Home Novel Cinta Izinkan Aku Rawat Lukamu
Izinkan Aku Rawat Lukamu
Hasz Ninie
1/12/2018 12:07:07
38,054
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

BARUsahaja Julyana menutup pintu kereta, lengannya direntap kasar oleh seseorang.Nasib baik beralas. Dia mengetap bibir sakit dengan tindakan itu. Matanyaterarah tajam pada lelaki itu. Tangannya ditarik dengan rakus dan Julyana hanyamengekori dari belakang. Tidak terdaya untuk melepaskan pergelangan tangannyadari cengkaman kuat itu.

            “Sakitlah!” Julyana mengerang.

            Pegangan tadi akhirnya terlepas.Julyana segera meraba pergelangan tangannya yang agak sengal. Nasib baikberlapik. Jika tidak menempah dosa percuma sahaja jawabnya kerana disentuh olehlelaki bukan mahram.

            “Kau nak apa, Aidil?”

            Aidil senyum sinis.

            “Aku nak bagi amaran kat kau. Kaujangan nak sibuk-sibuk dalam hal keluarga aku. Aida tu adik aku. Tak adakena-mengena dengan kau. Kau jangan nak pertahankan dia sangat kalau kau nakselamat.”

            Julyana telan liur yang dirasakankelat. Dia perlu berhati-hati menuturkan kata-kata. Orang seperti Aidil tidakboleh dibawa berbincang. Berlembut juga tidak mendatangkan kesan kerana hati lelakiitu telah gelap.

            “Aidil, apa yang awak nak tu takkankekal. Bukannya boleh bawa ke mati pun. Keluarga awak lebih penting …”

            “No!Aku tak nak keluarga. Aku nak harta. Harta yang boleh buat aku kaya. Keluargatak boleh buat aku kaya. Kau ingat hidup ni boleh bahagia kalau tak ada duit?Tak ada harta bertimbun? Even orangyang kahwin kerana cinta tapi tak ada harta pun boleh bercerai-berai,” potongAidil laju tanpa sempat Julyana menghabiskan kata-kata.

            “Tapi harta takkan bawa kebahagiaanyang kekal. Dan, kalau kau tak ada harta tak bermakna kau perlu cari hartadengan cara macam ni. Ugut keluarga kau sendiri. Kau ingat itu satu usaha untukkaya?” sanggah Julyana lembut tetapi mula berbahasa ‘aku’ dan ‘kau’. Dia tidakboleh berkasar dengan lelaki itu. Bimbang Aidil akan bertindak yang bukan-bukanapabila diprovok.

            Aidil meletuskan tawa. Cukup sinis.Entah kenapa dia berasa apa yang dikatakan oleh Julyana itu kedengaran lucu.Bahagia boleh dicari dengan pelbagai cara. Semua yang dia nak pasti dapat. Itudefinisi bahagia baginya.

            “Aku tak perlukan nasihat kau. Kaumusuh aku. Kau ingat kau kuat? Kau hanya perempuan. Apa yang kau boleh buat?”

.          “Aku takkan berganjak. Aidakawan aku. Walaupun kau ugut aku, aku tetap akan bantu Aida. Dah jelas manusiatak perlu takut sesama manusia. Kau dan aku hanya manusia biasa. Kau bukanTuhan! Kenapa aku perlu takut pada kau?” Julyana bernada tegas. Dia tidakgentar akan ugutan lelaki itu. Jika dia mundur, itu bermakna dia merelakanhidup Aida musnah. Dia tidak akan membiarkan ianya berlaku. Dia mungkin tidaksekuat lelaki itu namun kekuatan akal tetap melebihi kekuatan fizikal.Fizikalnya mungkin lemah jika ingin dibandingkan dengan lelaki itu tetapiakalnya kuat.

            “Perempuan bodoh!”

            Saat tangan Aidil menghayun tinggike arah wajahnya, spontan mata Julyana terpejam rapat. Dia bukan takut namuntidak tahan melihat wajah bengis Aidil yang seakan-akan ingin menelannyahidup-hidup.

            “Kau siapa?”

