Home Novel Cinta Izinkan Aku Rawat Lukamu
Izinkan Aku Rawat Lukamu
Hasz Ninie
1/12/2018 12:07:07
38,059
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

JULYANAmenilik jam di tangannya. Lagi lima belas minit jam akan merangkak ke angkatiga petang. Dia sudah berjanji untuk menemani Aida ke pejabat Encik Hashim.Nasib baik hari ini tiga pekerjanya bekerja sepenuh masa. Tidaklah dia bimbanguntuk meninggalkan restorannya itu.

            Restoran yang diusahakannya itutidaklah besar mana. Maka, pekerjanya juga tidak ramai kerana dia tidak mampumenggaji ramai pekerja.

            “Saliha, awak jagakan kaunter boleh?Hari ni akak balik awal sikit. Kalau ada shortduit ke apa, cepat-cepat bagitahu akak tahu?”

            Saliha menganggukkan kepalanya.Sememangnya Saliha adalah satu-satunya pekerja yang berjaya meraih kepercayaanJulyana. Memandangkan sudah dua tahun restoran itu beroperasi dan selama itulahSaliha bekerja dengannya, Saliha sudah mahir menguruskan restoran semasaketiadaannya. Apatah lagi apabila disuruh menguruskan kaunter.

            “Akak kena gerak sekarang ni. Adaapa-apa, awak call akak okey?” Sekalilagi Julyana mengingatkan Saleha.

            “Akak nak pergi dating ke?” Sempat Saliha mengusik nakal majikannya itu.

            Julyana menampar lembut bahu Saliha.Ada-ada sahaja usikan pekerjanya yang sudah dianggap adik sendiri itu.

            “Mana adalah. Akak nak keluar dengankawan perempuan akaklah. Akak ni bakal tunang orang la. Tak main dating-datingni,” sanggah Julyana sengaja menekankan perkataan ‘bakal tunang’. Bakal tunangsangatlah kononnya. Sampai sekarang dia tidak pernah kenal gerangan itu. Kataemak, belum tiba masanya untuk diperkenalkan. Bila masanya, dia sendiri tidaktahu. Hendak tunggu berapa lama lagi agaknya dengan umurnya yang sudah menjangkau26 tahun? Dia pula bukan jenis yang menggesa. Kalau emak cakap ‘a’, dia akanmengiakan saja.

            Orang lain bila sudah bertunangkenallah tunang masing-masing. Dia pula sudah dirancang untuk ditunangkan olehkeluarga sejak kecil lagi. Nak kenal lelaki itu pun payah. Puan Rohaya terlaluberahsia. Zaman serba moden ini masih ada adat keluarga yang mana ibu bapa yangakan mencarikan calon suami atau isteri untuk anak-anak. Pendapat dan pilihananak sendiri dicampak ke tepi. Dan itulah nasibnya apabila bakal ditunangkandengan lelaki pilihan Puan Rohaya sedangkan dia berhak untuk menentukan pilihanhatinya sendiri. Tetapi jika itu yang dirasakan terbaik oleh Puan Rohaya,terbaiklah juga untuk dirinya. Dalam hidup pun tidak boleh memilih sangat. Dirisendiri bukannya sempurna apatah lagi mahukan pasangan yang sempurna dalamhidup.

            “Untunglah akak dah ada bakal tunang.Mesti hensem dia kan? Sebab akak pun cantik. Saya doakan akak bahagia dengandia. Amin.” Saliha meraup wajah.

            Julyana sekadar tersenyum sumbing.Tidak tahu hendak angguk atau tidak. Tuan badan tidak pernah muncul depan mata,macam mana hendak tahu hensem ke tidak. Walau hensem macam mana pun, belumtentu dapat memikat hatinya. Rupa paras bukanlah satu ukuran untuk mencaripasangan hidup. Apa yang penting adalah keupayaannya untuk menjadi pasanganyang terbaik dan kemampuan untuk mengemudi bahtera perkahwinan.

 

SEMASAmenapak masuk ke dalam ruang pejabat itu, mata Julyana tertancap pada Rifqyyang ralit menghadap komputernya. Baru dia perasan kebanyakan pekerja di situberbangsa Tionghoa. Patutlah maju semacam. Memang tidak dinafikan bangsa itumelakukan tugas dengan cekap.

