Bab 6

“HAIKAL, Leong, nah.” Hana memberikan dua bakul kertas yang berisikan bento setiap seorang. Ketika itu mereka berada di kantin sekolah. Hana sudah meminta kebenaran dengan pengawal sekolah sebentar tadi agar membenarkan dia untuk berjumpa dengan beberapa murid dari kelas Arissa.

“Nanti korang bagi dalam kelas, ya. Bagi tahu dekat kawan-kawan lain yang aunty tak dapat nak bagi bento lagi lepas ni. Sebab aunty kena pulang. Cuti aunty dah habis.”

“Alaa… Lepas ni kami semua mesti rindukan bento yang aunty buat ni.” Leong memuncungkan mulutnya. Hana ketawa kecil.

“Comel.” Hana mencubit pipi gebu milik Leong.

“Kalau aunty ada cuti nanti, aunty buatkan lagilah bento untuk korang, okey? Tapi satu je aunty nak pesan dekat korang berdua dengan kawan-kawan yang lain.” Hana mengerling anak buahnya yang mendiamkan diri sejak dari dalam kereta lagi. Dia kemudian berpaling semula pada dua orang murid lelaki yang sama kelas dengan anak buahnya itu.

Aunty nak pesan apa dekat kami?” Tanya Haikal. Hana senyum.

Aunty nak korang semua tolong jagakan anak buah aunty ni, boleh?”

Haikal dan juga Leong mengangguk serentak. “Kami janji!” Jawab mereka serentak sambil tersenyum. Hanya Arissa sahaja yang masih tidak mahu membuka mulut.

“Arissa, awak janganlah sedih. Kalau aunty awak tak ada, kami kan ada.” Haikal cuba memujuknya.

“Tak apalah, Arissa. Bukan awak seorang saja yang rindukan aunty awak ni. Kami pun akan rindukan aunty awak juga.” Kata Leong dengan pelat bahasa Cinanya itu.

“Arissa, kalau aunty dah tak sibuk nanti aunty baliklah sini. Nanti apa yang Arissa nak makan semua aunty akan masakkan.” Hana memujuknya pula. Risau pula dia bila anak buahnya itu mendiamkan diri dengan wajah yang cemberut.

Aunty Aivy, kalau kami nak minta aunty buat makanan lain, boleh ke?” Seloroh Leong. Soal makanan pasti dia nombor satu dalam kelas itu.

“Hesy! kau ni Leong tak tahu malu.” Kata Haikal membuatkan murid lelaki yang bernama Leong itu tersengih. Gelagat mereka berdua membuatkan Arissa tersenyum.

“Eh, awak senyum.” Haikal tersengih. Leong turut sama tersengih melihat Arissa. Tercuit Hana dengan gelagat dua orang budak itu.

Aunty, janji. Aunty jangan lama-lama dekat sana. Nanti, Arissa dengan yang lain rindu pula dengan makanan yang aunty buat ni.” Rengek Arissa. Hana mencubit lembut pipi gebu anak buah kesayangannya itu.

Aunty tak boleh nak janji. Tapi, kalau aunty ada masa aunty datanglah sini.”

Aunty janji, ya. Kami pun tak akan lupakan aunty Aivy.” Haikal membuat pinky promise dengan Hana. Leong dan Arissa juga turut sama membuat pinky promise itu.

Aunty lupa pula. Arissa tolong bagi bento ni dekat kawan baru kamu tu, ya. Nanti cakap dekat dia yang aunty tak dapat nak buat bento lagi lepas ni.” Arissa mengambil bakul kertas yang berisi bento untuk teman barunya itu.

Aunty dah lambat ni. Aunty kena gerak dulu. Arissa balik nanti tunggu tempat biasa. Nanti, ibu yang ambil, okey?” Arissa mengangguk. Hana bangun dari tempat duduknya. Arissa, Haikal dan Leong masing-masing bersalaman dengan Hana.

 

“YANA! Yana!” Laung Arissa dari jauh. Yana ketika itu baru sahaja keluar daripada kelasnya. Kelas Arissa dengan Yana hanya selang dua kelas sahaja. Yana berpaling. Senyuman diukir.

“Arissa!” Yana senyum lebar. Laju dia merapati teman barunya itu.

“Nah, untuk awak.” Arissa memberikan bakul kertas yang berisi bento kepada Yana. Yana teruja. Dia tahu isi di dalam bakul kertas itu. Pastinya makanan yang teringin dia hendak makan sejak beberapa hari yang lepas.

“Bento! Sukanya!” Jerit Yana. Arissa senyum.

“Jom, kita makan dekat kantin.” Arissa mengajak Yana ke kantin dengan bento mereka masing-masing.

Sampai sahaja di kantin Arissa dan juga Yana mencari tempat yang sesuai untuk mereka makan bersama. Dari jauh Haikal dan Leong memanggil mereka berdua. Arissa membawa Yana ke tempat teman-temannya berkumpul.

Bulat mata Yana bila tiba di meja tersebut. Matanya terpaku melihat pelbagai aneka bento di depan mata. Hampir semua rakan-rakan sekelas Arissa mempunyai bento masing-masing. Murid-murid yang lalu-lalang di situ juga berhenti sekejap melihat bento-bento dari kelas Arissa.

“Baiknya hati aunty awak buatkan bento banyak-banyak macam ni.” Yana tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.

Aunty Aivy memang baik. Dia tak kisah pun kalau kami nak minta itu ini dengan dia.Lagipun, dia suka layan kami.” Beritahu Arissa. Mereka berdua mengambil tempat bertentangan dengan Haikal dan juga Leong.

“Arissa, Yana. Bukalah penutupnya. Kami nak tengok juga bento korang berdua macam mana.” Tidak sabar Leong mahu melihat isi di dalam dua bekas makanan temannya itu. Arissa dan Yana membuka penutup bekas makanan masing-masing.

“Wow! Aunty Aivy buatkan bento Olaf untuk awaklah, Yana.” Kata Leong. Siap dengan nama Yana lagi di atas badan Olaf itu. Yana memandang Arissa dengan senyuman lebar.

“Awak bagi tahu aunty awak yang saya sukakan olaf ke?” Tanya Yana. Dia begitu sukakan dengan watak Olaf dari filem kartun Frozen itu. Arissa senyum sambil mengangguk. Yana kemudian berpaling melihat bento milik Arissa pula. Bento kepala upin dan ipin di dalam bekas makanan itu diperhatikan.

“Comellah, bento awak. Awak suka dengan Upin Ipin ke, Arissa?” Soal Yana.

“Arissa memang sukakan benda-benda yang comel macam Upin Ipin.” Beritahu Haikal. Senyum-senyum si Arissa.

“Lepas ni, saya nak minta buat bento Hello Kitty, boleh?” Serentak mereka bertiga berpandangan sesama sendiri bila mendengar permintaan Yana itu.

“Boleh tu memang boleh. Tapi…” Arissa garu kepala. Tidak sampai hati pula dia mahu memberitahu teman barunya itu.

Aunty Aivy dah balik. Dia tak ada dekat sini dah.” Beritahu Haikal. Yana tersentak.

“Dia pergi mana?” Yana ingin tahu. Baru sahaja dia berangan-angan hendakkan bento lain.

Aunty saya dah balik Kedah. Cuti dia dah habis. Dia balik kerjalah.” Sayu suara Arissa memberitahu Yana.

“Tapi, Yana jangan risau. Aunty Aivy akan balik sini juga kalau dia ada cuti. Nanti, kita mintalah dia buat banyak-banyak bento.” Kata Leong cuba menggembirakan hati Yana dan juga Arissa.

 

“KENAPA muka masam saja anak buah kesayangan uncle ni?” Sejak keluar dari sekolah tadi lagi Yana bermasam muka. Risau Aniq dengan kelakuan anak buahnya itu.

Hari ini Aniq menawarkan diri untuk mengambil Yana setelah puas memujuk abangnya untuk menggantikan tempat kerjanya hari ini. Dia sebenarnya mahu berjumpa dengan gadis yang sudah membuatkan hidupnya kacau-bilau. Tapi, hampa. Kerana sebentar tadi bukan gadis itu yang mengambil Arissa tetapi ibu Arissa. Sempat mereka berkenalan dan berbual sekejap.

Aniq tersenyum sendiri apabila teringat kembali perbualannya dengan ibu Arissa itu. Sepatutnya, hari ini ibu Arissa menyuruh Hana berjumpa dengannya. Tapi Hana degil. Langsung tidak mahu ikut kata-kata kakaknya ini. Gadis itu sudah pulang ke kampungnya. Aniq sempat meminta nombor telefon dan tempat Hana bekerja di sana.

Uncle,Yana sedihlah.” Luah Yana.

“Kenapa anak buah uncle ni sedih?” Lembut dan tenang sahaja suara Aniq.

“Sedihlah. Yana baru je dapat makan bento yang aunty Arissa buat. Bento yang aunty dia buat memang sedap.” Dalam kesedihan sempat Yana memuji masakan aunty Arissa itu.

“Tapi…” Yana mengeluh.

“Kenapa ni? Aunty tu ada bagi amaran apa-apa dekat Yana?”

Yana geleng kepala.

“Yana tak sempatlah nak jumpa dengan aunty Aivy. Arissa kata aunty Aivy dah balik kerja.” Aniq senyum tawar. Dia sudah sedia maklum tentang gadis itu daripada ibu Arissa.

Uncle…” Yana memandang unclenya yang sedang memandu. Aniq mengerling sekilas dan kemudian fokus semula dengan pemanduannya.

“Lepas ni, Yana tak dapatlah nak makan bento aunty Aivy lagi.” Yana memuncungkan mulutnya.

“Tak apalah. Nanti, uncle carikan Yana makanan lain, nak?” Aniq cuba memancing Yana namun tidak berjaya. Yana menggelengkan kepalanya berkali-kali.

“Tak nak. Makanan lain tak sedap. Makanan yang aunty Aivy buat lagi sedap. Kawan-kawan Arissa yang lain pun sukakan makanan yang aunty Aivy buat.”

Sedap sangat ke masakan dia sampaikan anak buah aku ni puji? Tertanya-tanya Aniq di dalam hati.

Uncle, pujuklah aunty Aivy berhenti kerja. Tinggal dekat sini saja. Nanti, hari-hari Yana boleh minta Arissa bawakan bento.” Pujuk Yana. Aniq melongo.

“Yana, uncle dengan aunty Arissa tu mana ada apa-apa. Uncle tak boleh nak suruh aunty tu berhenti kerja semata-mata bento Yana tu.” Aniq geleng kepala.

“Tipu. Uncle cakap aunty Aivy tu tunang uncle.”

Uncle main-main jeUncle tak pernah pun bertunang dengan aunty Arissa.”

“Hesy, tak naklah cakap dengan uncle lagi. Yana nak merajuk!” Yana berpeluk tubuh. Geram dengan unclenya sendiri.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh