Home Novel Cinta Izinkan Aku Rawat Lukamu
Izinkan Aku Rawat Lukamu
Hasz Ninie
1/12/2018 12:07:07
38,054
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

RIFQYmenggerakkan kepalanya ke kiri dan ke kanan sehingga menghasilkan bunyi.Tangannya diangkat ke belakang leher, mengurut leher yang terasa lenguh.

            “Penat?” Puan Amna bertanya.Punggungnya dilabuhkan di sisi anak lelakinya. Tangannya mengurut bahu si anaktanpa dipinta.

            “Mama, thanks,” ucap Rifqy dengan senyuman di bibirnya. Lega benar denganurutan mamanya itu. Hilang lenguhnya.

            “Itulah. Mama suruh cari isteri taknak. Kalau ada isteri, bolehlah minta tolong urutkan. Mama nak carikan, Qy taknak pula.” Puan Amna sedikit membebel.

            Rifqy tersengih. Puan Amna sudahmula membahas isu bakal isteri. Sudah banyak kali mama mengetengahkan isutersebut dan sudah banyak kali dia berjaya mengelak. Tuan Harun pula, walaupuntidak mendesak seperti Puan Amna adakalanya agak kelihatan terdesak untukmenimang cucu. Padahal mereka sudah bercucu. Arlene dan Adelyn masing-masingmempunyai anak. Jadi, jika sudah bercucu apakah Tuan Harun masih mahukan cucudaripadanya? Mengapa masih mendesaknya berkahwin?

            “Mama, Qy kan baru masuk Islam. Soalagama pun tak berapa nak pandai lagi. Lagi pun nak kahwin Qy kena cariperempuan Islam kan? Nak jadi suami kepada perempuan Islam kenalah tahu banyaksoal hukum. Walaupun dia boleh mengajar Qy tapi Qy tak nak terlalu bergantungpada isteri Qy nanti. Qy nak belajar dan kukuhkan dulu ilmu pengetahuan Qy tentangIslam.” Rifq mengutarakan hasratnya. Dia belum bersedia dan bila dia akanbersedia, dia juga tidak dapat meneka. Kalau ada jodoh, adalah.

            “Kalau nak mengelak mulalah nakbersyarah depan mama. Itu mama tahulah. Tapi dengan kerja Qy kat pejabat tutakkan pernah habis. Bila masanya Qy nak belajar? Kalau Qy gantikan papa katkedai tu, tak adalah sibuk macam ni. Sempat la nak belajar pasal Islam ni. Join ceramah dengan Ustaz Zali katmasjid tu walaupun tak selalu dapatlah juga cari ilmu.” Puan Amna bersyarahpanjang.

            “Qy tak minat bisnes, mama. Minat Qyadalah penyiasatan. Mama ingat tak dulu Qy selalu cakap kat mama Qy nak jadipolis?”

            Puan Amna terdiam sejenak cubamemanggil memori lampau. Memang Rifqy pernah menyuarakan hasratnya untukmenjadi polis sebaik tamatnya SPM namun dia sudah mempunyai rancangan untukmenghantar anaknya menyambung pelajaran ke luar negara.

            “Mama ingat tapi tak ada pula Qycuba apply polis dulu?”

            “Masa tu kan Qy tengah belajar.Takkan nak tinggal degree Qy macam tuaje? Rugi la, mama.” Manja suara Rifqy. Dengan Puan Amna, memang manjanya tidakboleh tinggal. Sejak sekolah menengah lagi dia memang suka menempel dengan PuanAmna. Dan Puan Amna sememangnya melayan kemanjaannya itu.

            “Qy ni sengaja nak lari dari isukahwin kan sampai berderet-deret Qy tarik mama ke topik lain kan?” duga PuanAmna menyebabkan Rifqy terkena batang hidungnya sendiri.

            Kepala yang tidak gatal digaru bagimenyembunyikan rasa bersalahnya terhadap Puan Amna.  Macam tahu-tahu saja Puan Amna ni. Dengan PuanAmna, memang dia tidak boleh berbohong. Naluri seorang ibu memang tepat, tidakboleh disangkal.

            “Hah, Qy. Baru balik?” tegur TuanHarun yang baru menuruni anak tangga. Dia kelihatannya sedang membetulkankopiah putih di kepalanya.

            “Ya, pa,” sahut Rifqy.

            “Kerja, kerja juga. Kesihatan tukena jaga juga. Jangan siasat orang jahat aje. Siasat juga bakal menantu untukpapa dan mama nanti,” nasihat Tuan Harun sempat mengetengahkan isu mencaribakal menantu.

            Rifqy menepuk dahinya. Tadi PuanAmna sekarang Tuan Harun pula? Pening kepalanya setiap kali kedua-duanyamenyebut soal kahwin.