            Mata Julyana terbuka dengan perlahanapabila suara berang Aidil menampan pendengarannya. Matanya bulat terpandangkantangan Aidil berada dalam cengkaman Rifqy. Bila masa pula mamat ni muncul?Tup-tup ada di depannya, menghadang tubuhnya dari Aidil.

            “Tak baik pukul perempuan. Dayusnamanya,” ujar Rifqy seraya menjatuhkan tangan Aidil. Aidil mengetap bibir.Geramnya semakin membuak-buak dengan kehadiran seorang lagi penyibuk yang tidakdikenali. Dia memegang pergelangan tangannya yang sakit. Siapa sangka cengkamanlelaki itu melebihi tenaga seorang lelaki biasa? Baru tadi dia mendatangkankesakitan pada tangan Julyana, kini kesakitan itu kembali kepadanya. Adakah itusatu karma kerana berkasar dengan perempuan?

            “Kau tunggu. Kau takkan selamat,Julyana!”

            Usai menuturkan kata-kata itu, Aidilberlalu pergi dengan marah. Rifqy menggeleng-gelengkan kepalanya. Menggunakankekerasan terhadap perempuan hanya mendayuskan diri. Hanya kerana merasakandiri sendiri lebih kuat, itu saja pilihan yang ada untuk menakutkan mangsanya.Perbuatan Aidil itu hanya menyebabkan dirinya kelihatan seorang pengecut yangtakut menerima kenyataan.

            “Terima kasih sebab dah tolong saya.Tapi apa encik buat kat sini?” Julyana tertanya-tanya. Kalaulah Rifqy tiada,sudah pasti dia ‘dibelasah’ dengan teruk oleh Aidil tadi.

            “Tak perlu ucap terima kasih.Kebetulan aje saya lalu sini. Saya nampak awak dengan dia bergaduh. Tu yangsaya datang. Tapi saya rasa saya kena nasihatkan awak sekali lagi. Awak memangkena berhati-hati dengan Aidil tu. Dia takkan berdiam diri lebih-lebih lagibila saya dah masuk campur.”

            “Tapi saya tak takut. Kalau …”

            “Perlu ke saya ulang sekali lagi? You should. Awak perlu takut tapi awakperlu atasi ketakutan tu dengan keberanian mental awak. Kalau awak tak takut,awak hanya membenarkan perasaan ragu-ragu dan tak yakin dalam diri awak. Aidilbukan robot. Emosinya tak boleh diatur, tak boleh dikawal. Apa lagi oleh awaksebagai orang luar. Awak takkan boleh kawal emosi dia dan segala tindakan dia.Awak tengok la apa yang hampir jadi kat awak tadi. Kalau saya tak perasan awak,teruk awak kena dengan lelaki tu.” Rifqy berterusan memberi peringatan.Gara-gara kedegilan Julyana, hampir saja wajah itu makan penampar.

            “Saya tak gentar dengan ugutan tu.Demi kawan saya ….” Julyana tidak meneruskan kata apabila jari telunjuk Rifqymelekat di bibir lelaki itu sendiri. Dia hampir menyangka jari telunjuk itubakal singgah di bibirnya. Lain pula yang terjadi. Sudah tersalah faham puladia.  Hampir saja dia menuduh yangbukan-bukan.

            “Dengar cakap saya. Kalau awaksayangkan keluarga awak, awak jangan terlalu berani. Serahkan perkara ni pada pihakpolis. Keberanian yang awak katakan itu adalah untuk melindungi keluarga awakdan keluarga kawan awak, tapi bukan untuk menentang orang macam Aidil.”

            “Kenapa awak perlu ingatkan sayasedangkan saya hanyalah orang ketiga yang muncul di antara Aidil dan Aida?Aidil takkan cederakan saya kerana dia tahu saya kawan adik dia.”

            “Awak masih tak faham ke? Orangmacam tu dah tak kenal siapa orang di sekeliling dia. Keluarga dia pun dia takkenal, apatah lagi awak sebagai orang luar.”

            Julyana tidak jadi membalaskata-kata lelaki itu kerana dia sendiri mengakui kebenarannya. Cuma hatinyasahaja yang terlalu degil, berpegang pada prinsip yang sama kononnya Aidil akanberubah demi keluarganya.

Rifqytidak lagi menuturkan kata. Dia memulakan langkah, menderap pergi dari situtanpa menoleh sekilas pun.

