Bab 23

HABIS ruang tamu disepahkannya. Perhiasan kaca semuanya pecah bertaburan di atas lantai. Tidak habis dengan perhiasan kaca, Edine melemparkan lagi bantal-bantal kecil di ruangan tersebut. Hampir semua barang yang ada di ruang tamunya itu dibuang.

Edine meraung dengan tangisannya. Tiada siapa yang pedulikannya. Dia sudah tidak berminat dengan lelaki-lelaki yang berdampingan dengannya sebelum ini. Tiada nafsu untuk melayan mereka semua. Mindanya hanya memikirkan Aniq. Hanya Aniq!

Dia begitu menyesal kerana sebelum ini dia langsung tidak ambil kisah tentang lelaki itu. Dia mempergunakan Aniq hanya semata-mata untuk menghabiskan wang dan hartanya. Keputusan Aniq membuatkan dia sedar yang dia baru sahaja kehilangan tempat bergantung. Tiada gunanya lagi dia meraih cinta palsu daripada lelaki itu.

Edine meraung lagi. Dengan siapa lagi dia harus bergantung selepas ini. Mana mungkin dia mahu kembali kepada keluarganya yang sudah lama membuang dia sejak tiga tahun lepas.

Bunyi loceng rumah tidak di pedulikannya. Dia terus melepaskan amarahnya pada barang-barang di dalam rumah tersebut. “Aku nak Aniq! Aku nak Aniq!” Jeritnya.

“Edine!” Seorang lelaki yang baru sahaja merempuh pintu rumahnya terus menerpa ke arah perempuan tersebut.

“Edine, apa dah jadi dengan rumah ni? Kenapa you dah tak terurus lagi ni, hah?!” Dia memimpin Edine ke sofa.

“Rizal, aku nak Aniq. Aku nak Aniq balik.” Rengek Edine. Rizal merengus.

“Berapa kali dah I kata. You buang saja Aniq tu dalam hidup you. I tahu you bukannya cintakan dia, kan?”

I cintakan dia, Rizal. I nak dia jadi milik I. I nak dia dalam hidup I. nak dia! I nak dia!” Suaranya ditinggikan. Rizal ketawa sinis.

“Cinta? You ikhlas ke cinta lelaki tu? Atau you cinta dia sebab dia tu berduit, berharta? Kalau you nak sangat duit, harta, I boleh bagi. You nak minta berapa saja I sanggup bagi!” Rizal melepaskan marah. Edine tertunduk. Kantoi dengan lelaki di depannya. Selama dia berkawan dengan Aniq, dia hanya mahukan duit dan harta lelaki itu. Dia tidak mahu kembali lagi ke dunianya yang sebenar.

“Tak! You bukan Aniq. You Rizal. Kaki perempuan. I tak nak you. Duit you haram!” Jerit Edine. Turun naik nafas Rizal mendengar ayat perempuan itu.

I kaki perempuan? So, you apa?!” Sinis dia bertanya. Edine Bungkam.

You sama saja macam I, Edine. You langsung tak layak dengan Aniq. I dah lama sukakan you, tapi you saja yang tak pandang muka I. You ingat I tak ada perasaan ke?” Rizal menarik nafas sebelum menyambung semula ayatnya.

“Bila you ada masalah, you mesti cari I. But, you throw me out bila you tak perlukan I lagi. Perempuan jenis apa you ni, hah?!” Rizal menengkingnya namun tiada reaksi yang diberikan oleh Edine. Perempuan itu hanya menangis dan terus menangis sambil meraung.

“Aku nak Aniq… Aniq…”

Rizal mendengus sambil meramas kasar rambutnya. Sakit hati dengan perangai Edine itu.

“Edine, please don’t cry. I tak suka tengok you macam ni.” Rizal mengelap air mata Edine. Walaupun dia marah tapi dia masih sayangkan perempuan itu. Dia tidak mahu kehilangan Edine.

“Rizal… bagi Aniq aku semula…” Kata Edine yang semakin lemah. Rizal sudah tidak tahu untuk berbuat apa lagi.

No. I can’t do that. Sejujurnya, I tak nak you dengan dia, Edine. Kalau boleh you lupakanlah dia. Ini untuk masa depan you juga. Aniq tak akan ambil perempuan macam you ni untuk jadi hak dia.” Rizal tidak mahu berputus asa.

Why?! Because I’m not virgin anymore?!” Edine meninggikan suaranya. Mencerlung tajam matanya ke arah Rizal.

Yes! Sedarlah, Edine. Hanya saja yang boleh terima you seadanya. I still can accept you even you’re not virgin anymore.” Ikhlas dari hati Rizal memberitahunya. Edine merenung tepat ke anak mata lelaki itu. Mencari kepastian.

You liar! Such a liar! Aku tak percaya kau!” Edine seperti orang gila. Menggelengkan kepalanya berkali-kali dengan rambutnya yang kusut-masai sambil menutup kedua-dua telinganya. Kemudian dia kaku dan memandang Rizal dengan matanya yang merah.

“Ini mesti sebab perempuan bertudung tu, kan? Mereka berdua mengaku tunang di depan aku.” Edine teringat akan perempuan bertudung yang bersama dengan Aniq sewaktu mereka berada di Sunway Pyramid. Mana mungkin dia boleh lupa dengan wajah perempuan bertudung itu.

“Rizal, Aniq bertunang. Dia langsung tak bagi tahu aku pun. Sebab perempuan itu ke dia buang aku macam tu saja?” Bola matanya dibesarkan. Merah dan penuh dengan kemarahan. Edine kemudian melepaskan jeritannya. Bergema satu rumah dengan suara jeritannya itu.

“Edine!” Rizal cuba menenangkan Edine yang sudah tidak tentu arah. Rizal memeluknya namun ditolak kasar oleh perempuan itu. Rizal mencuba lagi untuk memeluknya dan akhirnya Edine mengalah. Dia menangis di pelukan Rizal. Rizal mengusap belakang Edine.

“Edine, you memang tak layak untuk orang macam dia! Please, Edine… dengar cakap I. Ini untuk kebaikan you juga.” Pujuk Rizal. Edine tidak membalas. Dia hanya menggigit bibir bawahnya. Mata yang sudah merah dibesarkan lagi dan nampak sangat menakutkan. Pandangan yang ingin membalas dendam terhadap seseorang.

Please don’t be like this. Don’t cry, dear…” Rizal membawa Edine ke bilik perempuan itu. Keadaan rumah yang sudah tidak teratur dibiarkan sahaja. Apa yang penting sekarang dia mahu menenangkan Edine.

 

RIZAL merenung lama Edine yang masih lena dalam tidurnya. Dia tidak tahu bagaimana lagi hendak mengambil hati Edine. Dia terlalu cintakan perempuan itu. Dia sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan cinta perempuan di depannya ini.

“Argh! Kau memang bodoh Rizal! Dia tak cintakan kau. Yang kau terhegeh-hegeh mahukan cinta dia lagi kenapa, hah?!” Marahnya pada diri sendiri. Sedaya mana pun usahanya untuk meraih cinta Edine dia tetap gagal kerana hati perempuan itu masih terikat dengan lelaki yang bernama Aniq.

Rizal menghalakan pandangan ke luar tingkap. Pemandangan malam yang indah di sekitar kota Kuala Lumpur itu langsung tidak dapat menenangkan fikirannya sekarang. Beberapa minit kemudian dia melepaskan keluhan kacil. Tubuhnya disandarkan pada dinding tepi tingkap. Dia memandang Edine semula.

Rizal melangkah menghampiri Edine yang masih lena di katilnya. Dia menghenyakkan punggung dibirai katil. Wajah polos Edine dipandang lama. Wajahnya tidak lagi setegang seperti tadi. Dia kemudian mengelus lembut pipi perempuan itu.

“Kenapa you langsung tak nampak cinta I pada you, Edine? Kenapa lelaki itu juga yang you nak?” Rizal menghela nafas berat.

Aku ni siapa sebenarnya dalam hati kau?! Aku tak mahu kau jadikan diri aku ini sekadar tempat untuk kau meluahkan masalah. Sedarlah Edine, lelaki yang ada di depan kau ini betul-betul ikhlas mencintai kau. Aku nak kau pandang aku saja. Aku terima kau seadanya, Edine. Rizal hanya mampu memendam perasaannya.

Previous: Bab 22
Next: Bab 24

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh