Home Novel Cinta Izinkan Aku Rawat Lukamu
Izinkan Aku Rawat Lukamu
Hasz Ninie
1/12/2018 12:07:07
38,035
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 4

JULYANAsengaja keluar restoran lebih awal dari kebiasaannya kerana ingin menjengukanak Aida di Setapak. Entah bagaimana keadaannya kerana Aida baru sahajamengkhabarkannya melalui telefon bahawa Ayesha diserang demam panas.

            Dia dan Ayesha memang rapat. Sejakkecil lagi Ayesha banyak meluangkan masa dengannya. Setiap kali dia menjengukAyesha, sudah pasti anak kecil itu akan menyambut kedatangannya dengan pelukanhangat. Tersentuh hatinya dengan kelakuan Ayesha. Tiba-tiba dia teringin hendakmemiliki anak seperti Ayesha. Pulang saja ke rumah, anak akan menyambutnyadengan pelukan.

            “Assalamualaikum, Ida. Ayesha macammana?” Julyana bertanya di hujung talian. Di hujung suara, kedengaran Aidamelepaskan keluhan. Sama ada keluhan lega atau sebaliknya.

            “Alhamdulillah, Ju. Doktor cakap dahstabil.”

            Julyana lega mendengar khabar itu.Hilang kerisauan yang berganda tadi.

            “Awak kat mana ni?”

            “Onthe way nak pergi Setapaklah. Nak jenguk Ayesha. Awak tunggu saya tahu?”

            “Lah, jauh tu. Kenapa nak datang?Kesian awak kena drive jauh macam nitahu? Kalau saya tahu awak sanggup datang saya takkan bagitahu awak dah,” bebelAida dan disambut tawa kecil Julyana.

            “Noproblem la. Saya dah biasa drivejauh. Ida, awak okey tak? Bekas suami awak ada kacau awak lagi tak?”

            “Setakat ni saya dah tak terimaapa-apa ugutan. Tapi saya masih risau. Saya takut dia akan ambil tindakan bilasaya buat tak endah,” luah Aida dalam nada kebimbangan.

            “Awak jangan risau. Insya Allah,Allah akan lindungi awak sekeluarga,” pujuk Julyana cuba meredakan kerisauanAida

            “Mudah-mudahan, Ju.”

 

MACAM mana dengan kes Puan Aida tu? Any information?” Encik Hashim bertanyakanperkembangan penyiasatan tentang Farouk. Rifqy memeluk tubuh. Punggungnyamendarat pada meja kerjanya. Matanya terarah pada Lai, mengharapkan soalanEncik Hashim itu dijawab oleh lelaki Cina itu.

            “Setakat ni, no clue. Kita orang dah siasat kat mana Farouk kerja. Kat manarumah dia. Tapi kita orang dapati Farouk sudah berkahwin lain dan sudah punyaanak dengan isteri baru. Jiran dia juga memaklumkan pada kami yang Faroukseorang jiran yang baik.”

            “Kalau betul dia yang hantar ugutantu, apa motifnya? Sebab Farouk lebih kaya daripada Puan Aida. Dan Farouk jugasudah ada anak dengan isteri barunya. Kalau dia nakkan anak Puan Aida, dah lamadia tuntut di mahkamah. Bukan dengan hantar ugutan macam ni. Saya syak ugutanni dibuat oleh orang lain. Bukan Farouk,” celah Rifqy menambah maklumat yangdiperoleh.

            “Mungkin ada someone yang menaruh dendam pada Puan Aida?” Afiq yang mendengarmenyampuk bagi menyatakan pendapatnya.

            Encik Hashim terdiam sambil mengangguk.“Kata awak tu Afiq mungkin ada benarnya. Seseorang yang berdendam dengan PuanAida takkan mudah menunjukkan dirinya pada sasarannya. Dia menghantar ugutansecara senyap dan mungkin juga akan bertindak dengan senyap tanpa jangkaan target.”

            “Puan Aida ada inform kat saya yang orang tu dah tak hantar apa-apa ugutan padaPuan Aida. Mungkin ada apa-apa yang sedang dirancangkan oleh orang tersebut?”

            Encik Hashim mengalihkan matanyapada wajah Rifqy.

“Diadah mulakan satu game.  A silentgame. Target takkan tahu bilaorang tu akan bertindak dan orang yang mengugut tu takkan ambil tindakan dalammasa terdekat. Dia akan tunggu, mencari masa yang sesuai. Kita mestiberjaga-jaga. Sebab dia mungkin dah sedar dan tahu ada orang intip dia. Besarkemungkinan dia juga akan mempermainkan kita untuk kaburi mata kita. Kita takboleh lalai. Puan Aida mesti diberi amaran dengan segera,” usul Encik Hashim.

A silent game?” Afiq menggaru kepala.Tidak faham dengan istilah tersebut. Dari mana datangnya istilah itu?

Silent game tu saya yang bagi nama. An action upon target in a silent mode.Macam yang saya terangkan tadi.” Encik Hashim memberi jawapan.

‘Iturupanya.’ Afiq mengangguk faham.

 

SETELAHmemarkirkan kereta Viosnya di hadapan rumah keluarga Aida, Julyana segera melangkahke arah pintu depan. Loceng pintu ditekan. Saat pintu dibuka dari dalam,terpacul wajah Aida.

            “Ju,” panggil Aida begitu terharudengan kedatangan sahabatnya itu. Sanggup Julyana memandu dari jauh untukmenziarahinya.

            “Tak nak jemput saya masuk ke?” usikJulyana. Aida tersentak kemudian mengukir senyum.

            “Masuklah, kawan,” pelawa Aida.Julyana menapak masuk ke dalam banglo dua tingkat itu. Matanya melatari segenapruang. Tangannya ditarik Aida ke sebuah sofa. Punggung dilabuhkan namun matanyamasih meneliti ruang banglo itu.

            “Cantiknya rumah keluarga awak.”

            Pujian pendek itu menerbitkan sekalilagi senyuman Aida. Banglo itu adalah peninggalan arwah datuk dan neneknya.Dijaga dengan baik oleh ibu dan tiga orang adiknya pula menjadikan banglo itusentiasa ‘bernyawa’. Abang sulungnya, Aidil pernah meminta penukaran namabanglo tersebut kepadanya namun Aida membantah keras. Jika banglo itu dirampasAidil, ibu dan tiga lagi adiknya hendak tinggal di mana? Akibat marah dankecewa kerana banglo itu tidak jatuh ke tangannya, Aidil nekad memutuskanpertalian keluarga dan merantau jauh sehingga tiada langsung khabar tentangnya.Sampai sekarang jejaknya tidak dapat dikesan.

            “Mana ibu awak?” Julyana bertanyasetelah perasan kelibat ibu Aida tidak kelihatan. Matanya masih meliar kesekeliling sambil mengagumi dekorasi perabut dan hiasan pada dinding yangberlatarkan Barat tradisional. Mungkin kerana mereka adalah keturunan Inggerissehinggakan identiti itu masih tersemat dalam keluarga.

            Darah Inggeris mengalir dalam tubuhAida dan adik-beradiknya kerana ibunya, Rosella adalah zuriat daripada pasanganJoseph dan Hafiza. Namun demikian, Aida dan adik-adiknya diasuh dengan caraTimur.

            “Ibu saya ada kat dapur. Tengahmasak. Sebab ibu tahu awak nak datang, ibu saya masak special untuk awak. Awak makan tengah hari kat sini ya?” Aidamencapai tangan Julyana yang agak kasar dan menggenggam erat.

            “Menyusahkan ibu awak aje. Tapi sayatahu saya tak boleh menolak kan?”

            “Mesti la. Awak reject pun, saya akan paksa awak sampai awak tak tolak. Lagi pundari jauh awak datang. Sekurang-kurangnya saya kena balas dengan sesuatu kan?”balas Aida ceria.

“Tanganawak ni tak pakai losyen ke? Kasar semacam aje ni …” Komen Aida dengan niatingin mengusik.

            Julyana mengecilkan pelupuk matanya.Nak perli akulah tu.

            “Saya ni tauke restoran. Saya buatkerja berat tahu? Saya bukan perempuan yang spoilokey?”

            “Gladto hear that. Sekasar-kasar tangan awak ni, hati awak lembut bak kapas.Terima kasih Ju sebab sentiasa ada kat sisi saya.”

            Genggaman itu dibalas erat. “Sayatak harapkan ucapan terima kasih tu. Saya ada di sisi kawan yang memerlukansaya. Suatu hari nanti mungkin saya pula akan perlukan awak. Siapa tahu kan?”ujar Julyana penuh syukur. Sahabat seperti Aida sukar dicari ganti.

            “Hah, Ida. Dah sampai dah kawan kamutu?”

            Rosella menapak ke ruang tamusetelah mendengar seperti ada orang bercakap. Tetamu yang dimaksudkan anaknyaitu telah tiba rupanya.

            “Inilah kawan Ida, bu.” Aidamemperkenalkan Julyana yang tersenyum manis.

            Julyana menunduk, menyalami tanganRosella yang masih terserlah gebunya itu.

            “Saya Julyana,” ujar Julyana.

            “Inilah Julyana ya? Comel orangnya. Kecilmolek. Auntie Rosella. Panggil auntie dah cukup,” kata Rosella agaksenang hati dengan kunjungan teman baik anaknya itu. Dia selalu mendengartentang Julyana daripada anaknya namun tidak pernah berpeluang bersua muka. Kaliini dapatlah juga dia bertemu dengan kawan anaknya itu.

            “Auntiesihat?”

            “Alhamdulillah sihat. Tapi Ju takkerja ke hari ni sampai ke sini Ju datang?” Begitu cepat Rosella memanggilgadis itu dengan nama pendeknya tanpa perlu dipinta.

            “Kerja tapi separuh hari aje. Jutinggalkan restoran kat pekerja Ju.” Sudah biasa sangat dia meninggalkanrestoran di bawah pemerhatian Saliha jika berlakunya kecemasan atau perkaramustahak. Tambahan pula, dia menaruh kepercayaan yang tinggi terhadappekerja-pekerjanya.

            “Muda-muda dah berjaya jadi tauke.Mesti mak Ju bangga dengan Ju.”

            Julyana hanya senyum, mengiakan. MemangPuan Rohaya yang terlebih bangga dengannya.

            “Makan kat sini ya? Auntie dah masak sedap-sedap. Tinggalnak hidang aje.” Bersungguh-sungguh Rosella mempelawa tetamunya itu.

            “Tapi Ju nak tengok Ayesha dulu.”

            “Boleh saja. Ida, bawa kawan Ida nike bilik Ayesha. Tadi dia tidur. Sekarang tengah tonton kartun dekat bilik dia,”ujar Rosella.

            “Sakit pun masih larat tengokkartun?”

            Serentak Aida dan Rosella mengukirsenyuman.

            “Anak saya tu memang tak bolehtinggal kartun, Ju. Budak-budak katakan. Janji tak tengok benda yangpelik-pelik sudah.”

            “Saya nak jumpa dia.” Julyana memangtidak sabar untuk bertemu dengan Ayesha yang sudah dianggap seperti anaksaudaranya.

            “Boleh sangat. Dia pun tengah tungguawak.”

            Terus tangan Julyana ditarik agarmembuntuti langkahnya. Rosella memerhatikan dua sahabat yang mendaki anaktangga bersama senyuman di bibir.

 

RIFQYmenggeliat malas. Jam loceng di sisi katil dicapai. Pukul 3 pagi? Dia meraupwajah yang sembab. Patutlah dia terasa pelik. Dia tertidur rupanya. Seingatnyadia hanya berbaring saja di katil setelah solat Isyak. Tidak sangka sampaiboleh terlelap.

            “Dah pukul 3 rupanya. Lama betul akutertidur,” getus Rifqy sambil meraup rambut ke belakang. Dia menggeliatkanbadannya sekali lagi, membetulkan otot dan urat badannya. Baju Melayu jingganyaditanggalkan dan disangkut pada hujung katil. Kakinya diturunkan perlahan kelantai dan kemudiannya langkah diatur ke bilik air. Dia ingin mencuci wajah danmengambil wuduk.

            Rifqy menongkatkan tangan padasinki. Dia membelek wajahnya. Masih sama seperti dahulu. Dengan kesibukannya dipejabat menyebabkan dia tidak berpeluang untuk menatap wajahnya sendiri dicermin.

            ‘Kerja Qy tu sampai bila takkanhabis. Tengoklah diri Qy ni. Tak ada masa nak bersosial langsung. Kalau macamni, sampai bila-bila pun mama dengan papa tak berpeluang nak bermenantu. Apalagi nak tengok cucu kami.’

            Kata-kata itu ditelan sahaja dalamhati biarpun dia agak tertekan dengan permintaan mama dan papa. Mereka tidakfaham. Bukan mudah baginya untuk mencari seseorang yang mampu memahamikerjanya. Tidak mudah untuk memiliki seorang perempuan yang akan bersabardengan komitmen dalam tugasnya. Semuanya bersebab. Kenapa dia masih tidakmemiliki teman istimewa adalah kerana sampai sekarang dia tidak berjaya menemuigadis yang diinginkan. Dia seolah-olah menantikan seseorang walaupun dia tidaktahu siapa gerangan itu. Keadaan dirinya juga memaksanya untuk tidak memikirkansoal perempuan.

            Rifqy menghela nafas. Pili airdibuka. Dia menundukkan wajah ke sinki, menadah air ke takungan tapak tangankemudian menyapu ke seluruh muka.

            “Maaf, papa. Maaf, mama.” Diamendesis perlahan. Ini bukan masanya untuk menunaikan permintaan kedua-duanya.

 

Previous: Bab 3
Next: Bab 5

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hasz Ninie