Bukandia tidak menginginkan sebuah perkahwinan. Dia juga mahu memiliki seorangisteri dan anak-anak yang boleh menyokongnya dalam segala perkara. Namun, buatmasa ini fokusnya bukanlah ke arah soal itu. Dia masih belum bersedia memikultanggungjawab yang lebih berat apabila bergelar sebagai ketua keluarga.

Tambahanpula ilmu agamanya masih tidak seberapa. Sekadar tahu solat dan berpuasa belumtentu boleh membimbing sebuah keluarga. Sekurang-kurangnya dia mahu mempelajariilmu Islam dengan lebih mendalam terlebih dahulu sebelum menaiki ‘takhta’sebagai ketua dalam keluarga.

            “Qy naik dululah. Nak mandi. Badanrasa melekit semacam ni.” Rifqy beralasan bagi menutup topik tentang calonisteri.

            Cepat-cepat Rifqy mengangkatpunggung untuk berlalu dari situ dengan segera. Sebelum dirinya dihujani denganlebih banyak soalan berkaitan bakal isteri, lebih baik dia segera beredar darisitu.

            Tuan Harun dan Puan Amna salingberpandangan sebelum melepaskan keluhan berat.

 

KESpenyiasatan masih berjalan seperti biasa. Julyana berpendapat kes itu semakinrumit. Walaupun tiada lagi ugutan dari pelakunya, Aida dan dirinya tetap jugaharus berwaspada dengan segala kemungkinan. Buat masa ini semuanya berada dalamkeadaan terkawal. Aida tidak lagi didatangi surat ugutan. Tetapi sampai bila sipelakunya akan menyepi? Mungkin saja ini sebahagian daripada rancangannya.

            Teringatkan Aida yang kini tinggalbersama ibunya cukup meresahkan hatinya. Sahabatnya itu sengaja berlindung dirumah ibunya demi mengelak daripada bekas suaminya. Sudah diajak tinggalbersamanya, namun Aida berkeras tidak mahu. Katanya tindakan sedemikian hanyaakan menyebabkan Julyana sekeluarga menjadi sasaran pula.

            “Akak,” sapa Saliha mengejutkanJulyana dari lamunan.

Julyanatersentak. “Saliha,” getusnya.

            “Hari ni tak ramai customer. Boring pula tak dapat masak.” Saliha mengeluh di hadapan Julyana.Dia duduk berhadapan dengan Julyana di salah sebuah meja makan. Bukan hendak curitulang. Pelanggan yang tiada.

            “Hemm. Biasalah, Saliha. Restoranbukan akak seorang saja yang punya. Sekali-sekala customer nak juga tukar tastedia orang. Takkanlah kita nak paksa orang masuk ke restoran kita pula?”

            Saliha menongkatkan tangan ke meja,memandang ke luar restoran. Sesekali orang yang lalu-lalang berpaling ke arahrestoran itu namun tiada tanda-tanda mereka mahu masuk. Mungkin benar agaknyatelahan majikannya itu. Pelanggan punya pilihan dan hak sendiri untuk makan dimana saja yang mereka suka.

            “Akak suka tonton K-Drama tak?”Tiba-tiba Saliha membuka topik tentang Kpop yang membawa pengaruh yang kuathingga ke serata dunia.

            Julyana senyum nipis. “Tak adalahsuka sangat pun. Layan la juga kalau akak bosan. Tapi bergantung pada jalancerita. Kalau best, akak layan. Kalautak menarik minat akak, akak layan drama Melayu aje.”

            “Saliha tonton aje. Best ke tak, belakang kira. Janji puashati,” ujar Saliha tersenyum sendirian.

“Nimesti Saliha kemaruk dengan mamat Korea dalam drama kan?” tebak Julyana inginmengenakan pekerjanya itu. Dia arif benar dengan anak muda zaman sekarang. Kpopmenjadi kegemaran kerana wajah-wajah pelakon dan penyanyi yang hensem dancantik. Sudah pasti yang perempuan tergila-gila hendak bersuamikan orang Korea.Yang lelaki pun sama. Walaupun bilangan mereka yang meminati Kpop mungkin tidakseramai peminat Hawa, namun tetap juga terpesona dengan kecantikan gadis-gadisKorea yang terkenal dengan wajah putih melepak dan tubuh badan yang cantik.   

Salihatersengih menayangkan giginya yang tersusun elok.

            “Hehe.Pandai akak teka. Mamat Korea hensem sangat. Dengan putih melepak lagi. SampaiSaliha termimpi-mimpi kahwin dengan orang Korea.”

