Home Novelet Cinta Hello Mr. Counselor
Ep. 014

Jamal mendengar cerita Akmal dengan penuh perhatian. Namun begitu, Kereta yang dipandu oleh Akmal hampir tiba ke destinasinya menandakan kisah penglipurlara itu bakal ditamatkan.

            “Ujikaji apa, Mal? Aduh! kau buat cerita thriller pula kat sini.”

            “Nak ceritalah ni. Jangan menyampuk, boleh?”, tegur Akmal pedas kepada Jamal.

Riduan yang membisu kembali bersuara. Akmal mendekatkan jaraknya dengan Riduan supaya tiada telinga akan akan curi-curi mendengar rancangannya itu.

            “Aku nak kau cuba rapat dengan Ekin dan Nisa di saat salah seorang tiada di sisi. Dan pastikan orang yang tiada di situ tidak akan perasan atau terserempak dengan kau.”

            “Uih! Susah tu. Tiba-tiba saja terpaksa menjarakkan diri.”

            "Kau auta la kata nak study sorang-sorang ke apa ke", balas Akmal. “Dan satu lagi. Kalau kau nampak Ekin dan Nisa tengah berduaan, jangan sesekali mendekatkan diri. Kau mengelak atau lari dari situ lagi bagus.”

            “Nak buat berapa lama?”

            “Paling sekejap satu minggu.”

            Riduan berfikir lalu menjawab, “Okay, aku cuba.”

            Riduan tersenyum. Akmal meminta untuk berundur diri tetapi kematian langkah disebabkan oleh Riduan dengan luahan perasaannya secara tiba-tiba.

            “Aku gembira dapat berbual dengan kau, Mal”

            Akmal berasa seram sejuk kerana ungkapan yang dikeluarkan oleh seorang yang dianggap seperti ‘adik-adik’ itu.

            “Kau tahu. Aku ada minta nasihat kaunselor tak bertauliah dari Fakulti Mekanikal. And aku expect kau akan bagi jawapan yang sama.”

            Perasaan ingin tahu Akmal membuak-buak lalu bertanya, “Dia bagi jawapan apa?”

            “Dia bagi jawapan yang mungkin kebanyakan orang-orang akan beri. Dia suruh aku pilih Ekin kerana wanita bertudung itu lebih sesuai dijadikan isteri atau pasangan hidup sebagai teladan untuk keluarga dan anak-anak di masa depan.”

            Akmal mendengar lagi luahan Riduan.

            “Dia cakap perempuan yang menjaga aurat diri itu lebih baik mengikut ajaran agama”, luahan perasaan Riduan semakin mendalam. “Boleh aku tahu kenapa kau bagi nasihat macam ni kat aku. Just curious”, tanya Riduan pula.

            Akmal pula bersuara.

            “Kalau ikut agama, Nabi suruh kita lihat dengan siapa anak-anak kita berkawan kerana agama seseorang itu adalah menurut agama sahabatnya. Kat sini aku kenal 3 orang. Aku kenal kau Wang, sekarang ni. So, aku boleh andaikan personaliti Ekin dan Nisa tidak akan jauh larinya berbanding personaliti kau. Allah pun ada berfirman bahawa orang yang baik cenderung kepada orang yang baik juga dan sebaliknya orang yang jahat cenderungnya juga kepada orang yang jahat juga.”

            Tiba-tiba sahaja personaliti Akmal berubah menjadi seorang pendakwah seantero dengan Da’i dan Pencentus Ummah. Kekaguman Riduan semakin menebal terpancar dari sinaran matanya lalu berkata di dalam hatinya, ‘Alangkah bertuahnya lelaki di hadapannya itu jika boleh bersuamikan dia’.

            “Terima kasih Mal sebab menyedarkan aku. Aku cuba ingat nasihat kau sebaik mungkin.” kata Riduan sambil tersenyum.

            Akmal masih ingin mengetahui sesuatu perkara melalui Riduan.

            “Siapa nama budak Fakulti Mekanikal yang kau sebutkan tadi.”

            Riduan mengemam lalu menjawab, “Emm, rasanya nama dia Amer. Ya pasti, Amer namanya.”

            “Amer?” Akmal tergamam seketika mendengarkan nama itu.
Previous: Ep. 013
Next: Ep. 015

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Athree