Home Novel Cinta Izinkan Aku Rawat Lukamu
Izinkan Aku Rawat Lukamu
Hasz Ninie
1/12/2018 12:07:07
38,052
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

WAJAHAida kelihatan cemas benar. Tangannya menggigil hebat. Namun sepatah kata diatidak meluahkan apa yang dirasakannya. Mulutnya tetap membisu. Jantung berdeguppantas sejak dari tadi dan sampai sekarang masih juga sepantas itu. Julyanayang berada di sisinya perasan akan keadaan Aida itu.

            “Ida, awak okey ke tak ni?” soalJulyana sambil memfokuskan pada pemanduannya. Risau pula melihat keadaan Aidaitu. Jika dia berada di tempat Aida, dia juga akan mengalami rasa yang sama.Kerisauan yang mendadak. Kerana ini melibatkan soal keselamatan. Bukankeselamatan diri sahaja malah keselamatan orang lain juga terutamanya keluarga.

            Aida menganggukkan kepalanya. Diabersuara akhirnya. “Ya. Saya okey. Cuma saya takut.” Cemasnya masih ada.Apabila memikirkan Farouk, dia mula bimbang. Entah apa yang akan dilakukankepadanya kelak jika benar bekas suaminya itu yang menghantar surat ugutankepadanya.

            “Awak jangan risau. Kita akan bagiorang lain siasat pasal ni. Kalau betul memang dia yang ugut awak, kita bolehdakwa dia di mahkamah,” ujar Julyana cuba menenangkan kegelisahan di hatisahabatnya itu. Mendengarkan ugutan yang diterima oleh Aida melalui sehelaikertas membuatkan dirinya turut diserang rasa takut. Takut jika Faroukbertindak ketika dirinya tiada di samping Aida. Tetapi rasa takutnya lebihkencang jika bukan Farouk yang menghantar ugutan itu. Takut akan dosa fitnah.

            “Ju, saya takut. Saya takut dia cubaapa-apakan keluarga saya. Paling saya takut kalau dia cuba ambil Ayesha darisaya,” luah Aida sambil meramas jari-jemarinya sendiri bagi meredakan perasaantakutnya namun saat terkenangkan Ayesha yang kini diasuh sementara oleh ibunya,kerisauannya semakin berganda. Bimbang jika Ayesha turut diancam oleh bekassuaminya itu. Walaupun masih belum dipastikan kesahihan tentang identiti yangmenghantar nota ugutan kepadanya itu, fikiran Aida hanya dipenuhi dengan namaFarouk.

            “Allah bersama awak, Ida,” balasJulyana lembut. Harapnya identiti penghantar surat ugutan itu terbongkar juga.

 

PINTUitu ditolak perlahan. Kaki Aida agak kaku untuk menapak namun dengan berdirinyaJulyana di sisi seakan memberinya kekuatan.

            “Yesmiss? Can I help you?”

Seoranggadis Cina muda datang menghampiri mereka berdua. Wajahnya terbias dengansenyuman.

“SayaJulyana dan ini Aida,” jawab Julyana bagi pihak Aida sambil menunjukkan ke arahAida.

“Oh.Awak berdualah yang buat temu janji tempoh hari kan? Come with me,” pelawa perempuan muda yang berambut tocang itu.Julyana akur. Langkah Aida diiringi sehingga ke sebuah bilik.

“Tuan,ada orang nak jumpa,” maklum perempuan itu sambil membuka pintu seluasnya bagimembenarkan dua perempuan itu masuk.

“Terimakasih, Celine,” sahut satu suara garau.

Celinemenganggukkan kepalanya kemudian beredar dari bilik itu. Sempat diamenghulurkan senyuman kepada Julyana dan Aida.

“Silakanduduk. Saya Encik Hashim, ketua penyiasatan kat sini.”

TanganEncik Hashim menghala ke arah dua buah kerusi kosong di depannya. Sudah menjadikelazimannya memberi layanan yang sewajarnya kepada klien yang akan menggunakankhidmat penyiasatannya.

“Terimakasih,” ucap Julyana dengan senyuman manis di bibir.

So, boleh saya mulakan?”

Aidamenoleh ke arah Julyana. Gadis itu menganggukkan kepala. Tangan Aida akhirnyamenyelongkar tas tangan dan sehelai kertas yang sudah renyuk dikeluarkan.

“Sayaterima satu ugutan dari bekas suami saya dan ini nota yang dia bagi pada saya,”ujar Aida seraya menghulurkan kertas yang dimaksudkannya. Encik Hashim mencapaikertas itu. Isi nota dibaca satu persatu.

“Puanyakin ini memang kerja bekas suami puan? Mungkin orang lain?” soal EncikHashim.