            Bibir Julyana kaku. Lidahnya kelu.Ekor matanya memerhati langkah Rifqy yang semakin jauh.  

            “Dia ni siapa sebenarnya?”

            Soalan itu hanya berlalu sepi.Kewujudan Rifqy bagaikan angin. Ada apabila tidak diperlukan. Hilang saat tidakdiperlukan.

 

USAImengerjakan kewajipan kepada-Nya, Julyana membiarkan dirinya hanyut dalamlamunan di tikar sejadah. Fikirannya melayang entah ke mana. Namun, hatinyasedang menyebut nama itu. Siapakah dia?

            Agak lama dia membiarkan dirinyadalam keadaan begitu sehinggalah langsir tingkap ditiup angin, barulahlamunannya mati. Dia melirik ke arah tingkap yang sengaja dibiarkan terbuka.Angin menerobos masuk menjadikan biliknya agak kedinginan.

            “Akak,” panggil Juhanna dari luarbilik. Kepalanya terjengul.

            Julyana mengangkat kening. Telekungditanggalkan kemudian dilipat kemas dan dibiarkan pada tilam katil. Diamencapai pula penyepit rambut. Rambut digulung dan dikepit pantas.

            “Mak panggil akak,” maklum Juhannasebelum berlalu ke biliknya.

            “Eh, kejap,” halang Julyana sempatmenarik bahu adik bongsunya itu. Juhanna berpaling dengan wajah masam.

            “Ana nak belajar ni, akak. Akak nakapa?” Juhanna merungut dengan muncung panjangnya.

            “Maaf. Akak nak tanya sikit aje. Maknak apa sebenarnya?” Dalam nada berbisik, Julyana melontarkan pertanyaan.

            Juhanna senyum nipis sambil melentokkankepalanya ke kiri.

“Entah.Manalah Ana tahu. Pergilah turun dulu kalau akak nak tahu,” jawabnya acuh tidakacuh.

            Julyana merengus halus. Memang tidakboleh membantu langsung adiknya itu.

            “Dah, pergi la masuk bilik. Study rajin-rajin tahu,” arah Julyanadalam masa yang sama berpesan kepada adiknya agar belajar bersungguh-sungguh.Tidak mahu adiknya itu menjadi seperti Jihani yang hanya tahu menontontelevisyen sahaja. Belajar entah ke mana. STPM sudah tidak lama namun adiknyaitu masih seronok melayan perkara lain. Lagi-lagi sekarang demam K-Pop yangtidak pernah habis. K-Drama nombor satu. Belajar nombor dua. Malah si Jihaniitu sudah pandai menyebut beberapa patah perkataan dalam Hangul yang dihafalnyamelalui drama Korea.

            Katanya hendak menyambung pelajarandi bumi Sonata itu. Tetapi kalau asyik berangan sahaja tanpa ada usaha yanggigih, jangankan Korea, hendak masuk universiti dalam negara pun belum tentudapat.

            “Orang tahulah. Orang bukan macamJie,” sahut Juhanna kemudian beredar meninggalkan Julyana yang sedang menggarulehernya yang tiba-tiba gatal.

            “Apalah mak nak ni?”

            Kakinya diatur ke arah ruang tamu.Kelihatan Puan Rohaya sahaja di situ. Selalunya Jihani yang lepak di situmenonton drama kesukaannya.

            “Mak.”

            Puan Rohaya yang melayan dramamenoleh kemudian mengarahkan Julyana duduk di sofa. Julyana yang tidak tahuapa-apa hanya menurut sahaja. Bila emak bersuara, tiada anak yang bolehmelawan.

            “Ada apa-apa yang penting ke mak?”Julyana memulakan perbualan.

            “Mak rasa dah sampai masanya Judiperkenalkan dengan bakal tunang Ju,” tutur Puan Rohaya sambil terus menatapanaknya. Dia berfikir sudah tiba masanya anak perempuannya mengenali bakaltunangnya.

            Julyana tersentak. Bakal tunang?  Akhirnya isu ini telah dikemukakan oleh PuanRohaya. Sudah lama dia menunggu. Puan Rohaya sudah bersedia untuk mengaturpertemuan antara dia dan bakal tunang yang dipilih oleh Puan Rohaya sendiri.Tetapi mengapa hatinya seakan-akan tidak teruja? Langsung tidak bahagia?