            Benar telahannya. Saliha pun turutsama tergila-gilakan kekacakan lelaki Korea. Memang power betul K-pop sehingga boleh menjadikan para gadistergila-gila. Contoh yang dekat adalah gadis muda yang ada di depan matanyasekarang.

 “Ada-ada aje awak ni, Saliha. Mamat mata sepettu jugak yang awak nak? Dah tak ada lelaki Melayu ke yang awak berkenan?”

            “Bukan tak ada tapi lelaki Korea niromantik sangat. Tak macam lelaki Melayu. Kan best kalau every day diaucap ‘I love you’ kat kita? Terasamacam dia hargai kita. Sweetnya…”

            “Drama semuanya boleh buat.” Julyanamenyanggah lembut. Ada skrip, semuanya boleh buat. Yang kaku pun boleh jadiromantik. Siapa cakap lelaki Melayu tak romantik? Kalau ada skrip, mereka punboleh buat gadis-gadis Melayu cair.

            “Tapi dia orang tu hensem, kak…”

            “Ikut suka hati awak la, Saliha.Janji awak dapat restu mak ayah awak bila nak kahwin dengan orang Korea nanti.”

            “Speakingof the devil, ada customer matasepet nak masuk sini,” ujar Saliha sambil memuncungkan bibirnya ke luarrestoran. Julyana menoleh kemudian tersenyum. Alhamdulillah. Ada juga rezekinyauntuk hari ini.

            “Awak dah boleh masuk dapur. Get ready,” arah Julyana lembut. Memangdia tidak pernah berkasar dengan pekerja-pekerjanya kerana dia tidak mahudipandang negatif oleh mereka. Jika ada yang buat silap, kata maaf dan janjiuntuk tidak mengulangi kesalahan sudah cukup memadai.

            “Order?”Kening Saliha terangkat. Dah kenapa pula dia harus ke dapur sedangkan pesananbelum diambil?

            “Akak yang ambilkan order,” putus Julyana. Sesekali dia yangmenjadi pekerja apa salahnya? Bukan selalu un.

            Kelibat yang dinantikan melangkahmasuk. Julyana memerhatikan mereka kesemuanya yang sedang mengambil tempat disebuah meja di sisi dinding. Dia kemudiannya mengatur langkah ke arah mereka.

            “Selamat datang. Order, please?” Dengan ramah dan mesra Julyana melayan pelanggannya. Diletakkandua buah buku menu di hadapan pelanggannya itu.

            Salah seorang pelanggan mengangkatmuka dan matanya sedikit bulat saat bertatapan dengan Julyana.

“Eh,Cik Juhana…?”

            Julyana tergamam dengan pertemuanyang tidak disangka itu. Patutlah ada muka yang familiar. Rupa-rupanya staf di pejabat penyiasatan yangdikunjunginya bersama Aida tempoh hari yang lalu.

            “Cik Julyana la. Sesuka hati kau ajetukar nama dia,” tukas Lai menegur Afiq yang kelu untuk mengingati nama penuhJulyana.

            “Haah. Sorry, my bad. Aku lupala, Lai. Bukannya aku sengaja pun.”

            Sengaja Afiq menepuk lembut tanganLai menandakan dia tidak sengaja. Dia kemudiannya mengalihkan pandangan ke arahJulyana yang masih ternanti-nanti pesanan.

“CikJulyana kerja kat sini ke?” Afiq memetik jari. Baru dia ingat nama sebenarperempuan muda itu. Tadi main terjah saja dia menyebut nama perempuan itukerana dia tidak ingat.

            “Tak la. Saya owner restoran ni.” Selamba Julyana menjawab. Tidak senang jugadengan keramahan Afiq yang melebih-lebih itu.

            “Oh, owner rupanya. Not bad.Muda-muda dah berjaya. Mesti keluarga Cik Julyana bangga dengan Cik Julyana,”komen Afiq dalam masa yang sama memuji. Dia memandang sekeliling ruang restoranitu. Nampak kecil sahaja ruangannya namun susunan meja dan kerusi agak teraturmenjadikan ruangnya kelihatan lebih luas. Selalu juga dia makan di situ bersendiriantetapi tidak perasan pula kelibat Julyana sebelum ini.

            “Bagi saya teh sirap limau dan migoreng satu.” Rifqy pantas membuat pesanan tanpa menunggu Afiq menyampaikanpesanan mereka. Dia tidak mengangkat wajah. Matanya asyik melihat ke luarrestoran. Datang sini pun memang hendak makan. Mengapa perlu mencari masa flirting dengan perempuan?

            “Lagi?”

            “Bagi saya nasi goreng kampungdengan milo ais. Lai, kau nak makan apa?” Afiq menoleh ke arah Lai yang asyikmelayan Youtube di Ipadnya.

