Home Novel Cinta Izinkan Aku Rawat Lukamu
Izinkan Aku Rawat Lukamu
Hasz Ninie
1/12/2018 12:07:07
38,032
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Prolog

TIGAkanak-kanak itu lincah bermain kejar-mengejar di sekitar taman permainan itu.Riang ketawa menemani mereka. Bibir masing-masing terlukis dengan senyuman.Wajah juga terhias dengan keceriaan. Saat itu, mereka mungkin belum mengertisebarang masalah.

            “Andre. Alif. Stoplah. Dah penat ni.”

Suaragadis kecil bergema memanggil dua sahabatnya yang masih berkejaran di kawasantaman yang lapang itu. Mendengarkan sahaja suara itu, kedua-duanya merapati gadiskecil itu. Mereka membongkokkan badan dengan menongkat pada lutut, melepaskanlelah.

            “Ju, kenapa awak suka mainkejar-kejar? Lepas tu yang cepat penatnya awak,” soal Alif dalam mengah yangtersisa. Peluh yang merenik di dahi disapu dengan hujung lengan baju T yangdipakainya.

            “Saya nak tangkap awak berdualah.Tapi awak berdua ni lari laju-laju. Macam mana saya nak tangkap?” Petah gadiskecil itu menjawab. Comel saja dia apabila senyum. Ditambah lagi dengan matanyayang bulat itu.

            “Tapi awak yang penat. Lepas tu takdapat pun awak tangkap kami berdua.” Andre pula bersuara. Sudah selalu sangatmereka bermain kejar-kejar di taman itu. Semuanya atas permintaan Julyanasendiri. Nak bantah tidak sampai hati pula. Nanti monyok pula budak comel itujika tidak dituruti kemahuannya.

            Julyana senyum. Semakin nampak comelpula gadis kecil ini. Dengan mata bulatnya itu menambahkan lagi kecomelannya.

            “Kalau saya dapat tangkap awakberdua, awak berdua kena janji sesuatu dengan saya!” Julyana menegakkan tanganke atas.

            “Janji?” Alif dan Andre menyoalserentak. Mereka saling berpandangan. Janji apa pula? Ada-ada sahaja Julyana.

            “Ya. Awak berdua tak boleh mungkirjanji.” Julyana menggerakkan jari telunjuk kecilnya ke kiri dan ke kanan.

            “Baiklah. Saya berjanji. Tapi tu punkalau awak dapat tangkap sayalah,” sahut Alif bersetuju. Dia mengangkat kening.

            “Andre, awak macam mana?” Wajah Julyanatertumpu pada Andre yang masih tidak memberi jawapan.

            “Sa… Saya …” Dia terhenti di situ.Saat itu, Alif merapatinya dan memaut bahunya erat. Lantas. Andre kalih padaAlif.

            “Kalau saya berjanji, kiranya samamacam awak berjanji jugalah. Boleh macam tu?” Alif mengenyitkan mata. Barupandai kenyit mata kut. Belajar dari abang-abangnya. Dia yang lebih tinggidaripada Andre perlu menundukkan wajah.

            Lambat-lambat Andre mengangguk.

            “Macam tu la. Tapi saya tetap nakawak cakap juga, Andre. Awak boleh berjanji kan dengan saya?” Wajah Julyanakelihatan begitu mengharap.

            Andre pandang Julyana lama. Tangandihulurkan dan gadis kecil itu menyambut gembira.

            “Saya janji, Ju.”

            “Okey. Jadi boleh saya kejar awakberdua sekarang?” Julyana pamer senyum yang comel. Alif angguk begitu jugadengan Andre.

            Satu. Dua. Tiga. Ketiga-tiganyasudah bertempiaran lari diiringi dengan gelak ketawa. Taman yang kosong ituterisi dengan suara tiga kanak-kanak yang sedang menikmati saat-saat bahagia.

 

 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hasz Ninie