“Mak,Ju rasa Ju tak mampu teruskan pertunangan ni,” luahnya mengharapkan pengertian.

            Wajah Puan Rohaya berubah dengankata-kata anaknya itu. Dia sudah berjanji pada Che Alizah untuk berbesan.Tiba-tiba Julyana ingin membatalkan pertunangan yang telah diatur oleh merekasejak anak-anak kecil lagi. Mungkin salahnya kerana melakukan semua itu tanpaberbincang terlebih dahulu dengan Julyana. Tetapi itu semua untuk kebaikanJulyana juga. Itu bukan untuk kepentingannya. Tambahan pula Julyana sudahmengenali Alif. Lelaki itu teman rapat anaknya juga.

            “Kenapa, Ju?”

            “Ju tak nak berkahwin dengan orangyang tak pernah Ju kenal. Ju pun tak rasa apa-apa pada orang tu. Macam mana Junak bahagia mak? Ju betul-betul minta pengertian mak. Batalkan pertunangan Judengan dia.”

            “Ju …”

            “Tolonglah, mak. Ju berhak tentukandengan siapa Ju nak kahwin. Dengan siapa Ju berkongsi hidup,” pinta Julyanaseparuh merayu. Dia menerpa ke arah Puan Rohaya, memeluk lutut itu denganharapan Puan Rohaya mengalah dengan permintaannya. Selama ini dia tidak pernahmeminta. Harapnya kali ini hati Puan Rohaya berlembut dengan permintaannya yangsatu itu.

            “Ju …” Suara Puan Rohaya berubahserak. Tidak tahu hendak cakap apa.

            Julyana mengangkat wajah. Terkesanair mata di pipi Puan Rohaya.

            “Tapi Ju kenal dia, nak. Dia kawanJu masa kecil lagi. Ju tak ingat Alif? Dia yang selalu main dengan Ju masakecil dulu.” Puan Rohaya membuka kisah lama.

            “Alif? Kawan Ju? Ju ada kawanbernama Alif?” Seingatnya dia tiada kawan lain selain Aida.

            “Ya, kawan Ju. Ju tak lupa kan? Juselalu main dengan dia sama-sama. Masa tu Ju dengan dia kecil lagi,” sambungPuan Rohaya sambil mengusap lembut kekura tangan milik Julyana.

            Julyana hanya menggeleng. Nama ituterlalu asing. Memori kecilnya memang sudah tiada di kotak fikirannya.

            “Ju tak ingat mak …”

“Takapalah Ju kalau Ju tak ingat. Mak tak boleh paksa Ju. Ini kan hidup Ju. Maafkanmak, Ju. Mak tak pernah faham perasaan Ju. Mak buat keputusan tanpa berbincangdengan Ju terlebih dahulu.” Puan Rohaya beralah. Jika dia memaksa Julyana terusuntuk mengingati, dia khuatir jika Julyana turut mengingati seseorang selainAlif.

            Julyana mengangkat tangan, menyekaair mata di pipi Puan Rohaya.

“Juminta maaf. Ju dah musnahkan harapan mak. Maafkan Ju, mak.”

“Tapisebelum tu, jumpalah dulu dengan Alif tu. Tengok sikap dia. Kalau Jubetul-betul tak nak, mak dah takkan paksa.”

“Maknanyamak masih nak Ju terima dia?”

“Kalauboleh mak nak Ju dengan dia. Orangnya baik, Ju. Lagi pun mak kenal dia. Kenalmak dia. Tapi kalau Ju masih dengan …”

“Juakan nilai dia. Lepas tu Ju sendiri yang akan buat keputusan,” putus Julyana.

            Puan Rohaya cuba mengukir senyuman.Tidak mahu anaknya juga terbawa-bawa oleh kesedihan yang dipamerkan. Jika ituadalah permintaan Julyana, dia tidak berdaya untuk menghalangnya. Mungkin adahikmah di sebaliknya. Apa sahaja keputusan Julyana, dia perlu belajar untukmenerima.

 

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hasz Ninie