Home Novel Cinta Izinkan Aku Rawat Lukamu
Izinkan Aku Rawat Lukamu
Hasz Ninie
1/12/2018 12:07:07
38,052
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

SEBAIKtiba Julyana di banglo milik keluarga Aida itu, tubuhnya terlebih dahuluditerpa oleh Aida. Julyana bertindak merangkul Aida ke dalam rangkulan sambilmengusap belakang tubuh Aida berkali-kali. Jika begini sekali perlakuan Aida,maka adalah yang tidak kena. Daripada gerak tubuh sahaja dia sudah dapatmeneka.

            “Kenapa ni, Ida?” soal Julyana masihhairan dengan kelakuan Aida. Tiba-tiba sahaja perempuan itu memintanya keSetapak melalui telefon. Seminggu yang lepas baru saja dia melawat Aidasekeluarga di sana. Tiba-tiba dia mendapat panggilan telefon daripada Aida. Diatidak menunggu lama. Terus dia memandu ke sana walaupun perjalanan ke Setapakmemakan masa yang lama.

            “Dia dah balik. Dia ugut saya dan family saya. Saya takut dia datang sinidan cederakan kami semua,” adu Aida di sebalik tangisannya.

            “Nampaknya bukan Farouk yang hantarugutan tu,” celah Encik Hashim yang tiba-tiba muncul. Rupa-rupanya Encik Hashimdan anak-anak buahnya telah tiba lebih awal di kediaman itu. Mereka juga telahberjaya mengesan orang yang menghantar ugutan kepada Aida. Dan orang itu bukanlahFarouk seperti yang disangkakan.

            “Kalau bukan Farouk, siapa?” DahiJulyana berkerut hairan. Siapa pula yang mendendami Aida?

            “Hasil siasatan kami, hanya seorang sajayang tahu kat mana Puan Aida tinggal dan dia yang menghantar ugutan tu. Kamidah siasat Farouk. Dia tak ada kena-mengena dengan ugutan tu sebab dia sendiritak tahu kat mana Puan Aida tinggal selama ni. Dan sewaktu nota ugutan tudihantar, Farouk tak ada kat Malaysia. Dia ada urusan di Melbourne. Dan nota tudihantar melalui tangan bukan melalui pos. Jadi, sudah jelas pelakunya bukanFarouk,” terang Encik Hashim panjang lebar.

            “Siapa orang tu?” desak Julyanaingin tahu. Kalau bukan Farouk, siapa?

            “Abang kandung Puan Aida sendiri.”

            Julyana tergamam.

“Abangsendiri?” Dia seolah-olah tidak percaya. Dia tahu abang Aida itu telahmeninggalkan rumah dan membuang keluarga tetapi bagaimana dia boleh munculbalik? Dan apa yang diinginkan olehnya?

            “Ya, abang saya sendiri. Saya takfaham kenapa dia buat saya macam ni.” Aida masih mengongoi dalam pelukanJulyana. Apabila mendapat tahu bahawa abang sendiri yang mengugutnya, dia bagaiingin pitam. Abang sendiri, darah yang mengikat mereka namun tega benarabangnya melakukan ugutan itu.

            “Auntiemana?” soal Julyana risau. Takut jika Rosella dan adik-adik Aida yang lainturut diugut sama sedangkan mereka adalah saudara.

            “Ada kat dalam,” jawab Aida saatpelukan dileraikan. Dia memandang Julyana, mengharapkan ihsan dan sokongan.Dengan matanya yang basah, dia seakan merayu. Merayu Julyana berada di sisinyapada saat getir ini.

            “Saya takut, Ju. Walaupun saya dah buatpolice report pasal ni, saya masihrisau. Saya risaukan family saya. Risaukananak saya. Dia orang tak bersalah.”

            Julyana meraih bahu Aida danmemautnya erat.

“Awakpun tak bersalah dalam hal ni. Abang awak yang menjadi punca. In shaa Allah, Allahada dengan awak. Saya juga ada bersama awak, Ida,” ujarnya dalam nada berbisik.Meredakan perasaan gelisah dan takut dalam diri Aida.

 

APA motifnya, encik?” Julyana bertanya.Sambil matanya berkali-kali melirik ke arah Aida yang sedang melayan Ayesha dilaman. Rosella juga sedang bergembira dengan anak-anak dan cucunya, melupakanseketika tentang ugutan terhadap Aida. Fizikalnya tampak kuat namun di dalamnyatiada siapa yang tahu. Anak sendiri yang dianggap mampu menjadi pelindung keluargamembuat onar terhadap keluarga sendiri.

            Rifqy menyeluk tangan ke dalam sakuseluar jean hitamnya. Matanyasesekali menikmati keindahan pokok bunga yang berwarna-warni di taman minikeluarga Rosella itu. Matanya seakan sejuk memandang bunga-bunga yang mekaritu. Terasa dirinya berada di sebuah kawasan yang hanya dipenuhi denganpelbagai jenis bunga yang tumbuh dengan gah dan mekarnya. Bersama dengankicauan burung-burung kecil yang akan mengalunkan sebuah lagu untuknya.

            “Abang Puan Aida nakkan rumah nitapi Puan Aida tak bagi. Sebab tu dia simpan dendam kat Puan Aida sampaisanggup ugut Puan Aida. Selagi Puan Aida tak bersetuju dengan permintaannya,Aidil akan terus perhatikan keluarga ni dan mungkin akan bertindak dengan kejamjika Puan Aida masih berdegil,” jelas Rifqy kemudian mengalihkan pandangan kearah Julyana. Pandangan mereka bertaut buat seketika sebelum kedua-duanyakembali melontarkan pandangan ke arah lain.

            “Saya tak faham kenapa dia perluberebutkan rumah ni. Adakah lebih baik kalau dia tinggal bersama di rumah ni?Dia kan anak Auntie Rosella juga.”Julyana meluahkan pendapat. Rumah besar sebaliknya dihuni oleh satu keluargayang besar. Barulah rumah itu lebih terasa keharmoniannya. Mengapa Aidil tidakberfikiran begitu dan bersikap tamak demi kepentingan diri sendiri?

            Rifqy tersenyum pendek. Kenapa? Diayakin Julyana sudah ada jawapannya. Semunya kerana harta. Seseorang yang warasjuga boleh jadi tamak sekiranya dia dipengaruhi oleh nalurinya untuk hidupdengan mewah.

“Sebabharta ada segelintir orang sanggup jadi gila dan tamak.”

            Julyana memalingkan wajahnya. Pendapatlelaki itu tidak boleh diterima olehnya. Tidak semua orang yang berakaltergila-gilakan harta dunia yang tidak kekal. Hanya segelintir sahaja yangsanggup berbuat apa saja untuk hidup dengan mewah. Malah, sanggup pula membuangkeluarga dan orang tersayang demi harta yang belum tentu dapat menjaminkebahagiaan. Tetapi semua orang tidak boleh dihukum dengan sikap yang samakerana setiap orang adalah berbeza. Rambut memang sama hitam tetapi hati lain-lain.

            “Tak semua orang gilakan harta. Adaaje yang sukakan kesederhanaan. Hanya orang yang tamak akan bertindak gila,” bantahJulyana tidak mahu menelan kata-kata yang terbit dari mulut Rifqy sebentartadi. Cukup bercanggah dengan pendapatnya sendiri.

            “Sorry.Saya tak nak bergaduh pasal ni. Itu cuma pandangan saya. Maaf kalau sayamengguris perasaan awak atau buat awak rasa tak senang hati. Dan, saya cakaptak semua orang. Saya cakap segelintir aje,” tutur Rifqy mengalah. Dia tidakmahu memulakan pertelingkahan dengan perempuan itu hanya kerana masing-masingingin menegakkan pendapat sendiri.

            “Tak apa. Saya yang salah faham.”  

            Rifqy melihat jam di tangan. “Kalaudah tak ada apa-apa, saya rasa saya perlu gerak sekarang. Saya kena balik ke office semula.”

            Julyana angguk. Teringatkan sesuatu,dia memanggil lelaki itu yang sudah beberapa langkah menapak.

            “Encik, terima kasih sebab banyakbantu kawan saya,” ucap Julyana. Ucapan itu adalah satu penghargaan terhadapRifqy dan rakan-rakan sekerja lelaki itu yang telah berusaha menjejaki gerangansebenar yang menghantar nota ugutan kepada Aida. Jika tidak, sampai sekarangdia akan menuduh Farouk yang melakukan jenayah itu sedangkan bekas suami Aidatidak pernah tahu-menahu tentang ugutan itu. Malah Farouk juga bersimpatiterhadap bekas isterinya namun tidak mampu berbuat apa-apa. Dia dan Aida tiadalagi ikatan. Dia sudah mempunyai sebuah keluarga yang lengkap dan bahagia.Meskipun bukan dengan Aida, dia bahagia bersama isteri barunya.

“Takada masalah. Memang tugas saya sebagai investigator.Tapi saya rasa ucapan terima kasih tu sepatutnya awak berikan pada tuan kami.Dia yang banyak cari maklumat. Dia yang banyak berusaha keras untuk kawan awak.Kami hanya menyiasat berdasarkan maklumat yang kami dapat,” balas Rifqymerendah diri.

            Pandangannya jatuh pada seraut wajahJulyana yang manis bertudung. Memang cukup menawan dan penuh kesantunannya. Diajuga tidak sangka dia mampu memuji perempuan Islam itu walaupun pujiannya hanyasekadar terbit di hati. Dulu, dia pernah tertarik pada wanita Melayu yang tidakbertudung. Namun, setelah cahaya Islam telah menembusi jiwanya, dia seakan-akandiuji dengan gadis-gadis Melayu yang solehah dan menjaga aurat mereka denganbaik. Dia juga seorang lelaki. Bohonglah dia jika dia tidak menaruh perasaanterhadap kaum Hawa. Walaupun sibuk dengan kerjanya, itu tidak bermaknakeinginannya untuk berumahtangga tiada.

            “Ya. Tapi saya tetap nak ucapkanterima kasih pada awak.” Julyana berkeras. Apalah sangat ucapan terima kasihitu jika ingin dibandingkan dengan kesungguhan lelaki itu bersama rakan-rakanmencari maklumat dan menyiasat kes Aida itu.

            “Baiklah. Kalau awak dah cakap macamtu, sama-sama. Tapi saya nak ingatkan awak. Hati-hati dengan keselamatan awak.Abang Puan Aida mungkin dah tahu yang awak banyak tolong adik dia. Sekarang nidia masih bebas. Mungkin dia akan cari jalan untuk apa-apakan kawan awak danjuga awak.”

            “Saya tak risaukan diri saya. Sayacu….”

            “Youshould, Cik Julyana. Awak tu perempuan sama seperti Puan Aida. Janganberlagak berani di depan seorang penjenayah lagi-lagi penjenayah yang nyatalebih kuat fizikalnya daripada awak,” pintas Rifqy mengingatkan perempuan itu.Dan respon Julyana sekadar mengangguk. Mungkin benar kata-kata lelaki itu. Diabukanlah kebal untuk melawan abang kepada Aida.

 

JU ke mana tadi?”

            Teguran Puan Rohaya dari dapur mematikanlangkah Julyana. Dia berpaling kemudian mengatur langkah ke arah Puan Rohayayang sedang mengupas kulit bawang. Tas tangannya diletakkan di meja dan mulamenyinsing baju sehingga ke lengan. Laju dia mencapai pisau berserta bawangputih dan mula mengupas bawang itu.

            “Ju pergi rumah kawan Ju, mak. Aidadah dapat tahu siapa yang ugut dia selama ni,” jawab Julyana kepada soalan PuanRohaya tadi. Dari awal lagi dia memberitahu Puan Rohaya tentang ugutan yangditerima oleh Aida.

            “Aida dah tahu? Siapa? Betul kebekas suami dia yang hantar surat ugutan tu?” soal Puan Rohaya bertubi-tubi.Dia turut dilanda risau tentang ugutan yang diterima Aida. Tetapi dia tidakpernah menyangka jika benar ugutan itu daripada bekas suami Aida.

            “Bukan bekas suami dia. Rupa-rupanyaabang dia sendiri.” Di hujung ayat, Julyana menghela nafas.

            Wajah Puan Rohaya terlukis kerutseribu.

            “Abang sendiri? Dia nak apa sampaiugut keluarga sendiri?”

            Julyana menjungkit bahunya.“Entahlah, mak. Orang gila harta macam tu la. Sanggup ugut keluarga sendiri.Tak takut balasan Allah ke apa? Apa dia ingat dekat dunia ni harta tu satuperkara yang penting? Dia ingat harta tu boleh kekal sampai boleh bawa masukkubur?” Dia sedikit beremosi apabila mengenangkan kelakuan Aidil terhadapkeluarga sendiri. Kalaulah ada ahli keluarganya berperangai seperti Aidil, diatidak tahu hendak cakap apa. Mujur saja keluarganya tidak begitu.

            “Hati manusia ni memang susah nakagak. Mudah-mudahan dia sedar dan bertaubat. Kita yang berakal ni tetap takboleh nak hukum orang yang buat salah. Biar Allah saja yang menghukum hamba-Nyayang lalai.”

            Kepala Julyana terangguk-angguk. Adabenarnya kata-kata Puan Rohaya itu. Manusia tidak layak menghukum manusia yanglain. Sejahat mana seorang manusia, hanya Allah s.w.t sahaja yang layakmenghukumnya. 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Hasz Ninie