            “Samamacam kau la.” Lai memang tidak pernah memilih soal makanan. Tidak cerewet danmakanan kesukaannya adalah masakan Melayu.

            “Jadi, nasi goreng kampung dua. Migoreng satu. Milo ais dua. Teh sirap limau satu. Itu aje ya? Terima kasih.” Julyanamembaca pesanan satu-persatu untuk memastikan tiada kesilapan.

Afiqmenghulurkan senyuman dan Julyana turut membalas dengan senyuman yangdibuat-buat.

            Setelah Julyana berlalu pergi,tinggallah tiga orang teruna di meja makan itu. Lai masih menghadap Ipadnya.Rifqy masih melayan perasaan dengan memandang ke luar restoran melalui dindingkaca. Afiq turut membuang pandangan ke luar. Suasana sunyi menyelubungiketiga-tiganya.

            Lai akhirnya berdehem perlahan. Ipadyang menjadi temannya itu diletakkan ke meja. Apabila semuanya diam, suasanamenjadi bosan.

            “Weh, so gloomy. Come on. Talk, please. Bosanlah kalau macam ni.”Lai bersuara setelah menyedari kesuraman yang membelit mereka.

            Afiq mengalihkan pandangan. Matanyasedikit mencerun. Tadi kau juga yang sibuk nak layan Ipad kau tu. Dia mendesisdi dalam hati.

“Kautu yang ralit layan Youtube kau tu. Aku pun senyap aje la. Ni mamat seoranglagi. Tengok apa entah kat luar tu sampai mata tak berkelip langsung. Nak kataada perempuan seksi, tak ada pula,” bebel Afiq dalam nada tidak puas hatidengan sikap teman-teman sekerjanya itu.

            “Aku dengarlah kalau tak tengok mukakau orang pun. Hari-hari menghadap muka kau orang saja. Jadi aku menghadap laorang kat luar sana tu. Bukannya salah pun.” Rifqy membela dirinya. Tak layankawan pun dikira salah ke?

            “Ada awek seksi tak apalah juga,”rungut Afiq seakan memerli lelaki yang duduk berhadapan dengannya itu.

            “Aku dah jadi muslim, bro. Tak layandah awek seksi ni. Kau ni ... Itu aje yang kau ingat. Berdosa kau tengok auratperempuan,” sangkal Rifqy tidak mahu kalah. Dia tahu hukum melihat auratperempuan walaupun baru beberapa bulan memeluk Islam. Penghijrahannya adalahkerana dorongan mama dan papa yang terlebih dahulu memeluk Islam sebelumnya.

            “Okey. Aku angkat bendera putih!”Afiq mengaku kalah. Dia mengaku sejak Rifqy memeluk agama Islam, lelaki itumenjaga batasnya dengan orang sekeliling. Tutur bicara juga dijaga agar tidakmendatangkan ketidakpuasan hati sesiapa. Kalaulah dia perempuan, sudah pastidia mengajak lelaki itu kahwin. Siapa yang tidak mahukan seorang suami yangbaik, bukan?

            Sebentar kemudian, pesanan yangdibuat akhirnya tiba. Namun kali ini pekerja Julyana yang menghidangkan pesanantersebut. Kelibat Julyana telah hilang.

            “Mana Cik Julyana?” soal Afiq tidakmalu. Matanya tercari-cari bayang Julyana. Kala itu, ekor mata Rifqy bergerakke arah Afiq. Sungguh tidak malu kawannya itu

            “Bos dah keluar dah tadi. Ada halkatanya. Jadi, dia minta saya bawakan pesanan ni. Lagi pun saya pekerja. Sayala yang kena hantar pesanan encik ni,” jawab pekerja yang dikenali sebagai Amriitu. Panjang pula jawapanya padahal Afiq bertanya soalan ringkas saja. Bunyinyamacam memerli saja.

            Afiq berjeda seketika. Senyumanmenghiasi bibirnya. Senyuman ikhlas atau sengaja yang dibuat-buat. Kecewa pulatidak dapat beramah mesra dengan Julyana.

“Terimakasih,” ucap Afiq bersahaja. Amri mengangguk dan segera beredar ke ruang dapur.

            “Tanya pasal Cik Julyana tu ada apa-apake? Nak tackle?” Lai meneka dengankenyitan nakal.

            Afiq menjeling Lai. Ke situ pulafikiran Lai. Tanya pun salah ke? Belum terlintas di hatinya untuk memikatJulyana. Tetapi tidak salah jika dia mahu mencuba. Julyana pula kelihatannyaperempuan yang baik. Memang sesuai dijadikan isteri.

            Rifqy mengerling Afiq. Sah!  Lelaki ni memang gatal miang. Semua perempuandia nak try, desis hati kecilnya.Afiq… Afiq…

 

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hasz Ninie