Aidamengangguk pantas. Memang dia mengesyaki bekas suaminya. Siapa lagi kalau bukanFarouk? Lagi pun dia tahu bekas suaminya pernah tidak puas hati dengannya padasuatu masa dahulu. Semuanya berpunca daripada hak penjagaan anak yang memihakkepadanya.

“Macaminilah. Saya akan siasat perkara ni untuk dijadikan bukti pihak polis. Denganbukti yang ada ni, saya akan menjejaki keberadaan bekas suami puan dan mungkinsaya akan kerahkan anak buah saya untuk intip dia. Saya harap puan takkeberatan untuk menjelaskan segala fakta tentang bekas suami puan. Ini untukmembantu saya mencari kat mana bekas suami puan sekarang ni.”

Aidamenganggukkan kepalanya. Itu pun setelah Julyana yang menggesanya denganlirikan ekor mata.

“Baiklah.Saya sudi bekerjasama.”

Julyanamenghela nafas lega. Walaupun ugutan melalui nota itu masih agak samar-samaruntuk menjelaskan siapa pelakunya namun kerana kesudian Encik Hashim menyiasatperkara itu membuahkan rasa lega di hatinya. Soal bayaran bagi khidmatpenyiasatan itu ditolak ke tepi buat masa ini. Apa yang lebih penting adalahidentiti si penghantar ugutan itu.

EncikHashim menekan butang interkom.

            “Celine, suruh anak buah saya masukdalam bilik saya sekarang juga.”

            “Baik, tuan.”

            Pintu bilik Encik Hashim menerima ketukan.Pantas Encik Hashim mengarahkan mereka masuk.

            “Saya nak awak bertiga siasat kesni.” Encik Hashim mengeluarkan arahan. Matanya beradu tepat dengan tiga oranganak buahnya yang baru masuk ke dalam biliknya itu.

Kertaskecil tadi diserahkan kepada lelaki yang dikenali sebagai Rifqy. Rifqymengangkat keningnya.

“Kespasal apa kali ni, tuan?”

            “Kes ugut. Segala detail pasal pelakunya saya akan suruhCeline hantarkan pada komputer awak masing-masing. Saya nak awak bertiga jejakikat mana pelakunya berada. Apa-apa info penting awak bertiga perlu salurkanpada saya secepat mungkin!”

            “Baik, tuan!” sahut ketiga-tiganya.

AIDAmasih dalam kebimbangan yang tidak mampu dibendung. Wajahnya dibaluti gelisah dantakut yang bercampur baur. Sejak dari tadi lagi duduknya serba tidak kena.Sejak ugutan yang diterima, hidupnya sentiasa diburu perasaan takut.

            “Ida, awak jangan risau. Saya yakinmasalah ni akan selesai. Awak mesti percayakan Encik Hashim. Setakat ni dahbanyak kes dia berjaya selesaikan dengan bantuan pihak polis,” pujuk Julyanasambil menggenggam tangan Aida yang suam-suam kuku itu.

            “Saya percaya Encik Hashim tapi sayacuma bimbangkan soal keselamatan keluarga saya, anak saya. Farouk mungkin licikorangnya. Tak mudah nak jejaki kat mana dia berada sekarang ni. Dengan maklumatyang saya bagi tadi, saya tak yakin mampu membantu Encik Hashim,” luah Aidaperlahan. Setelah Farouk berkahwin lain, dia sudah tidak tahu di manakeberadaan bekas suaminya itu. Jadi ada kemungkinan kes ugut ini tidak berjayadiselesaikan. Masih timbul keraguan di hatinya walaupun dia tahu Encik Hashimorang yang berpengalaman.

            Julyana menyisipkan senyuman dibibirnya. Memahami kegalauan di hati sahabatnya itu. Jika dia berada dalamsituasi yang sama seperti Aida, dia juga tidak akan menjadi seorang yang mampuberlagak tenang. Kes ugut bukanlah satu perkara yang biasa. Ia mampu mengundangkejadian yang tidak diingini jika tidak berwaspada.

“EncikHashim tadi bijak orangnya. Ada pengalaman. Kalau tak, tak adalah pula orangramai guna khidmatnya. Sebab itulah saya suruh awak rujuk Encik Hashim sebabsaya percayakan kebolehan dia.” Julyana menyatakan pendapatnya. Sebelum ini diapernah mendengar daripada orang ramai bahawa pejabat penyiasatan Encik Hashimmemang boleh dipercayai kerana beliau memiliki anak-anak buah yang cekap.Disebabkan itulah dia menyuruh Aida menggunakan khidmat Encik Hashim. Bayaranyang dikenakan juga agak berpatutan.

            “Apa Farouk nak daripada saya? Sayabukannya kaya pun. Tak ada apa-apa yang saya boleh bagi kat dia.” Intonasisuara Aida sedikit mendatar.

            “Tak semua orang nakkan harta, Ida. Janganawal fikir semua orang kat dunia ni gilakan material.Boleh jadi ada sesuatu yang lebih berharga untuk dia selain duit. Padapandangan saya, saya rasa ini ada kena mengena dengan anak awak, Ida.”

            Wajah Aida berubah. “Maksud awak,dia nak rebut anak saya?”

            Julyana sekadar menjungkit bahunya.Itu hanyalah pendapat dari pemikirannya sendiri. Namun boleh juga jadikemungkinan. Apabila ibu bapa bercerai, isu penjagaan anak yang selalu timbul.Itu boleh menjadi salah satu alasan yang logik kenapa Farouk menghantar notaugutan kepada Aida. Namun dia juga tidak boleh membenarkan tuduhan itu.Entah-entah orang lain yang buat, tetapi Farouk pula yang dituduhnya. Dia tidakmahu mengundang dosa kerana fitnah. Sekarang ini apa yang perlu dilakukanadalah dengan berdoa kepada Allah s.w.t agar keselamatan berada dalampemeliharaan-Nya dan juga berjaya membongkarkan identiti penghantar ugutan itu.

            “Tapi selagi perkara ni tak selesai,awak tak boleh tuduh bekas suami awak tanpa bukti tahu. Kita kena tunggu hasilpenyiasatan.”

Julyanamasih kurang yakin bahawa Farouk yang menjadi tukang hantar ugutan kerana sudahlama lelaki itu mengabaikan Aida. Kalau pun dia mahukan Ayesha, sudah lama diabertindak. Kenapa baru sekarang? Jelas ada kemusykilan di situ.

 

AKU tak faham kenapa bekas suami PuanAida tu hantar ugutan pendek macam ni? Dah bercerai tu, buat apa lagi nakganggu bekas isteri?” komen Lai tidak puas hati.

            Rifqy tersengih mendengarkanrungutan daripada teman sekerjanya itu. Tangannya laju mencapai sekeping kiubsnek ringan lalu menyuap ke mulutnya.

            “Sebab tak fahamlah kita kena siasatkes ni. Kau tak kasihan ke puan tadi? Aku boleh nampak air muka dia takut saja.”Afiq menyampuk dari tempatnya.

            “Kau tengok Puan Aida ke jelingkawan tepi Puan Aida yang lawa tu?” sindir Lai mencebir bibir. Dengan pelatCinanya yang masih tidak dikuasai dengan sepenuhnya menyebabkan butir bicaranyaagak sukar untuk difahami apabila dia menggunakan perkataan Melayu. Disebabkanitu dia lebih selesa untuk berbahasa Inggeris. Namun, adakalanya dia akandiejek kerana tidak berbahasa Melayu padahal tinggal di bumi Malaysia.Sudahnya, dia tetap berbicara dalam bahasa Melayu itu apabila bersamateman-teman yang berbangsa Melayu.

            “Apa, Lai? Tak jelaslah. CakapEnglish la. Apa la…” Afiq memulangkan paku sindiran. Mengenakan Lai kerana itumemang habitnya. Dalam ramai-ramaiorang, Lai juga dipilih untuk disakat. Dia sendiri tidak tahu kenapa.

            “Hai, ini bisa bikin aku marah. Speak no more. Do your work, okay?” Laimembuat muka meluat. Afiq dan Rifqy meletuskan ketawa. Dengan perangai Lai itu,suasana pejabat sentiasa gamat.

            “Jangan melampau sangat, Lai. Kau tupekerja, bukan bos kat sini. Sesuka hati aje bagi arahan dekat aku,” sakat Afiqlagi. Memang itulah kerjanya jika berada dalam pejabat. Mengenakan Lai yangtidak fasih menggunakan perkataan Melayu sehingga lelaki itu naik bosan ataumerajuk dengannya.

            “Siapa tahu suatu hari anti akudapat buka satu syarikat penyiasatan persendirian,” tekad Lai mendabik dada.Rifqy sekadar menggelengkan kepalanya melihat pertelingkahan mulut antara Laidengan Afiq. Semakin teruk pula penggunaan bahasa Melayu oleh Lai.

            “Hoi, Lai. Nanti la. Bukan anti.Buka kamus,” tegur Celine yang kebetulan melintasi meja Lai. Giginya tersengihmelihatkan wajah Lai yang blursemacam.

            “Nanti ke? Bukan anti?”

            Dengan soalan ringkasnya itu cukupmembuat mereka yang ada dalam pejabat itu menghamburkan tawa. Lai yang tidakmengerti apa-apa turut ketawa. Sudah faham benar kalau mereka ketawa, adalahsesuatu yang mencuit hati.

Previous: Prolog
Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hasz Ninie