustakaan bergerak.

            “Ya, ya, pandai pun. Tapi bodoh juga orang beli berlian dengan harga yang sangat mahal walau dibuat dari arang tak bernilai”, perli Akmal secara tidak langsung.

           “So, back to our main point here. Are you accept the challenge?”, cabar Akmal kepada Zaki. Zaki yang pantang dicabar pula menunjukkan isyarat ‘good’ kepada cabaran Akmal.

            “Kalau begitu, mari sini aku bagi tasks untuk kau.” Akmal mengeluarkan sekeping kertas A4 dari laci miliknya lalu diletakkan di hadapan Zaki.

            “Firstly, kau tengok kulit dia kat mana ada parut.”

            Zaki mendongak ke lelangit sambil mengingatkan semula wajah gadis yang dikatakan oleh Akmal. Samar-samar memori yang berjaya ditimbulkan kerana kerapkali dibayangi oleh tudung yang melingkar di kepala gadis itu.

            “Secondly, kau cuba duduk dekat dengan dia apa yang akan kau bau.”

            Kali ini Zaki hanya mampu tercengang. Sejujurnya dia tidak pernah duduk berdekatan dengan gadis itu apatah lagi untuk menghidu bau-bauan yang terkeluar daripadanya.

            “Lastly, kau cuba tanya apa-apa soalan kat dia. Perhatikan cara dia jawab”, jelas Akmal lalu menoktahkan tulisannya di atas kertas A4 itu lalu diserahkan kepada Zaki yang sedang ternganga kecengangan.

            “Soalan? Nak tanya apa, eh?” Zaki berteka-teki di dalam kepalanya.

            “Uih, susahlah ‘teori-yaki’ ni. Semuanya nak kena ada rujukan. Tanyalah macam 'apa beza peleburan dan pelakuran'. Macam itulah lebih kurang”, seloroh Akmal, sindir di sebalik berjenaka. Tiba-tiba sahaja gelaran itu terpacul daripada mulut Akmal.

            “‘Teori-yaki’? Haha, kau la orang pertama panggil aku macam tu.” Ketawa Zaki berdekah-dekah menghiasi beberapa saat waktu di biliknya yang tadinya terlalu janggal suasananya.

 

            Pintu bilik itu dibuka oleh seseorang bersama ucapan salam tatkala gelak ketawa masih berkumandang. Rupanya Jamal telah kembali dari 'aktiviti'nya tadi. Zaki dengan cepatnya melipat kertas yang diberi oleh Akmal ke dalam kocek lalu meminta izin untuk mengundurkan diri. Ternyata Zaki masih tidak sudi untuk berkongsi masalahnya dengan orang lain selain Akmal.

            “Mal, kenapa kau suruh Zaki buat macam tu”, soal Jamal melihatkan Zaki telah hilang daripada pandangan mereka.

            Rupanya Jamal mendengar sedikit sebanyak isi perbualan tersebut. Cuma dia menunggu waktu untuk menunjukkan diri supaya Zaki tidak terasa kehadirannya akan membantutkan sesi kaunseling itu. Ternyata tindakannya tepat sekali melihatkan reaksi Zaki yang segera pergi selepas melihat Jamal. Ini menunjukkan betapa tingginya harga diri Zaki tidak mahu menyerlahkan kelemahan dirinya kepada orang ramai.

            “Aku nak suruh dia mengenali seseorang bukan disebabkan popularity atau cakapan orang lain. Biarlah dia kenal seseorang from scratch.”

            “Macam kau?”, tempelak Jamal tepat ke sanubari Akmal.

            Ikhtibar hubungan Akmal dan Nurul sedikit sebanyak telah memberikan pelajaran yang baik buat dirinya dalam melakukan penilaian. Ia membuatkan Akmal mahu berkenalan dahulu dengan seseorang perempuan terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan. Suatu masa dahulu Akmal juga pernah terpengaruh dengan penilaian orang ramai secara membuta tuli.

            “Aku dapat rasakan wavelength diorang tu akan sama”, bicara Akmal selepas beberapa saat terkesima.

            “Uih, wavelength.Very the engineering word!”

            “Of coarse!”

            Jamal seringkali tidak pernah ketandusan idea untuk mentertawakan orang. Walaupun bagaimanapun, lawak itu hanya dikeluarkan dan difahami oleh mereka berdua sahaja. Gelak ketawa berdekah-dekah memenuhi segenap ruang bilik yang kecil itu.
Previous: Ep. 018
Next: Ep. 020

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Athree