            Bukanlah dia prejudis terhadap kaumsendiri. Baginya, mana-mana kaum memiliki nilai prinsip tersendiri. Apabila diamelihat kaum Cina, dia nampak kesungguhan dan kerajinan mereka apabilamengerjakan sesuatu. Sewaktu menuntut di unversiti dulu, dia pernah bersahabatdengan seorang kawan berbangsa Cina. Kawannya itu memang rajin dan selalumenghabiskan masa dengan mengulangkaji pelajaran di perpustakaan. Dia pula,walaupun sering sahaja diajak bersama, selalu sahaja mempunyai alasan untukmenolak.

            “Selamat datang, Puan Aida. Puan nakjumpa Encik Hashim ke?” Celine bertanya setelah menghampiri dua kelibat itu.Sudah semestinya sebagai penyambut tetamu, dia yang bakal melayan klien yangdatang.

            Aida mengangguk. Memang itutujuannya ke mari.

            “Maaf, puan. Hari ni tuan tak ada. Tuanada urusan kat luar dan tak dapat datang. Tapi Puan Aida boleh cakap dengan stafkami yang lain. Selalunya kalau tuan tak ada, kita akan refer pada yang lebih berpengalaman.”

            “Siapa? Awak ke?” soal Aida ingintahu. Celine juga staf di pejabat itu. Mungkin saja dia orangnya. Celinemenggelengkan kepala, menafikan. Tangannya digoyang-goyangkan menandakan bukandia orangnya.

            “Puan boleh cakap dengan saya,”sahut satu suara. Aida dan Julyana serentak menoleh.

            ‘Oh, lelaki Cina ni,’ desis hatiJulyana.

            “Silakan duduk, puan dan …” Rifqyterdiam sejenak. Tidak pasti apa gelaran yang patut diberikan kepada perempuanyang berdiri di sebelah Aida itu. Walaupun sudah dua kali perempuan bertudungitu ke mari, namun dia tidak pernah tahu nama gadis itu. Bukan satu keutamaanuntuk tahu nama perempuan itu kerana apa yang lebih penting adalahmenyelesaikan kes ugutan Aida.

            “Cik Julyana,” ujar Julyana bagimembantu lelaki itu meneruskan kata.

            “Ya. Silakan duduk Puan Aida dan CikJulyana.”

            Julyana melirik ke arah Aida yangteragak-agak untuk melabuhkan punggung. Dia mencuit sedikit pinggang Aidamemaksanya duduk. Dek cuitan berserta pandangan tajam Julyana, Aida akhirnya melabuhkanduduk pada kerusi.

            “Puan Aida, kami dah berjayamenjejaki kat mana bekas suami puan berada sekarang ni. Kami akan terusmengekori dia bagi mendapatkan bukti. Setakat ni saya dan penyiasat yang laintak nampak apa-apa yang mencurigakan pada bekas suami puan. Tapi puan janganrisau. Kami akan cari bukti jika ada.” Penerangan itu cukup jelas dan lancar.Namun Aida masih juga tidak senang duduk memikirkan nasibnya.

            “Saya ada terima satu lagi ugutan,”jelas Aida takut-takut. Tangannya menyeluk tas tangan dan dikeluarkan satunota.

            “Boleh saya tengok?” pinta Rifqylembut. Aida menurut. Nota itu bertukar tangan. Rifqy membuka lipatan nota itu.

           

                        Kau takkan selamat, Aida! Aku nak hak aku!

 

            Isi nota itu agak ringkas danpendek. Sukar untuk mengagak apa yang sebenarnya diinginkan oleh penulis notaitu. Motif ugutannya juga masih samar-samar. Ia memerlukan penyiasatan yanglebih lanjut. Orang yang menghantar ugutan itu meminta hak? Tetapi hak apa?

“Nampaknyadia tak berpuas hati dan menghantar nota ugutan ni buat kali kedua. Dia rasaterancam. Mungkin dia syak dia sedang diperhatikan. Saya sarankan Puan Aidaberhati-hati buat sementara waktu ni. Pastikan puan berteman bila hendak keluarrumah,” telah Rifqy dalam masa yang sama memberi peringatan. Keselamatan Aidamenjadi isu penting saat ini. Sudah terang-terangan penulis nota itu memberiamaran keras. Jika tidak diambil peduli, besar kemungkinan nyawa Aida dalambahaya. Bahkan mungkin turut mengancam keselamatan ahli keluarga yang lain.

“Apayang perlu saya lakukan?”

Rifqymembisu seketika. Jari-jemarinya menyentuh janggut sejemput di dagunya. Cubamencari jawapan untuk soalan itu. Apa yang perlu dilakukan? Dia juga tidakpasti selagi pelakunya belum dibuktikan.

“Puanjangan takut. Kami akan mengawasi bekas suami puan. Puan hanya perlu ikutnasihat saya. Pastikan puan sentiasa berteman. Nanti saya akan bincang pasal nidengan tuan kami.”

Aidamenghela nafas berat.

“Satulagi yang saya kena ingatkan. Awak ni kawan Puan Aida kan?” Mata Rifqy menghalapada Julyana. Terus dua mata itu bersabung. Julyana mengeyakan melalui anggukan.

“Awakpun kena berhati-hati. Awak satu-satunya orang yang tahu pasal ugutan ni danjuga orang yang rapat dengan Puan Aida. Awak juga boleh menjadi target dia orang. Be more cautious.”

Julyanaterpempan. Tiba-tiba dirinya takut dengan kemungkinan itu. Matanya berpadudengan mata Rifqy seketika sebelum dia mengalihkan pandangan ke arah lain.

I will,” ujar Julyana lambat-lambat.

 

SEBAIKkelibat Aida dan Julyana menghilang, Afiq segera menyerbu meja Rifqy. Dia dudukdi kerusi tanpa dipinta berbuat demikian. Tangannya laju mencapai nota kecilyang berada dalam genggaman Rifqy.

            “Orang ni dah gila ke apa?” TanganAfiq menghentak keras nota tersebut ke meja. Bibirnya terkumat-kamit menuturkansesuatu yang tidak difahami oleh Rifqy.

            “Kita yang kata dia gila. Tapi diatakkan mengaku yang dia tu gila. Selagi tak ada kad merah, siapa yang nakmengaku gila? Entah apalah yang dia nak. Aku tengok Puan Aida tu orang biasa saja.Kalau bermotifkan harta, aku rasa dah lama orang tu culik anak Puan Aida. Mintatebusan. Tapi kalau betul ni semua kerja bekas suami Puan Aida, takkanlah dianak wang tebusan sedangkan dia lebih kaya dari Puan Aida. Melainkan dia nakkananak Puan Aida. Dia orang dah bercerai. Tak mustahil kalau bekas suami dianakkan anak dia. Lagi-lagi dia cakap dia nak hak dia. Anak Puan Aida tu kiranyahak dia juga kan?” Lai membuat andaian yang bermain di kepalanya.

            Afiq memetik jari tiba-tiba. “Maksudkau, dia orang berebutkan anak?” teka Afiq dan dibalas dengan anggukan Lai.Rifqy turut mengeyakan.

            “Basedon details she gave us, dia menang hak penjagaan anak. Bekas suami dia taksetuju. Logiklah kalau dia ugut Puan Aida macam tu supaya Puan Aida takut danserahkan anak tu pada dia. Tapi selagi tak ada bukti, kita hanya boleh buatandaian saja. Hari ni kau dengan Lai ikut aku. Aku nak jumpa informer,” jelas Rifqy tegas. Jikabertangguh, entah apa yang akan terjadi kepada Aida. Apatah lagi nyawa oranglain yang turut akan terancam.

            “Ditanggung beres, Qy. Pergi dengankereta siapa?” Mata Afiq mengerling ke arah Lai yang tiba-tiba mengangkatwajah.

            “What’sthe matter?” tanya Lai dengan hairan.

            “Hari ni aku nak save minyak Honda City aku. Naik Alzakau boleh?” Mata kanan diangkat tinggi. Lai mencebik. Memang sengajalah tu.Sudah arif benar dengan sikap kedekut Afiq yang tidak bertempat itu.

            “Ihate you. Such a stingy person. Patutlah sampai sekarang tak ada perempuannak. Orang kedekut siapa yang nak kan?” balas Lai menyampah. Dia membuat mimikmuka yang tidak menyenangkan.

            Mata Afiq membulat dengan sindiranpedas itu. Walaupun kurang jelas dengan butir percakapan Lai itu dia masihdapat menangkap maksud di sebalik kata-kata itu. Pantas dan tanpa amaran penyang ada di meja Rifqy dicapai lalu dibaling kasar kepada Lai. Cepat-cepat Laimenutup wajah dengan buku, mengelak daripada balingan itu.    

            “Fiq, pen aku tu,” tegur Rifqymenyebabkan Afiq hanya mampu tersengih menayangkan barisan gigi yang tersusunelok sambil menggarukan kepalanya yang tidak gatal. Marahkan Lai punya pasal,pen yang tidak bersalah pula menjadi mangsa.

 

TELEVISYENyang terpasang dimatikan segera apabila dia mendapati tiada sesiapa di ruangtamu itu. Membazir betul. Mata Julyana melilau ke kiri dan ke kanan. Mana pulaadiknya yang satu itu? Takkan studykut? Pegang buku pun tak pernah nampak. Inikan pula hendak menelaah.

            “Jie!” Suara Julyana memecahkankesunyian.

            “Apa dia akak?” Tiba-tiba Jihanimenerpa ke arahnya dengan secawan air. Matanya terpandangkan televisyen yangtelah dimatikan itu. “Akak, kenapa matikan? Jie nak tonton Wadi la …” Diamerungut.

BibirJihani memuncung kerana terpaksa menghidupkan semula televisyen yang dimatikankakaknya itu. Dia baru ke dapur lima minit untuk membancuh Neslo, kakaknyaterlebih dahulu bertindak dengan mematikan TV. Bila entah pulangnya, diasendiri tidak tahu. Alih-alih sudah ada dalam rumah. Bunyi enjin kereta puntiada kedengaran.

“Akakingatkan tak ada orang nak tengok. Tu pasal akak offkan. Membazir aje. Yang bayar elektrik rumah ni akak tahu? Bukannyaawak. Jadi, berjimat sikit ya? Akak ni tauke restoran kecil saja. Bukan taukebesar. Kena ingat tu,” jawab Julyana sekadar mengingatkan. Bukannya dia kedekutdengan adiknya itu namun lebih mengajarnya ke arah berjimat-cermat.

“Akakni dengan adik pun berkira ke?” Wajah Jihani masam mencuka apabila diberileteran.

“Bukanberkira. Nak ajar awak sikit. Jangan nak hidup senang-lenang aje. Kadang kalaawak tu kena belajar hidup susah. Akak dulu tak ada hidup senang macam awak ni.Zaman sekolah dulu akak pergi sekolah dengan bas. Awak tu naik motor. Kira dahberuntung tak perlu bersesak dalam bas. Jadi, jangan nak melawan bila akak kenategur sikit,” tukas Julyana. Kakinya mula menapak. Tubuhnya agak melekit. Diaingin segera mandi dan menunaikan solat Isyak yang tertangguh.

“Akak,lambat balik hari ni. Ramai customerke tadi?” Rajuk Jihani telah hilang apabila sedar bahawa peringatan olehkakaknya tadi ada gunanya. Terfikirkan Julyana yang bersusah payah pergi ke sekolahdengan bas dahulu jika ingin dibandingkan dengannya, dia lebih bernasib baikdaripada kakaknya. Kesenangan yang dinikmatinya kini adalah hasil penat lelahkakaknya yang mengusahakan restoran sendiri.

“Haah.Ramai sangat sampai akak tak menang tangan nak layan. Selalunya tak. Rezekikitalah tu. Oh ya, mak dah masuk tidur ke?” Kepala Julyana terteleng kebelakang menanyakan adiknya tentang Puan Rohaya. Tidak nampak pula batanghidung Puan Rohaya.

“Makdalam bilik. Tadi katanya nak lipat baju. Tapi mungkin dah tidur kut,” balasJihani sambil menghidupkan televisyen. Gara-gara kakaknya, dia terlepasbeberapa babak drama Wadi yang diminatinya itu.

“Kalaumak dah tidur, tak apalah

“Akakada nak cakap apa-apa dengan mak? Nak Jie sampaikan?” Jihani mengangkat kening.Julyana menggeleng.

“Takada apa-apa,” ujar Julyana. “Oh ya, layan drama tu jangan lupa nak matikan TVbila nak tidur nanti,” pesan Julyana sebelum menghala ke biliknya. Kalau tidakdiingatkan sudah pasti TV dibiarkan terpasang sehingga ke pagi kerana Jihaniselalunya mudah terlena sambil melayan drama.

Jihanimengangkat tinggi tangannya, menunjukkan tanda ‘ok’.    

Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hasz Ninie