Bab 8

SUDAH seminggu lebih Hana menguruskan kafe unclenya. Semua kerja di kafe berjalan dengan lancar. Hubungan antara dia dengan pekerja juga baik. Tapi, dalam beberapa hari ini dia menghadapi masalah dengan salah seorang pelanggannya. Seorang pelanggan lelaki yang datang ke kafe unclenya bukan untuk makan ataupun minum tapi sebaliknya hendak mencari dia.

Hana jadi sakit hati bila lelaki itu tidak berputus asa. Mana taknya, terkejut bila tahu lelaki itu adalah lelaki yang sama mengacaunya semasa berada di Sunway Pyramid. Bukan aku sudah beritahu lelaki itu yang aku sudah bersuami? Tapi, kenapa masih mencari aku sampai ke sini? Mana dia tahu tempat aku kerja ni? Hana bingung.

“Cik Hana, lelaki ‘Mat Salleh’ tu datang balik. Macam biasa dia nak jumpa Cik Hana.” Beritahu Una salah satu pekerja di kafe tersebut. Hana merengus kasar.

“Saya tak nak jumpa.” Hana langsung tidak mahu keluar daripada office kecil unclenya itu. Una garu kepala.

“Lelaki itu bagi tahu yang dia tetap akan tunggu Cik Hana dekat bawah. Dia mahu Cik Hana ingat dia balik. Dia kata dia tu teman lama Cik Hana. Satu-satunya kawan lelaki berdarah kacukan yang Cik Hana ada dulu.”

Laju Hana memandang Una.

Una tersengih.

“Bukan saya yang cakap tapi, lelaki tu yang suruh saya cakap macam tu.” Una terus melarikan diri. Takut dimarahi oleh Hana.

“Kawan lelaki yang berdarah kacukan?” Kali ini Una berjaya memujuknya. Hana melangkah keluar daripada office kecil unclenya. Dia turun ke tingkat bawah untuk berjumpa dengan lelaki itu.

 

SENYUM lebar Faiz bila melihat Hana semakin menghampiri dia. Akhirnya, dia berjaya juga membuat gadis itu turun ke bawah.Hana menarik kerusi bertentangan dengan Faiz. Wajahnya langsung tidak menampakkan senyuman. Namun, Faiz tidak kisah. Dia akan cuba membuatkan gadis itu ingat kepadanya kembali.

“Suhana Aivy. Takkan awak tak kenal kawan lama awak ni." Tanpa salam Faiz terus menyapanya. Hana mengerutkan dahi.

"Sayalah, Faiz Dylan. Takkan awak tak ingatl angsung dekat saya?"

“Faiz Dylan? Faiz yang mana ni?” Hana cuba mengamati. Wajah lelaki itu memang ada kebaratan sikit.

“Faiz Dylan la. Faiz yang selalu usik awak dulu. Empat tahun lepas. Takkan awak dah lupa.” Suaranya mula kendur.

“Lelaki yang selalu jadi tikus makmal awak. Makan apa saja makanan yang awak masak. Takkan awak tak ingat.” Bersungguh-sungguh Faiz mahu Hana mengingatinya semula.

Empat tahun lepas? Faiz Dylan… Ya, aku memang ada kawan lelaki yang satu-satunya rapat dengan aku. Masa tu aku bersungguh-sungguh mahu belajar masak kerana ingin menambat hati anak buah aku yang ketika itu baru berusia empat tahun.

Itu pertama kali aku masak dan memberi Arissa makan makanan yang aku masak dan ternyata dia tidak menyukainya. Dia kata masakan aku tidak sedap. Kakak aku mentertawakan aku. Aku pantang kalau orang ejek apa yang aku buat. Disebabkan hal itu, aku memutuskan untuk belajar lebih lagi tentang masakan. Satu-satunya yang menjadi tikus makmal aku masa tu adalah kawan baik aku sendiri, Faiz.

“Hana,”

Tiada sahutan.

“Aivy!” Suara Faiz menyentak Hana. Hana tiba-tiba ketawa. Berkerut dahi Faiz melihatnya.

“Awak dah kenapa terkekek macam nenek kebayan?” Takut pula Faiz tengok cara Hana ketawa itu.

Sorry Faiz. Awak memang dah banyak berubah. Saya langsung tak kenal.” Hana meminta maaf atas apa yang berlaku sebelum ini.

“Sedih tau saya. Ingatkan awak dah lupakan kawan baik awak ni.” Ada nada merajuk kedengaran dari suara Faiz itu. Hana mengukir senyuman.

“Janganlah marah. Saya memang tak kenal awak masa awak kacau saya dekat kedai buku tu. Dulu awak budak nerd. Sekarang saya langsung tak nampak gaya nerd awak tu. Cara awak bercakap pun ada slang orang putih tapi fasih melayu.” Kata Hana membuatkan Faiz tersengih. Kemudian dahinya berkerut.

“Tapi, macam mana awak tahu saya dekat sana dan sampai ke sini awak cari saya?” Hana ingin tahu. Giliran Faiz pula yang mengekek.

“Saya cari alamat awak dekat facebook awak dan tanyakan beberapa teman yang masih berhubung dengan awak dan benda yang paling saya ingat tentang awak, awak sukakan kedai buku. So, that’s why I’m there.”

“Tapi, banyak lagikan kedai buku. Macam mana…”

“Hana, awak tak ingat ke yang awak pernah cakap antara semua kedai buku yang awak pergi, awak lagi suka pergi dekat sana. Sebab tu saya cari awak dekat sana. Beberapa kali jugalah saya datang ke kedai buku tu sehinggalah saya jumpa awak.”

Hana ketawa. "Kesiannya awak."

"Memang kesian. Sudah jumpa kena marah pula." Faiz mencebik. Dia memandang semula Hana.

“Awak tahu, hancur hati ni bila awak bagi tahu yang lelaki tu suami awak. Awak kahwin langsung tak bagi tahu.” Faiz kecewa.

“Itu bukan suami sayalah. Saya tak kahwin lagi. Lelaki tu pun bukannya saya kenal. Saya cuma gunakan dia sekejap saja untuk tipu awak supaya awak tak kacau saya,”

Bulat mata Faiz mendengar pengakuan daripada gadis tersebut.

“Salah awaklah. Sergah saya tiba-tiba. Fikiran saya pun kacau bila awak sergah macam lelaki gatal.” Bila Hana teringat kembali kejadian tersebut buat dia berasa geram pula.

“Kenapa tak telefon saya je?” Soalan Hana membuatkan Faiz ketawa kecil.

“Saya telefon awak tapi tak dapat. Awak masih guna ke nombor telefon awak dekat facebook tu?”

Hana baru teringat. Rasanya sudah setahun dia tidak membuka facebooknya itu. Segala isi di dalam facebooknya masih kekal dengan yang lama dan belum ada satu pun yang dia update. Sekarang dia hanya aktif dengan aplikasi instagram sahaja.

“Maaflah. Saya dah lama tak buka facebook. Update facebook pun tak. Saya dah tak guna nombor lama.” Beritahu Hana.

“Habis, macam mana awak tahu saya dekat sini?” Soal Hana lagi. Dia masih belum puas hati.

“Saya memang dekat sini pun, Hana. Saya ada buka kafe dekat-dekat sini. Baru sebulan beroperasi. Tapi, tak sangka pula jumpa awak lagi dekat tempat ni.”

“Awak buka kafe?” Hana bagai tidak percaya. Faiz mengangguk.

“Nanti singgahlah ke kafe saya. Kalau awak datang saya belanja awak makan.”

“Mestilah.” Balas Hana dengan senyuman yang dilebarkannya.

“Lepas ni, jangan nak lari dari saya lagi.” Faiz memberi amaran. Hana ketawa.

“Taklah. Sekarang, saya dah ada kawan nak jalan-jalan dekat sini.” Akhirnya mereka berdua sama-sama ketawa. Dalam diam kemesraan mereka disaksikan oleh pekerja-pekerja di situ.

Previous: Bab 7
Next: Bab 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh