Home Novel Cinta Izinkan Aku Rawat Lukamu
Izinkan Aku Rawat Lukamu
Hasz Ninie
1/12/2018 12:07:07
38,038
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8

JADI Aidil datang buat kacau katrestoran awak?” Dua mata Rifqy menikam lembut pandangan Julyana. Dia dapatmengesan kerisauan yang terbias di wajah itu. Awal-awal lagi dia sudah memberiperingatan tetapi perempuan itu terlalu degil untuk tunduk pada permintaannya.Orang seperti Aidil bukannya boleh dilawan dengan menggunakan air liur saja.Dia cenderung untuk melakukan kekasaran.

            “Ya. Saya tahu saya tak berhak nakbagitahu perkara ni pada encik. Tapi saya minta sangat-sangat pada encik.Tolong cari bukti yang kukuh pasal dia. Saya nak dia meringkuk dalam penjara.Saya tak nak dia ganggu kawan saya, ganggu saya. Saya tak tahan dengan ugutandia. Saya kasihankan kawan saya.”

            Rifqy mengeluh nafas panjang. Buktibukan senang untuk ditemui. Walaupun perbuatan Aidil telah dilaporkan padapihak polis namun belum ada kepastian sama ada lelaki itu bersalah atau tidakkerana nota ugutan yang diterima oleh Aida tidak dapat mengesahkan apa-apa.Aidil cukup licik malah lebih licik darinya.

            “Dia ada ugut awak?”

            Julyana diam. Mengangguk tidak.Menggeleng juga tidak. Jika dia mengangguk, sudah pasti lelaki itu beranggapanbahawa dirinya yang degil. Sengaja mencari nahas. Sudah berkali-kali diingatkanuntuk tidak terlalu berani namun dia tetap mengendahkan teguran lelaki itu.

            “Saya dah cakap dengan Cik Julyanasebelum ni. Jangan terlampau berani. Serahkan semua ni pada pihak berkuasa.Janganlah Cik Julyana fikir nak mudah aje. Semua ni bukan urusan Cik Julyanauntuk masuk campur.” Suara Rifqy kedengaran tegas dan berbahasa formal. Tiadalagi ‘awak’ yang ditujukan kepada Julyana sebaliknya menggunakan gelaranselayaknya untuk seorang klien.

            Julyana tidak mampu bersuaraapa-apa. Dia hanya ingin melindungi Aida. Menyokong Aida dari belakang. Apalagi peranan seorang sahabat apabila sahabat baiknya ditimpa masalah? Pastilahdia berdiri di belakang menyokong sahabat itu.

            “Saya ingatkan Cik Julyana sekalilagi. Jangan ambil risiko. Nyawa Cik Julyana lebih berharga. Dalam saat begini,Cik Julyana tak boleh mengharapkan sesiapa untuk lindungi Cik Julyana.” Rifqymenudingkan jari pada wajah Julyana, mengingatkan perempuan itu agarberhati-hati.

            “Saya cuma nak …”

            “Kalau Cik Julyana sayangkankeluarga, ingatlah nasihat saya ni.”

            “Kenapa encik ambil berat pasalsaya?” Soalan itu terluah dari mulut Julyana tanpa sedar.

            Rifqy berjeda lama. Ambil berat? Keterlaluanke cara dia mengingatkan gadis itu? Dia hanya mengingatkan atas dasarkemanusiaan.

            “Hanya kerana saya selalumengingatkan Cik Julyana tak bermaksud saya ambil berat pada Cik Julyana. Sayasekadar memberi warning pada CikJulyana untuk mengelakkan perkara yang tak diingini.”

            “Pernah ke encik melindungiseseorang walaupun seseorang itu hanyalah klien encik?”

            “Saya bukan angel, Cik Julyana. Tugas saya kat pejabat adalah untuk menyiasatbukan melindungi orang. Tapi ada masanya saya perlu bertindak lebih dari yangsepatutnya,” sangkal Rifqy sambil bermain-main dengan kunci keretanya yangdilambung sekali-sekala ke udara.

            “Saya pernah berharap untukdilindungi seseorang. Bila saya sedih, dia akan datang dan pujuk saya. Bilasaya dalam bahaya dia akan melindungi saya dan keluarga saya. Tapi saya silap.Orang macam tu takkan pernah wujud untuk kali kedua.”

            “Kenapa tak ada? Mungkin ada. Cumaawak belum temui lagi.” Rifqy menguji gadis itu.

            Julyana menggeleng pantas. “Takmungkin. Orang tu dah lama hilang dari hidup saya dan keluarga saya. Kami takperlukan orang macam tu.”

            “Siapa orang tu?” Rifqy ingin tahu.Orang yang dimaksudkan oleh perempuan itu terlalu asing. Tiba-tiba saja diaberminat untuk tahu.

            Julyana tercengang. Barulah diatersedar dia sedang meluahkan sesuatu yang tidak patut diceritakan pada lelakiitu. Lelaki itu bukanlah sesiapa untuknya berkongsi sesuatu.

            “Saya minta diri dulu. Terima kasihsebab sudi jumpa saya.” Dalam keadaan tergesa-gesa, Julyana mengatur langkah.

            “Tunggu, Cik Julyana!”

            Lambat-lambat Julyana menolehsetelah langkahnya dimatikan.

            “Saya tak kisah kalau Cik Julyananak berkongsi masalah dengan saya. Saya sedia mendengar kalau Cik Julyana takkisah.”

            Dahi Julyana berkerut. Diamembalikkan tubuh, menghampiri Rifqy yang memeluk tubuh.

            “Apa maksud encik?”

            Rifqy sekadar melemparkan senyuman.

 

DIAtidak punya apa-apa niat saat dirinya mula bersikap ambil berat terhadap gadisitu. Dia merasakan gadis itu seorang yang amat kesunyian. Seolah-olah adasejarah silam yang pernah berlaku dalam hidupnya. Seraut wajahnya jelasmenggambarkannya sewaktu gadis itu secara tidak sengaja bercerita tentangseseorang. Dan dari percakapannya, dia dapat mengagak gadis itu menaruhperasaan benci yang amat terhadap seseorang yang dimaksudkannya.

Seperti apa yang diharapkan oleh gadis itu, dia bukanlah ingin menjadi seorangpelindung kepadanya. Hanya ingin berada di sisinya jika keadaan benar-benarmemerlukan. Bukan atas dasar cinta atau sayang. Semuanya kerana seraut wajahitu yang seolah-olah memohon simpati dan perhatian. Kerana dia juga pernahmengalaminya bagaimana hidup bersama keluarga namun jiwa terasa kosong.

Hidupdia bagaikan patung yang tidak bernyawa. Ada jasad tetapi jiwanya tidaktenteram.

 

DERINGANtelefon semakin galak meminta diangkat. Julyana segera menyelongkar tas tangan,mencari telefonnya. Di skrin tertera nama AuntieRosella.

            “Assalamualaikum, auntie,” sapa Julyana ramah. Dia sedikitpelik dengan panggilan tiba-tiba itu. Apa yang mustahaknya sehinggakan Rosellamenelefonnya dan bukannya Aida? Jika sesuatu berlaku, Aida yang akanmencarinya.

            “Waalaikumussalam, Ju. Tolong auntie Ju. Ida ….” Suara Rosellaterhenti. Nafas turun naik yang tidak terkawal Rosella sempat didengar olehJulyana.

            “Kenapa dengan Ida, auntie?” soal Julyana agak cemas. Diayakin melalui perakapan Rosella itu Aida sedang ditimpa kesusahan.

            “Ida pergi jumpa abang dia. Auntie risau kalau jadi apa-apa. Aidil tupanas baran orangnya.”

            Julyana terpempan. Dia menyentuhdada. Terasa debaran yang menggila. Masakan Aida mahu menempah maut denganmenemui Aidil sedangkan dia sendiri maklum demi harta, Aidil sanggup berbuatapa saja. Aidil sudah tidak kenal keluarga. Dia sudah membuang status anaknyakepada Rosella.

            “Auntietak cuba halang Ida?”

            “Auntiedah halang tapi Ida cakap dia nak selesaikan perkara ni hari ni juga.”

            “Ida kat mana sekarang ni, auntie?”

            “Ida kat rumah abang dia. Nanti auntie mesejkan alamat rumah Aidil,”balas si ibu dalam mengawal kebimbangan.

            “Okey, auntie. Auntie jagadiri,” pesan Julyana sebelum mengakhiri talian. Dia mengeluh halus sebelum mencapaitas tangan dengan pantas. Aida perlu dihalang dengan segera walaupun dia yakin diasudah terlambat.

 

FIKIRANJulyana hanya ada Aida. Tiada yang lain. Dia tidak sangka Aida akan mengambiltindakan yang boleh membahayakan nyawanya sendiri. Tanpa pengetahuannya pula.Selama ini Aida sentiasa mempercayainya. Kenapa kali ini Aida seolah-olahmelanggar ikrar?

            “Ya Allah, tolong jangan jadiapa-apa pada Ida.” Dia memohon perlindungan daripada Yang Maha Mendengar. Padasaat ini hanya Dia sahaja yang terlintas di fikirannya.

            Telefon Julyana berdering tiba-tiba.Julyana mencapai earphone laludilekatkan ke telinga.

            “Assalamualaikum.” Satu suara yangtidak dikenali memberi salam.

            Julyana teragak-agak.“Waalaikumussalam. Ni siapa?”

            “Maaf. Saya Rifqy. Saya dapat nomborni masa Cik Julyana datang tempoh hari sebab nak jumpa saya. Masih ingat?”Panggilan formal ternyata lebih baik biarpun mereka sudah saling mengenali. BagiRifqy, panggilan itu cukup selesa memandangkan mereka hanya mengenali melaluiAida.

            “Oh, encik. Kenapa?”

            Rifqy terdiam sejenak. Julyanadigamit hairan. Dia terus menunggu lelaki itu memberi respon.         

 

IDA!”

            Kaki Julyana ingin menapak ke arahAida yang terduduk lemah sambil memeluk lutut di satu sudut. Namun niatnya matisaat lengan sasa milik Rifqy menghadangnya pada dinding. Matanya sempat menangkapsekujur tubuh yang dipenuhi darah terbaring di lantai yang tidak berjauhandaripada Aida.

            “Ida ….”

            Mata redup Julyana bersabung denganmata Rifqy, mengharapkan pengertian.

            Rifqy menggelengkan kepalanya.Baginya mendekati Ida yang murung itu bukanlah tindakan yang terbaik pada masaini. Dia khuatir Aida akan bertindak dengan lebih ganas pada orang disekelilingnya dalam keadaan mindanya yang berkecamuk itu.

            “Dia perlukan saya, encik. Biar sayapergi pada dia.” Suara Julyana kedengaran sayu. Dia tidak tega melihat Idadalam keadaan begitu. Dia ingin menyokong perempuan itu agar Aida tahu diamasih punya sahabat untuk berkongsi duka.

            “Dia sedang menyalahkan dirinya. Emosinyatak stabil sekarang ni. Awak tak boleh dekati dia dalam keadaan macam tu. Bagidia bertenang dulu,” pujuk Rifqy dengan suara yang lembut.

            “Dia akan masuk penjara ke, encik?”soal Julyana sambil memandang jauh Aida yang sedang menangis sendirian itu.

            “Saya tak pasti. Puan Aida ternyataingin mempertahankan diri dan mungkin tidak sedar dia telah mencederakan Aidil.Kita serahkan semuanya pada pihak polis dan mahkamah,” jelas Rifqy ringkas.

            “Ida? Kenapa Ida buat macam ni?Kenapa Ida?” Julyana mula menundukkan wajah dan merembeskan air matanya yangsedari tadi bertakung di tubir mata.

            Rifqy menjatuhkan tangan. Diamenoleh seketika ke arah belakang.

            “Semuanya yang berlaku adalah bersebab.”

            Kata-kata itu singgah di pendengaranJulyana. Dia mengangkat wajahnya, memandang tubuh Aida yang agak susut itu. Diatidak ingin mempercayai segala apa yang telah diberitahu oleh Rifqy. Namun,setelah melihat sendiri keadaan Aida itu, dia seakan-akan mengiyakan keteranganitu.  Kerana mata tidak mungkinberbohong.

 

 

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hasz Ninie